Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Sunday, February 12, 2012

Bercuti di Singapura- 1st Day

Pagi-pagi ni tetibe tertengok balik gambar-gambar tyme gi Singapura tahun lepas. So I would like to share some of my exciting experience during my visit in Singapore for the 3 days.

.......................~(^_^)~.....................

Kami berlepas ke Singapura pada hari Jumaat, 8.50 pagi naik flight Jetstar (flight Singapore).


Upon arriving Changi Airport, kami kena periksa imigresen. Masa ni kelakar sangat. Kami kena isi form berapa lame nak stay dan stay kat mane..kitorang sendiri sebenarnya tak tahu stay kat hotel ape. Sebab semuanya member kami yang kat Singapura ni yang plan. Dye ade bagitau nama hotel tu, tapi kami tak ingat. Last-last officer tu yang tuliskan nama hotel, dye pun tergelak, main isi je ape ntah name hotel dye letak.hehe. Tetibe kami blur kat kaunter imigresen.hehe.

Move on...keluar jer terminal, nampak la member kami tu, Helmi, dye sedang sambung PhD kat NUS, National University of Singapore. Hebat kan. Lagipun dye ni memang hard working orangnyer. Tu la orang cakap, usaha tangga kejayaan.

Perjalanan kat Singapura ni banyak naik MRT (like LRT kat KL). Helmi siap ajar kami camne nak beli MRT tiket (no manual tiket available). Tiket tu kena pulang balik tuk dapatkan balik duit deposit.

MRT ni train bawah tanah. First stop kami, Bras Basah. First dengar nama tu, rasa pelik pun ade bunyik dye.haha.

On the way to our hotel, kami singgah sekejap depan Singapore Art Museum. Tak masuk pun. Bergambar je.hehe.

10 minit jalan kaki kami pun sampai ke hotel yang dipilih Mr Helmi, Hotel 81. Not bad hotel ni, kedudukan pun dekat dengan MRT station, museum, 7eleven pun ade kat bawah hotel tu.

Sesi berdiskusi dan planning nak jalan mana untuk 3 hari tu. Semua jenis pamplet Tourism Singapore kami tibai kat airport tadi. Sangat berguna pamplet-pamplet ni tau.


Rambang mata nak pilih fridge magnet sebab semuanya cantik-cantik.

After beli several t-shirts, kami teruskan perjalanan ke Bugis Junction sebelah Bugis Street. Ni shopping mall, banyak jual perfume.

Kat Bugis Junction ni la I beli perfume, cane ntah terpengaruh beli perfume pulak. Ni gara-gara STRESS perfume hilang time konferens kat Langkawi dulu.huhu.
Then, we proceed to Arab Street where the souvenirs here are much more cheaper than Bugis Street.

Kami Lunch kat Deli Moroccan. Auntie, si pemilik kedai ni ramah sangat, husband dye omputeh. Diorang sangat ramah. Best makan kat sini.


This is called Kapsa (if I'm not mistaken). Daging kambing berkuah sos tomato...cicah dengan roti pita. Nasi briyani dye pun best. Kalau ikut perut nak je order banyak-banyak, tapi nak bajet punyer pasal, kami order untuk lapik perut jer. Tu pun sudah mengenyangkan.

Kami berehat sebentar di Masjid Sultan Singapura. Antara masjid tertua di Singapura.

Pastu, akmi teruskan perjalanan menaiki MRT..tak ingat stop mana, kami ikut je Helmi bawak.

Jang~Jang~Sume tercengang, impress tengok Marina Bay Sands Hotel yang famous tu. Hotel yang seakan-akan kapal kat atas bangunan. Bawah hotel tu sebenarnya kasino. Hemi kate boleh kalo nak saje-saje masuk kasino tu, free entrance. Tapi malas lah, macam jauh nak pergi sane.

Lepak sebentar bergambar depan Marina Bay Sands Hotel. Banyak shopping bag.

Tetap senyum walaupun kaki sebenarnya dah bengkak-bengkak. I pun tak prepare sangat nak berjalan banyak. i pakai selipar sepuluh ringgit je kot. hehe. Next time, you better wear comfortable shoes ok.

Tu la Ferris Wheel a.k.a. Singapore Flyer. Capsule dye besar..siap leh dinner kat dalam tu. Orang kate ramai yang propose marriage kat situ. Romantik view kan. Mahal la tapi.

Patung yang kami bergambar ni sebenarnya patung gajah yang berwajah pelik. Banyak sangat replika gajah kat sini. Rasanya sebab Singapura asalnyer Bugis kot.

Berjalan lagi kami ke Merlion, kat sini la singa berkaki ikan muntah air yang famous tuh. Menjelang senja lagi ramai orang berkumpul kat sini. Sebabnya, view malam kat sini sangat cantik.

