Bercuti di Pulau Jeju - Hari Pertama
Kami naik flight Airasia 15hb malam..perjalanan lebih kurang 6 jam.
Pre-booked meal. Pak Nasir Nasi Lemak. Makan dalam keadaan mengantuk. Makan jugak sebab perut lapaw sangat.hukhuk.
So, kami sampai 16hb pagi. Waktu di sana awal 1 jam dari Malaysia.
As usual..immigration check.
Baggage pick-up.
Sampai je Incheon International Airport, kami beli T-money card di 7 eleven KRW2500. Kami topup KRW50,000, ini pun tak cukup, kami kena topup lagi KRW5000 pada hari ke-6. T-money card ni boleh guna untuk naik bas, subway, beli groceries kat 7eleven, Family Mart, Lotte Mart dan GS25. Kedai-kedai ni la yang kami selalu singgah untuk beli air, nasi segera dan makanan ringkas lain. Korean sangat suka coffee. Kat mini mart ni ada jual pelbagai jenis air coffee. Coffee diorang pun sedap-sedap belaka.
Sampai-sampai je airport terus call Mak. Lama gak kami nak belajar cara guna public telefon diorang ni.
Tengah-tengah tunggu student Kak Am datang jemput kami, kami isi poskad free ambil kat kaunter customer service, hantar ke rumah kami, tak tahu la dapat sampai ke tak.
Naik bas shuttle untuk ke Gimpo airport. Bas ni ada betul-betul depan pintu kelaur Incheo Airport tadi. Bas ni available setiap 20 minit. Naik bas ni wajib pakai seatbelt (uncle drebar suruh).
Ini la T-money (yang purple tu). Ada kad ni senang sikit nak travel.
Kami je la mendominasi bas ni.
Setengah jam perjalanan ke Gimpo International Airport.
Gimpo International Airport.
Kami naik shuttle bas ke Gimpo Airport. Perjalanan lebih kurang 30 minit. Sampai di Gimpo airport, sementara menunggu flight Eastar Jet untuk ke Pulau Jeju, kami window shopping di Lotte Mall berhadapan dengan airport tersebut. Nak ke sana Lotte Mall kena ikut jalan kaki bawah tanah. Beg-beg luggage gedabak besar kami tinggalkan di tempat simpan beg di airport tu. 6 jam KRW5000. Harga ikut saiz beg.
Di Lotte Mall, kami try makan buah lemon korea. Manis sangat rasa buah ni. Rasa tembikai susu, cuma saiznya kecil dan berwarna kuning. Ahjumma ni tolong kami potong buah tu. Rajin betul dia.
Tu dia. Semua serbu. Kelaparan.
Ais krim arab pun ada. Seperti biasa di mana jua, dia akan buat taktik magik ais krim arab dia tu macam kat Bintang Walk kita.
Pastu perut kami masih lagi lapar, kami makan kebab ayam halal KRW4800 di Pasha cafe.
Kebab sodap nih.
Cencaluk pun ada tau. Bukan kat Melaka je ada.hehe.
Pastu, student Kak Am bawa kami makan di Lotteria, restoran makanan segera kat dalam Gimpo Airport tu. Kami order burger sotong dan burger udang. Order seafood je tau. No daging ey kat sini.
Lotteria
Burger sotong yang pedas.
Kami checkin di Eastar 3 jam sebelum flight. Baggage kena bawah 15kg. Lebih sikit diorang kate takpe. Dalam 20 kg masih boleh diterima.
Flight Eastarjet yang comel.
Corak siling flight i glow in the dark tau. Stars tu bercahaya salam gelap. Comel sungguh flight ni.haha.
Orang-orang di Jeju ni ramah dan suka membantu. Kami tanya diorang macam mana nak ke hotel kami, diorang terus je call hotel kami tu dan tolong kami dapatkan teksi. Sekali lagi, diorang sangat rajin.
Naik teksi ke EJ Goodstay Hotel.
