Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Thursday, August 1, 2013

Resepi: Kek Batik


Kek batik antara kek yang simple dimple tak perlu bakar atau kukus. Tapi kalau dah malas, maggie pun tak termasak *cakap pasal diri sendiri ey.huhu. Kempunan punya pasal bulan-bulan puasa ni yang memberikan semangat untuk gagahkan diri ke dapur. Hehehe.

Sumber: Homekreation
Resepi Kek Batik

Bahan-bahan:
50 g serbuk koko
100 g Milo
100 g gula
200 ml air
100 g mentega
2 biji telur
400 g biskut Marie

Gambar google.


Cara-cara:

  1. Campur serbuk koko, milo, gula dan air. Masaksambil kacau  atas api sederhana hingga sebati.
  2. Masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair.
  3. Perlahankan api dan masukkan telur dan teruskan kacau hingga pekat dalam 30 saat dan matikan api.
  4. Masukkan biskut yang dah dipatah-patah (patah 4), kacau hingga sebati.
  5. Tuang dalam bekas dan mampatkan.
  6. Simpan dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan.
Resepi ni dari kakak Homecreation, tak guna susu pekat, tapi guna telur dan serbuk koko. Setakat ni alhamdulillah sedap. :)

1 comment:

Unknown said...

singgah sini bls kunjungan.. hurm sedap kek batik.. penah cuba sekali.. ;)