Sume bangunan berkilauan especially the Singapore Flyer.

Dah penat berjalan satu hari, kami pun pulang ke hotel. Rendam kaki, charge hanset, charge diri sendiri dengan tidur. To be continued.
.......................~(^_^)~.....................

Sambung hari lain la. Banyak lagi nak cite tuk hari ke-2 dan ke-3 kat Singapura tu. Adios!


Hari ni ade Matta Fair kat Sacc Mall. Jom serbu sume!

Thursday, February 9, 2012

CD baru.




I beli cd ni semalam. RM19.90. I beli kat kedai buku dalam Tesco Extra. Mula-mula ingat nak beli cd selawat, tapi ubah fikiran beli cd ni. Lain kali la beli cd tu pulak.

Ada banyak bacaan doa istighfar dikompilasikan dalam cd ini. Ayat bacaan ada dikepilkan pada cover album tu.

Writing sambil dengar bacaan doa dan zikir kan sedap hati.

Ada rezeki lagi beli cd lain pulak.hehe.

Published with Blogger-droid v2.0.3

Tuesday, February 7, 2012

Mama dan Aizat di i-City

Malam semalam ayahchor, makchor dan azfar datang umah. Segannyer I dengan umah sewa nyer. Takpela kan. Umah sewa bese lar.hehe.

Then, kitorang makan char koey teow kat medan. Ayahchor gemar benor char koey teow kt situ. Dah farewell2, sempat plak kitorang singgah i-City. Last week tak sempat nak bawak diorang gi sane. Tiket price rm10 per car.


Mama posing.

Sekarang dah ade banyak ride. Dulu takde pape pun, pokok berlampu je. Sekarang siap ada Ferris Wheel, Merry Go Round, Pirate Ship pun ade. Tapi kitorang ak nek pun sebabnyer berature panjang giler kot. So kalo korang berhasrat nak nek ride-ride tu, datang la before peak hour, kul 8 ke. After kul 9 memang berpusu-pusu orang datang.

Parking sentiasa nak penuh.

I-city ni pada I tempat untuk bergambar je lah. So make sure your phone or camera bateri penuh. Kalo tak nyesal je datang.

Diorang dah pun balik tengah hari tadi. Puas hati dapat bawak diorang jalan-jalan.

Esok kena wat eksperimen lagi.huuu.

Monday, February 6, 2012

Mama Datang Rumah

Kelmarin my mom and aizat datang umah. Diorang saje nak berjalan-jalan. Lagipun cuti maulidur rasul ni my housemate sume balik umah. So tinggal la I sorang-sorang kat sini...sebabkan ade keje nak kena buat. Then my mom pun jadikan tu sebagai alasan jalan-jalan ke sini,untuk teman I..hehe. Alhamdulillah I dapat siap satu section keje I.

Then, petang semalam abang I yang duduk Rawang pun join the party. Lepas makan tengah hari,masakan mama, kitorg pun bawak diorang ke OU. Lama jugak kami kat sane. Dah malam baru balik. Hampir separuh bangunan OU kami teroka. Mama semangat sangat bila berjalan ni. Kaki I dah lenguh siap sakit belakang lagi, padahal dye rilek jer. Awet muda la.hehe.

Kami dinner kat Pizza Millano. Not bad restoran ni. Harga pasta,spageti,pizza and lasagna dye takde la mahal sangat. Lebih kurang Pizza Hut je. Servis dye pun bagus. Cepat.


I ordered chicken lasagna. Lasagna dye I rasa agak best. Tak terlalu rase seafood. Apoi order spageti bolognaise, Aizat plak pasta. Pizza kami order 2 small size. Tu pun kami dah tersangat kenyang.

Beef Pizza

Chicken lasagna.

Mexican Pizza

Ice lemon tea.

Sembang-sembang masa depan.

Balik Shah Alam.kami singgah Tesco beli barang sikit. Semangat plak mama I ni masak kat umah sewa I ni.

Balik-balik terus tido. Ngantuk~

Sunday, February 5, 2012

Nasyid Ceria

Wah! Wah! At last, jumpe pulak nasyid ni. Dulu pernah dengar kat IKIM bile ntah. Dah lame dah. Comey suara budak dalam lagu ni.

Zain Bhika - Flowers are Red


Then, I found several quite interesting nasyeeds. Enjoy :D

Haddad Alwi ft Anti and Vita - Rindu Muhammadku


Lagu-lagu Haddad Alwi agak best dengar. So cheerful. I think this is an Indonesian nasyeed.

Haddad Alwi - Sambut RahmatNya



Salam Maulidur Rasul

Saturday, February 4, 2012

Bercuti di Singapura.

Bulan Disember tahun lepas I ngan kawan-kawan I gi Singapura. I terlupa nak publish post ni. Berhabuk tertinggal dalam saved post.hehe. Ok. Sorry for the tense errors.

