Geram rasanya hari ini. Tadi, ada orang gila duk tenung kete saya. Cakap dengan kete saye. Menakutkan! Pastu kena pula tipu kaw kaw. Ingatkan parking biasa. Sekali masuk parking bayar, suka-suka letak RM4. Kat mane-mane takde tanda apa-apa. Suka-suka hati letak 4 hinggit. Aishhh. Geramnyer jiwa rage! Hilang mood satu hari. Ya Allah, jauhkanlah aku dari ketemu manusia-manusia macam ni. Menzalimi manusia lain.
Wednesday, April 30, 2014
Keys to Attract Students
Why students skip class? Boring? Not interested? Too many formulas to memorize? They just cannot accept it anymore?
"High achievement always takes place in the framework of high expectations."
Be an idol to the students.
Rewards and praises are encouragements to the students.
So, lead and guide them by adding videos or animations regarding the topics.
Tuesday, April 29, 2014
Saturday, April 26, 2014
Resepi: Sambal Tempoyak
4 tbs tempoyak
1 cili merah
5 cili burung hijau
3 cili burung merah
Secubit belacan
Friday, April 25, 2014
Jatuh Cinta Kali Pertama
Kujatuh cinta kali pertama.
.
.
.
.
Before that,
Tuesday, April 15, 2014
Hadiah Hari Jadi :)
Friday, April 11, 2014
Ulam: Pucuk Gajus
Sape tahu ni daun ape?!
Hehe...
Inilah 'pucuk gajus' atau bahasa kelate sebut 'pucuk ketereh'. Ulam ini pada saya sangat sedap. Tapi susah nak didapati. Di pasaraya memang takde la wei. Hanya ada di pasar malam ataupun belakang rumah kalau ade pokoknya.
Senang nak kenal pasti. Bentuk daun semestinyalah, berwarne agak keunguan sikit. Kalau warne hijau, itu bukan pucuk, itu daun..kalau makan, anda dikire kambing..hihihi.gurau aja.
Sedap cicah budu, sambal tempoyak, sambal belacan dan seumpama dengannya...cicah mayoniss.....hmmmm xpenah lagi dibuat orang. Makan dengan nasi..fuh! Segar rasanya.
Kalau saya nampak je kat pasar malam, saye pasti beli sebab jarang-jarang ada. Siapa yang ada pokoknya, ingatlah...you are lucky..makanlah atau jual jeh. Seikat 2 hinggit kot. Huhu. Daun pun mahal.
Thursday, April 10, 2014
Peristiwa Malam Tadi
Wednesday, April 9, 2014
Buku Sebaik-baik Teman
"Sebaik-baik teman adalah buku".
Saya ingin kongsikan sedikit hasil dari pembacaan buku La Tahzan tempoh hari.
Peneman yang sejati di kala suka dan duka adalah buku. Bacalah buku pabila ada masa terluang. Setiap pembacaan takkan berakhir sia-sia. Daripada menghabiskan masa terluang dengan aktiviti tidak berfaedah, baik duduk baca buku. Walau satu muka surat, pasti ada ilmu yang boleh kita dapat. Pada masa yang sama memberikan kebahagiaan, menajamkan fikiran dan mengembangkan otak.
Rasa susah hati, duduk baca buku. Tak payah peningkan lagi kepala otak mengumpat sana sini atau termenung memikirkan masalah dihadapi. Duduk, baca buku. Setiap buku ilmiah ada hikmahnya. Kebahagiaan juga boleh diperoleh dengan membaca.
Hanya Kerana Mata
Suka! Suka! Suka! Kenapa? Sebab deme warna pink. I judged a book by its cover. Btw, memang elok pun produk ni. Spend harge lebih siiikit pun takpe sebabkan bekas cantik.hoho. Pembaziran di situ. Maafkan adinda.
Tuesday, April 8, 2014
Rahsia Air Zam Zam
Ada satu hari tu, saya lepak-lepak tengok tv. Ada satu rancangan berkenaan kehebatan air zam zam. Saya nak kongsikan sedikit kerana pada saya fakta ini sangat menarik dan perlu kita tahu agar kita lebih memanfaatkan adat berselawat dan berdoa dalam kegiatan harian.
Untuk pengetahuan, Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kita ni asal je makanan tak sedap, komen bukan main lagi macam diri sendiri hebat sangat masak. Sebab itu jugalah kena baca doa sebelum makan ataupun minum. Sebab itu jugalah bila baca yasin, kita letak botol air kat depan dan buka penutupnya.
Produk Pelangsing Badan "Figure-Up" Beracun
Sumber: Berita Harian
3 produk pelangsing badan beracun
Putrajaya: Orang ramai dinasihat menghentikan segera pengambilan produk pelangsing badan ‘Collagen Slim’, ‘Beautiful Body Slim’ dan ‘Figure Up’ kerana didapati mengandungi bahan racun berjadual sibutramine.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah Abdul Rahman, berkata badan peraturan ‘Australia, Therapeutic Goods Administration’ (TGA) mendapati ‘Collagen Slim’, ‘Beautiful Body Slim’ dipromosi dan dipasarkan melalui internet untuk kecantikan serta penurunan berat badan.
Katanya, berhubung ‘Figure Up’ pula, Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan menerima laporan dua pengguna berusia 14 dan 38 tahun yang mengalami sawan selain pendarahan ulser duodenal.
“Sibutramine adalah ubat terkawal yang digunakan untuk rawatan obesiti tetapi pendaftaran ubat mengandungi bahan terbabit ditarik balik di Malaysia pada 23 Disember 2012 kerana peningkatan risiko kesan advers kardiovaskular.
Monday, April 7, 2014
Lai lai lai Minum Petang
Friday, April 4, 2014
Resepi: Solok lada
2 ekor ikan selayang
4 cili hijau (cili hidup hijau yang warnenye hijau muda, biasa untuk solok lada, kalau cili hijau biasa pun ok. Lagi sedap kalau cili hijau muda ni)
2 biji bawang merah
1 1/2 cawan kelapa parut muda (kalau tua pun boleh cuma lembik sikit isi nanti)
1/4 cawan santan
Sedikit lada hitam (letak kalau nak pedas, tak yah pun takpe)
Secubit garam dan gula
- Rebus ikan bersama air dan secubit garam (boleh letak asam gelugur kalau nak hilangkan lagi bau ikan, tak letak pun takpe) sampai agak-agak masak. Toskan. Buang tulang ikan.
- Tumbuk ikan tadi bersama bawang merah, kelapa parut dan lada hitam. Tumbuk sampai lumat. Masukkan garam dan gula secukupnya.
- Belah cili hijau dan buang empulur dan bijinya.
- Sumbatkan bahan tumbuk tadi ke dalam cili hijau.
- Panaskan santan dalam periuk, masukkan cili sumbat, masak dengan api perlahan. Biar sampai santan kering.
- Sedia untik dihidang bersama nasi.
Thursday, April 3, 2014
Resepi: Mee Udang
Sempena saya bercuti di kampung, dan sebelum saye pulang ke Jengka, kami buat la makan-makan sikit. First time buat mee udang ni. Resepi ni adalah resepi ilham mak mertua kakak saya. Resepi ni agak simple dan bahan-bahannya mudah didapati. Cara masak pun sangat la senang. Just campur dan biar didih.
Saiz hidangan: 10 orang makan
1 kg udang (direbus dan simpan air rebusan udang)
2 botol sos cili
2 tin tomato soup campbell/kimball
4 biji telur (pecah dan kacau)
3 kg mee kuning/kuey teow (celur dan tos)
Minyak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar:
5 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
Segenggam cili kering
Hiasan:
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng
Sayur sawi (celur dan tos)
Fish kit (celur dan tos)
Cara masak:
Tumis bahan kisar hingga naik minyak.
Tuang sos cili dan sos tomato soup. Tambah dalam 3 cawan air.
Masak hingga naik minyak.
Masukkan air rebusan udang. Masak hingga menggelegak.
Tuang perlahan telur sambil kacau (sentiasa kacau nak bagi elak telur berketul)
Terus masukkan udang.
Tambah garam dan gula secukupnya. Perasakan garam gula.
Dah menggelegak, boleh tutup api. Makenyer, kuah mee udang sudah pun siap.
Boleh dihidang dengan mee/kueyteow bersama bahan hiasan.
Selamat menjamu selera.
Gambar diambil dari google saja.
Wednesday, April 2, 2014
Resepi: Pengat Pisang
Petang-petang hujung minggu bosan tak tahu nak buat ape, gagahkan diri ke dapur. Buat pengat pisang. Biasa tengok je mak buat. Dah tua bangke kena buat sendiri la wei.huhu. Dengan bantuan buku resepi terhasillah pengat pisang saya. Pengat pisang, a traditional sweet dessert.
Saiz hidangan: 2 orang makan
Bahan-bahan:
4 biji pisang abu (atau ape-ape pisang asalkan muda, kulit agak hijau lagi)
1 cawan santan (kalau pekat sangat boleh tambah air
4 tbs gula
2 tbs biji sagu (nak banyak pun boleh, tapi jangan banyak sangat nanti sagu mendominasi kuah)
2 helai daun pandan (ikat simpul dan koyak sikit)
Garam secukup rasa
Cara-cara:
Basuh biji sagu dan toskan.
Potong kecil pisang.
Panaskan santan sambil kacau (api perlahan), masuk sagu.
Bila sagu dah agak kembang, masuk gula, garam dan daun pandan. Kacau sampai semuanya sebati.
Masukkan pisang.
Perasakan gula garam cukup ke tak. Puas hati boleh tutup api dan sedia dihidang.
Nak tambah gula pun boleh, pada saya dah cukup manis. Ini pun saya rasa manis sangat, tapi housemate saya kate ok je. Terpulang kepada lidah masing-masing. Kalau santan pekat sangat, boleh tambah air.
Create a system or be enslaved by another man's.