Masakan yang agak mudah. Tak perlu santan or whatsoever.
Bahan-bahan:
5 ketul ayam
4 biji bawang merah* (*ditumbuk)
2 biji bawang putih*
5 cili padi*
1/2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
1 serai (dititik)
2 biji tomato
1 cawan air
3 tbs minyak masak
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan ayam, air, serai. Biar sampai ayam masak.
3. Masukkan tomato, garam dan masak sampai kering yang kita mahu.
4. Siap untuk dihidang.