Pm kalau berkenan.
Wednesday, May 14, 2014
Tuesday, May 13, 2014
Sambal Tumis Petai Udang
Dah berhari kepingin petai. Alhamdulillah dapat juga. Hehe. Dinner pun makan sambal udang petai..ish ish ish. Get ready la toilet dengan pewangi banyak mana yang patut. Petai kite balun.
Thursday, May 8, 2014
Perfume Munif Hijjaz Tahan Lama
Saya nak kongsikan di sini, berkenaan perfume Munif Hijjaz.
Saya sudah jatuh cinta dengan perfume ni. Boleh dikatakan peminat setia. Dah setahun lebih saya gunakan perfume ini untuk diletakkan di rumah dan di dalam kereta. Baunya pun segar.
Sesuai diletakkan di dalam kereta, rumah ataupun pejabat. Penutup botol ini diperbuat daripada kayu yang akan menyerap cecair pewangi dan wangilah sekelilingnya. Saya letak dalam kereta saya, satu botol bertahan hampir 4 bulan. Harga pun tak begitu mahal, RM 15 sebotol. Tahan lebih lama berbanding pewangi lain.
Saya paling suka pewangi ini berbanding pewangi kereta yang lain.
Terdapat pelbagai jenis bau. Antara yang paling popular: strawberry, peach flower, vanilla. Banyak lagi bau-bau harum lain.
Novel review: Pabila Cinta Memanggilku
Tengah-tengah mengemas rumah, terjumpa satu novel ni. Adik saya punya la kot. Saya tak terbeli novel, biasa baca kalau orang rekemen je. Best betul novel ni rupenyer. 'Pabila cinta memanggilku', nukilan Syamnuriezmil. Ayat dia pun bersahaja. Ada unsur lawak, serius, suspen, semua ada lah. Yang best lagi, bertemakan kawasan-kawasan Ipoh. Huhi. Tak boleh nak berhenti bila mula baca. Banyak kali juga tersenyum sorang-sorang masa baca novel ni. Hihi. Kalau baca kat luar, boleh jadi orang ingat saya gila.
Tuesday, May 6, 2014
Minyak Penawar Serbaguna: Mubasyir Herbs Gopeng
Ustaz Redzuan: 019 5632669
75A Lot 59022, Medan Gopeng 5, Medan Gopeng, 31350 Ipoh, Perak.
Pn. Noor: 019 2303724
No 11, Jalan Damai Budi 2, Alam Damai, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
Harga hanya rm8 sebotol.
Monday, May 5, 2014
Belajar Lagi
Dah lama tak belajar macam ni. Sejak kerja di Pahang, tak sentuh dah tesis. Berhabuk tesis. Hari ini buka balik. Buang habuk. Kena bersedia untuk viva bila-bila masa. Kawan dah lepas dah. Saya bila la agaknyer. Adeehhh.
Majlis Aqiqah Huwaidah Asyiqin
Tahniah buat Mak Cik Nor dapat menimang cucu kedua bernama Huwaidah Asyiqin bt Shahrul Awzan.
Aqiqah paling afdhal dibuat pada hari ke-7 kelahiran anak tersebut.
Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .
Maksudnya: "Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."(Riwayat Abu Daud)