Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Saturday, October 6, 2012

Yalor~yalor~360.

Kewujudan application 360 dalam Android merajinkan gadis-gadis termasuklah I ambil gambar muka sendiri pada jarak dekat. Kulit jadi sangat smooth. Tipu bonar eyh. Nak kulit macam kulit 360 kena la makan buah dan sayur banyak-banyak ye *nasihat tuk diri sendiri.

Banyaknyer kena makan.waaa....

Ow! Not to forget. Nak wajah berseri. Jaga wuduk, basahkan bibir dengan selawat dan zikir, jaga pandangan. Berseri luar dan dalam.

Telekung buat mama & Bandung

Tak sabar pula nak menanti hari esok. Esok mak dan ayah nak datang sini. Sepupu I konvo esok di PICC Putrajaya. Sebelum esok ni macam-macam la mak I pesan. "Awa bawa tau kain-kain hari tu, mak saje nak tengok". Pastu dia call lagi, "Telekung mak tu awa basuh dengan air lalu, basuh sikit je, pastu bia je dia kering, kalau berkedut tu gosok-gosok sikit, mak tak sabar nak pakai ni, masukkan dalam plastik dia balik". Masuk dalam plastik balik tu yang tak tahan tu. Katanya nak nampak betul-betul baru dari kedai. Telekung tu I beli tuk mak masa kat Bandung hari tu. "Awa bawa la selipar sekali. Senang mak nak naik turun tangga rumah Mak Tam nanti". Selipar pun nak?? Macam-macam la my mama. Tak sabar nak berjalan la tu.


Telekung buat mak khas dari Bandung. Mak saya ni tak suma pakaian warna menyerlah sangat. She likes simple.

Carefully packed. Dah wangi-sewangi-wanginyer I letak Downy baaanyak. Motif gosok tadi??? Entah la.


Ha..pasal berjalan di Bandung minggu lalu. Tak cerita lagi kat blog. Hehe. Last week, me and my labmates menghadiri konferens di Hyatt Regency Hotel, Bandung. Tapi kitorang tak duduk hotel tu. Sebab agak mahal. 5 star hotel kan.. So kami duduk di Hotel Anggrek Gandasari. Staf hotel semuanya ramah. Setiap kali keluar masuk hotel mesti diorang tegur sampai kenal ami ni asyik balik tangan penuh barang shopping.

Barang I perlu ada dalam sling bag bila travelling.

2 hours of flying. Bau wangi nasi lemak Pak Nasir dalam flight Air Asia sentiasa ada setiap kali naik flight. Memang menguji nafsu makan I.

Sampai-sampai je lepas hadir konferens, kami terus ke Pasar Baru. Apa lagi. Shopping sakan la semua. Oleh kerana bajet I kali ni tak begitu tinggi, cukup la beli untuk family, saudara dan kawan-kawan souvenirs kecil-kecil je. Lain kali nak datang Bandung memang tujuan untuk shopping sesaja.

Hari kedua kami singgah di Tangkuban Perahu. Di sini ada gunung berapi yang masih aktif. Sampai-sampai je dah terbau sulfur yang sangat kuat. Pening kepala.

Gunung Tangkuban Parahu. Tiru gaya posing Danish. Yaw!


Walaupun udara berbau sulfur yang tengit, muka sentiasa kena senyum. :)

 So, lepas habis tangkap gambar, kami teruskan perjalanan ke Kampung Daun. Di sini ada restoran makan yang sangat best. Terserlah ke'Bandung'an dia.

Welcome to Kampung Daun.

 Nasi ayam penyet. Air kepala yang betul-betul dia letak santan kelapa. Sambal dia giler pedas. Mengangis teresak-esak kami. Kalau yang tak suka pedas, order la makanan lain. Menu di sini pun menarik. Sedap!

Lepas tu kami singgah di Kavling Strawberry. Merasa la petik sendiri strawberry. Masa kat Cameron Highland takde pula rasa nak petik kan. Hehe.



Main petik je. I takde la suka strawberry pun. Sebabkan strawberry ni cute, I pun nak join petik.

Ok cukup! Penuh kang tak makan membazir. Alasan..padahal dah malas nak petik.


Danish with his full basket of strawberries.

Kak Am and family. Kak Ita pun ada bersama anak dia.

