amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Friday, December 16, 2011

Ayam Sos Thai

Masakan ni rasa ala-ala masak sos cuma lebih pedas (sebab ada cili padi) dan lebih rasa thai food (sebab ada daun limau purut)

Bahan-bahan:

7 ketul ayam (lumur dengan kunyit dan garam, gorengkan)
8 biji cili padi*
2 ulas bawang putih* (tumbuk bahan *)
1 biji bawang besar (dimayang)
1 helai daun limau purut (ada orang guna daun kunyit yang dihiris halus)
1/2 cawan sos cili
Sedikit Air
Minyak masak
Garam
Gula

Cara-cara:

  1. Tumis bahan yang telah ditumbuk. Masukkan sos cili. Biar sampai naik minyak.
  2. Masukkan air, bawang besar dan daun limau purut.
  3. Masukkan ayam, garam dan gula.
  4. Biar agak kering. Tutup api. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Google.

1 comment:

ILA HonEyBuNNy said...

macam senang ja neh...

balik nanti leh cuba..nyum3..