Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Monday, February 20, 2012

Rajin Resepi Kejayaan


Rasa malas tapi at the same time tercabar? Itulah perasaan I sekarang ni. So nak membebel sikit kat dalam blog. Nak bebel kat orang len kang kesian plak mangsa bebelan tu. Nak bebel kat diri sendiri sebenarnya. Motivasi diri sikit untuk hari Isnin ni.

Ok..start membebel.

Jangan jadi mangsa mereka. Jadikan ia satu cabaran untuk kamu maju ke hadapan. Tidak hanya berada di takuk lama. Buktikan bukan hanya kepada diri sendiri, juga kepada orang yang lebih atas bahawasanya anda sememangnya mampu mencapai apa yang dikecapi mereka sekarang cuma masa dan cara yang membezakan. Lain orang lain caranya. Kekuatan azam dan dedikasi sendiri yang menentukan anda di tahap mana. Leka dengan keselesaan hari ini menjadi punca anda masih berada di tahap lama.

Yakin pada diri. Sesungguhnya hari ini milik anda. Manfaatkan hari ini bagaikan anda akan mati pada hari ini juga. Taburkan budi pada apa sahaja yang anda sedang dipertanggungjawabkan samada dalam kerjaya mahupun keluarga. Orang yang rajin adalah orang yang berjaya.

Maka...oleh itu..therefore...so...thus...moral of the story...jadilah rajin ya kawan-kawan sekalian.hehehe.

Published with Blogger-droid v2.0.3

Saturday, February 18, 2012

Main Bowling dan Pesta Waffle~

Tak pedulik. Nak bagitau gak!

Dah lama sebenarnya  kitorang tak kuar ramai-ramai. Yelah..semua dah ada komitmen masing-masing. Meradang je busy. Ke buat-buat busy. 
So semalam kitorang pulun baling bola bowling...walaupun tak strike sangat. Duk masuk longkang je. Pe bestnyer longkang tu entah.

Pastu dapat plak lane first paling dekat dengan cafe. Main sekejap dah beli sweet corn..pastu sape strike Hafiz belikan waffle. Nampak sangat jarang strike kan. So petang tu kami kenyang dengan waffle free~

Before that, pagi tu, on the way gi klinik gigi ade banner iklan ni. So, sape-sape yang takde mende nak buat minggu depan, rajin-rajinkanlah diri anda pergi ke masjid. Berbaloi-baloiii.

Kuliah maghrib bersama Ustaz Azhar Idrus di Masjid Shah Alam Ahad depan.

Tengah hari tu pulak I try masak gulai ikan tongkol. Nasi dagang takdok ye. Nasi putih saja.. Try menerai based on buku resepi tradisional yang dicurik dari kampung.hehe.

Gulai ikan tongkol. Sedap tak sedap entah lah. I tak minat ikan tongkol sebenarnye. Mencuba saja.


Tu je la aktiviti sabtu minggu ini. Hmm. Ade korang kesah,.haha. BTW nak bagitau gak... 
I tengah sakit gigi sesangat!! (T_T) Wuuu~~~
Sebab baru tukar braces lagi. Adushhh... padan muke kat diri sendiri. Sape suh pakai. Walaubagaimanapun, gigi I sekarang much better than before. Tak tau la bape lame lagi kena pakai. Lupe nak tanye Dr Mariati.

Ok..sume bende dah wat. Writing thesis masih perlu diteruskan. Yap!

Friday, February 17, 2012

Tupai-tupai

Malam semalam dah takde aktiviti lain ktorang pun decided makan kat luar sebab malas nak masak.hehe. Google-google last-last decided nak makan kat Restoran Tupai-tupai Seksyen 13. Orang kate tempat tu famous. I tak pernah lagi makan kat situ. Mase tgh google smlm kelakar sangat de blog someone tu tak ingat sape entah, terbaca komen orang dia kata.

"Kawan saya terlupa nama restoran tu, dia ajak kami dia kata 'jom makan kat katak-katak'..perhh pengsan".

Haha. Leh pulak restoran nama 'katak-katak', hodoh giler nama.

Kenapa ek nama dia tupai-tupai? Nape tak letak kura-kura ke..kucing-kucing ke...rama-rama ke...eh bukan. rama-rama-rama-rama (plural kan). Ke sebab alamat dia,

Tupai-Tupai Restaurant  Cafe,
Jalan Lompat Tinggi, Seksyen 13,
Shah Alam, 41000 Selangor.

'Lompat Tinggi' mungkin..so diorang letak nama Tupai-Tupai. Entah. My theory je tu.haha.

Orang biasa makan steambot seafood kat sini. Western food pun ade. Goreng-goreng biasa pun ada. Servis dia not bad. Tak yah nak berjalan bayar kat kaunter macam semua kedai-kedai sekarang. Panggil je waiter bayar kat diorang. Yelah, dah kenyang-kenyang nak pi bayar kat kaunter memang satu beban yang sukar nak digambarkan.haha.

Sebelum kuar gi makan sempat la I laksanakan hobi baru I tu. Jahit manik sikit. Senget-senget la tapi. Tersangat la tak reti. Refer gambar google je.haha.


Tadaa~. Simple gilerh. Senget-senget tu masih ada. Haish....

Selamat Hari Minggu semua!

Happy birthday nisa! ;)

16th February 2012,

Happy 24th birthday to my dear classmate tyme degree, Nisa. Dah 24 tahun dah dia. Lepas ni kitorang pulak. I lagi 2 bulan. heee..tua sudah.


