Dalam hari-hari biasa mesti ada certain times yang kita puji orang, dengar orang puji orang, kita pun kena puji gak. Kadang-kadang tu mengarut jugak apa yang dipuji tu. Walaubagaimanapun, setiap pujian pasti akan memberi kesan terhadap diri kita mahupun sedikit. Ada kesan yang positif dan ada juga kesan yang negatif.
Kesan positif ni termasuklah meningkatkan self confidence kita dan kita akan lebih sayang akan diri kita sendiri.
Kesan negatif pula kita jauhkanlah. Negatif ni membawa kepada riak dan cenderung untuk menonjolkan kelebihan diri sendiri. Sikap ini bukan sahaja memburukkkan hati sendiri, insan sekeliling turut menerima tempiasnya. Ustazah saya pernah cakap, "pujian adalah racun". Puji-pujian jika dibanggakan sangat akan menjadikan diri bongkak.
Kelebihan diri sendiri bukannya untuk bermegah semata-mata. Kelebihan yang didapati perlulah dimanfaatkan di jalan yang betul. Sesungguhnya puji-pujian itu bukanlah milik kita. Dialah yang memberi kita nikmat tersebut.
Setiap kali dipuji, ucaplah Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah.
4 comments:
mintak2 dijauhkan sifat bongkak tu...amin
amin.. :)
suka kena puji, tapi kalau terlebih puji takut jadik riak lak...adeh la...
@wahida: tu la.puji tu kadang-kadang racun jadinya.
Post a Comment