Thursday, March 28, 2013
Wednesday, March 27, 2013
Jahit Manik Selendang
Lengan baju dah jahit, leher baju pun dah jadi mangsa jahit manik. Kali ni dengan beraninya saya jahit manik pada hujung selendang saya. Selendang pun plain je, hias sikit la kan.
Asalnya nak simple sebaris je manik, tetibe gatal tangan terajin nak buat daun dan tambah pulak manik gantung-gantung. Gatal tangan kan. Lepas ni kain apa plak jadi mangsa. Hehehe.
Isikan masa lapang dengan kesibukan.
Ini la hasil jahit manik pada selendang untuk hari ini.
Asalnya nak simple sebaris je manik, tetibe gatal tangan terajin nak buat daun dan tambah pulak manik gantung-gantung. Gatal tangan kan. Lepas ni kain apa plak jadi mangsa. Hehehe.
Isikan masa lapang dengan kesibukan.
Tuesday, March 26, 2013
Sup Labu / Pumpkin Soup
Sup labu ni sedap makan dengan cicah roti bakar, atau makan macam tu saja pun boleh. Ada sesetengah resepi tak guna krim putar (whipping cream), tapi banyak pulak bahan lain nak diganti. Saya guna krim putar terus senang..hehe..sebab malas nak letak banyak-banyak benda.
Ni resepi simple untuk sup labu, sukatan agak-agak je lar.
Bahan-bahan:
1/2 biji labu (potong kecil-kecil)
30g mentega
1 sudu besar serbuk kari
2 ulas bawang putih (cincang halus)
100 ml krim putar / whipping cream (nak kurangkan pun boleh, ikut rasa tekak nak sup pekat tahap mana)
200 ml air (ikut suka nak pekat tahap mana)
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Panaskan mentega dalam periuk dan masukkan labu. Goreng sampai labu lembut.
2. Masukkan bawang putih dan serbuk kari. Goreng sekejap saja.
3. Masukkan air dan krim putar. Masak sampai labu lembut.
4. Blendkan sup dalam blender sehingga semua bahan sebati dan halus. Kalau rasa nak sup yang tekstur lembut, boleh la tapis..tapi saya tak buat sebab tak nak rugi labu.
Oleh kerana rumah saya takde mentega, saya belasah je marjerin. Sedap cicah dengan roti bakar atau 'garlic bread' yang dibakar.
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Ada beberapa jenama whipping cream yang terdapat di pasaraya.
Harga dalam RM8. Selalu digunakan dalam pembuatan kek, Pavlova, sup
berkrim dan sebagainya.
Ni resepi simple untuk sup labu, sukatan agak-agak je lar.
Bahan-bahan:
1/2 biji labu (potong kecil-kecil)
30g mentega
1 sudu besar serbuk kari
2 ulas bawang putih (cincang halus)
100 ml krim putar / whipping cream (nak kurangkan pun boleh, ikut rasa tekak nak sup pekat tahap mana)
200 ml air (ikut suka nak pekat tahap mana)
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Panaskan mentega dalam periuk dan masukkan labu. Goreng sampai labu lembut.
2. Masukkan bawang putih dan serbuk kari. Goreng sekejap saja.
3. Masukkan air dan krim putar. Masak sampai labu lembut.
4. Blendkan sup dalam blender sehingga semua bahan sebati dan halus. Kalau rasa nak sup yang tekstur lembut, boleh la tapis..tapi saya tak buat sebab tak nak rugi labu.
Tada!
Oleh kerana rumah saya takde mentega, saya belasah je marjerin. Sedap cicah dengan roti bakar atau 'garlic bread' yang dibakar.
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Monday, March 18, 2013
Contoh Surat Rasmi Kerajaan
Nak buat surat rasmi bukan sebarangan. Terutamanya untuk hantar ke bahagian kerajaan. Main belasah je nanti orang tak layan. Ekspresi pertama orang tengok ialah surat. Berikut contoh-contoh surat rasmi kerajaan.
CONTOH SURAT MINTA MAKLUMAT
PEJABAT
PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
JALAN
TUN ABDUL RAZAK, Telefon : 05-7761184
PETI
SURAT 84, 05-7766354
33007
KUALA KANGSAR. (ALAMAT PENGIRIM)
Faks : 05-7761188
_________________________________________________________________
(PENERIMA)
(RUJUKAN)
Semua Guru Besar, Ruj. Tuan :
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Ruj. Kami : PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 30 )
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,
Daerah Kuala Kangsar. Tarikh :
13 September 2003
Tuan,
Maklumat GuruSandaran Tidak
Terlatih,Guru Kursus Dalam Cuti
dan
Guru Kontrak ( TAJUK SURAT)
Dengan
hormatnya saya merujuk perkara di atas
dan memaklumkan bahawa pihak Pejabat Pendidikan Daerah sedang
mengemaskinikan maklumat tersebut . (PENANDA RUJUKAN)
1.
Sehubungan dengan ini, tuan diminta menghantar maklumat
tersebut
untuk perhatian
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (R )
pada18 September 2003.
(PENANDA PERINTAH)
3. Bersama-sama ini, disertakan
Lampiran A,B,C, dan D untuk tindakan tuan selanjutnya. (PENANDA PENYERTAAN)
Kerjasama tuan
dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih. (PENANDA ANTISIPASI)
Sekian terima kasih. (PENANDA
PENAMAT)
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (COGAN
KATA)
Saya yang menurut perintah, (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)
(ABD. RASHID BIN OMAR )
Penolong Pegawai Pendidikan
Daerah ( R ),
b. p. Pegawai Pendidikan
Daerah Kuala Kangsar.
