Kek batik antara kek yang simple dimple tak perlu bakar atau kukus. Tapi kalau dah malas, maggie pun tak termasak *cakap pasal diri sendiri ey.huhu. Kempunan punya pasal bulan-bulan puasa ni yang memberikan semangat untuk gagahkan diri ke dapur. Hehehe.
Sumber: Homekreation
Resepi Kek Batik
Bahan-bahan:
50 g serbuk koko
100 g Milo
100 g gula
200 ml air
100 g mentega
2 biji telur
400 g biskut Marie
Gambar google.
Cara-cara:
- Campur serbuk koko, milo, gula dan air. Masaksambil kacau atas api sederhana hingga sebati.
- Masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair.
- Perlahankan api dan masukkan telur dan teruskan kacau hingga pekat dalam 30 saat dan matikan api.
- Masukkan biskut yang dah dipatah-patah (patah 4), kacau hingga sebati.
- Tuang dalam bekas dan mampatkan.
- Simpan dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan.
Resepi ni dari kakak Homecreation, tak guna susu pekat, tapi guna telur dan serbuk koko. Setakat ni alhamdulillah sedap. :)
1 comment:
singgah sini bls kunjungan.. hurm sedap kek batik.. penah cuba sekali.. ;)
Post a Comment