Thursday, December 5, 2013
Thursday, November 21, 2013
Monday, October 28, 2013
Lepas jua
Braces pun dah habis bayar. Cuma tinggal bayar untuk retainer. Gigi geraham bongsu kat belakang buat hal plak. Tumbuh salah tempat..huhu..mesti kena operate ni.
Member gila shopping online. Baju tudung semua dia beli online. Patut la cantik. Hihi. Sekali minta dia share link web dia selalu visit, tak ter'visit' den. Banyak. Kalau ikut hati jiwa raga minggu pertama gaji dah kering duit dalam bank. So, kuatkan iman dan perasaan tahan diri. Hihi.
Tuesday, October 22, 2013
Petua: Cara simpan ayam tahan lama
Kami sekarang hidup tanpa peti ais. Peti ais kat rumah sewa ni hari tu tetibe rosak. Tuan rumah tak emboh beli baru. Kami pun survive beli barang dapur setiap hari untuk masak. Kak Maya bagi tips nak simpan ayam untuk beberapa hari tanpa peti ais.
Caranya~~
Ayam digaul bersama garam. Rebus bersama air, halia dan serbuk kunyit sampai ayam masak dan air kering. Setiap pagi panas semula ayam rebusan itu dengan tambah sedikit air. Boleh tahan dalam 3 hari.
Woahhh. Duduk sini baru tahu semua ini. Kwi~kwi~.
Resepi: Kuih Donut
Bahan-bahan:
- 4 cawan tepung gandum
- 3 tbs mentega
- 2 tbs susu pekat
- 1 tsp garam
- 1 tsp instant yeast
- Air secukupnya (lebih kurang 1/2 cawan air)
- 2 cawan gula (diblend halus)
Cara-cara:
- Larutkan instant yeast dalam air, dan tuangkan bersama tepung, mentega, susu pekat dan garam.
- Campurkan air ke dalam adunan dan kacau adunan sehingga menjadi doh.
- Biarkan selama lebih kurang 1 jam atau sehingga doh naik.
- Bentukkan doh menjadi bentuk donut. (Tabur tepung atas pinggan bagi mengelakkan doh donut melekat pada permukaan pinggan.
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng doh donut yang sudah agak kembang. Goreng sehingga keemasan. Angkat dan tos sekejap.
- Kacau donut yang sudah digoreng bersama gula.
- Siap untuk dihidang.
Monday, October 7, 2013
Allah Bersama Orang Yang Sabar
Dalam menghadapi kesusahan, sentiasa ada orang lain yang lebih susah daripada kita. Setiap dugaan yang diberi adalah ujian. Hadapi ujian itu dengan sabar. Allah bersama orang yang sabar.
Friday, September 27, 2013
Resepi: Ayam Masak Kunyit
Masakan yang agak mudah. Tak perlu santan or whatsoever.
Bahan-bahan:
5 ketul ayam
4 biji bawang merah* (*ditumbuk)
2 biji bawang putih*
5 cili padi*
1/2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
1 serai (dititik)
2 biji tomato
1 cawan air
3 tbs minyak masak
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan ayam, air, serai. Biar sampai ayam masak.
3. Masukkan tomato, garam dan masak sampai kering yang kita mahu.
4. Siap untuk dihidang.




