Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Showing posts with label Saya Bersyukur.... Show all posts
Showing posts with label Saya Bersyukur.... Show all posts

Wednesday, June 3, 2015

Motivasi Pagi - Ustaz Pahrol Mohd Juoi - Harga Diri Punca Kejayaan

Letakkan harga diri yang tinggi kepada diri sendiri, punca ke arah kejayaan.

Pentingkan pandangan diri terhadap diri sendiri dahulu sebelum pandangan orang lain terhadap diri sendiri.




"What happen in you is more important than what happen to you."

Thursday, August 28, 2014

Words of Wisdom


"Manusia itu tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga daripada tidurnya. Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur dan akan terkejut bila kematian datang secara mendadak."

-       Saidina Ali Abi Talib


Wednesday, July 23, 2014

Do'a untuk Saudara Gaza, Palestine


Ingin saya kongsikan di sini. Daripada sahabat saya.

Marilah kita berdoa untuk kemenangan pejuang Al Qassam dan Palestin.
Kekal berdoa untuk mereka.. kita tak mampu untuk berjihad bersama mereka.. tetapi doa kita adalah senjata perang mereka.

Do'a untuk Saudara Gaza,Palestine. .!!!

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺃَﻋِﺰَّ ﺍﻟْﺈِﺳْﻠَﺎﻡَ ﻭَ ﺍﻟْﻤُﺴﻠِﻤِﻴﻦ

Ya Allah, muliakanlah Islam dan kaum Muslimin



ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺍﻧْﺼُﺮْ ﺇِﺧْﻮَﺍﻧﻨَﺎَ ﺍﻟْﻤُﺴﻠِﻤِﻴﻦ ﻭَ ﺍﻟﻤُﺠَﺎﻫِﺪِﻳﻦَ ﻓِﻲ ﻓِﻠِﺴْﻄِﻴﻦ
Ya Allah, tolonglah kaum Muslimin dan Mujahidin di Palestina



ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺛَﺒِّﺖْ ﺇِﻳﻤَﺎﻧَﻬُﻢْ ﻭَ ﺃَﻧْﺰِﻝِ ﺍﻟﺴَّﻜِﻴﻨَﺔَ ﻋَﻠَﻰ ﻗُﻠُﻮﺑِﻬِﻢ ﻭَ ﻭَﺣِّﺪْ ﺻُﻔُﻮﻓَﻬُﻢْ
Ya Allah, teguhkanlah Iman mereka dan turunkanlah
ketenteraman di dalam hati mereka dan satukanlah barisan
mereka



ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺃَﻫْﻠِﻚِ ﺍﻟْﻜَﻔَﺮَﺓَ ﻭَ ﺍﻟﻤُﺸْﺮِﻛِﻴﻦَ 
Ya Allah, hancurkanlah kaum kuffar dan kaum musyrikin 3X



ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺩَﻣِّﺮِ ﺍﻟْﻴَﻬُﻮﺩ ﻭَ ﺇِﺳْﺮَﺁﺋِﻞ ﻭَ ﺷَﺘِّﺖْ ﺷَﻤْﻠَﻬُﻢ ﻭَ ﻓَﺮِّﻕْ ﺟَﻤْﻌَﻬُﻢْ
Ya Allah, binasakanlah kaum Yahudi dan pasukan Israel Zionis dan sekutunya Obama dan Amerika dan cerai-beraikanlah kesatuan mereka 3X



ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺍﻧْﺼُﺮْ ﺍﻟﻤُﺠَﺎﻫِﺪِﻳﻦَ ﻋَﻠَﻰ ﺃَﻋْﺪَﺍﺋِﻨَﺎ ﺃَﻋْﺪَﺍﺀَ ﺍﻟﺪِّﻳﻦ
Ya Allah, menangkanlah kaum Mujahidin atas musuh kami
musuh agama



ﺑِﺮَﺣْﻤَﺘِﻚَ ﻳَﺂ ﺃَﺭْﺣَﻢَ ﺍﻟﺮَّﺣِﻤِﻴﻦَ
dengan RahmatMu, Wahai Yang Maha Pengasih



ﻭَﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ
Dan sampaikanlah selawat kami kepada Nabi Muhammad SAW


Thursday, July 3, 2014

Hukum 'Selfie'??

'Selfie' ni benda dah common dah. Ada yang baik dan ada juga yang sebenarnya tanpa kita sedar membawa kepada keburukan kepada diri sendiri dan masyarakat juga.

Ada selfie yang mendorong masyarakat ke arah kebaikan. Ini takpe. Tapi tersilap langkah akan jadi lain pula.

Selfie yang kerap termasuk gambar makanan, gambar muka dan paling tak sangka ada juga orang nak buat...ambil gambar masa beribadat. Patut ke? hmmm....

Tak salah selfie beribadat, tapi berpada-pada. Sekali dalam bulan Ramadhan sudah cukup. Kalau setiap kali pi masjid nak berselfie tak ke berbangga-bangga namanya tu. Biarlah urusan beribadat antara diri dan Allah SWT. Takut nanti Allah tak terima ibadat kita tu. Niat ikhlas jadi lain pula.

Ada juga selfie yang membawa kepada fitnah. Tambah lagi gambar lelaki perempuan berduaan. Fitnah ini boleh menjadi perkara sia-sia dan memudaratkan diri sendiri serta masyarakat Islam sendiri.

Beberapa tokoh bijak pandai sudah pun membincangkan hukum ber'selfie' ni.

Sumber: Berita Harian

Pensyarah kanan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim berkata hukum asal 'selfie' adalah harus tetapi ia berubah mengikut keadaan

Jelasnya, jika berniat sekadar bergambar biasa untuk berkongsi detik indah bersama rakan-rakan, ia adalah harus. 

Adab 'selfie':
  • jaga adab sopan dan hukum hakam agama.
  • tutup aurat
  • tidak bertujuan menunjuk-nunjuk/ bermegah-megah
    • Contoh: gambar makanan sedap dan mahal, perkara mewah.
    • mencetuskan RIAK dan timbulkan hasad dengki kepada orang lain.
"Ia tidak salah, sekiranya gambar yang dikongsi bersama 'friends' atau 'followers' itu adalah golongan sama taraf dengan mereka. Tetapi jika di kalangan teman-teman, ada golongan yang susah atau fakir miskin maka lebih baik jangan dimuat naik."
Ada masa juga, budaya 'selfie' dalam beribadat tidak perlu kerana ia melibatkan urusan antara manusia bersama Allah SWT

Boleh jadi juga perkara sia-sia, andai setiap masa ingin ber'selfie'. 
Allah SWT berfirman (sifat) orang mukmin ialah menjauhi perkara sia-sia
So, makanya, kita sebagai manusia, berpada-padalah ber'selfie'. Jangan tanpa sedar pahala kita ditolak.



Semoga ibadah kita diterima. Aminn.....

Wednesday, July 2, 2014

Adab Memulakan Perjalanan


Andai anda akan ada perjalanan jauh. Menziarah saudara ke, kerja ke. Sehari sebelum perjalanan, preparation apa yang anda akan buat?

  • Basically of course, siap beg. Bungkus segala jenis baju, kalau boleh sampai satu almari baju nak bawak sekali.
  • Bawa duit yang cukup, dan lebih molek ada duit spare. In case anything might happen.
  • Solat sunat musafir, membaca doa musafir. Semoga perjalanan kita lancar dan diberkati Allah SWT.
  • Kebenaran mak ayah. Restu mak ayah itu penting tau. Tak beritahu diorang, kalau apa-apa jadi, haaa…sedih depa, kita pun takde menyesal di kemudian hari.
  • Mengkhabarkan rakan/ jiran terdekat/ saudara mara.

Sebelum memulakan perjalanan jauh, adalah perlu untuk kita mengkhabarkan rakan terdekat atau jiran sebelah. Supaya orang tahu ke mana kita menghilang. Dapat lah doa keselamatan daripada mereka dan diorang boleh tengok-tengokkan harta yang kita tinggalkan, contoh, kereta, duit dan sebagainya.

So, sebelum travel, pastikan someone knows where you are heading. Bukan la nak kena kecoh satu kampong, nanti orang kita kita riak plak dohh. At least orang yang terdekat.

Sekurang-kurangnya orang yang sayang kita tak risau memikirkan ke mana kita menghilang. Doa mereka mungkin akan lebih melancarkan perjalanan kita. Tak sempat call, mesej pun takpe. Even one simple sentence could change a lot of things.


Dah sampai destinasi pun sama. Baca doa sampai tujuan, ucap Alhamdulillah sampai dengan selamat, mengkhabar saudara/ kenalan berkenaan ketibaan anda.
Adab-adab ini menjadikan perjalanan kita lebih bermakna. InsyaAllah.



"Ingatlah orang yang tersayang dan menyayangi.."

Tuesday, June 17, 2014

Semak Status Halal JAKIM

Ini sebagai peringatan untuk diri saya sendiri dan saudara-saudari sekalian...

You are what you eat.



Sekarang ni banyak penipuan logo halal pada produk-produk makanan. Kita tersangatlah perlu prihatin dalam hal ini, kerana makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Tambah lagi produk yang dikeluarkan bukan Islam.

Ada segelintir mereka yang fikir untung je. Letak gambar masjid, letak tulisan jawi, bubuh perkataan halal. Siap!
Kita pun beli sambil menyebut perkataan hikmah dengan yakinnya, "Halal ni."
Padahal tak tahu 'suasana' pembikinan produk tersebut. Ada sesetengah bukan Islam beranggapan halal maksudnya takde daging Mughalazah tu dan arak. Lain-lain kira halal. Depa tak tahu ayam, lembu kena sembelih baru kira halal...mane depa tahu wei. So, berhati-hatilah semasa memilih tempat menjamu selera.

Status halal untuk premis makanan, syarikat, makanan dan seumpamanya boleh disemak dari masa ke masa. Setiap sijil halal yang dikeluarkan telah ditetapkan tarikh luputnya. Jadi, syarikat-syarikat yang telah mendapat sijil halal perlu memperbaharui sijil halal tersebut. Sebarang kemusykilan status halal sesebuah syarikat, boleh disemak terus melalui laman web HALAL MALAYSIA. Link di bawah:


Senang je, hanya taipkan nama produk atau syarikat yang ingin disemak.

Ada banyak juga produk yang diletakkan logo Halal bukan Halal JAKIM. Logo Halal luar negara kebanyakannya. Tak semua logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM ye. Walaupun kadang-kadang tu ade produk diletakkan logo halal luar negara dan bawahnya tertulis 'Diiktiraf JAKIM'. Haaa..ada yang betul, ada yang menipu.
So, jangan jadikan diri mangsa penipuan.

Senarai Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf JAKIM boleh didapati di link di bawah:


So, makan mane yang dah dicertified ok.





Thursday, June 12, 2014

Doa Untuk Kekasih


Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi ...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engaku takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini,
Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engaku redhai,
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat,
Dan peliharalah kami dari azab api neraka,

AMIN... AMIN... AMIN...
YaRabbal'aalamiin...

Tuesday, May 7, 2013

Doa Menguatkan Ingatan

Ayat menguatkan ingatan.

Surah Al-Israa' - Ayat 70:

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."

Letak tangan di kepala dan amalkan ayat surah di atas. InsyaAllah.

Source:

Thursday, April 18, 2013

6 PESANAN BUAT ISTERI

6 PESANAN BUAT ISTERI

1.Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tid...ak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.

Monday, April 8, 2013

Ayat Ruqyah

Ayat Ruqyah terdiri daripada ayat suci al-Quran. Ayat ini boleh dibaca bukan sahaja untuk menghalau jin & syaitan, ayat ini juga mampu memberikan ketenangan kepada diri. Keresahan, ragu-ragu, sifat malas diri punca daripada hasutan syaitan, dengan membaca ayat ini, insyaAllah hati lebih tenang. Baca sendiri dan fahami makna adalah lebih afdal.

Andai rumah diganggu jin, anak kecil sering menangis di waktu malam, pasangkan ayat Ruqyah ini di dalam rumah, dengan izinNya gangguan-gangguan tersebut akan hilang.

Ayat Ruqyah merangkumi surah-surah tersebut:
  1.  Surah Al-Fatihah
  2. Surah Al-Baqarah (Ayat 1 - 5)
  3. Surah Al-Baqarah (Ayat 102)
  4. Surah Al-Baqarah (Ayat 163 - 164)
  5. Surah Al-Baqarah (Ayat 255)
  6. Surah Al-Baqarah (Ayat 256 - 257)
  7. Surah Al-Baqarah (Ayat 285 - 286)
  8. Surah Al-Imran (Ayat 18 - 19)
  9. Surah Al-A'raf (Ayat 54 - 56)
  10. Surah Al-A'raf (Ayat 117 - 122)
  11. Surah Yunus (Ayat 81 - 82)
  12. Surah Taha (Ayat 69)
  13. Surah Al-Mukminum (Ayat 115 - 118)
  14. Surah Al-Soffat (Ayat 1 - 10)
  15. Surah Al-Ahqaf (Ayat 28 - 32)
  16. Surah Al-Rahman (Ayat 33 - 36)
  17. Surah Al-Hisyr (Ayat 21 - 24)
  18. Surah Al-Jin (Ayat 1 - 10)
  19. Surah Al-Ikhlas
  20. Surah Al-Falaq
  21. Surah Al-Nas
Sumber: Ayat Ruqyah Syariah
 Ayat Ruqyah dalam bentuk PDF

Bacaan ayat Ruqyah


Dengarkan semasa di pejabat pun boleh.

Wednesday, January 2, 2013

Carta Perancanaan Anak Soleh

Masa berlalu pantas. Pejam celik anak-anak sudah besar (erk..macam saya ada anak plak. Tengok anak saudara pun cepat je diorang membesar). Anak harus dididik sejak sebelum lahir lagi. Oleh itu, adalah perlu untuk mengambil masa yang singkat tersebut untuk terus mendidik anak-anak agar mereka kenal dan hidup sebagai anak yang soleh dan solehah. Sounds so simple. Bukan senang nak jaga bebudak. Tapi dengan niat baik, InsyaAllah dipermudahkan.


Owkey. Back to work.

Monday, October 22, 2012

Sambil kerja sambil dengar ceramah

Ada masa terluang, tak sempat nak pergi ceramah di surau, tengok je tak pun sambil buat kerja, dengar je video-video ceramah yang ada dalam youtube. Jom dengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Kazim Haji Alias.



Timba ilmu setiap hari.

Wednesday, September 12, 2012

Solat Jamak Qasar

Saya ingin berkongsi ilmu mengenai solat jamak qasar yang sering diperbincangkan. Ilmu ini saya dapat daripada email UiTM saya.

KESILAPAN SOLAT JAMAK QASAR: TAPI ANDA TIDAK PERASAN.


Menghadiri ‘conference’ dalam dan luar negara bukan perkara ganjil. Ramai yang pergi dan kembali, bahkan ramai yang berulang-alik ke pelbagai destinasi dengan niat mengembangkan ilmu. Ini perkara rutin bagi seorang researcher atau ahli akademik di universiti atau ‘research centre’. Tidak ketinggalan bagi yang suka melancong, musafir adalah perkara ‘ghalib’.

Sungguhpun setiap musafir dengan niat kerana Allah besar ganjaran pahalanya, namun harus ditelusuri feqah yang berkaitan dengan musafir tersebut, adakah bertepatan dengan syariah? Mungkin ramai yang tidak pernah mengambil kisah akan adab musafir mengikut sunnah. Amat rugi, jika kita tidak mengambil kepentingan dari perkara adab dan sunnah Rasul. Namun perkara sunat bukanlah ‘aula’ jika yang wajib masih terumbang-ambing. Antara sedar atau tidak, ramai yang melakukan kesalahan berulang akan hal yang wajib seperti SOLAT.
Walaupun isu solat jamak atau jamak qasar bukan lagi menjadi topik perbincangan mutakhir ini, namun saya melihat ianya masih lagi perlu diperhalusi kerana masih banyak salah faham yang berlaku. Malah, masalah ini seringkali berlegar-legar dalam kumpulan teman-teman yang bermusafir bersama saya. Tidak kira musafir ke tempat jauh atau dekat, isu solat tidak boleh dipandang remeh.    

Lihat situasi berikut:

Sehingga ke hari ini, masih ramai yang menganggap bahawa solat jamak qasar boleh dilakukan 3 hari pertama berada di sesuatu tempat. Sedangkan menduduki tempat melebihi 3 hari tidak lagi dikira musafir tetapi ‘bermukim’ (sudah gugur taraf musafir). Jadi, solat jamak qasar sama sekali tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai ke destinasi. Tiada nas yang membenarkan solat jamak qasar pada 3 hari pertama anda bermukim. Solat jamak qasar hanya ‘valid’sepanjang perjalanan anda yang melebihi 89 km dan tidak ‘valid’ sebaik tiba di destinasi yang anda ingin duduki melebihi 3 hari. Sekali lagi diingatkan, jamak qasar selama 3 hari hanya dibenarkan untuk orang yang benar-benar singgah tidak melebihi tiga hari di sesuatu tempat.
Namun, anda masih diberi rukhsah untuk menjamakkan solat apabila berada dalam situasi yang sukar. Dan jamak ini dibenarkan sepanjang tempoh mukim atas sebab-sebab yang diizinkan syarak. Salah faham berlaku apabila kebanyakan kita tidak jelas akan perbezaan antara solat jamak qasar dan solat jamak. Mungkin silibus pendidikan Islam di peringkat sekolah perlu dikaji semula kerana belum mampu memberi kefahaman tentang masalah feqah yang paling utama ini. Ataupun ustaz ustazah perlu mengkaji kaedah pengajaran agar lebih berkesan dan dapat difahami oleh pelajar di sekolah.

Sedikit pencerahan tentang solat qasar dan solat jamak.

1)        Solat Qasar
Sekiranya anda bermusafir ke sesuatu tempat yang perjalanannya melebihi dua marhalah atau 89 kilometer, maka diharuskan untuk mengqasarkan solat.
(Dua marhalah bersamaan empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 km.)
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” [an-Nisa’ : 101]
Bahkan dalam satu hadith Riwayat An-Nasa’i dan Abu Daud, Rasulullah s.a.w mengharuskan para sahabat mengqasarkan solat walaupun bermusafir dalam keadaan aman.
Qasar adalah memendekkan solat, yang 4 kepada 2.
Syarat qasar :
1)        Jarak perjalanan > 89 km
2)        Bermusafir tidak melebihi 3 hari penuh (tidak termasuk hari berangkat dan pulang)
3)        Sudah memulakan perjalanan dan keluar dari mukim atau kawasan kampungnya.

Apa bezanya solat qasar dan solat jamak?

