Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Saturday, December 21, 2019

Ikan Rebus Goreng

Bahan-bahan:
Ikan sardin 5 ekor
Garam secukup rasa
4 keping asam keping
Air cukup tenggelamkan ikan
Minyak cukup menggoreng "deep-fry"

Cara-cara:
  1. Rebus ikan dalam periuk bersama garam, asam keping dan air. Rebus hingga kering (tapi bukan sampai hangus ye). Toskan ikan.
  2. Goreng ikan tersebut. (Jangan goreng terlalu garing, nanti keras).
  3. Siap.


Note:
  • Ikan rebus boleh disimpan lama dalam peti ais bahagian chiller, tak perlu dalam freezer)

Friday, March 10, 2017

Barang-barang Tepak Sirih ~ Pekan Tapah ~ Sirih ~ Gambir

Yang bakal naik pelamin, bakal kahwinkan, atau anak saudara nak kahwin. Ada keluarga yang masih mengamalkan adat Melayu dalam hantaran. Adat je, tak perlu pun takde masalah. Cume biaselah, nak nampak indah, terima pendapat orang-orang tau, tiada masalah selagi tidak bercanggah dengan syariat. Ini antara barang/bahan yabg diletak dalam tepak sirih. Lain tempat mungkinlah lain isinya. Uo to u guys. 

Isi-isi tepak sirih:

Gambir
Pinang
Kapur
Daun sirih
Bunga cengkih
Tembakau (takyah letak pun, dulu ye la kot)

Barang-barang tersebut. Bunga cengkih patut tahu lah..tak tahu jugak...hmm..sila-silalah masuk dapur.

Yes, barang-barang ini sangatlah kita dah tak pakai pun. Yang duduk bandar lagi la mane nak dapat daun sirih kan. Namun begitu, these items can be bought at conventional Indian's groceries stores. Di Tapah, saya beli semua barang-barang tepak sirih tersebut di kedai Rajan Store yang terletak berhadapan masjid Tapah. Minta saja daripada tuan kedai, dia akan ambil. And that was my first time buying those items. Gambir RM1 satu. Daun sirih 5 helai 5 kupang. Total cost around RM4.80.

Boleh sapu permukaan daun sirih dengan minyak zaitun or any other oil, to make it look shiny and fresh.

See also:
Veil nikah
Veil sanding ungu
Baju simple sanding purple
Katering
Mekap Artis / MUA Ipoh
Inai daun


Wednesday, January 18, 2017

Doa

Ya Rabb,

Kuatkanlah iman dan ketaqwaan kami kepada Mu, Ya Allah. Suburkanlah rasa rindu kami kepadaMu dan kekasihMu, Muhammad SAW.


Thursday, December 29, 2016

Tahukah anda.


Para penyelidik seantero dunia sedang mengkaji kebolehan hampas-hampas bahan agro terbuang untuk dijadikan salah satu komponen penting dalam aplikasi superkapasitor dan seumpama dengannya.

Wednesday, December 28, 2016

Ayam Masak Hitam

Preparation time: 15 minit
Serving size: 4 people

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam

Bahan A:
3 biji bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1/2 tsp jintan putih

Bahan B;
1 bunga lawang
1 buah pelaga
1 kulit kayu manis
1 helai daun pandan (simpulkan)
2 tangkai daun kari

Cili kisar (8 batang cili kering)
1tbs kicap manis
1tbs tomato puri
2 biji tomato (potong dadu)
1 tangkai serai (titikkan)

3 tbs minyak masak
Secubit garam

Cara-cara:

  1. Perap ayam bersama bahan A. Perap dalam 1 jam atau lebih.
  2. Panaskan minyak masak, tumis bahan B.
  3. Masukkan cili kisar, masak hingga naik minyak.
  4. Masukkan kicap manis, tomato puri dan serai. Biar masak.
  5. Masukkan ayam yang telah diperap tadi beserta buah tomato dan gaul hingga sebati.
  6. Tambah air jika inginkan berkuah.
  7. Masukkan garam.
  8. Siap.
Sumber: google