Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Wednesday, January 18, 2012

Seminar di UM


Hari ni I gi seminar FTIR kat Universiti Malaya. Seminar ni berlangsung sampai hari Khamis ni. Makan free tuk 3 hari.yeay!

Seminar ni fokus kepada FTIR. Teknik deconvolution of peaks sebenarnya sangat penting. InsyaAllah I akan cuba praktikkan.

Kebanyakan peserta-peserta yang datang hari ni sama je ngan yang datang mase seminar EIS tahun lepas. Kakak yang dari Mimos yang dulu pregnant dah kurus dah sekarang.hehe.

Balik dari UM, my bi gitau yg dye dah kepingin benor nak beli s2. I pun pikir beli je la. InsyaAllah berbaloi untuk kegunaan dan hopefully dia puas hati. Pada I, I sangat puas hati dengan hanset ni. Setakat ni ok la. Tiada masalah. Calar pun tak walaupun dah jatuh banyak kali dah.

I suka guna application calendar, memo, task, and email notification dia. So I tak yah dah nak kena buka laptop just sebab nak cek email. Kot..kot..groupon de diskaun salon rambut dan sebagainya.hehe.

Bestnyer dia dapat beli s2! I hope he is happy. :D

Keep up with your tasks and don't forget to smile. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.3

Sunday, January 15, 2012

Pertunangan Dza

Bertunang sudah kawan masa degree kami ni. Dia pun dah keje. Kami semua sambung belajar. So perangai pun cam budak-budak lagi.

Kami tak sempat nak jumpe tunang dia sebab masa rombongan datang dia mungkin stay dalam kereta. Diorang orang Pahang. Tak sangka kawan kami ni nak kahwin dah. Kami bile lagi? Wallahualam. Belajar pun tak habis lagi.

I bukannya nak tunggu kaya raya baru kahwin. Bukan pasal duit. Rezeki di tangan tuhan. Yang penting persediaan dari segi agama. Perkahwinan bukan sahaja menyatukan dua buah keluarga, perkahwinan juga satu tahap membina sebuah institusi baru iaitu institusi keluarga. Biarlah institusi ini dibina dengan niat demi Allah SWT. Tidaklah mengharapkan kesempurnaan, tapi berusaha untuk menjadi lebih baik. Mampukah saya memikul tanggungjawab yang sangat tidak ternilai ganjarannya itu.

Terjumpa turtle ni kat dalam kereta Salleh. Mata dye bukan men menggoda. Nak!

Berusahalah agar hidup ini sentiasa mendapat keredaanNya.

Pembahagian Tugas Lab

Kitorang menghabiskan masa kat lab hari ni dengan meeting with the juniors. Oleh kerana keadaan lab yang makin hari makin huru-hara. Masing-masing wat hal masing-masing. Kurang perpaduan sangat dah especially between seniors and the newly registered members. Therefore, ex-leader of the lab, Fariz dengan suke cite dye menyerahkan peranan tu kepada Fairuz..he's the only guy among the juniors in the lab. Plus, bulan Mac nanti Dr Zu akan berpindah ke UPNM, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia untuk meneruskan perjuangan beliau meraih gelaran professor insyaAllah.

Logo UPNM. Tak pernah lagi pergi UPNM. Ada rezeki dapat la pergi jenguk Dr Zu kat sana nanti.

So tugasan pun diagih-agih. Rasa macam kembali ke sekolah pun ada. Siap ada AJK keceriaan lagi. I dan Emi jadi usahawan kat lab tu. Kami akan jual air kotak dan several jajan kat dalam lab tu. Untung jualan akan disumbang ke tabung lab untuk kegunaan lab di masa depan.


Kami juga jadi ajk trip. a.k.a meng'organize' trip-trip yang ahli-ahli lab teringin nak pergi. Masa terdekat ni diorang nampaknya kepingin nak gi Kota Kinabalu yang dah di'plan' a long time ago..tapi still tak jadi-jadi because not enough initiative are put for it. InsyaAllah kami akan berusaha menjadikan plan-plan tersebut realiti.

Kerja makin banyak, but I'm glad to finish them up. :)

Saturday, January 14, 2012

Sedapnyer bacaan mereka. :)

Tengah cari-cari lagu nasyid tiba-tiba ketemu lagu-lagu ni. Mula-mula dengar agak pelik. Tapi lama-lama hayati sejuk hati dengar. I tak berapa faham bahasa arab, tapi boleh la tangkap maksud dia sikit-sikit. Kalau fasih berbahasa arab, indahnyer..






Sedap sungguh bahasa arab.

Friday, January 13, 2012

Rezeki-rezeki

Minggu ni bertuah sangat. Nak dekat tiap hari I dapat lunch free. Ade member belanjer la, jamuan kat fakulti la. Rezeki-rezeki. Duit biasiswa pun tak masuk lagi, dah lewat 3 minggu kot. Tak tau la ape masalah nyer. Next week baru tau.

Lagipun minggu ni I kejap lunch kejap tak pun. Sibuk nak siapkan paper nak hantar kat supervisor ahad ni.

Frankly, I sengaja nak sibukkan diri. Bila masa lapang diisi dengan kesibukan yang bermanfaat, kuranglah masa untuk kita merasa sunyi serta kuranglah termenung yang membawa kepada kemurungan dan kesedihan.
Itulah salah satu tips yang I baca dari buku 'La Tahzan' yang Kak Am sarankan kami baca. Buku tu husband kesayangan dia hadiahkan kat dia. Sweet sangat!

Minggu ni jugak I ambil voucher RM200 yang tengah hot sekarang ni. I still tak guna voucher tu. Nak kena manfaatkan betul-betul. Kalau tak rugi je. Buku untuk bidang saya ni agak limited, boleh dikatakan unavailable kat bookstores, so I decided to purchase motivational books instead. Kalau nak tunggu beli guna duit sendiri memang tak terbeli la.hehe. Tapi dengar-dengar cite kedai-kedai buku start naikkan harga, yeke! Tak patut...tak patut. So I rase better I tunggu bulan depan, bulan ni mesti kedai sedang hangat dikunjungi students. Harga akan stabil bulan depan mungkin..my theory.


Apabila kita berusaha dengan niat demi Allah SWT, insyaAllah rezeki turun di mana-mana dengan cara yang tidak kita sangka.

First try

My first attempt using blogger for android.

posted from Bloggeroid

Monday, January 9, 2012

Sekali Sekala Garang

I garang ke?
Takde la.
Tapi member-member I kate I sejak kebelakangan ni garang lak. Berani nak tegur orang. He~ yeke?
Hehe.

Bersama menegur.

Bukan pe.
I sebenarnya pemalu dan pendiam. Tapi...when it comes to mempertahankan hak, I always stand for it.

I paaaaaaling pantang bila orang tu berlagak hebat dan memandang rendah orang lain. Time tu jugak la I automatically tegur dia depan-depan. Kalau pendam kang tak puas hati. Daripada cakap belakang buang air liur je, baik tegur depan-depan, lebih bermanfaat. Yela. Sampai bila orang camtu nak biar berlagak tak sedar diri. Kena la tegur gak sekali sekala.

Minta maaf la kalo kegarangan saya menakutkan anda.hehe.