Cantik kan.
LCD Tv sekali dengan PC dia bagi. Peti ais pun ada.
Sofa, boiler, tilam lebih pun dia bagi sebab dia tahu kami lebih sorang dalam bilik ni.
Bilik air bersih.
Simple tapi menarik.
Tengok tu..betapa jakunnyer. Macam rusa masuk ke kampung.
Kami stay di hotel ni semalaman. Esok nyer baru kami bergerak ke Sogwipo. My 2nd day journey will be continued. Adios!
Pengalaman mengajar kita menjadi lebih dewasa. Bersyukurlah dengan nikmat yang dinikmati sekarang.
22 comments:
Bestnyaaa dia pergi Jeju Island.kita teringin sangat nk g sana ;)
Wahhh! Bestnyer dapat merasa jalan2 kat Korea.. Nak pegi jugak! Huwaaaa..!
corak siling flight tuh cantik sangat!ipputa!
pastuh yg wallpaper kat hotel tu pon nice. dah macam kat rumah plak nampak. :)
So sambungannya bila nak kluar? Kita nak tau where and what u all makan kat jeju. -Bisman
Tergantung plak cerita. InsyaAllah malam ni akan disambung. :)
tulah pasal.... orang tengah betol2 nak tau cerita selanjutnya. ngalahkan adan & hawa plak. muahahah... thanks miss. - bisman
dear, akak nak tanya few questions
1. lotte mall tu jauh tak jalan dari gimpo airport
2. Baggage store kat gimpo tu dia charge every 6 hours ke. KRW 5000 tu utk saiz beg yg besar?
Thanks ^ ^
Nur Edelweiss: tak jauh. Ada link jalan kaki kat underground airport tu. Tak perlu jalan sangat, ade eskelator. KRW 5000 tu tuk beg sederhana, tak besar sangat. Beg besar biasa lebih sikit bayar. Akak tak ingat bape.
ohh nasib baik tak jauh...thanks yaaa ^ ^
Ur welcome. Selamat bercuti. ;)
hi Salwa... nama kita same.. :P
awak pergi korea dengan agent ke ada kawan disana??? bestNye.. :)
Hi Salwa, hehe. Panggil nama sendiri. Kami pergi sendiri je. Kat Seoul kami ada kawan di sana. Tapi kat Jeju kami bawa diri. Hehe.
Hai salwa..di pulau jeju tu ok tak keadaannya? Sejuk sentiasa ke? Berapa hari salwa kat pulau tu?
Hai salwa..di pulau jeju tu ok tak keadaannya? Sejuk sentiasa ke? Berapa hari salwa kat pulau tu?
Hannah: Ok2. Aman damai. Orang tempatan pun friendly.Waktu saya pergi tu awal summer, tapi memang sejuk duduk kat Jeju. Saya duduk kat pulau tu 4 hari 3 malam. Best kalau nak menikmati keindahan alam.
Assalam..nak tanya kat jeju amik pakej ke camne ye..
hana: Wassalam, kami tak ambil pakej. Kami jalan sendiri-sendiri je.
salam salwa, tiket easter jet tu awak booking sendri or cemana?klau walk in beli d kaunter mahal x?
memang best sangat pergi korea,,saya pon berkesempatan pergi ke jeju island
cantik sangat pulau nie
follow lah blog saya kalau sudi,,i love travel so much
lalabiestory.blogger.com
salam kenal salwa.
alhamdulilah dapat share info about jeju. i will be going this coming March.. apa2 nanti i tanya u ye. tq.
Interesting. thank you sebab share info tentang Jeju ni :D
Alhamdulillah suka kita dapat customer friendly siap share feedback lagi 😍 thankyou sebab guna servis kita .. .
.
Korang nak nak join daytrip masuk pulau? Booking kat website sekarang www.vigourmarine.com.my utk dapat 5% discount atau boleh whatsapp 0129062369 📲
Post a Comment