Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Thursday, June 27, 2013

Rumah oh Rumah

Assalamualaikum,
Jarang dah online sekarang ni. Sebabkan rumah kat sini takde internet. Rumah pun sebenarnya takde lagi! Wahwah. Masih tumpang rumah kawan. Ada satu rumah mungkin akan kami sewa tapi jauh sikit dari kawan-kawan. Takpelah. Kawasan perumahan tu pun nampak selamat. Kawasan kuarters perguruan. Kebanyakan yang duduk situ pun keluarga. Nasib baik saya ada transport. Kalau takde susah jugak nak tumpang orang. Tempat makan yang best?? Masih mencari. Harga makanan sama je macam kat Shah Alam. Sewa rumah, lagi mahal dari Shah Alam ok! -_-"

Minggu ni balik kampung. Tak sabarnyer!! ^_^

Sunday, June 16, 2013

Memori ke Jengka

Alhamdulillah. Ke Jengka juga saya. Rezeki mengajar. Semoga saya dapat menabur bakti sepenuhnya nanti. Kekuatan daripada sokongan keluarga dan kawan-kawan. Juga sokongan daripada seorang insan yang saya kenali 2 tahun lepas memberi saya kekuatan dan menjadi lebih matang. Sahabat yang pernah saya cintai sepenuh hati. Banyak pengalaman pahit manis bersama. Memori-memori ketawa gembira masih tidak lekang dari ingatan. Pengalaman lalu mengajar saya banyak perkara. Mengajar saya untuk lebih bersyukur. Mungkin sebelum ini saya terlalu angkuh hinggakan tidak sedar akan keangkuhanku itu memberi penderitaan kepada orang lain. Tuhan sedang menguji. Kesedihan mendekatkan kita denganNya. Sesungguhnya cintaku ini untuk Allah, Rasulullah, ibu dan ayah.

Thursday, June 6, 2013

Doorgift - Paper Bag

Wedding. Doorgift berbentuk paper bag semakin mendapat perhatian, disebabkan kos rendah dan pada masa sama, 'cute'. Tambah design sikit lebih 'cute'!

Paper Bag 

Rujukan: ourstoryourjourney

Harga: RM0.11/pc
Alamat Lokasi: Wakim Plastic Industry Sdn Bhd, No. 55B-4, Lorong Raja Bot, Kampung Baru, 50300, Kuala Lumpur, Malaysia.


Hiasan Paper Bag
Bagi hias sikit.

Baking Paper Case





Goodie bag with pompom flower
 




Perubahan

Kat tv tengok Celik Hati tv9. Landing depan tv malas nak reach kontrol tukar channel. Best jugak rancangan ni. Rancangan tersebut sekarang tengah berdiskusi tentang perubahan. Setiap manusia melakukan kesilapan. Sebab tu lah Allah SWT membuka pintu taubat dan menerima taubat hambaNya yang ikhlas. Kita jangan berhenti menjadi lebih baik. Ada masa kita leka, ada masa kita lupa. Belajar dari kesilapan lalu.

Masa depan kita adalah pilihan yang kita buat hari ini. Bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Ubat itu pahit, tapi ubat itulah yang terbaik.

Mahu balik kampung esok. Jumpa Irdina dan Insyirah. :D