Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Thursday, December 29, 2016

Tahukah anda.


Para penyelidik seantero dunia sedang mengkaji kebolehan hampas-hampas bahan agro terbuang untuk dijadikan salah satu komponen penting dalam aplikasi superkapasitor dan seumpama dengannya.

Wednesday, December 28, 2016

Ayam Masak Hitam

Preparation time: 15 minit
Serving size: 4 people

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam

Bahan A:
3 biji bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1/2 tsp jintan putih

Bahan B;
1 bunga lawang
1 buah pelaga
1 kulit kayu manis
1 helai daun pandan (simpulkan)
2 tangkai daun kari

Cili kisar (8 batang cili kering)
1tbs kicap manis
1tbs tomato puri
2 biji tomato (potong dadu)
1 tangkai serai (titikkan)

3 tbs minyak masak
Secubit garam

Cara-cara:

  1. Perap ayam bersama bahan A. Perap dalam 1 jam atau lebih.
  2. Panaskan minyak masak, tumis bahan B.
  3. Masukkan cili kisar, masak hingga naik minyak.
  4. Masukkan kicap manis, tomato puri dan serai. Biar masak.
  5. Masukkan ayam yang telah diperap tadi beserta buah tomato dan gaul hingga sebati.
  6. Tambah air jika inginkan berkuah.
  7. Masukkan garam.
  8. Siap.
Sumber: google

Azam Tahun Baru

Azam tahun baru:



  • Solat tahajjud di sepertiga malam
  • Solat fardhu di awal waktu
  • Mengisi masa lengang dengan al-mathurat
  • Mengaji Quran Al-Karim selesai solat Maghrib
  • Belajar Sirah 10 minit sebelum tidur
  • Menghafal surah-surah pendek beserta maknanya
  • Mengamalkan surah Ar-Rahman setiap selesai Subuh dan Al-Waqiah setiap selesai Maghrib
  • Menderma di kala mendapat gaji
  • Menabung bagi bekalan Umrah
  • Makan makanan sihat
  • Belajar masak sarapan dan makan malam
  • Balik kerja jam 5.00 petang
  • Bangun pagi jam 5.00 pagi
  • Elak berkumpul beramai bersembang bagi elak mengata insan lain/ keluarga sendiri.




#High achievements always come in the framework of high expectations.

Monday, October 31, 2016

Attending Conference i-CAPE Penang

Dengan izinNya, saya ditemani kedua orang tua saya akan berangkat ke Penang, bukan saja jale-jale yer. Untuk menghadiri sebuah konferens akademik, i-CAPE 2016 yang bertempat di Park Royal Penang Resort. Saja bawa orang tua jalan-jalan sambil tu. Take the chance while still can to please them.


Some would ask me, why do you want to go to the conference? Well, my aim is..to grasp knowledge. The knowledge which could not be found in books, or any other sources. You have the chance to meet face to face researchers that come from different places around the world. You'll get up to date with current research fields. At the same time, I'm still trying to find some ideas and still identifying for a title to further my study. If I stop attending conferences, I might gonna lose interest in research, well, that's a bad thing for an educator. The beats should not be stopped. Once it stops, then you are dead. To come back alive, will require lots of energy and time consuming.

Saya harap pembentangan saya nanti memberi manfaat bukan sahaja kepada diri saya sendiri, juga kepada hadirin yang sudi mendengar. Niat, berkongsi ilmu, belajar dan menerima seandainya terdapat kesalahan pada kefahaman sedia ada.

Semoga perjalanan kami esok dibekalkan taqwa Allah dan diampunkan dosa. Aamiin.

Sunday, June 19, 2016

Pelaburan Emas

Pelaburan?
Selepas saya melakukan sepintas pembacaan dan kajian, saya membuat keputusan untuk melabur dengan cara pelaburan emas. Seciput sahaja ilmu yang saya sempat dan mampu peroleh.

Seperti yang diketahui, pembelian yang sah di sisi agama adalah pembelian yang mana kita dapat barang yang dibeli.

Ada beberapa syarikat lain yang membuat perkhidmatan pelaburan emas ini. Yang saya nampak adalah Public Gold.



Justeru itu, saya memilih Public Gold sebagai pusat pelaburan emas saya. Hal ini kerana, beberapa kelebihan yang saya nampak, seperti:

1. Pembelian yang mudah. Boleh membuat tempahan melalui telefon (terus kepada cawangan atau melalui perunding), bayar melalui ATM dan membuat temu janji bila-bila masa terluang untuk mengambil emas yang dibeli.

2. Emas yang dibeli, kita pegang emas tersebut. Ia bukan sekadar sijil.

1 g adalah sebesar kad sim. Kad ini adalah sijilnya.

3. Bar emas yang dibeli boleh dijual di mana-mana kedai emas, juga diterima untuk dicagar di Ar Rahnu.

4. Public Gold tetap menerima bar emas yang dibeli walaupun bar tersebut mungkin calar atau rosak untuk beberapa lama dalam simpanan.

5. Pelaburan emas lebih selamat insyaAllah. Kerana harga emas akan sentiasa naik, walaupun ada masa turun sedikit (masa sesuai untuk membeli), tapi regression line dia tetap positif.