................................(^v^)................................
Alhamudillah. Selamat sampai rumah dari Singapura semalam. Sampai rumah pun pukul 2 pagi. Mengantuk semua orang. Penat, bengkak kaki semua ada. Namun, tetap berbaloi. Seronok sangat bercuti di sana. Bersyukur dapat peluang bercuti di Singapura.

Flight kami depart pukul 8.50 pagi Jumaat lepas. Flight Jetstar, ni flight Singapura.

Of course, jalan-jalan kat Singapura ni sangat bersih. Susah nak jumpa sampah kat sini. Tong sampah pun susah nak jumpa. Bertuah kalau dapat jumpa.

Sini banyak church. Sebab most of people here are chinese.

Lalu lintas kat sini agak berbeza dengan negara kita. Pejalan kaki sangat diutamakan dahulu.


Most of kereta-kereta kat sini mahal-mahal. Teksi pun Chevrolet kot. Kata Abang Adam (kami panggil Abang Long, saje nak canning kan Kak Long mira dengan dia.hehe), rumah flat kat sini kurang-kurang pun S$500,000.

On the way ke Bugis Street kami lalu sebuah tokong. Ramai chinese sembahyang kat situ. Ade tukang tilik la, suasana macam pasar karat.

Kat sini banyak juga beca.

Dah sampai Bugis Street. Kat sini la kami beli souvenirs.

Sangat sesak kat Bugis Street ni.

Penuh dengan souvenirs.

Kemudian, kami pergi ke Arab Street. Souvenirs kat sini lagi murah.

Ni namanya Kapsa tak silap saya. Daging kambing dengan kuah tomato. Makan dengan roti pita.

Lampu emas semuanya.

Tadaa! Universal Studio! Hari terakhir kami di Singapura kami bersuka ria di Universal Studio Singapore (USS) kat Sentosa Island. Entrance fee around S$75.

Waktu kami datang sangat sesak sebab hari Ahad kan. Nak naik each attraction kami kena beratur hampir sejam. Paling lama kami beratur kat Transformer The Ride. Siap sempat duduk tidur lagi kat barisan. Nasib baik berbaloi.

Attraction takde la banyak sangat kat USS ni. Tapi makan masa lama gak sebabkan ramai orang. Beratur yang lama.


Madagascar park. Theme hutan madagascar.

Far Far Away castle.

Perut lapar. Kami lunch kat food court Madagascar park. Ada logo halal kat food court ni. So takde masalah la cari makanan halal dalam ni.

The cute Puss in Boots. Tapi kami tak sempat nak bergambar dengan dia.huhuhu.

USS at Sentosa Island.

Roller coaster Cyclon and Human (cite Battlestar Galactica). Attraction paling mencabar kat sini.

Egypt Park. Roller coaster kat dalam park ni pun sangat menarik. Roller coaster dalam gelap.

Kami dengan bangganya berjaya beranikan diri naik dua-dua roller coaster tu.

Puas dapat naik.

Transformer Park.


Suasana macam kat Hollywood.

Ni je la souvenirs yang I mampu beli. hehe.

Secara tak sengaja 'ter'beli perfume. Set lagi tu. Murah sikit kot dari tempat kita.

Balik dari Singapura semua bengkak-bengkak kaki, banyak sangat jalan. Penat tapi berbaloi. So sekarang dah merasa seronok berjalan, belajar tetap diteruskan. :D

Lepas ni nak gi mane plak ye. hehe. Kumpul je dulu duitnyer.


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Thursday, February 2, 2012

Menyambut Hari Jadi Danish!

Semalam, 1st of February kami menyambut hari jadi Danish, anak sulung Kak Am di taska dia. First time kitorang sambut hari jadi kat taska. Comel sangat budak-budak kat situ. Diorang pun dengar je kata cikgu diorang. Danish sudah berumur 4 tahun.

Budak-budak beratur tunggu kek.

Terkejut dia tengok auntie-auntie, uncle dan nenek dia ada kat taska dia. Happy sangat. Tersengih je dye.

Kek Danish tu Kak Am tempah sehari sebelum. Sampai tengah hari semalam. Siap ada gambar Boboi Boy kat atas kek tu. Cake chocolate moist.

Hari sebelumnya semangat kami membungkus Apollo layer cakes dan coklat dalam plastik nak bagi kat budak-budak tu. Kami belikan Danish robot as birthday present. Robot tu kena letak bateri. Oleh kerana kami terlupa nak beli bateri, so mama nyer kena la beli sendiri.hehe.

Siang tadi Kak Am cerita Danish malam tadi tido peluk robot auntie-auntie dye beli. Hehe. Nasib baik dye suke.


Happy 4th Birthday to cute handsome Danish!