Hari ketiga kami dah takde tempat nak pergi. Lepas konferens, kami pergi Tako Tiga. Di sini jual seluar Levis sangat murah. Baju branded-branded lain pun murah. Petang tu pula kami berjalan-jalan di Jalan Dago. Dari hotel kami, kami naik je Angkot, sejenis bas kecik. Kami tak tahu pun nak berhenti mana. Nampak je kedai yang nak pergi, kami suruh pakcik tu berhenti. Jerit "Berhenti pak!", dia tak paham, kena cakap, "Kiri Pak!", baru dia berhenti. Sepanjang jalan tu Jalan Dago. Sepanjang Jalan Dago ni ada banyak kedai Factory Outlet yang menjual barangan berjenama dengan harga murah. Kedai Blackberry Lounge pun terletak di Jalan Dago. Orang kata Blackberry di sini murah belaka. Tapi kami tak singgah pun sebab takde bajet untuk Blackberry. Kami jalan kaki je sepanjang Jalan Dago. Kedai Kartika Sari dan Amanda pun terletak di Jalan Dago ini. Kedai tersebut menjual brownies yang terkenal tu.

Tak sangka muat juga kami naik Angkut ni. Tapi boleh lenguh kaki kalau naik lama-lama.

Hari keempat giliran I pula present paper I. Alhamdulillah semua berjalan lancar.


Debaran sebelum pembentangan. Senyum menggeletar.

Selesai konferens, petang tu lagi sekali kami pergi ke Pasar Baru. Kali ni kami lebih bijak memilih barang. Hehe. Belajar dari pengalaman hari pertama di sini. Souvenirs adalah lebih baik jangan beli dari budak-budak atau pakcik-pakcik yang datang dekat kita. Harga diorang letak sangat mahal. Nak murah beli souvenirs kat tingkat bawah Pasar Baru tu. Situ baru harga betul. Berpengalaman kan.

Malam tu I ngan Emi makan di restoran Warung Misbar di Jalan Riau, bersebelahan Jalan Dago. Restoran ni berkonsepkan panggung wayang. Mati-mati kami ingatkan cinema. Rupa-rupanya kedai makan. Siap diorang tayangkan filem lama diorang. Tapi tak tengok pun sebab lapar sangat. Tengok makanan je. Hehe.


Hari kelima, duit pun dah habis. Tinggal sikit untuk tambang teksi balik. Habiskan masa mengemas beg yang bertambah, daripada datang sini 1 beg, balik jadi 3 beg. Haha.

Itulah pengalaman di Bandung. Tempat puas hati shopping kain, baju, seluar dan barang-barang untuk perkahwinan. Sape nak kahwin beli la kain kat sini, memang sangat murah. Orang kata Jakel borong kain di sini. I can see why.

Ni kira konferens last I untuk pengajian Master ni. InsyaAllah lain kali ada rezeki berjalan lagi. Kurang dari setahun I sempat pergi banyak tempat dan belajar pelbagai budaya yang sangat berbeza. Langkawi, Sabah, Singapura, Korea dan lastly Bandung. Impian I nak berjalan bawa family sekali. InsyaAllah.

Continue finishing writing thesis.

Thursday, October 4, 2012

Dapat result. Yeay!

Hari ni hari ketiga I berada di Sunway University. Parking still lagi jauh. Tak tahu nak parking mana sebab semua kedai kereta. Parking kang kena jadi apa-apa pula kereta I tu. Stiker tak dapat lagi. Lambat pula diorang proses. Jumaat ni kena kerja juga sebab nak ganti cuti hujung bulan ni. Sekarang dah tak bebas dah nak buat cuti sendiri. Dulu tak kisah je.

Semalam sempat ambil result transference number. Alhamdulillah dapat result yang boleh dianalisis. Tak sabar nak analisis petang ni. Rasa nak balik kerja terus gi fakulti je. Malam macam tak sempat.

Sekarang rasa semangat je nak habiskan research ni. InsyaAllah.

Tuesday, September 18, 2012

Nyummay~

Semalam window shopping dengan Mira. Window je ey sebab duit tak masuk lagi.hihu.. Kami jalan-jalan kat GM Klang. Semua kedai dah pindah ke GM Klang bangunan baru yang bertungkat-tingkat tu. Banyak lagi kedai belum buka. Tapi orang datang pun ramai. Barang macam biasa la...barang-barang borong. Nak buat hantaran ke, goodies bag ke, beli kat sini banyak juga pilihan. Kami pergi sana main objektif nak cari manik. Tapi tak banyak manik cantik pula semalam. Maybe sebab tak banyak kedai buka lagi kot. Kami masuk kedai jual pin-pin reben dan bunga yang comey-comey belako. Beli la 2 biji. Ikut hati nak beli 10.Huh.

Donut! Nyummay~

Then, kami singgah Jusco Bukit Tinggi. Window shopping saja jugak.hehe. Berangan nak beli banyak barang. Last-last kami pergi Daiso beli peel-off mask RM5. Tengah-tengah jalan terbau donut Big Apple semerbak. Kami nak beli 4 biji je. Tapi cashier tu kate kotak tuk 4 biji dah habis. So dia bagi pilihan samada nak beli 3 atau 6 biji sahaja. Hah! Boleh pulak paksa macam tu. Ape salahnya...letak je la 4 biji tu dalam bekas 6 biji or..guna 2 bekas 3 biji. Wat derr..terpaksa la kami beli 6 biji. Makan banyak muak kot. Fat contributer. Huh!

Happy selalu!


Sunday, September 16, 2012

Masker Putih Telur

Hujung minggu ni la masanya nak memanja-manjakan wajah. Salah satu cara cheap nak jaga muka ialah menggunakan putih telur. Ambil je telur kat dapur rumah tu. Kalau takde, kena la beli.hehe.

Khasiat putih telur

  1. Menghalus, menegang dan mencerahkan kulit muka.
  2. Membantu menanggalkan bintik hitam dan bintik putih.
  3. Mengecilkan pori-pori kulit.
  4. Mengandungi protein yang melembabkan kulit.
  5. Meningkatkan proses regenerasi kulit wajah.
Cara membuat masker putih telur:
    1. Bersihkan dahulu muka dengan pencuci muka.
    2. Pecahkan telur, ambil putih telur sahaja. 
    3. Kocok putih telur menggunakan garfu hingga berbusa. 
    4. Oleskan ke seluruh wajah kecuali kawasan mata dan bibir. 
    5. Biarkan selama 30 minit atau sehingga kering. Kemudian basuh muka dengan air suam.
    6. Sapu es batu pada wajah bagi membantu menghalusi pori-pori wajah.

    Happy weekend ;)

    Wednesday, September 12, 2012

    Solat Jamak Qasar

    Saya ingin berkongsi ilmu mengenai solat jamak qasar yang sering diperbincangkan. Ilmu ini saya dapat daripada email UiTM saya.

    KESILAPAN SOLAT JAMAK QASAR: TAPI ANDA TIDAK PERASAN.


    Menghadiri ‘conference’ dalam dan luar negara bukan perkara ganjil. Ramai yang pergi dan kembali, bahkan ramai yang berulang-alik ke pelbagai destinasi dengan niat mengembangkan ilmu. Ini perkara rutin bagi seorang researcher atau ahli akademik di universiti atau ‘research centre’. Tidak ketinggalan bagi yang suka melancong, musafir adalah perkara ‘ghalib’.

    Sungguhpun setiap musafir dengan niat kerana Allah besar ganjaran pahalanya, namun harus ditelusuri feqah yang berkaitan dengan musafir tersebut, adakah bertepatan dengan syariah? Mungkin ramai yang tidak pernah mengambil kisah akan adab musafir mengikut sunnah. Amat rugi, jika kita tidak mengambil kepentingan dari perkara adab dan sunnah Rasul. Namun perkara sunat bukanlah ‘aula’ jika yang wajib masih terumbang-ambing. Antara sedar atau tidak, ramai yang melakukan kesalahan berulang akan hal yang wajib seperti SOLAT.
    Walaupun isu solat jamak atau jamak qasar bukan lagi menjadi topik perbincangan mutakhir ini, namun saya melihat ianya masih lagi perlu diperhalusi kerana masih banyak salah faham yang berlaku. Malah, masalah ini seringkali berlegar-legar dalam kumpulan teman-teman yang bermusafir bersama saya. Tidak kira musafir ke tempat jauh atau dekat, isu solat tidak boleh dipandang remeh.    

    Lihat situasi berikut:

