amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Wednesday, July 15, 2020

Labu Masak Air

Masakan labu cara kampung yang mudah dan cepat. Kena dengan selera orang tua dan kanak-kanak sebab tak pedas. Dengan manis labu dan lemak dari labu itu sendiri mencukupi membangkit selera.

Bahan-bahan:
1/2 biji labu kuning (buang kulit, buang tengah biji, potong 3 cm petak-petak)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 batang serai (titikkan)
1 tsp lada putih
sedikit garam dan gula
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Masuk semua bahan kecuali garam dan gula ke dalam periuk. Masak atas api sampai labu lembut.
  2. Masukkan garam dan gula.
  3. Siap.

No comments: