Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Tuesday, December 27, 2011

Aizat Patah Jari

Cuti Krismas lepas my family spent holiday kat hospital. Aizat masuk hospital sebab patah jari. Dia accident masa praktis bawa motor kat rumah. Accident langgar pagar rumah. Hihi. Tak sangke sampai boleh patah tangan. Aizat... Aizat...

Aizat masuk hospital KPJ Ipoh Specialist Centre.

Sampai masuk hospital Aizat belajar naik moto nyer pasal.

Mak dan Aizat.

Tangan Aizat before operate.

Skru-skru yang bakal kekal dalam tangan Aizat.

Sekarang dia tengah recovery kat rumah. Satu malam je dia kat hospital. Next week sepatutnya dia kena gi PLKN. Tapi keadaan tangna dah macam tu maybe dia akan mintak excuse. Tak tahu la dapat ke tak excuse tu. Baru ingat leh lar Aizat de chance kurus kalau masuk PLKN. Leh plak accident tetibe. Malang tidak berbau.

Tahun baru dah nak dekat. Sekolah dah nak bukak. Semua dengan azam baru.

Friday, December 16, 2011

Ayam Sos Thai

Masakan ni rasa ala-ala masak sos cuma lebih pedas (sebab ada cili padi) dan lebih rasa thai food (sebab ada daun limau purut)

Bahan-bahan:

7 ketul ayam (lumur dengan kunyit dan garam, gorengkan)
8 biji cili padi*
2 ulas bawang putih* (tumbuk bahan *)
1 biji bawang besar (dimayang)
1 helai daun limau purut (ada orang guna daun kunyit yang dihiris halus)
1/2 cawan sos cili
Sedikit Air
Minyak masak
Garam
Gula

Cara-cara:

  1. Tumis bahan yang telah ditumbuk. Masukkan sos cili. Biar sampai naik minyak.
  2. Masukkan air, bawang besar dan daun limau purut.
  3. Masukkan ayam, garam dan gula.
  4. Biar agak kering. Tutup api. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Google.

Wednesday, December 7, 2011

Sedang mencuba

Hari ni I cuba buat sampel baru. Hopefully esok dah boleh campur dan cast. Ada rezeki sekiranya dapat nilai yang mencukupi, dapat lah I teruskan dengan senang hati. Walau apa pun, keputusannya akan dapat paling awal pun minggu depan. I'm trying my best to reduce the time consumed.

Jumaat pagi ni dah nak bertolak ke Singapura. Nasib baik 3 hari 2 malam je. Dah tersangat banyak cuti I ambik. Apa pun I puas hati dan bersyukur kerana mendapat peluang yang tak semua orang dapat.

Banyak dugaan dalam hidup ni. Resepi kejayaan dan ketenangan hati ialah sabar. InsyaAllah dengan bersabar, tiada pihak yang akan bersedih.



Happy always. :)

Tuesday, December 6, 2011

Confidence

Jujur sejujur jujurnya. I need boost of confidence to start balik research saya. (*_*)


La~la~la~ Redah saja.

Saturday, November 26, 2011

First Trip ke Sabah

InsyaAllah petang ni I akan terbang ke Sabah. First time pergi ke Sabah. Yang menghandle projek besar-besaran ni my domo and Emi's lovey. Diorang la beria nak bercuti kat sana. Sampai sana Abang Lan and his family akan sambut kitorang. I tak kenal pun Abang Lan tu. Member diorang. Excited and wondering ape aktiviti diorang dah plan ngan Abang Lan kat sana. Dah la holiday sampai 6 hari. Entah ape entah nak wat sampai seminggu. Macam banyak je plannye. Entah nak daki gunung ke, redah hutan ke, berenang seberang laut ke, menjala ikan ke. Mana-mana la. 

Yang pastinye mak I dah book mintak belikan beg galas untuk dia letak telekung. Siap demand lagi...nak beg berbatu-batu manik tapi tak berkilat sangat....lebih kurang ar. Ade kot banyak kat sana. Jadi la birthday present tuk dia. (Kecian mak demam kat umah ;( )

My luggage. Kecik tapi berat. I main bubuh je baju selagi muat. Boarding pass pun dah ada...so tak yah check in kat kaunter.

Flight kul 6 petang ni. Kena bertolak before 5. Packing rasanya dah complete. So sekarang just waiting while the clock ticking.

Mak kate jangan ingke (leka) sangat. Seronok-seronok pun jangan lupa solat. ;D

Bercuti Sakan!

Dah sangat lama I tak update. Banyak benda nak cerita sebenarnya. I sekarang tengah menghabiskan plan-plan holiday yang dah dirancang awal tahun dulu. Isnin sampai rabu lepas I gi Langkawi sebab ada conference kat sana. InsyaAllah esok I akan bercuti di Sabah. Kali ni agak lama sebab duduk rumah member...6 hari! hehe. And then, 9 hb Disember pulak I akan bercuti di Singapura...Singapura ni sebab member I yang belajar kat sana dah lama dah ajak.

So jauhlah kaki ni melangkah untuk sebulan ni. Tak sempat beg traveling nak kosong, dah isi baju tuk packing seterusnya. Back to back.

Bajet usah kata la. Nasib baik dah kumpul duit dari awal semester dulu. Dapat la beli souvenir tuk family and friends. Semua lokasi I pergi tu adalah first time bagi I. Sangat adventurous. Tahun ni saja dah bape kali naik flight. Banyak pengalaman dapat ditimba.

However, at the same time. I agak risau dengan research I. :(
Problem? A little bit. Bulan 12 ni I kena pulun habis to make sure that I'll finish my master without extending.

Schedule I tuk this month. Birthday mak 24th Nov. :D

So sekarang honestly I serabut dan risau. Hopefully after I balik dari Sabah nanti, before pergi Singapura, I dapat selesaikan sedikit masalah research I ni. Thanks to my dearest friend, abc yang sentiasa memberi sokongan dan pertolongan bila I dah sesat.


Tanpa dia I kompem panik dan serabut entah ke mana. ;)

Selamat maju jaya semua and selamat bercuti to all budak-budak sekolah di luar sana :D

Saturday, November 19, 2011

Sanggupkah

Sanggupkah


Sanggupkah
Menunggu diri ini.
Yang sering memberi beribu alasan
Bukan diri tak mahu
Tapi..
Terlalu banyak harapan yang dipikul..
Kadang-kala rebah
Dahagakan kata-kata semangat
Agar diri terus bangun
Meneruskannya
Supaya suatu hari nanti
Impian yang dicipta
Dapat dicapai
Harap dia mengerti
Mengapa saya begini
Sabar menjadi pegangan
Sanggupkah awak ;(

Saya sering terlalu memikirkan suatu perkara sampaikan benda yang simple jadi rumit.