Time kasih sangat-sangat kat bf dia, Khair sebab belanja kitorang makan KFC. Konyang den. Timbul balik lemak-lemak di badan. Waduh~


Akhirnya..siap jugak paper tuk SHUSER nanti. So sekarang tunggu keputusan dari supervisor nak baiki pape lagi yang dia nak sangat baiki. Malam ni ape lagi, enjoy lah! rasenyer setiap hari dah enjoy pun.hehehe. 

Jom jahit manik. Jadi ke tak, we'll see later owkeh.

Kuey Teow Goreng

Teringin nak makan nyer pasal so I pun masak kuey teow. Resepi untuk mengingatkan diri sendiri di masa hadapan.hehe.

Kuey teow goreng.

Bahan-bahan:
1 peket kuey teow 
(basuh dan toskan dahulu...cerai-ceraikan dengan lembut tak nak bagi mee dia putus)
15 ekor udang 
(rebus kulit udang dengan air yang sedikit tuk dapatkan air rebusan udang. Simpan air rebusan udang)
(tambah  kerang pun tersangat lah best)

3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
4 tbs cili giling
2 tbs sos tiram
4 tbs kicap pekat (kicap pekat lagi best. Sebab unavailable kat umah I ni, I guna kicap manis jer)

4 rumpun daun kucai
Segenggam taugeh
2 biji telur
Secubit garam

Cara-cara:
1. Tumis bawang-bawang. Masukkan, cili giling, sos dan kicap. Kacau sampai naik minyak.
2. Masukkan air rebusan udang dan udang. Biar sampai menggelegak dan udang masak.
3. Masukkan daun kucai dan telur. Kacau sentiasa tak nak bagi berkerak.
4. Masukkan taugeh dan kuey teow. Kacau sampai sebati. Siap!

Kuey teow of course sangat sedap makan dengan cili jeruk. I tak sempat nak wat. So....resepi yang ni CILI JERUK pun macam senang nak wat. I terlupa nak wat.hehe. So before gi keje pagi-pagi. Malam tu siapkanlah jeruk tu dulu. Baru best!

Saya budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan.hehe.

Manik-manik Cantik

I ada hobi baru. Jahit manik. I tengok makcik-makcik menjahit manik kat baju kurung diorang..rase jeles plak. Yelah, nak anta kedai jahit manik pun mahal gak kot. Paling-paling pun mungkin RM15. Lagipun I tengok diorang jahit manik-manik macam best plak. So I nak try la praktis menjahit manik ni. Cantik-cantik pun. Jadi la hobi di masa lapang...walaupun sepatutnye I tak patut ada masa lapang sekarang ni (dah final sem kan.huhu)

Koleksi manikku.

I first beli manik kat GM Klang. Banyak sangat pilihan dia. Harga biasa jer. Takde la murah sangat. Kawan I kate kat tempat dia leh dapat sangat murah, RM5 leh dapat satu peket besar. Tapi apa kan daya...tempat dia tu kelantan ok. Jauhhhhh.

Tapi kelmarin I dapat tempat baru nak beli manik. Tak yah susah-susah gi Klang. Kat PKNS tingkat 1 hujung sekali dekat ngan surau ada satu kedai manik. Cane entah terjumpa kedai tu. Masuk-masuk kedai nampak keratan akhbar dan majalah gambar bos kedai. Tengok mak cik kat kaunter tu...ruper-rupernyer dia la dalam gambar-gambar tu. Famous rupenyer makcik ni.hehe. Leh tempah jahit manik cantik-cantik kat dia. Waktu I pergi tu tengah offer...manik yang sepatutnyer RM3 sepeket, dia jual RM1. Ape lagi..I balun la 5 peket. Dia nak habiskan stok warna tu kot.

Wahhh..bile la dapat buat camni kan.

I sekarang jahit simple-simple je. I mean saaaangat la simple. Nak wat bentuk bunga semua tak reti lagi la. Kena praktis selalu. Tapi I buat pun bile bosan giler dan stress sahaja. So nak capai tahap hebat wat corak manik agak jauh.hehe.

Kat mana lagi manik murah ek...hmmm...langkawi mungkin. Kena gi sana la plak.Ceihhhh..alasan.

Wednesday, February 15, 2012

A Good Salon.

Pada I ada satu yang menentukan salon tu bagus ke tak, is their way of treating the customers. Hair stylist and hair cutter sangat berbeza. Hair stylist ni yang akan memberi suggestion kat customer style yg cammane yang sesuai untuk customer tu. Also if she's a good hair stylist she wouldn't just 'tegur' the customer's hair problem. She should share the customer tips or even any suggestion to them to improve their hair. Then, I think that is what we call as a good salon. Not just a place for you to cut hair, but also a place for you to learn how to have healthy hair.
I love stylist who gives suggestion when I ask them "what do you think is better?". Yelah..malas nak pikir sendiri nyer pasal.hehe.

Among all salon I've went to, the best salon is the academy salon. Walaupun diorang ambil masa yang tersangat la lame untuk potong rambut sahaja, hasilnya agak memuaskan..setakat ni la. Kenapa? Sebab styler tu sangat bersungguh memotong rambut I. Dia ingin memberi yang terbaik kepada pelangganya. As the result, I dapat style rambut yang I sendiri tak sangka I akan wat pada rambut I. So sekarang ni setiap kali I gi salon rambut I akan pastikan style yang sama, so I trim je rambut. Melainkan kalau tetibe ade styler lain yang akan memberi cadangan lain. Then I would change my style.

Hehe. Itu pandangan I la kan. Baru la berbaloi dengan harga.

Asalkan puas hati. Tapi kena hati-hati gak..takut-takut membazir plak beratus duit habis kat rambut je kan.hehe. :D