amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Tuesday, December 29, 2009

Karipap Putar


Bahan inti:
250 gm kentang – didadu & direbus
2 susu besar minyak masak
1 biji bawang besar – dicincang
1 tangkai daun kari
3 sudu besar rempah kari
Sedikit air
4 tangkai daun sup
Garam & gula pasir
Minyak masak

Bahan kulit (A):
450 gm tepung serbaguna
½ sudu kecil garam
3 sudu besar marjerin
230-240 ml air

Bahan kulit (B):
250 gm tepung serbaguna
50 gm marjerin
100 gm lemak sayuran

Cara-cara:
A) Inti
1. Tumis bawang dan masukkan daging. Bubuh daun kari, rempah dan air. Kacau.
2. Apabila daging empuk, masukkan kentang dan daun sup. Kacau rata.

B) Kulit
1. Kulit A: Bancuh tepung, garam dan marjerin. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli perlahan-lahan.
2. Kulit B: Cara yang sama untuk kulit B.
C) Adunan doh
1. Bentukkan adunan A menjadi 20 biji bebola.
2. Bentukkan adunan B menjadi 20 biji bebola kecil.
3. Masukkan setiap satu bebola B ke dalam bebola A.
4. Canaikan bebola ini memanjang dan nipis. Kemudian, gulungkan.
5. Canaikan semula nipis dan memanjang. Gulungkan.
6. Potong dua bahagian.
7. Leperkan setiap bahagian dan dicanai bulat.
8. Isi inti di tengah dan kelim bahagian tepi. Goreng karipap hingga keperangan.

Tip: Untuk elakkan kulit karipap menggerutu apabila goreng, mulakan goreng dalam minyak kurang panas. Kemudian, barulah kuatkan api.

Reference: S. Mohamad, N. A Adnan, N. Nordin. Belajar Memasak: Langkah Demi Langkah, 2003. Alaf 21 Sdn Bhd. 96-99.
I forgot to snap picture of karipap i've made. So, I just uploaded this image from google.

No comments: