Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Wednesday, October 10, 2012

Bercuti di Pulau Jeju - Hari Kedua

Assalamualaikum.

Sambung cerita lama pergi Korea hari tu. Ada pulak masa nak cerita panjang lebar. Hehe. Kerja dah siap tadi, release stress sikit update blog la. Ikut mood. Hehe. Ok. Bukak album gambar bulan Jun lalu. Hari ni nak cerita hari kedua di Pulau Jeju.

Hari pertama kami bermalam di EJ Goodstay Hotel berdekatan airport. Hari seterusnya kami duduk di Sun Beach Hotel, sebab hotel tersebut berdekatan dengan dewan ICC (tempat konferens kami). Lagipun, hotel ni not bad, agak murah dan kedudukannya berdekatan dengan tempat menarik Pulau Jeju. Ada lagi satu hotel yang kawan I duduk agak berdekatan dengan hotel kami ni, iaitu Felix Hotel. Rate bilik pun not bad. Hotel, of course, kami book kat Agoda guna kad kredit. Komen-komen negatif pada Agoda tu tak leh percaya sangat, hyperbola. Kawan I kata sangat OK bilik tu. OK dengan harga. Dari Goodstay Hotel, kami menaiki bas ke ICC. I tak ingat bas no berapa. Lupa nak take note.

First stop at ICC Jeju. Dengan luggage-luggage sekali bawak.

Dah selesai registration kat ICC, kami bertolak ke Sun Beach Hotel yang terletak di daerah Seogwipo. Kami naik bas 600 ke Seogwipo. Perjalanan ambil masa lebih kurang 30 minit dengan harga KRW1500. Setiap kali naik bas kena touch T-money.

Kami berhenti di hentian New Kyungnim Tourist Hotel..betul-betul depan Sun Beach Hotel. Bas diorang hanya akan berhenti kat bus stop dia..dan setiap stop dia akan umumkan. So, no worries la kena tekan loceng bile..lagipun bas diorang takde loceng pun.

Hotel ni not bad. Boiler, sume ade. Tapi wifi available di lobi sahaja. Kami dapat bilik seaside. Cantik sangat pemandangan dia. Betul-betul nampak jambatan Saeyeon. Ni gambar-gambar bilik kami di Sun Beach Hotel.

Katil OK.


Toilet OK. Tapi takde bathtub.

Pemandangan dati tingkap bilik kami. Cantik kan. Sejuk sangat angin di sini.

Di sini ada 7eleven. Kami dah jadi peminat tegar 7eleven. Kami selalu singgah 7eleven kat situ beli coffee segera dalam KRW1500. Coffee dia sangat sedap dan berjenis-jenis. Kalau tengok iklan tv diorang pun, diorang gemar coffee. You should try the coffee. Mengidam dah..huhu.

Tepi jalan kat sini diorang tanam banyak pokok bunga nasional diorang, Mugunghwa. Warna-warni oren,ungu,pink. Petang kite boleh nampak bunga tu sedang mengembang..more like morning glory.

Oleh kerana tertarik dengan pemandangan depan hotel. Petang tu kami turun jalan kaki menuju ke jambatan tu.

Patung penjaga pulau (kepercayaan penduduk Jeju).


Ahjussi mengait jala. Penduduk di sini kebanyakannya akan pandang kitorang sebab kitorang pakai tudung kot. Diorang tanya kitorang ni orang Arab ke. Haha. Boleh pulak.

Malam tu kami merehatkan diri. Kami makan maggie bersama serunding daging yang Emi bawa dari Kelantan. Roti pun kami makan dengan tuna. Bila kami keluarkan dan kumpulkan makanan kami atas meja barulah nampak betapa banyaknyer makanan kami bawak dari Malaysia. Yelah..mana tak nyer. Separuh beg luggage kami didominasi oleh bekalan makanan.hehe. Memang patut pun sebab di Jeju boleh dikatakan takde restoran halal melainkan restoran seafood. Biasanya restoran seafood diorang tak campur daging atau pun ayam. Tapi kena jaga-jaga jugak, untuk kepastian kena la tanya sendiri orang kedai tu.

Menu petang kami oleh chef Shida.

Habis semua body language kami guna bila nak berkomunikasi dengan diorang sebabnya diorang memang tak paham bahasa inggeris. Boleh plak diorang cakap berderet bahasa diorang. Memang terngangau la kami.hehe.

Pendek plak cerita kali ni. Cerita hari ketiga to be continued. Goodnight!

Bercuti di Pulau Jeju - Hari Ketiga
Bercuti di Pulau Jeju - Hari Pertama
Tempat Menarik: Jeju-do

Menabung

Dah dua tahun tabung duit baru takat separuh ekor. Erkk. I tak amalkan menabung rupanya. Biasa I akan guna je syiling dalam wallet.

 
  Bile la duit nak capai kepala dinasour ni.

Rajinlah tangan bersedekah.

Tuesday, October 9, 2012

Tempat Menarik: Jeju-do

Nak senang travel di Pulau Jeju. Book Yeha Tour ni.
Yeha Tour menyediakan 2 jenis courses: West and East Course. Pilihlah yang mana satu. Dua-dua pun boleh.

Peta Pulau Jeju.

http://www.yehatour.com/

Pengalaman saya di sana saya kongsikan di sini:

Fo the time being


Minggu lepas dah start kerja sebagai Research Assistant di Sunway University. First day that is Isnin lalu, dah diberi task yang saya sendiri tak paham apa yang saya buat. Yelah... I belajar Sains, sekarang kena take part research on Social Science..psychology. Out of bidang. Hehe.Tapi alhamdulillah Dr Mandy terima kerja saya. Hari ni hari ketiga, I dapat a bundle of journals to read. Memang la tak kan baca sume. Take point sudah. Tapi kontrak 2 bulan je. Hopefully leh sambung lagi. Hehe.

Nasib baik bidang ni menarik. So, I'm willingly learning them.


Paper oh paper.

Be grateful with what you get. Tak semua diberi peluang yang kita dapat.

Saturday, October 6, 2012

Yalor~yalor~360.

Kewujudan application 360 dalam Android merajinkan gadis-gadis termasuklah I ambil gambar muka sendiri pada jarak dekat. Kulit jadi sangat smooth. Tipu bonar eyh. Nak kulit macam kulit 360 kena la makan buah dan sayur banyak-banyak ye *nasihat tuk diri sendiri.

Banyaknyer kena makan.waaa....

Ow! Not to forget. Nak wajah berseri. Jaga wuduk, basahkan bibir dengan selawat dan zikir, jaga pandangan. Berseri luar dan dalam.

Telekung buat mama & Bandung

Tak sabar pula nak menanti hari esok. Esok mak dan ayah nak datang sini. Sepupu I konvo esok di PICC Putrajaya. Sebelum esok ni macam-macam la mak I pesan. "Awa bawa tau kain-kain hari tu, mak saje nak tengok". Pastu dia call lagi, "Telekung mak tu awa basuh dengan air lalu, basuh sikit je, pastu bia je dia kering, kalau berkedut tu gosok-gosok sikit, mak tak sabar nak pakai ni, masukkan dalam plastik dia balik". Masuk dalam plastik balik tu yang tak tahan tu. Katanya nak nampak betul-betul baru dari kedai. Telekung tu I beli tuk mak masa kat Bandung hari tu. "Awa bawa la selipar sekali. Senang mak nak naik turun tangga rumah Mak Tam nanti". Selipar pun nak?? Macam-macam la my mama. Tak sabar nak berjalan la tu.


Telekung buat mak khas dari Bandung. Mak saya ni tak suma pakaian warna menyerlah sangat. She likes simple.

Carefully packed. Dah wangi-sewangi-wanginyer I letak Downy baaanyak. Motif gosok tadi??? Entah la.


Ha..pasal berjalan di Bandung minggu lalu. Tak cerita lagi kat blog. Hehe. Last week, me and my labmates menghadiri konferens di Hyatt Regency Hotel, Bandung. Tapi kitorang tak duduk hotel tu. Sebab agak mahal. 5 star hotel kan.. So kami duduk di Hotel Anggrek Gandasari. Staf hotel semuanya ramah. Setiap kali keluar masuk hotel mesti diorang tegur sampai kenal ami ni asyik balik tangan penuh barang shopping.

Barang I perlu ada dalam sling bag bila travelling.

2 hours of flying. Bau wangi nasi lemak Pak Nasir dalam flight Air Asia sentiasa ada setiap kali naik flight. Memang menguji nafsu makan I.

Sampai-sampai je lepas hadir konferens, kami terus ke Pasar Baru. Apa lagi. Shopping sakan la semua. Oleh kerana bajet I kali ni tak begitu tinggi, cukup la beli untuk family, saudara dan kawan-kawan souvenirs kecil-kecil je. Lain kali nak datang Bandung memang tujuan untuk shopping sesaja.

Hari kedua kami singgah di Tangkuban Perahu. Di sini ada gunung berapi yang masih aktif. Sampai-sampai je dah terbau sulfur yang sangat kuat. Pening kepala.

Gunung Tangkuban Parahu. Tiru gaya posing Danish. Yaw!


Walaupun udara berbau sulfur yang tengit, muka sentiasa kena senyum. :)

 So, lepas habis tangkap gambar, kami teruskan perjalanan ke Kampung Daun. Di sini ada restoran makan yang sangat best. Terserlah ke'Bandung'an dia.

Welcome to Kampung Daun.

 Nasi ayam penyet. Air kepala yang betul-betul dia letak santan kelapa. Sambal dia giler pedas. Mengangis teresak-esak kami. Kalau yang tak suka pedas, order la makanan lain. Menu di sini pun menarik. Sedap!

Lepas tu kami singgah di Kavling Strawberry. Merasa la petik sendiri strawberry. Masa kat Cameron Highland takde pula rasa nak petik kan. Hehe.



Main petik je. I takde la suka strawberry pun. Sebabkan strawberry ni cute, I pun nak join petik.

Ok cukup! Penuh kang tak makan membazir. Alasan..padahal dah malas nak petik.


Danish with his full basket of strawberries.

Kak Am and family. Kak Ita pun ada bersama anak dia.

Hari ketiga kami dah takde tempat nak pergi. Lepas konferens, kami pergi Tako Tiga. Di sini jual seluar Levis sangat murah. Baju branded-branded lain pun murah. Petang tu pula kami berjalan-jalan di Jalan Dago. Dari hotel kami, kami naik je Angkot, sejenis bas kecik. Kami tak tahu pun nak berhenti mana. Nampak je kedai yang nak pergi, kami suruh pakcik tu berhenti. Jerit "Berhenti pak!", dia tak paham, kena cakap, "Kiri Pak!", baru dia berhenti. Sepanjang jalan tu Jalan Dago. Sepanjang Jalan Dago ni ada banyak kedai Factory Outlet yang menjual barangan berjenama dengan harga murah. Kedai Blackberry Lounge pun terletak di Jalan Dago. Orang kata Blackberry di sini murah belaka. Tapi kami tak singgah pun sebab takde bajet untuk Blackberry. Kami jalan kaki je sepanjang Jalan Dago. Kedai Kartika Sari dan Amanda pun terletak di Jalan Dago ini. Kedai tersebut menjual brownies yang terkenal tu.

Tak sangka muat juga kami naik Angkut ni. Tapi boleh lenguh kaki kalau naik lama-lama.

Hari keempat giliran I pula present paper I. Alhamdulillah semua berjalan lancar.


Debaran sebelum pembentangan. Senyum menggeletar.

Selesai konferens, petang tu lagi sekali kami pergi ke Pasar Baru. Kali ni kami lebih bijak memilih barang. Hehe. Belajar dari pengalaman hari pertama di sini. Souvenirs adalah lebih baik jangan beli dari budak-budak atau pakcik-pakcik yang datang dekat kita. Harga diorang letak sangat mahal. Nak murah beli souvenirs kat tingkat bawah Pasar Baru tu. Situ baru harga betul. Berpengalaman kan.

Malam tu I ngan Emi makan di restoran Warung Misbar di Jalan Riau, bersebelahan Jalan Dago. Restoran ni berkonsepkan panggung wayang. Mati-mati kami ingatkan cinema. Rupa-rupanya kedai makan. Siap diorang tayangkan filem lama diorang. Tapi tak tengok pun sebab lapar sangat. Tengok makanan je. Hehe.


Hari kelima, duit pun dah habis. Tinggal sikit untuk tambang teksi balik. Habiskan masa mengemas beg yang bertambah, daripada datang sini 1 beg, balik jadi 3 beg. Haha.

Itulah pengalaman di Bandung. Tempat puas hati shopping kain, baju, seluar dan barang-barang untuk perkahwinan. Sape nak kahwin beli la kain kat sini, memang sangat murah. Orang kata Jakel borong kain di sini. I can see why.

Ni kira konferens last I untuk pengajian Master ni. InsyaAllah lain kali ada rezeki berjalan lagi. Kurang dari setahun I sempat pergi banyak tempat dan belajar pelbagai budaya yang sangat berbeza. Langkawi, Sabah, Singapura, Korea dan lastly Bandung. Impian I nak berjalan bawa family sekali. InsyaAllah.

Continue finishing writing thesis.

Thursday, October 4, 2012

Dapat result. Yeay!

Hari ni hari ketiga I berada di Sunway University. Parking still lagi jauh. Tak tahu nak parking mana sebab semua kedai kereta. Parking kang kena jadi apa-apa pula kereta I tu. Stiker tak dapat lagi. Lambat pula diorang proses. Jumaat ni kena kerja juga sebab nak ganti cuti hujung bulan ni. Sekarang dah tak bebas dah nak buat cuti sendiri. Dulu tak kisah je.

Semalam sempat ambil result transference number. Alhamdulillah dapat result yang boleh dianalisis. Tak sabar nak analisis petang ni. Rasa nak balik kerja terus gi fakulti je. Malam macam tak sempat.

Sekarang rasa semangat je nak habiskan research ni. InsyaAllah.