Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Sunday, February 27, 2011

My 'Baby'

Demi mencari hobi baru. Demi mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih berfaedah. Saya purchase something yang sangat lain. Tak pernah saya beli ia. Inilah 'baby' pertama saya. Sebenarnya dah lama dah mengidam nak beli. Oleh kerana dah lama sangat, saya pun terus wat keputusan purchase je. Tak yah susah-susah fikir berkali-kali, nanti tak jadi plak. Bakat?? Tak tau la de ke tak. Tak pernah cuba pun sebelum ni. Masa kecik-kecik dulu de la kat umah satu. Ayah punya. Tu pun masa saya tersangat la kecik. Main ketuk-ketuk je. Pastu dah takde. So, sekarang dah ade. Saya try. Bukan apa, sekadar mengisi masa lapang. Cane nak men ye...I think i should start recognizing the chords first. Saya practice pn kat internet je. Hehe. Saje try. ;)



Ma first guitar. ;)

Monday, February 21, 2011

Yes! Yes! but... No!!!

Yes! Berjaya gak wat IS hari ni. Start wat dalam kul 12.30...totally siap dalam kul 4. So, totally IS took around 3 hours to finish. That means kalo gi lab pun nak dekat tengah hari, maknanya satu sampel je la sempat wat IS. 


Besides that, Yes! Sempat masukkan sampel dalam vacuum oven...selepas bertangguh hampir 3 minggu. Lusa baru keluarkan and get ready tuk IS next week and send the samples for FTIR. Tapi, ingatkan sempat la hari ni nak wat sikit-sikit analisis FTIR yang dah tertangguh nearly 3 weeks already. Danger...danger... Takut supervisor mintak nanti...tak tau nak bagi result ape. Haha. 


Banyak betul kerja tertangguh. Ni semua gara-gara leka dan malas nak wat. Padahal bukannya sibuk sangat bulan ni. Cuti raya cina seminggu automatic jadi 2 minngu...mane tak banyak kerja tertangguh. Nampaknya esok je la sempat analisis, sementara duduk jaga lab tu, I'll analyse FTIR. InsyaAllah sempat siap esok. Lusa, leh jumpa Dr dengan muka confident giler. 


Lagi satu, Yes! Sempat submit form kelim yuran selepas tangguh 3 minggu. Lambat-lambat nanti tak dapat plak, menyesal di kemudian hari. Tak mau....tak mau...


However, No!!! Gigi ni tetiba rasa cam nak tumbuh gigi baru tapi di tempat yang tak sepatutnya. Argh!! habis lah....kena jumpa doktor gigi nampaknyer....saya sangat tak suka jumpa dr gigi....huhuhu. ;( tak suka!tak suka! tapi nak wat cane....satu hari nanti kena jumpa gak. I am a dental phobics. ;(((



Ade ke petua hilangkan fobia doktor gigi????

Saturday, February 19, 2011

Hati Engkar

Hati ini
Kurniaan suci Yang Maha Esa
Menjadi penghias di kala suka
Menjadi rujukan di kala duka

Hati ini
Membisikkan kata-kata tua
Kata-kata terlalu halus
Namun dibiar bersendiri

Hati ini
Mencambah pohon baru
Bakal tumbuh menghijau
Namun ditanam kembali

Hati ini
Dibuang tepi
Hasutan nafsu memenangi
Dibiar menguasai

Hati ini
Sering diabai
Dibiar bersendiri
Ditanam kembali


Hati ini diengkari.

Friday, February 18, 2011

Pedoman Hari Ini

Tempat berteduh naik tinggi
Ilmu seni menguasai
Pembawa diri warna-warni
Hampir sukar buat mata ini

Orang beribu-ribu
Berlari-lari anak
Jalan terpusu-pusu
Mencari apa yang hak

Ketaraan perubahan
Membuat diri terpinga-pinga
Ilmu pelajari keadaan
Mengajar diri menerima

Yang tiada menjadi idaman
Impian ditangguh ke masa hadapan
Semangat tercipta dengan satu tujuan
Demi mendapat hak pemilikan

Diri dibawa kembali
Tempat asal lebih dikenali
Hati ditenangkan kembali
Mengimbau kenangan yang dimiliki

Pemikiran bergerak celaru
Dirapikan dengan tulisan
Kisah dari pengalaman
Cerita diakhiri suatu pedoman

Yang ada diperelokkan
Jauh sekali digadaikan
Apakah harta paling dipertahankan?
Maruah dan kasih sayang tiada tandingan


Monday, February 14, 2011

Tanggungjawab

Pabila sudah bosan
A.k.a. fedup
Rasa tak tahu nak wat pe
Bila dah rasa semua tak kena
Maka
Berbaliklah
Perkara sebenar
Tujuan
Matlamat
Tangungjawab
Jangan lupa mahupun alpa
Tanggungjawab sebenar
Harus dilaksana
Agar tiada penyesalan
Di kemudian hari


Thursday, February 10, 2011

Monday, February 7, 2011

Stop... think...are you sure...

Stop
Stand
Think again
Which you want to choose
Which one
Are you sure
Is this the right one
Think again

Yes
I’m convinced
This is the right one
No doubt
No regret
Even for thousand years
Even for whole life

So then
Go on
Go that way
Quickly
Don’t waste your time
Time won’t be as long as we think it is
Might be shorter

So
Go!

When heart speaks…