amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Sunday, June 16, 2013

Memori ke Jengka

Alhamdulillah. Ke Jengka juga saya. Rezeki mengajar. Semoga saya dapat menabur bakti sepenuhnya nanti. Kekuatan daripada sokongan keluarga dan kawan-kawan. Juga sokongan daripada seorang insan yang saya kenali 2 tahun lepas memberi saya kekuatan dan menjadi lebih matang. Sahabat yang pernah saya cintai sepenuh hati. Banyak pengalaman pahit manis bersama. Memori-memori ketawa gembira masih tidak lekang dari ingatan. Pengalaman lalu mengajar saya banyak perkara. Mengajar saya untuk lebih bersyukur. Mungkin sebelum ini saya terlalu angkuh hinggakan tidak sedar akan keangkuhanku itu memberi penderitaan kepada orang lain. Tuhan sedang menguji. Kesedihan mendekatkan kita denganNya. Sesungguhnya cintaku ini untuk Allah, Rasulullah, ibu dan ayah.

No comments: