Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Tuesday, May 6, 2014

Minyak Penawar Serbaguna: Mubasyir Herbs Gopeng

Assalamualaikum wbt,

Sini nak cerita sikit pasal minyak angin. Biasa kalau loya atau pening dan sebagainya, mesti cari minyak cap k**** dan seumpamanya.

Apa kata sekarang beralih kepada minyak yang fungsinya sama, tapi dilebihkan lagi dengan bacaan al quran. Minyak penawar serbaguna ini telah diadun dengan bacaan Al-quran dan doa-doa mustajab.

Mengapa air yang dibaca dengan ayat suci al-Quran elok? Pernah saya huraikan di sini:

Minyak penawar ini dihasilkan oleh Mubasyir Herb Enterprise yang bertempat di Medan Gopeng. Haaa....orang Perak tau le kat mane.


Roll-on Minyak Penawar.


Boleh hubungi:
Ustaz Redzuan: 019 5632669

Alamatnyer:
75A Lot 59022, Medan Gopeng 5, Medan Gopeng, 31350 Ipoh, Perak.


Yang duduk jauh, takpe, jangan sedih. Dema ade pengedar berdaftar:
Ustaz Mohamad: 019 2303720
Pn. Noor: 019 2303724

Alamatnye:
No 11, Jalan Damai Budi 2, Alam Damai, 56000 Cheras, Kuala Lumpur 

Harga hanya rm8 sebotol.

Pada pandangan saya, minyak ini sangat bagus. Juga boleh digunakan untuk selesema, pening, sakit sendi, keletihan ataupun gangguan sihir dan jin.


No worries. Ada tanda halal Jakim.

Saya bukan berniaga. Cuma berkongsi apa yang saya rasa bagus untuk semua.

Friday, April 11, 2014

Ulam: Pucuk Gajus

Sape tahu ni daun ape?!
Hehe...
Inilah 'pucuk gajus' atau bahasa kelate sebut 'pucuk ketereh'. Ulam ini pada saya sangat sedap. Tapi susah nak didapati. Di pasaraya memang takde la wei. Hanya ada di pasar malam ataupun belakang rumah kalau ade pokoknya.

Senang nak kenal pasti. Bentuk daun semestinyalah, berwarne agak keunguan sikit. Kalau warne hijau, itu bukan pucuk, itu daun..kalau makan, anda dikire kambing..hihihi.gurau aja.

Sedap cicah budu, sambal tempoyak, sambal belacan dan seumpama dengannya...cicah mayoniss.....hmmmm xpenah lagi dibuat orang. Makan dengan nasi..fuh! Segar rasanya.

Kalau saya nampak je kat pasar malam, saye pasti beli sebab jarang-jarang ada. Siapa yang ada pokoknya, ingatlah...you are lucky..makanlah atau jual jeh. Seikat 2 hinggit kot. Huhu. Daun pun mahal.

Tuesday, April 8, 2014

Rahsia Air Zam Zam

Assalamualaikum,

Ada satu hari tu, saya lepak-lepak tengok tv. Ada satu rancangan berkenaan kehebatan air zam zam. Saya nak kongsikan sedikit kerana pada saya fakta ini sangat menarik dan perlu kita tahu agar kita lebih memanfaatkan adat berselawat dan berdoa dalam kegiatan harian.

Dokumentari tu memaparkan penerangan saintifik bagaimana air zam zam mampu mengubat segala jenis penyakit seperti yang telah termaktub di dalam kitab suci Al-Quran.

Mengikut kajian para saintis, molekul air berubah mengikut emosi manusia sekelilingnya. Emosi yang baik menghasilkan molekul air berbentuk kemas dan cantik. Manakala emosi yang tidak baik akan menghasilkan molekul air berbentuk berselerak dan buruk.

Para saintis juga telah mengkaji molekul air zam zam, hasilnya molekul air zam zam menunjukkan molekul yang sangat indah yang terpancar aura tenaga yang tinggi.

Air yasin contohnya juga akan memberi kesembuhan kepada si minum. Hal ini kerana air yang telah dibaca dengan ayat suci al quran di mana pembacanya mempunyai emosi positif, molekul air tersebut menghasilkan aura tenaga yang bermanfaat.


Sumber imej: sarazaqia.blogspot.com


Sebab itu jugalah para isteri terutamanya apabila memasak untuk keluarga tercinta, disarankan berselawat. Maka masakan yang dijamu keluarga bukan sahaja sedap, juga menghindarkan sikap negatif.
Mungkin sebab tu jugalah orang tua marah kalau kita gaduh depan makanan.

Untuk pengetahuan, Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kita ni asal je makanan tak sedap, komen bukan main lagi macam diri sendiri hebat sangat masak. Sebab itu jugalah kena baca doa sebelum makan ataupun minum. Sebab itu jugalah bila baca yasin, kita letak botol air kat depan dan buka penutupnya.

Kerana air dipengaruhi oleh emosi manusia sekeliling. Air zam zam ialah air yang paling indah molekulnya dan paling tinggi tenaga bermanfaat. Subhanallah..