    Sehingga ke hari ini, masih ramai yang menganggap bahawa solat jamak qasar boleh dilakukan 3 hari pertama berada di sesuatu tempat. Sedangkan menduduki tempat melebihi 3 hari tidak lagi dikira musafir tetapi ‘bermukim’ (sudah gugur taraf musafir). Jadi, solat jamak qasar sama sekali tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai ke destinasi. Tiada nas yang membenarkan solat jamak qasar pada 3 hari pertama anda bermukim. Solat jamak qasar hanya ‘valid’sepanjang perjalanan anda yang melebihi 89 km dan tidak ‘valid’ sebaik tiba di destinasi yang anda ingin duduki melebihi 3 hari. Sekali lagi diingatkan, jamak qasar selama 3 hari hanya dibenarkan untuk orang yang benar-benar singgah tidak melebihi tiga hari di sesuatu tempat.
    Namun, anda masih diberi rukhsah untuk menjamakkan solat apabila berada dalam situasi yang sukar. Dan jamak ini dibenarkan sepanjang tempoh mukim atas sebab-sebab yang diizinkan syarak. Salah faham berlaku apabila kebanyakan kita tidak jelas akan perbezaan antara solat jamak qasar dan solat jamak. Mungkin silibus pendidikan Islam di peringkat sekolah perlu dikaji semula kerana belum mampu memberi kefahaman tentang masalah feqah yang paling utama ini. Ataupun ustaz ustazah perlu mengkaji kaedah pengajaran agar lebih berkesan dan dapat difahami oleh pelajar di sekolah.

    Sedikit pencerahan tentang solat qasar dan solat jamak.

    1)        Solat Qasar
    Sekiranya anda bermusafir ke sesuatu tempat yang perjalanannya melebihi dua marhalah atau 89 kilometer, maka diharuskan untuk mengqasarkan solat.
    (Dua marhalah bersamaan empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 km.)
    “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” [an-Nisa’ : 101]
    Bahkan dalam satu hadith Riwayat An-Nasa’i dan Abu Daud, Rasulullah s.a.w mengharuskan para sahabat mengqasarkan solat walaupun bermusafir dalam keadaan aman.
    Qasar adalah memendekkan solat, yang 4 kepada 2.
    Syarat qasar :
    1)        Jarak perjalanan > 89 km
    2)        Bermusafir tidak melebihi 3 hari penuh (tidak termasuk hari berangkat dan pulang)
    3)        Sudah memulakan perjalanan dan keluar dari mukim atau kawasan kampungnya.

    Apa bezanya solat qasar dan solat jamak?

    2)        Solat jamak
    Pada asasnya, solat jamak tidak berkaitan secara langsung dengan solat qasar dan ianya boleh dilakukan atas pelbagai keperluan yang dibenarkan syarak. Solat jamak maksudnya menghimpunkan solat tanpa mengurangkan rakaat.
    Perkara yang membolehkan jamak:
    Dalam Syarah Muslim, Imam al-Nawawi r.a berkata: “Beberapa imam membolehkan jamak bagi orang yang tidak musafir, bila terdapat suatu kepentingan, asalkan hal itu tidak dijadikan kebiasaan. Ini juga merupakan pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari golongan Maliki, juga pendapat al-Quffal dan al-Syasy al-Kabir dari golongan Syafi’i, juga dari Ishak Marwazi dan dari jemaah ahli hadis, serta pendapat yang dipilih oleh Ibnul Mundzir. [al-Majmu’, jil. 4, ms. 264]
    Dalam kitab feqah karangan Dr. Basri Ibrahim ada menjelaskan keharusan jamak kepada beberapa golongan yang memerlukan seperti sakit, ketakutan, pekerjaan yang punya maslahat kepada umat, bencana alam dan musafir. Bahkan syarat bagi musafir untuk menjamakkan solat tidak diwajibkan melebihi dua marhalah. Waima orang yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan tidak mampu keluar dari situasi tersebut boleh berniat jamak, dan melaksanakan solat jamak ta’khir apabila sampai di rumah. Ini kerana solat jamak tidak terikat kepada syarat jarak perjalanan, musafir, bermukim dan keluar dari mukim.

    2 Jenis solat jamak yang anda sedia maklum:
    1)  Jamak Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
    Syarat jamak Taqdim :
    1)         Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
    2)         Hendaklah niat Jamak Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
    3)         Berturut-turut di antara solat yang dijamakkan itu.
    4)         Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
    2)  Jamak Ta’khir pula ialah mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
    Syarat jamak Ta’khir :
    1)        Hendaklah berniat jamak ta’khir dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib. Tidak sah solat jamak ta’khir yang dilakukan akibat luput waktu solat, tanpa diniatkan sedari awal waktu solat yang pertama.

    Jadi, apa perbezaan jamak qasar dan jamak?

    Sangat berbeza kerana,
    1.        Jamak qasar bermaksud menghimpunkan dan memendekkan, manakala jamak    bermaksud menghimpunkan sahaja.
    2.        Jamak qasar hanya dibenarkan bagi orang yang sedang bermusafir melebih 2 marhalah dan singgah tidak melebihi 3 hari penuh.
    3.        Jamak pula dibenarkan pada pelbagai keadaan mengikut keperluan yang syari’e.

