Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Tuesday, October 21, 2014

Monolog

Kadang-kadang mesti nak terfikir, keseorangan. Tiada tempat untuk bermanja. Kalau ada boyfriend ni best, boleh meluahkan perasaan, boleh nak ceritakan perkara-perkara yang merungsingkan hati dan sebagainya. Orang lain, dah kahwin, ada tempat bermanja, ada orang ambil berat, risaukan kita di sini. Kalau dibiarkan fikir jauh dan melayan perasaan ini, sebenarnya merugikan diri sahaja. Masa dibuang, hati merana. Bertambah kosong jiwa.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".

(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)

Satu perkara yang kena ingat. Kita tak keseorangan. Allah SWT setiap masa bersama. Setiap masa mendengar. Setiap masa melihat. Setiap masa mengetahui apa yang kita sedang lakukan, telah lakukan dan akan dilakukan. AllahSWT paling sayang akan hambaNya. Mahupun hambaNya ini sering kali membuat dosa, sering kali lupa dan alpa dengan nikmat duniawi. Hinggakan tanggungjawab sebenar ditinggalkan, diketepikan. Masa dibazirkan semata-mata memenuhi kehendak diri yang sentiasa tamakkan hiburan.

Apa yang akan kita lakukan. Seandainya kita ketahui tarikh ajal. Seandainya kita diberitahu akan menemui ajal esok. Apa yang akan kita lakukan pada hari ini. Semestinya akan menyesal kerana nikmat masa selama ini telah disia-siakan dengan perkara yang tidak membawa faedah.

Nikmat masa. Nikmat kesihatan. Dua nikmat yang sering disia-siakan. Alangkah indahnya kehidupan seandainya tiada kata putus asa dalam diri. Alangkah indahnya kehidupan jika keyakinan kepada takdir Allah SWT tidak goyah. Alangkah indahnya kehidupan ini jika bertawakal kepada Allah SWT. Hidup kerana Allah SWT. Alangkah bahagianya hati ini jika bersyukur dengan setiap pemberian Allah SWT.

Maka, bersyukurlah, ingatlah, Allah SWT sentiasa di sisi, memanggil kita untuk kembali ke jalan yang benar.

-Monolog untuk sedarkan diri dari lamunan.

1 comment:

Anonymous said...

semoga awak menjadi seorang yang menghargai masa. chill