Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Friday, December 28, 2012

Velocity Mall, Viva Mall, TRX IKEIA di Cheras.

Sape orang Cheras? Sape orang Cheras?

Hehe. Kawasan Cheras sekarang mesti tengah banyak pembinaan bangunan. Kawasan ni nanti ada shopping mall yang banyak. Sekarang al-maklum dah ada Viva Mall, Jusco Taman Maluri, Jusco Cheras Selatan. Stesen komuter LRT pun dah ada di Stesen Miharja, Stesen Maluri, Stesen Chan Sow Li. Sekarang manusia masih tak puas hati. Hehe. Diorang nak tambah lagi shopping mall.

Sekarang dah ada Viva Mall. Tak pernah pergi lagi. Orang kata Viva Mall ni jual barangan perabot rumah. Perabot-perabot dia agak mahal jika nak dibandingkan dengan IKEA. Kalau saya nak pergi pun mungkin sebab Viva Mall ada pawagam MBO. Bile nak pergi? Don't know yet. Ada orang bawa saya pergi saja. Hehe.

Ini la Viva Home kome. Ada MBO. ok, ada alasan nak pergi sana. Hehe.

Tak jauh dari Viva Mall, company Sunway nak bina Sunway Velocity di Jalan Cheras. Velocity Mall ini ada rumah apartment link sekali dengan shopping mall dia. Harga usah cakap ar, mesti mahal gilaw. Projek ni RM3.6billion ringgit! Bunyi cam mahal. Don't know la. Saya bukan orang bisnes. Diorang expect nak siap 2013. Eh! tahun depan sudah. Cepat masa berlalu kan.

Ini la ghopenye Sunway Velocity tu nanti. Cantik bebenor la kome buat.

Tak jauh dari Jalan Cheras, Boulevard Holdings Bhd nak bina IKEA kat Jalan Cochrane. Boulevard juga lah yang bina The Curve dan IKEIA kat Damansara nun.

Apa yang diorang interested sangat kat kawasan ni. Sebab makin maju dan maju dan maju. Kerajaan pulak ada projek besar bernama Tun Razak Exchange (TRX) project RM26billion di Jalan Tun Razak berdekatan dengan Jalan Cochrane. TRX ini akan menempatkan pejabat-pejabat syarikat tempatan dan syarikat antarabangsa. Ada link untuk MRT dan highway berdekatan. Projek ni dikatakan akan meningkatkan ekonomi negara. Goodluck with that. Diorang expect nak siap 2016 nanti. 4 tahun lagi na.

Tu dia. Kerajaan kite tengah duk bina ni la.

Sebelah TRX je dah ada KLCC dan sebagainyer lah. Oh not to mention, MRT tu pun dah dibina di Stesen Cochrane dan Stesen Maluri.

Kebabom! Peta kad kahwin.

Big money everywhere. Negara maju, orang kita pun kena maju. Tak boleh ketinggalan ok.

Dunia, dunia gak. Akhirat tu jangan lupa plak. Tetibe. Adios.

Chapter 1 pulak

Chapter 1, Chapter penting dalam sesebuah thesis. Minggu depan nak kena bincang dengan Dr Malik untuk Chapter 1 ni. Mesti banyak kena ubah. Huhu. Tapi Chapter ni ubah pun tak banyak masalah. Tak perlu perah otak over sangat. Hujung minggu ni nak diperhabiskan dengan membetulkan chapter-chapter yang telah dibincangkan dengan Dr minggu lalu. 11 days to go. Cepat sungguh masa berlalu.

Bangun awal pagi murah rezeki.

Thursday, December 27, 2012

Mama Saya Datang

Tengah-tengah memasak resepi sendiri tak tahu masakan apa untuk dinikmati sebagai makan malam petang tadi, Ayahanda kesayangan saya call. Dia kata, "Bas mak esok pukul 3.30 dari Ipoh, balik dari Shah Alam hari Ahad kul 10 pagi". Tetibe mama saya nak datang Shah Alam. Amboi..amboi.. tahu je takde orang kat rumah saya ni sebab semua cuto balik kampung, laju je mama nak datang. Yeay! Takde la saya duduk sorang-sorang kat rumah. Mama teman. Abang saya, Apoi pun kata nak datang sebab kebetulan dia cuti hujung minggu ni. Dia baru ingat nak balik Ipoh. Mama saje je nak buat surprise kan, tapi apa kan daya, ayah dah bocorkan rahsia. Haha. Semangat sungguh mama saya. Siap mesej saya dia tengah masak sambal udang petai nak bawa esok. Sedapnyer!

So, pagi esok renew road tax, pergi kerja, balik kerja pergi rumah Kak Am untuk bagi balik notebook yang saya pinjam hari tu, ambil mama kat Seksyen 17, balik rumah makan sambal petai, gosip-gosip dengan mama.

Kita merancang, tuhan menentukan. Ceeewah~

Debaran Renew Road Tax

Hujung tahun ni mesti JPJ diserbu orang nak renew road tax. Saya salah seorang nampaknye. Hehe. Esok kena renew road tax dah. Ni first time nak gi renew sendiri. Orang kata kat pejabat pos boleh renew. Pejabat pos dalam UiTM Shah Alam tak ramai orang. Ingat nak try kat situ je. Lebih senang daripada pergi tempat lain..pada saya la. Sebenarnya, renew secara online lebih lebih lebih mudah. Oleh kerana renew lewat, nak stiker on the spot, kena la bergerak ke pejabat *salah sendiri juga tak sedar road tax dah nak expired. Tahu bawa kereta je..haish.

Benda penting kena ada:

  • Geran original (fotostat copy tidak diterima)
  • Cover car insurance (kalau belum renew insurance lagi)
Hopefully boleh je buat kat pejabat pos.




Nak renew road tax pun berdebar. Apakah~ 1st time kate kan.

A simple step that change everything.

All it need is a simple step to make someone feel special. And that simple step would actually change a lot of things. It's like choosing two different highways. They would lead to two very far different places. South or north. Both would lead to splendid places. However, the journey might be in different scenario. People always say it's not the destination, the journey to get there is what important most.


Oh no!

Huhu. Sakit tekak pulak. Bangun tidur pagi tadi mula rasa sakit tekak. Tak tahu la puncanyer. Pasang kipas kuat sangat mungkin.

Sampai office bukak beg nak mek pendrive, tengok-tengok pensel case kena demam kuning melampau. Highlighter kuning kat dalam case tu terbukak rupenyer. Habis pensel case saya. What a day.


Next

Alhamdulillah. Semalam sempat hantar draf tesis untuk pre-viva. Print, fotostat, bind untuk 2 set, habis RM40. Huhu. Jumpa Kak Am kat lab, dia kata dia print kat Ipsis je, free of charge! Huhu. Takpela. Terpaksa, takut tak sempat. So next time, print kat Ipsis sahaja. Tak yah guna duit sendiri dah. Lagi 2 minggu untuk pre-viva. Banyak lagi kena buat correction nih. Lagi selalu jumpa Dr Malik, lagi banyak correction kena buat. Takpela. As long as dah habis nanti, kita bangga dengan tesis yang dah siap itu nanti. InsyaAllah.

Correction...correction..correction.