Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Wednesday, July 15, 2020

Labu Masak Air

Masakan labu cara kampung yang mudah dan cepat. Kena dengan selera orang tua dan kanak-kanak sebab tak pedas. Dengan manis labu dan lemak dari labu itu sendiri mencukupi membangkit selera.

Bahan-bahan:
1/2 biji labu kuning (buang kulit, buang tengah biji, potong 3 cm petak-petak)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 batang serai (titikkan)
1 tsp lada putih
sedikit garam dan gula
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Masuk semua bahan kecuali garam dan gula ke dalam periuk. Masak atas api sampai labu lembut.
  2. Masukkan garam dan gula.
  3. Siap.

Friday, December 27, 2019

Kerabu kacang botol

Bahan-bahan:
5 batang kacang botol (potong nipis)
Segenggam kelapa parut

3 biji cili burung
Seguli belacan bakar
Satu sudu besar ikan bilis
1 biji bawang merah

1 bawang besar (potong dadu)
1 biji limau nipis (atau sesudu asam jawa)
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Sangai kelapa parut hingga kekuningan (tak perlu sampai coklat, nanti pahit)
  2. Tumbuk ikan bilis, cili dan belacan.
  3. Campurkan kelapa parut telah disangai tadi dan bahan tumbuk bersama kacang botol.
  4. Masukkan bawang besar dan garam. Perah limau nipis atau tuang air asam jawa.
  5. Gaul hingga rata (pastikan bahan tumbuh rata bersama)
  6. Siap dihidang.


Sunday, December 22, 2019

Peria Katak Tumis Telur

Bahan-bahan:
  • 4 biji peria katak (hiris nipis senipis 0.3cm, jika isi merah..maksudnya dah tua..buang tengahnya)
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu kasar)
  • 2 biji telur ayam
  • Minyak sikit
  • Garam secukup rasa
  • Air
Cara-cara:
  1. Basuh peria dengan garam kasar (bagi kurangkan pahitnya), basuh dan tos.
  2. Tumis bawang.
  3. Masukkan peria
  4. Masak peria hingga lembut (lagi lembut, lagi kurang pahit)
  5. Letak garam secukupnya.
  6. Pecahkan telur dalam masakan, masak hingga kering.
  7. Siap.

Saturday, December 21, 2019

Ikan Rebus Goreng

Bahan-bahan:
Ikan sardin 5 ekor
Garam secukup rasa
4 keping asam keping
Air cukup tenggelamkan ikan
Minyak cukup menggoreng "deep-fry"

Cara-cara:
  1. Rebus ikan dalam periuk bersama garam, asam keping dan air. Rebus hingga kering (tapi bukan sampai hangus ye). Toskan ikan.
  2. Goreng ikan tersebut. (Jangan goreng terlalu garing, nanti keras).
  3. Siap.


Note:
  • Ikan rebus boleh disimpan lama dalam peti ais bahagian chiller, tak perlu dalam freezer)

Friday, March 10, 2017

Barang-barang Tepak Sirih ~ Pekan Tapah ~ Sirih ~ Gambir

Yang bakal naik pelamin, bakal kahwinkan, atau anak saudara nak kahwin. Ada keluarga yang masih mengamalkan adat Melayu dalam hantaran. Adat je, tak perlu pun takde masalah. Cume biaselah, nak nampak indah, terima pendapat orang-orang tau, tiada masalah selagi tidak bercanggah dengan syariat. Ini antara barang/bahan yabg diletak dalam tepak sirih. Lain tempat mungkinlah lain isinya. Uo to u guys. 

Isi-isi tepak sirih:

Gambir
Pinang
Kapur
Daun sirih
Bunga cengkih
Tembakau (takyah letak pun, dulu ye la kot)

Barang-barang tersebut. Bunga cengkih patut tahu lah..tak tahu jugak...hmm..sila-silalah masuk dapur.

Yes, barang-barang ini sangatlah kita dah tak pakai pun. Yang duduk bandar lagi la mane nak dapat daun sirih kan. Namun begitu, these items can be bought at conventional Indian's groceries stores. Di Tapah, saya beli semua barang-barang tepak sirih tersebut di kedai Rajan Store yang terletak berhadapan masjid Tapah. Minta saja daripada tuan kedai, dia akan ambil. And that was my first time buying those items. Gambir RM1 satu. Daun sirih 5 helai 5 kupang. Total cost around RM4.80.

Boleh sapu permukaan daun sirih dengan minyak zaitun or any other oil, to make it look shiny and fresh.

See also:
Veil nikah
Veil sanding ungu
Baju simple sanding purple
Katering
Mekap Artis / MUA Ipoh
Inai daun


Wednesday, January 18, 2017

Doa

Ya Rabb,

Kuatkanlah iman dan ketaqwaan kami kepada Mu, Ya Allah. Suburkanlah rasa rindu kami kepadaMu dan kekasihMu, Muhammad SAW.