    Lihat situasi berikut :

    Contoh 1: Ulama membincangkan masalah solat jamak sebelum memulakan perjalanan. Jumhur ulama berpendapat, boleh menjamakkan solat sebelum bertolak sekiranya dibimbangi berlaku kesukaran untuk solat dalam perjalanan. Pendapat ini berdasarkan hadith:
    "Rasulullah saw menjamakkan solat Zohor dan Asar di Madinah, pada masa itu tiada ketakutan dan tidak pula musafir, Abu al-Zubair berkata : Aku bertanya kepada Sa'ed (iaitu Ibn Jubair), Kenapa baginda melakukan begitu? Dia berkata, Aku telah bertanya Ibn 'Abbas soalan yang sama, dan dia berkata : Baginda tidak mahu sesiapa dikalangan umatnya menghadapi kesukaran" [Hadith Riwayat Muslim no. 705].
    Tapi perlu diingat.. yang dibenarkan adalah solat JAMAK, bukan JAMAK QASAR.
    Sekali lagi ditekankan bahawa jamak qasar hanya boleh dilakukan apabila anda sudah memulakan perjalanan dan keluar daripada mukim.
    “Diantara syarat-syarat sah memendekkan (qasar) solat adalah hendaklah musafir melepasi pagar kampung (balad) yang dimulakan permusafirannya" [al-Fiqh al-Manhaji 1/187].

    Contoh 2: Anda sudahpun dalam perjalanan pulang ke rumah. Akibat kesulitan sepanjang perjalanan pulang menyebabkan anda tidak mampu menunaikan solat dalam perjalanan. Sebagai contoh, jalan yang sangat jem (musim perayaan) yang boleh menyebabkan terluput waktu solat. Maka dibolehkan anda jamak ta’khir di rumah. Sekali lagi ditegaskan, dibolehkan JAMAK, bukan JAMAK QASAR. Kerana jamak qasar tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai di rumah.

    Contoh 3: Apabila mengalami sebarang kesulitan di tempat anda bermukim (musafir yang melebihi 3 hari), maka dibolehkan jamak. Contoh kesulitan berbeza mengikut situasi. Berada di tempat asing memungkinkan kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Hanya yang mengalaminya dapat merasakannya. Jangan tinggalkan solat, sebaliknya jamaklah pada sesetengah keadaan yang sulit. Allah telah memberi kelonggaran kepada hamba-hambanya pada setiap keadaan agar kita menjadi hamba yang sentiasa ta’at.
    Syeikh Mohammad Salih al-Munajjid juga pernah menyatakan hal ini : "Dibenarkan bagi seseorang yang bermukim (tidak musafir) menjamakkan dua solat jika ia menjadi terlalu sukar untuk melakukan solat yang kedua pada waktunya. Kebenaran menjamakkan solat adalah LUAS berbanding dengan memendekkan solat, kerana memendek (qasar) solat hanya dibenarkan kepada musafir sahaja. Akan tetapi jamak dibenarkan kepada musafir dan bukan musafir untuk menjamak solat apabila menghadapi kesukaran menunaikan solat samaada pada waktunya atau didalam jemaah".
    Dengan itu, jelas sekali ketetapan untuk solat tidak pernah gugur walaupun kita berada dalam kesulitan. Bahkan Allah telah memberi kemudahan untuk kita tetap ‘thabat’ di atas jalan-jalan orang yang abid.
    "(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran"[al-Baqarah : 185]
    "dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama" [al-Haj : 78]

    Disclaimer Note : Setiap pendapat saya adalah bukan pendapat peribadi yang condong kepada mana-mana fahaman. Pangkal dalam setiap hukum syariat Islam adalah dalil dari al-Quran dan hadith.  Telah berkata Imam Malik r.a, “mana-mana pendapat yang dilontarkan setiap muslim boleh diambil dan boleh ditolak, kecuali yang datang dari Muhammad s.a.w”. Jadi, sekiranya terdapat pendapat yang tersasar daripada dalil yang sahih, maka lakukan penolakan. Yusuf Qardhawi pernah mengingatkan bahawa setiap muslim adalah tawanan hujah yang kuat serta dalil yang sahih. Dr. Yusuf al-Qaradawi juga telah mengupas mengenai isu jamak dan qasar ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut ).

    Allah Lebih Mengetahui.
    ASMAH ALIAS. UiTM. AS 990, 9 Sept 2012, 22 Syawal 1433 H


    Wednesday, September 5, 2012