amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Wednesday, June 29, 2011

Puasa di Bulan Rejab

Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."
Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.
Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")
Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal, daripada Abu Sa`id (secara marfu') bermaksud: ("Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram, hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam, maka apabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata:      "Tuhan ampunkan baginya (dosanya)" dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan dikatakan padanya: "Kau telah ditipu oleh dirimu.")
Niat puasa bulan Rejab ialah :
Maksudnya : "Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".
Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.


Source: http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/sept00/h_rejab.htm



Friday, June 17, 2011

Puji, memuji, dipuji.

Dalam hari-hari biasa mesti ada certain times yang kita puji orang, dengar orang puji orang, kita pun kena puji gak. Kadang-kadang tu mengarut jugak apa yang dipuji tu. Walaubagaimanapun, setiap pujian pasti akan memberi kesan terhadap diri kita mahupun sedikit. Ada kesan yang positif dan ada juga kesan yang negatif. 
Kesan positif ni termasuklah meningkatkan self confidence kita dan kita akan lebih sayang akan diri kita sendiri. 
Kesan negatif pula kita jauhkanlah. Negatif ni membawa kepada riak dan cenderung untuk menonjolkan kelebihan diri sendiri. Sikap ini bukan sahaja memburukkkan hati sendiri, insan sekeliling turut menerima tempiasnya. Ustazah saya pernah cakap, "pujian adalah racun". Puji-pujian jika dibanggakan sangat akan menjadikan diri bongkak. 
Kelebihan diri sendiri bukannya untuk bermegah semata-mata. Kelebihan yang didapati perlulah dimanfaatkan di jalan yang betul. Sesungguhnya puji-pujian itu bukanlah milik kita. Dialah yang memberi kita nikmat tersebut. 

Setiap kali dipuji, ucaplah Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah.


Thursday, June 16, 2011

Selalu Nak Lebih

Kelakar la. Kite selalu nak lebih daripada apa yang kita dapat sekarang. Tapi memang bagus juga. Sekurang-kurangnya ada keazaman untuk berusaha mendapatkan apa yang dihajati. Bila dah berusaha, kadang-kadang dapat, kadang-kadang tak la dapat seperti yang kita harapkan. Walaubagaimanapun, kita kena la sentiasa bersyukur. Mungkin apa yang kita dapat tu sebenarnya lebih baik untuk kita. Semua ada hikmahnya. Bersyukur tak bermaksud kita hanya pasrah sahaja dengan semua perkara. Usaha itu perlu...memang sangat perlu. Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan (ayat Nur Kasih..hehe). Jadi, bila dah meletakkan usaha kita, perlulah kita memohon daripadaNya agar diberi apa yang kita hajati. Semoga perkara yang dihajati adalah elok untuk kita. Jangan jadikan kekecewaan sebagai titik untuk berputus asa. Jadikan ia sebagai pengajaran agar kita sentiasa cuba untuk memperbaiki diri sendiri.
Berusahalah memperbaiki diri sendiri. Semoga dapat menarik saudara lain untuk melakukan perkara yang sama.

Bila terasa kenikmatan, ucaplah Alhamdulillah...Segala Puji Bagi Allah. Dialah yang mengurniakan kita nikmat itu.


Friday, June 10, 2011

Tutup

Dingin malam
Menyentuh kulitku
Hati yang kelam
Terus membeku
Muramnya senyuman kamu

Tidak pernah kurasa
Malam terlalu dingin
Sesejuk salji hatiku
Yang kian tutup menyendiri

Pedihnya hati ini berbicara
Bertanya siapa apa yang telah terjadi
Berubah semuanya
Musnah impian
Yang selama ini kita impikan
Pabila melihat kamu pergi

Kau pergi
Melafazkan kata-kata bisa
Menusuk jiwa yang selama ini
Terbuka hanya untukmu

Maaf mama
Maaf papa
Hatiku ditutup dengan kunci bisa
Tak rela didustai
Lagi

Saje je nak tulis ayat-ayat pedih. Tetibe dapat ilham pula. Tak ada kena-mengena dengan sesiapa pun. hehe.

Love yourself

Sunday, June 5, 2011

Kata-kata Hikmat

Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik juga Allah Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi.

Doa, Iman, Taqwa.

Allah Taala berfirman; "Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."  Surah al-Baqarah (2:186) 


Source: http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/2503-refleksi-bertunang-semasa-belajar.html

Doa mohon anak dilindungi daripada godaan syaitan.

"...Aku melindungi dia dengan peliharaan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya daripada godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)." (Surah ali-'Imran: 36)


Amalkanlah membaca doa ini kepada anak yang baru dilahirkan untuk mendapat perlindungan Allah. (Tafsir al-Khazin, tafsir ayat 36 surah ali-'Imran)


Source: http://www.iluvislam.com/design/e-kad/2505-design-tahniah-atas-kelahiran-bayi.html