Wah...wah..rupa-rupanya hari ini banyak gak barang jadi milik I. I ni selalu la kalau beli barang tu mesti sekali gus beli pada hari yang sama. Kalau tak beli tu memang takde mood langsung nak beli. Pastu rasa nak membeli I ni akan bertambah-tambah kuat bila I takde duit. Yelah..bersungguh-sungguh sangat set minda jangan beli ape-ape sampai la ekonomi diri sendiri dah stabil.
Inai I letak masa kat kampung. Oleh kerana I tak tumbuk lumat-selumat-lumatnya daun inai tu, tak rata la hasilnyer.hehe. Bertompok-tompok tak sanggup I nak biarkan tangan bercorak gitu. So I pun beli inai India,
Sempat beli inai. Tujuan, nak baiki inai yang dah letak kat tangan minggu lepas.hehe.
Singgah sekejap beli kerongsang besar dan kecil. Ganti kerongsang-kerongsang yang dah hancuss.
Yang ni, free ye. Dapat lepas 'like' facebook Lux kat booth diorang kat fakulti I siang tadi. Esok nak try lagi la, mane tau leh dapat lagi. 100 ml ni harga lebih kurang RM3 kot kat kedai. Free item laju jeh.
Ni pun free. Emi dapat masa dia gi kenduri kawan dia kat Pahang tempoh hari. Tapi kan..siap-siap kitorang makan yang warne pink ngan purple tu, leh plak nampak ade kulat seketul tersangat la kecik kat ladybird warne kuning. Wahhh! Redha je la.
Dan.. lagi satu. Pagi-pagi lagi tadi I beli sabun ngan toner Tab Ex. Tak ramai orang tahu produk ni, pentegar facebook tahu la kot. I dah servey betul-betul barang ni. Ada ngan Mira pun dah pakai nak dekat 3 bulan dah.. I tengok kesan dia pun ok. Kulit Mira pun dah licin, bekas jerawat kurang. (dah macam testimoni produk lak..haha). Agak mahal la tapi, total RM150. Huhu. InsyaAllah sesuai dengan kulit..well, hopefully.
Tab ex soap , HD dan toner. I beli soap ngan toner je. HD tak perlu pun takpe.
Sebenarnya kan, I tak pakai pun cream siang ke UV cream ke, sebab kulit I sensitif pakai benda macam-macam, foundation muka pun tak selalu I guna. So kos muka I ni takde la semahal orang lain sebenarnyer...
( '_' )
Ada sesetengah orang sanggup habis beratus-ratus tuk kulit putih gebu bak sutera dari kayang-kayangan. Memang la tu impian setiap gadis. Tapi, kena la mengikut kemampuan diri. Jangan la lepas beli produk, menyesal tak sudah (which I selalu buat...huhu). Looks like Bi macam agak worried bila I beli barang mahal. So next time Zaidatul Salwa Mahmud, make sure you ask for Bi's opinion before buying anything that is expensive. Mula-mula I though barang ni takde la perlu bagitau dia nak beratkan kepala dia plak nak pikir, tapi, by hook or by crook adalah lebih baik I tell him first before make the purchase. (Dah banyak kali dah dia nasihat..ape la degil I ni!)
Hati-hati ye Zaidatul...