2)        Solat jamak
Pada asasnya, solat jamak tidak berkaitan secara langsung dengan solat qasar dan ianya boleh dilakukan atas pelbagai keperluan yang dibenarkan syarak. Solat jamak maksudnya menghimpunkan solat tanpa mengurangkan rakaat.
Perkara yang membolehkan jamak:
Dalam Syarah Muslim, Imam al-Nawawi r.a berkata: “Beberapa imam membolehkan jamak bagi orang yang tidak musafir, bila terdapat suatu kepentingan, asalkan hal itu tidak dijadikan kebiasaan. Ini juga merupakan pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari golongan Maliki, juga pendapat al-Quffal dan al-Syasy al-Kabir dari golongan Syafi’i, juga dari Ishak Marwazi dan dari jemaah ahli hadis, serta pendapat yang dipilih oleh Ibnul Mundzir. [al-Majmu’, jil. 4, ms. 264]
Dalam kitab feqah karangan Dr. Basri Ibrahim ada menjelaskan keharusan jamak kepada beberapa golongan yang memerlukan seperti sakit, ketakutan, pekerjaan yang punya maslahat kepada umat, bencana alam dan musafir. Bahkan syarat bagi musafir untuk menjamakkan solat tidak diwajibkan melebihi dua marhalah. Waima orang yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan tidak mampu keluar dari situasi tersebut boleh berniat jamak, dan melaksanakan solat jamak ta’khir apabila sampai di rumah. Ini kerana solat jamak tidak terikat kepada syarat jarak perjalanan, musafir, bermukim dan keluar dari mukim.

2 Jenis solat jamak yang anda sedia maklum:
1)  Jamak Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
Syarat jamak Taqdim :
1)         Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
2)         Hendaklah niat Jamak Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
3)         Berturut-turut di antara solat yang dijamakkan itu.
4)         Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2)  Jamak Ta’khir pula ialah mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
Syarat jamak Ta’khir :
1)        Hendaklah berniat jamak ta’khir dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib. Tidak sah solat jamak ta’khir yang dilakukan akibat luput waktu solat, tanpa diniatkan sedari awal waktu solat yang pertama.

Jadi, apa perbezaan jamak qasar dan jamak?

Sangat berbeza kerana,
1.        Jamak qasar bermaksud menghimpunkan dan memendekkan, manakala jamak    bermaksud menghimpunkan sahaja.
2.        Jamak qasar hanya dibenarkan bagi orang yang sedang bermusafir melebih 2 marhalah dan singgah tidak melebihi 3 hari penuh.
3.        Jamak pula dibenarkan pada pelbagai keadaan mengikut keperluan yang syari’e.

Lihat situasi berikut :

Contoh 1: Ulama membincangkan masalah solat jamak sebelum memulakan perjalanan. Jumhur ulama berpendapat, boleh menjamakkan solat sebelum bertolak sekiranya dibimbangi berlaku kesukaran untuk solat dalam perjalanan. Pendapat ini berdasarkan hadith:
"Rasulullah saw menjamakkan solat Zohor dan Asar di Madinah, pada masa itu tiada ketakutan dan tidak pula musafir, Abu al-Zubair berkata : Aku bertanya kepada Sa'ed (iaitu Ibn Jubair), Kenapa baginda melakukan begitu? Dia berkata, Aku telah bertanya Ibn 'Abbas soalan yang sama, dan dia berkata : Baginda tidak mahu sesiapa dikalangan umatnya menghadapi kesukaran" [Hadith Riwayat Muslim no. 705].
Tapi perlu diingat.. yang dibenarkan adalah solat JAMAK, bukan JAMAK QASAR.
Sekali lagi ditekankan bahawa jamak qasar hanya boleh dilakukan apabila anda sudah memulakan perjalanan dan keluar daripada mukim.
“Diantara syarat-syarat sah memendekkan (qasar) solat adalah hendaklah musafir melepasi pagar kampung (balad) yang dimulakan permusafirannya" [al-Fiqh al-Manhaji 1/187].

Contoh 2: Anda sudahpun dalam perjalanan pulang ke rumah. Akibat kesulitan sepanjang perjalanan pulang menyebabkan anda tidak mampu menunaikan solat dalam perjalanan. Sebagai contoh, jalan yang sangat jem (musim perayaan) yang boleh menyebabkan terluput waktu solat. Maka dibolehkan anda jamak ta’khir di rumah. Sekali lagi ditegaskan, dibolehkan JAMAK, bukan JAMAK QASAR. Kerana jamak qasar tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai di rumah.