CONTOH SURAT PANGGILAN MESYUARAT
PEJABAT
PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
JALAN
TUN ABDUL RAZAK, Telefon : 05-7761184
PETI
SURAT 84, 05-7766354
33007
KUALA KANGSAR. Faks : 05-7761188
_________________________________________________________________
(PENERIMA)
(RUJUKAN)
Semua Guru Besar, Ruj.
Tuan :
Sekolah Rendah, Ruj.
Kami :
PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 31 )
Daerah Kuala Kangsar. Tarikh :
15 September 2003
Tuan,
Mesyuarat
Pengurusan Sekolah Rendah
Daerah
Kuala Kangsar Kali Keenam Tahun 2003( TAJUK SURAT)
Dengan
hormatnya saya merujuk perkara di atas
dan memaklumkan bahawa mesyuarat
tersebut akan diadakan seperti yang berikut:
(PENANDA RUJUKAN)
Tarikh : 24
September 2003 ( Rabu ).
Masa :
9.00 Pagi.
Tempat :
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tsung Wah,Kuala Kangsar.
2. Sehubungan dengan ini, tuan dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut.
(PENANDA
PERINTAH)
3.
Bersama-sama ini,
disertakan agenda mesyuarat dan minit mesyuarat yang lalu untuk makluman dan
tindakan tuan.
( PENANDA PENYERTAAN)
Kerjasama tuan
dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih. (PENANDA ANTISIPASI)
Sekian terima kasih. (PENANDA
PENAMAT)
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (COGAN
KATA)
Saya yang menurut perintah, (PENANDA AKUAN/RUJUKAN
DIRI)
(ABD. RASHID BIN OMAR)
Penolong Pegawai
Pendidikan Daerah( R ),
b.p. Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.
CONTOH SURAT JEMPUTAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
JALAN TUN ABDUL RAZAK, Telefon : 05-7761184
PETI SURAT
84,
05-7766354
33007 KUALA KANGSAR. Faks : 05-7761188
________________________________________________________________________________
(PENERIMA)
(RUJUKAN)
Yang
Berbahagia, Ruj. Tuan :
Dato’
Haji Adnan bin Haji Ibrahim,
Ruj. Kami : PPD. KK/ 02/04/037 R/
( 13 )
Pengarah
Pendidikan Perak,
Jabatan
Pendidikan Perak,
Jalan
Tun Abdul Razak,
30640
Ipoh,Perak.
Tarikh :
3 Mac 2003
Yang
Berbahagia Dato’,
Jemputan Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahraga Tahunan
Daerah Kuala Kangsar Kali
Ke-20 Tahun 2003 ( TAJUK
SURAT)
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan memaklumkan bahawa Kejohanan Olahraga Tahunan
Daerah Kuala Kangsar Kali Ke-20 akan diadakan seperti yang berikut : (PENANDA
RUJUKAN)
Tarikh : 7 - 9 Mac 2003.
Masa : 8.30 Pagi hingga 5.00 Petang.
Tempat : Padang Kolej Melayu, Kuala Kangsar.
2. Dengan sukacitanya pihak kami
menjemput Yang Berbahagia Dato’ untuk merasmikan majlis pembukaan kejohanan
tersebut pada 7 Mac 2003 ,pukul 2.30 petang
di Padang Kolej Melayu,Kuala Kangsar.
(PENANDA PERINTAH- PERMINTAAN )
Atas kesudian Yang Berbahagia Dato’
menerima jemputan ini amatlah dihargai
dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. (PENANDA
ANTISIPASI)
Sekian
terima kasih. (PENANDA PENAMAT)
“BERKHIDMAT UNTUK
NEGARA” (COGAN KATA)
Saya
yang menurut perintah, (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)
(HAJAH ZAWIYAH BINTI AHMED,
AMN.)
Pegawai
Pendidikan Daerah Kuala Kangsar
CONTOH SURAT “LAMPIRAN”
PEJABAT
PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
JALAN
TUN ABDUL RAZAK, Telefon : 05-7761184
PETI
SURAT 84, 05-7766354
33007
KUALA KANGSAR. Faks : 05-7761188
_________________________________________________________________
(PENERIMA)
(RUJUKAN)
Ketua Unit Sekolah Rendah, Ruj. Tuan :
Jabatan Pendidikan Perak, Ruj. Kami : PPD.
KK/ 02/04/037 R/ ( 25)
Jalan Tun Abdul Razak,
30640 Ipoh,Perak.
Tarikh : 2 Ogos
2003
Tuan,
Data Guru ,Murid dan
Kelas Daerah Kuala Kangsar Pada 31 Julai 2003
( TAJUK SURAT)
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan bersama-sama ini disertakan Data Guru,Murid dan Kelas Daerah Kuala Kangsar
Pada 31 Julai 2003 untuk tindakan tuan.
(PENANDA RUJUKAN DAN PENANDA
PENYERTAAN)
Sekian terima kasih. (PENANDA
PENAMAT)
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (COGAN
KATA)
Saya yang menurut perintah, (PENANDA AKUAN/RUJUKAN
DIRI)
(ABD. RASHID BIN OMAR)
Penolong Pegawai
Pendidikan Daerah ( R ),
b.p. Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.
Lebih penerangan ada pada sumber ini,
Sumber: PANDUAN PENULISAN SURAT RASMI
Subscribe to:
Posts (Atom)