Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Tuesday, September 28, 2010

Apakah yang saya boleh buat?

Hmm..(mengeluh..)walaupun ini bab yang baru.ada masa ada ku x tentu.oh.lagu ini bukan di radio setiap hari untukmu. lagu ini tidak perlu kau kembali kepadaku. Aku ok. lagu ini hanya ingin kau fahami.ku harus teruskan hidupku. semuanya cun saja..(dipetik dari lagu Cun Saja oleh Sleeq)
I love this song so much. Suka dengar sambil-sambil menaip nih. Saya sering terfikir..tambahan lagi usia makin meningkat ini. Banyak perkara yang ingin dilaksanakan. Semua impian ingin direalisasikan dalam jangka masa yang pendek ini. Persoalannya, apakah yang saya boleh lakukan?
Cukupkah usaha ku sekarang ini untuk menggapai impian yang dipegang sejak kecil... Setelah menamatkan persekolahan, impian dan cita-cita makin lama makin berubah dan mengikut peredaran masa dan keadaan sekeliling. Impian itu mungkin telah kita kecapi dan sedang dinikmati tetapi di dalam bentuk yang tidak kita sedari.
Semasa di bangku sekolah, kita sering menulis bertajuk 'cita-cita' dengan pengakhiran cerita 'hingga ke menara gading'..Tanpa kita sedari, impian itu sedang kita nikmati. Alhamdulillah, saya diberi rezeki melanjutkan pelajaran di universiti.
Walaubagaimanapun, hati ini sering tidak puas. Pelbagai lagi impian yang ingin dicapai. Masih adakah masa untuk saya mengecapi impian-impian ini? Bolehkah saya merealisasikannya? Mungkin tidak menyeluruh. Tetapi tetap ada. Pengalaman mengajar kita untuk lebih berjaya. Pengalaman memberi kita senyuman. Tidak mengapalah, apa yang saya perlu lakukan adalah usaha dan lakukan sahaja dengan apa cara pun. Tidak perlu memaksa mahupun mendesak. Everything will comes naturally in their own way.
Kita belajar dari kesilapan. Makin dewasa ini, makin sukar untuk kita memberi peluang kepada diri untuk melakukan kesilapan dan belajar dari kesilapan itu. Untuk berkembang kita harus berani. Express yourself.

Mahupun begitu, sebagai insan di muka bumi ini kita harus sedar akan batasan-batasan kita. Menahan diri juga adalah tanggungjawab kita. Di sini sememangnya impian-impian itu tidak dapat dilaksanakan. Ada hikmah di situ. Hidup di dunia ini adalah sementara. Sering kali ingatkanlah diri ini bahawasanya pengorbanan kita di dunia ini akan dibalas baik di akhirat yang kekal kelak. 'Biarlah mereka, walaupun saya mampu melakukannya, saya sedar bukan sekarang masanya, bersabarlah',
Kata-kata ini sering saya ingatkan diri saya apabila melayari internet dan menyelami kehidupan insan-insan di dunia ini yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang sentiasa berpusu-pusu mencapai kekayaan dan kebahagiaan yang sementara. Sabar adalah kunci dalam melalui kehidupan sebagai musafir di dunia yang sementara ini.

Sabarlah.

No comments: