amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Thursday, February 7, 2013

Chinese cuti, kita lagi cuti sakan.

Orang lain cuti, kita pun ape lagi, cuti la! Orang kita sangat suka cuti. Supervisor saya, Dr Mandy pun tak cuti lama. Huhu. Nape la dia tak cuti lama.Rajin sungguh. Saya pun kena la rajin jugak. Minggu ni semua orang balik kampung. Saya je tak. Why?? Why?? Terpaksa maa. Sabar..sabar..sape tak nak balik kampung wei. Biar la orang kate kite anti social T_T.....*nangis sorang-sorang. Nak lepak dengan kawan, poket kering, memang tak ah. Duk umah makan ayat-ayat journal. Sabar....sabar....

Takpe. Tak semua orang dapat apa yang kita dapat. Usaha kan tangga kejayaan. *motivate diri sendiri. Setiap orang perjalanan hidup dia lain. Bukan senang-senang duit turun dari langit. Saya tengok memang salary cikgu-cikgu kat office saya tinggi belaka, tapi dengan cara kerja mereka yang komited, padan dengan salary, lunch on table.

Apa yang nak diambil pengajaran:

  • Nak sesuatu kena berusaha
  • Malu bertanya sendiri rugi
  • Tangguh kerja sendiri merana
  • Tugas perlu amanah untuk rezeki yang diberkati.
Nasihat dari Daikun, officemate saya:
  • No matter how much you get, you must give some to your parents. Even a little. Have to give. Even they are not asking for it.
Nasihat dari Dr Mandy:

  • You need the heart to learn, then you can change. 
  • Comments are hurtful, but that's the best thing for us to change to be better.
Nasihat dari Dr Malik:
  • Awak kena hormat guru awak, tak kire la seteruk mana pun dia, baru la ilmu itu lekat.


Nonetheless, my beloved family is coming here this weekend. (^o^) yippie! Sape kate tak balik kampung tak cuti.

Saya bukan orang bijak, cara saya adalah usaha. Ada rezeki, ada. Tak dapat, mungkin itu bukan yang sesuai untuk saya.

1 comment: