Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Monday, June 30, 2014

Perlawanan Piala Dunia Malam Ini


Perlawanan malam ini:

12:00 am
Perancis - Nigeria
4:00 am
Germany - Algeria





Keputusan Piala Dunia Malam Tadi

Keputusan perlawanan malam tadi:

Netherland - Mexico
2 -1
Costa Rica – Greece
1 (5) – 1 (3)



Saturday, June 28, 2014

Rindu Serindu Rindunya

I rindu sama anak sedare. 

Masa cuti bulan lepas, tiap hari saya lah yang kena tidurkan dia. Dia tu boleh tidur hanya lepas dukung at least 15 minit. Manja betul la. 

Tapi takpe nasib baik awak comel. Mak Ngah rela dibuli. 

Hari tu dapat dukung anak kawan..umur lebih kurang macam Ilmira. Baru dukung sekejap, dia dah nak lelap. Wahh..saya ni boleh jadi ubat tidur untuk budak.huihui (bajet). 

Lagi 2 minggu lagi nak balik Ipoh. Tak sabar nyer la wei. 

Alolor my cute little princess. Mak Ngah miss u so.

Nak jumpa ramai olang-olang yang tersayang.lai~lai~lai~ 

Friday, June 27, 2014

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2014M/1435H

Jadual waktu berbuka puasa dan Imsak bagi setiap negeri di Malaysia, sila klik link di bawah. Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam.


Ini jadual untuk Bandar Pusat Jengka, Pahang. The place I'm currently staying.huihui.

Selamat Menyambut Ramadhan semuaaaa~

Thursday, June 26, 2014

Piala Dunia 2014: Perlawanan Malam Ini

Perlawanan malam ini:

Kump G
Jumaat, 27 Jun
12:00 am
USA  - Germany


12:00 am
Portugal Ghana
Kump H

4:00 am
Korea Sel Belgium


4:00 am
Algeria - Rusia






Reference: Stylo Sport



Which one you prefer.huihui.

Don't Eat and Drive

Pulak....
Kena letak sign “Don’t eat and drive.” depan kedai gamaknyer.
Nanti kang kena tahan polis…cek..cekk..positif dadah. Haa sudah….tak pasai-pasai kena belasah bapak.

Sumber: Bharian

Sebelum makan, jangan lupa baca doa makan. Semoga Allah SWT lindungi kita daripada makanan yang tidak elok...

Wednesday, June 25, 2014

Kursus-kursus One Day

One day, semua ada kursus. Kan bagus. Hal perkahwinan ini sememangnya tidak boleh dipandang remeh. 

Ilmu perlu ada sebelum rumah tangga didirikan. Takde la anak-anak menderita disebabkan ke’neglect’an mak ayah.

Dengan adanya kursus begini, barulah orang ramai lebih bersedia dan sedar apa yang perlu dilakukan, dan apa yang perlu ada.

However, these courses must require money ain’t that right. Kena bersedia kewangan. Dan of course, nak kahwin, ongkosnya kena la ade. Nanti nak bagi makan ape anak bini. kan kan kan.



Sumber: Bharian

Ilmu agama kena penuh di dada. Jangan main belasah jeh.

2 Tak Cukup

Ada masa rasa mengajar untuk satu jam macam tak cukup. Itu pun speed bercakap laju, sampai tersasul-sasul.

Nak cancel kelas pun rasa rugi sangat sekarang. Kena kejar silibus sebelum raya ni. At the same time, kena pastikan budak-budak faham. Two things at one time der. 



Hope everything goes well. Aminnn.

Fully Booked Ramadhan

Assalamualaikum wbt...
 

InsyaAllah Ahad ini kita akan menyambut Ramadhan.

Semua orang ingin berbuka puasa pada 1 Ramadhan ini bersama keluarga tersayang. 
Sama lah saye. Tapi apa kan daya, masa dan ekonomi tidak mengizinkan. 1 Ramadhan saya di sini, di perantauan (bajet duk obersi plak.huihui).

Tanggal bulan Ramadhan ini saya akan travel ke hulu ke hilir…kejap ke Shah Alam, kejap ke Ipoh. Tak duduk diam plak

InsyaAllah Jumaat ini akan ke Shah Alam. Time to see my dentist. Dah lama tak jumpa dia. Suppose last month pergi. Tapi sebabkan kat kampong, saya jadi derhaka sikit.huihui. Mesti kena marah nanti.

Asalnyer nak naik bas ke sana. Dah beli tiket dah pun semalam. Tetibe supervisor kawan saya nak jumpa dia juga. Sekarang tengah tunggu confirmation dari supervisor dia. Kalau dia pun nak pergi, saya nak drive je ke sana. Bebas sikit nak buat keputusan. Tiket ni nak try jual. Hopefully ade orang beli. Kalau burn nangis jugak la. Huuhuu.
 