6. Diiktiraf Bank Negara.

7. Emas hiasan susut hampir 20%. Manakala emas bar susut dlm 5-7%.

8. Keuntungan pelaburan emas hampir 15-20%.

9. Boleh tengok-tengok/ update harga terkini emas. Harga emas sentiasa berubah. Ada masa jatuh sedikit, boleh ikuti sekali-sekala pada laman web rasmi Public Gold. Setakat ini, melalui pemerhatian cetek saya, setelah sebulan, saya dapati harga emas naik lebih kurang RM10 per gram.

Senang rujuk sahaja line purple. Berubah-ubah nilainya mengikut pasaran dunia.

Tips dan nasihat pelaburan yang saya dapati antaranya, duit yang dilaburkan adalah bukan untuk kegunaan dalam masa terdekat. Tempoh matang/ tempoh minimun untuk merasa keuntungan adalah 3 tahun ke atas. Maka, jumlah duit yang dilabur seelok-eloknya bukan untuk dipakai dalam tempoh 3 tahun itu. Saya labur jumlah yang sedikit sahaja dahulu. Tambahan pula, di kala umur 30 an mungkin ada perkara-perkara yang memerlukan wang seperti kahwin (andai ada jodoh :)), masuk rumah baru (beli sofa, tv, mesin basuh dan lain-lain), kenderaan untuk pergi balik kerja dan sebagainya. Maklumlah kerja pun baru stabil, ambil masa untuk menstabilkan semula ekonomi. Konsep saya suka-suki sahaja. Simpanan untuk 10 tahun mungkin.

Kerjalah seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Beramal seperti akan mati esok hari.

Oh ya. Zakat haruslah bayar. Membersihkan rezeki, dan bersedekah secara tidak langsung.

Sunday, June 12, 2016

Tips Masakan: Kerang Rebus Enak dan Tidak Melekat

Kukus kerang bersama hirisan bawang merah selama 8 minit. Hasilnya, isi kerang akan menjadi segar dan mudah dikeluarkan dari kulitnya.

Saturday, April 2, 2016

Resepi: Pancake with Strawberry Sauce


Ingredients:

2 cups tepung instant pancake Bluebird
1 biji telur
1/2 cup almond milk (or coconut flavoured almond milk)

For the strawberry sauce:
4 pieces of fresh strawberries, the more the better
4 tbsp sugar, the less the healthier, or better use honey


How to cook:

  1. Mix together the instant pancake flour with egg and almond milk. Whisk till combined.
  2. Pour on a preheat non stick pan. Cook on both sides.
  3. For the strawberry sauce, cook all the ingredients together. Constantly stir till the strawberry is dissolved 80% or as desired.
  4. Pour the sauce on top of the pancake.



Sunday, February 21, 2016

Recepi: Cinnamon Rolls


Ingredients:

A:
3.5 cups / 440 g flour
2 tbsp / 30 g sugar
1 tsp/ 5 g salt

2 eggs
2/3 cup / 160 ml lukewarm milk


B:
25 g fresh yeast  or   2 1/4 tsp active dry yeast
1 tsp / 5g brown sugar
1/3 cup / 80 ml lukewarm milk

4 tbsp/ 56 g melted butter

C:
5tbs / 70 g butter (room temperature)
1/2 cup / 100 g packed light brown sugar
2 tbs / 13g ground cinnamon

D:
1cup / 120 g powdered sugar
1 tsp / 5g vanilla extract
2 tbsp / 30ml milk

Methods:

  1. Mix together ingredient B.
  2. Stir to combine ingredient A and B.
  3. Add in melted butter. Mix till you get a perfect dough. Add in extra flour if the dough is too sticky.
  4. Let the dough rest for 10 minutes. Meanwhile, stir to combine C ingredients until a paste obtained.
  5. After 10 minutes, roll dough for 1/2 inch.
  6. Spread the cinnamon paste on the dough. Roll the dough and cut around 3 cm each.
  7. Arrange the cut rolls on a baking pan with 3 cm space between them. Cover the pan with a plastic wrap and let it rest in a warm place for about 1 hour, or until doubled in size
  8. Bake at 180 degress (prehest 180 degress) oven in 15-20 minutes until lightly browned.
  9. Stir together ingredients D until a sauce is obtained. Pour the sauce on the baked rolls.
  10. Serve warm with a cup of milk.
Source:


Wednesday, February 10, 2016

Resepi: Satay Ayam

Satay Ayam
The Ingredients:

Seekor ayam (Ambil isi sahaja, ambil juga kulit, potong dadu) - boleh dapat dalam 40 cucuk

Bahan kisar:
5 btg serai
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
5 tbsp minyak masak
3 cawan gula (it is a lot)
1 tbsp jintan halus
Serbuk kunyit (andai ingin tambah lebih warna kuning)

3 batang serai (diikat, akan guna untuk merenjis minyak semasa membakar)
Setengah cawan minyak masak (untuk drenjis sewaktu membakar)

Step by step:

  1. Blend all the ingredients together.
  2. Perap bersama ayam semalaman (lagi lama lagi sedap). Never put them in the fridge.
  3. Cucuk dalam 5 isi ayam pada sebatang lidi. Kulit di tengah (the part that I love most).
  4. Bakarrrrr.

Tips:

  • Rendam dahulu batang lidi dalam airsupaya tak cepat patah/ hangus semasa bakar.
  • Perapkan ayam semalaman, jangan masuk dalam peti ais (kerana akan menyebabkan air ayam keluar dan bahan perap tidak meresap ke dalam ayam)
  • Garam dilarang sama sekali, garam akan mengelakkan perapan meresap ke dalam ayam.
  • Gula akan menghasilkan satay yang berkilat dan manis.