Contoh 3: Apabila mengalami sebarang kesulitan di tempat anda bermukim (musafir yang melebihi 3 hari), maka dibolehkan jamak. Contoh kesulitan berbeza mengikut situasi. Berada di tempat asing memungkinkan kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Hanya yang mengalaminya dapat merasakannya. Jangan tinggalkan solat, sebaliknya jamaklah pada sesetengah keadaan yang sulit. Allah telah memberi kelonggaran kepada hamba-hambanya pada setiap keadaan agar kita menjadi hamba yang sentiasa ta’at.
Syeikh Mohammad Salih al-Munajjid juga pernah menyatakan hal ini : "Dibenarkan bagi seseorang yang bermukim (tidak musafir) menjamakkan dua solat jika ia menjadi terlalu sukar untuk melakukan solat yang kedua pada waktunya. Kebenaran menjamakkan solat adalah LUAS berbanding dengan memendekkan solat, kerana memendek (qasar) solat hanya dibenarkan kepada musafir sahaja. Akan tetapi jamak dibenarkan kepada musafir dan bukan musafir untuk menjamak solat apabila menghadapi kesukaran menunaikan solat samaada pada waktunya atau didalam jemaah".
Dengan itu, jelas sekali ketetapan untuk solat tidak pernah gugur walaupun kita berada dalam kesulitan. Bahkan Allah telah memberi kemudahan untuk kita tetap ‘thabat’ di atas jalan-jalan orang yang abid.
"(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran"[al-Baqarah : 185]
"dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama" [al-Haj : 78]

Disclaimer Note : Setiap pendapat saya adalah bukan pendapat peribadi yang condong kepada mana-mana fahaman. Pangkal dalam setiap hukum syariat Islam adalah dalil dari al-Quran dan hadith.  Telah berkata Imam Malik r.a, “mana-mana pendapat yang dilontarkan setiap muslim boleh diambil dan boleh ditolak, kecuali yang datang dari Muhammad s.a.w”. Jadi, sekiranya terdapat pendapat yang tersasar daripada dalil yang sahih, maka lakukan penolakan. Yusuf Qardhawi pernah mengingatkan bahawa setiap muslim adalah tawanan hujah yang kuat serta dalil yang sahih. Dr. Yusuf al-Qaradawi juga telah mengupas mengenai isu jamak dan qasar ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut ).

Allah Lebih Mengetahui.
ASMAH ALIAS. UiTM. AS 990, 9 Sept 2012, 22 Syawal 1433 H


Wednesday, September 5, 2012

Thursday, July 19, 2012

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.


Alhamdulillah, Sabtu ni 1 Ramadhan.
Mari kita perbanyakkan amalan sepanjang Ramadhan ini.


Lafaz niat untuk sebulan :
niat puasa sebulan
Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Lafaz niat untuk harian :
niat harian puasa ramadhan
Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Lafaz doa ketika hendak berbuka :
lafaz doa berbuka di bulan ramadhan
Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Lafaz doa selepas berbuka puasa :
doa selepas berbuka puasa
Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


Baca Al-Quran dan fahami terjemahannya.


Hapuskan dendam, bersihkan hati, luruskan niat. InsyaAllah puasa kali ini penuh makna.





Malam esok dah start terawikh. Jom ke masjid kawan-kawan. :D

Tuesday, July 17, 2012

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Ramadhan 1432 H

Ramadhan dah nak dekat dah. Manfaatkanlah bulan mulia tersebut selagi nyawa masih dikandung badan. Wohho~ hehe. Ini pula jadual waktu berbuka puasa dan Imsak untuk bulan Ramadhan tahun ini nanti.

I dapat dari blog Awan Pagi. Semua negeri di Malaysia ada tersenarai dalam blog tersebut. Di sini I attach untuk Ipoh dan Shah Alam (sebab dua tempat ni I selalu berada. hehe.) Untuk senarai tempat-tempat anda, masuklah blog Awan Pagi.

Zon II: Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar.

Zon I: Daerah Gombak, Petaling/ Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang.


Jom bersedia untuk Ramadhan ini. Girls, make sure you all habiskan ganti puasa. :)