 
Fully booked all weekend.

Mesti ramai orang nak balik kan hujung minggu ni. I hope so. Tolonglah beli tiket saya. huihui..

Tuesday, June 17, 2014

Semak Status Halal JAKIM

Ini sebagai peringatan untuk diri saya sendiri dan saudara-saudari sekalian...

You are what you eat.



Sekarang ni banyak penipuan logo halal pada produk-produk makanan. Kita tersangatlah perlu prihatin dalam hal ini, kerana makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Tambah lagi produk yang dikeluarkan bukan Islam.

Ada segelintir mereka yang fikir untung je. Letak gambar masjid, letak tulisan jawi, bubuh perkataan halal. Siap!
Kita pun beli sambil menyebut perkataan hikmah dengan yakinnya, "Halal ni."
Padahal tak tahu 'suasana' pembikinan produk tersebut. Ada sesetengah bukan Islam beranggapan halal maksudnya takde daging Mughalazah tu dan arak. Lain-lain kira halal. Depa tak tahu ayam, lembu kena sembelih baru kira halal...mane depa tahu wei. So, berhati-hatilah semasa memilih tempat menjamu selera.

Status halal untuk premis makanan, syarikat, makanan dan seumpamanya boleh disemak dari masa ke masa. Setiap sijil halal yang dikeluarkan telah ditetapkan tarikh luputnya. Jadi, syarikat-syarikat yang telah mendapat sijil halal perlu memperbaharui sijil halal tersebut. Sebarang kemusykilan status halal sesebuah syarikat, boleh disemak terus melalui laman web HALAL MALAYSIA. Link di bawah:


Senang je, hanya taipkan nama produk atau syarikat yang ingin disemak.

Ada banyak juga produk yang diletakkan logo Halal bukan Halal JAKIM. Logo Halal luar negara kebanyakannya. Tak semua logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM ye. Walaupun kadang-kadang tu ade produk diletakkan logo halal luar negara dan bawahnya tertulis 'Diiktiraf JAKIM'. Haaa..ada yang betul, ada yang menipu.
So, jangan jadikan diri mangsa penipuan.

Senarai Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf JAKIM boleh didapati di link di bawah:


So, makan mane yang dah dicertified ok.





Thursday, June 12, 2014

Doa Untuk Kekasih


Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi ...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engaku takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini,
Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engaku redhai,
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat,
Dan peliharalah kami dari azab api neraka,

AMIN... AMIN... AMIN...
YaRabbal'aalamiin...

Wednesday, June 11, 2014

Kerek Tak Pergi Jauh


Tak kira tinggi mana dah kite kecapi, jangan sesekali lupa, Allah SWT boleh tarik balik bila-bila masa sahaja. Kedudukan tinggi tak bererti perlu bermasam muka ataupun berlagak. 

Yes. Ego must be there for a person of higher position. However, the ego should be a ‘professional ego’. Bukan ego yang membawa kepada sombong, berlagak dan biadap.

My supervisor once told me, if you want to be respected, you must earn the respect.

Ada desas-desus orang kata seorang pekerja baru bertugas di sini. Tapi berlagak sombong. Keluar surau bersua muka tak balas senyuman yang diberi, siap bagi jelingan tajam. Kerek tak pergi jauh dek oooi.
Jadilah seperti padi, makin berisi, makin menunduk. Sedar betapa sedikit ilmu yang dapat dipelajari, betapa luas ilmu Allah SWT sediakan. 

WW: Always Look for Certified Halal JAKIM Logo


Monday, June 9, 2014

Bersedia Mental, Fizikal. Gambate!


Assalamualaikum wbt dan selamat pagi.

Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik, dah masuk semester ke-2 untuk tahun ini. Pelajar-pelajar dah mula datang ke rumah sewa masing-masing dihantar oleh ahli keluarga. Macam biasa lah, kebanyakan rumah sewa naik harganyer. Kesian sesetengah student kena harga tinggi tak kena dengan rumah yang kecil. Sabar le adik ye. Bukan kat bandar KL je sewa mahal.

Jiran sebelah student, jiran depan student. Takde diorang ni, sunyi sepi jugak lah Bandar Pusat ni. Harap-harap student semua sudah bersedia mental dan fizikal untuk semester baru ini. Saya pun kena bersedia mental, jiwa, fizikal untuk mendidik anak-anak ni. Semoga semuanya berjalan lancar. Ketar jugak lah nak start mengajar ni. Yelah...dah lame berehat..nak start engine tu payah sikit.hehe.


Hope for the best this semester.