Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Thursday, January 31, 2013

Senyum Tunjuk Gigi

Senyum siap tunjuk gigi. Apa maknanya tu?

  1. Yakin
  2. Bersedia
  3. Pasrah
  4. Terlalu gembira sampai terpancar di muka
  5. Simpan perit dalam hati
  6. Ikut trend orang sekeliling

Walau apa jua alasan. Senyum tunjuk gigi selalu selamatkan diri dari situasi. OK Bye.


Tuesday, January 29, 2013

Memberi dan menerima

Tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima.


Jadi, berusaha untuk memberi.

Inilah Kehidupan

Hidup mewah tanpa berhutang
Hati bersih tak lupa sembahyang
Inilah kehidupan

Otak cergas tanpa menipu
Jangan marah-marah tak perlu begitu
Inilah kehidupan



Source: Lirik lagu Asalkan Aku Ok oleh Awi Rafael

Kaya dengan ilmu.

Apa Cerita.

 KOTA KINABALU: Sebanyak 10 ekor gajah ditemui mati sejak seminggu lalu dipercayai akibat keracunan di Hutan Simpan Gunung Rara, kira-kira 130 kilometer dari Tawau.

Kecian gajah. Adakah racun sebab manusia?

SEOUL: Kebocoran bahan kimia toksik dikenalpasti di sebuah kilang pembuatan cip elektronik Samsung di Korea Selatan, menyebabkan seorang pekerja maut manakala empat lagi cedera, demikian menurut syarikat itu hari ini.

Ayok Samsung. Cane boleh bocor. High technology, tapi safety? Hurm...

Subang Jaya: Laporan DNA yang dikeluarkan semalam mengesahkan mayat kanak-kanak yang ditemui di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang pada 24 Januari lalu, adalah mayat William Yau Zhen Zhong.

Dengar cerita orang Subang Jaya, bapa mangsa buisness man, maybe pesaing buisness dendam, tambah lagi orang cakap mangsa a bit slow learner, kemungkinan untuk mengikut ajakan orang keluar dari kereta agak tinggi. Khabar angin je la. Betul ke tak taktau la. Sekarang sangat bahaya tinggalkan anak sorang-sorang di mana saja. Walaupun kat rumah.

So, baca doa sebelum keluar rumah.

Monday, January 28, 2013

Singgah Cameron ke Temerloh.

Kawan saya Nur Shazlinda selamat melangsungkan perkahwinan beliau ahad lalu.


Tahniah Linda. Kami dari Shah Alam beramai-ramai 3 kereta bergerak dari Shah Alam ke Temerloh. Tapi oleh kerana saya di Ipoh waktu tu, diorang ambik saya di Simpang Pulai. Nak ke Cameron kena exit Simpang Pulai. Tu la plan sampingan. Kami berjalan di Cameron. Tidur sana satu malam je. Dah lama kami satu lab tak bercuti ramai-ramai camtu. Diorang tempah apartment pun last minute. Banyak apartment dah penuh sebabkan sekarang musim cuti. Alhamdulillah apartment yang kami duduk ni sangat best. Besar, kemas dan kedudukan yang agak hampir dengan bandar. Pemandangan luar pun cantik. Nama apartment ini ialah Apartment Puncak Ara Bella. Betul-betul atas puncak. Sejuk ok. RM420 satu malam. Agak mahal,mungkin sebab waktu cuti. Tapi puas hati. Bilik 3, bilik air dua. Kelengkapan lengkap. Macam rumah sendiri plak.

Makan ais krim strawberry dengan Kak Linda

Mira, Emi dan Fairuz.

Oleh kerana sekarang musim cuti, orang sangat ramai. Jalan jem. Pasar malam Sabtu di bandar dia pun ramai orang. Of course la naik Cameron beli strawberi, cuba strawberi coklat, makan ubi madu rebus yang manis, jagung rebus gred A yang manis dan rangup. Sedap plak jagung Wan rebus. Esoknya,sebelum bertolak ke Temerloh, tak sah kalau tak singgah ladang teh. Singgah la amik gambar sikit-sikit. Wafi la jadi juru kamera ter'paksa' kami. Hehe.

Sampai kenduri Linda ade juga rezeki makan tempoyak ikan patin. Kesian Sharil dan kawan dia tak sampai Temerloh sebab motor Zun tetibe takleh start. Fariz, Zaza dan Emi tolong diorang sebabkan rumah Zaza berdekatan je. Boleh pulak tertinggal hanset domo dalam beg tangan Emi. Hopefully diorang balik.secepat mungkin. Kami pulak terus balik ke Shah Alam. Esok cuti lagi yeay!

Si comel balik kampung minggu ni. Una pun dah balik. Habis semester. Next sem dia start praktikal di Langkawi. Excited betul dia nak keje kat pulau pelancongan tu. Aizat minggu depan de exam. Saya balik hari tu ayah excited bawa makan di Mydin. Dapat makan vaddei ngan rojak pasembor.nyummay~






Thursday, January 24, 2013

Ipoh Saya Mali

Alhamdulillah sampai rumah. Ipoh saya sudah mali! So? Ade effect ke. Kawasan Taman Meru, Meru Raya makin berkembang. Harga rumah kat sini mesti dah tinggi. Dulu orang tak pandang pun sebab sini kawasan kampung. Kawasan perumahan baru makin bertambah. Double storey house lagi. Ape ni. Cakap pasal hartanah. Ok bye. Nak makan masakan mama.hehe.



Wednesday, January 23, 2013

Tuesday, January 22, 2013

Dah Tak Macam Dulu

Dah hampir 5 bulan saya kerja kat sini. Kalau dult time belajar nak pergi fakulti ikut mood je. Sekarang takleh macam tu da wei. Mau kena pecat. Bangun tidur automatik mandi. Orang kata mind alarm. Lewat sikit, kalau bertolak dari rumah lebih pukul 7 kompem-kompem jadi sebahagian dari golongan stuck in federal highway jam. Perjalanan 20 minit jadi 1 jam. Rugi masa, rugi minyak kereta. Kalau stuck in jam, breakfast dalam kereta je. Haiya. Sampai bila mahu macam ni. Dah tak boleh suka-suka ikut mood dah.

Kagum dengan lecturer-lecturer kat office saya. Most of them dah pencen. Diorang jadi part timer kat situ. Part timer pun gaji banyak woo depa ni. Padan la dengan cara kerja depa yang sangat berdedikasi. Nonetheless, they enjoy what they are doing. Dan depa ni non-stop talking. Mereka sangat ramah. Saya sorang je Melayu kat situ dan yang paling muda. Kekok juga nak bersembang dengan depa. Tapi saya bantai je cakap English yang sangat la berterabur.

When your best is not good enough.

Semalam tak dapat result. Kecewa. :(


Monday, January 21, 2013

Hari ni hari panjang

Office kat Sunway Uni hari ni teramat la sejuk. So, saya habiskan launch hour saya di Sunway Pyramid. Sanggup berjalan ke situ. Nak ke Sunway Pyramid tu lalu ikut Canopy walk yang diorang sediakan. 10 minit je jalan kaki. Sambil tu tengok pemandangan Sunway Lagoon. Hari ni tak ramai sangat orang macam bulan lepas. But still, ade je orang naik roller coaster kat situ. Tak kerja ke depa ni. Pergi Pyramid bukan beli apa pun, last-last beli roti walnut je. 

Agak bernasib baik hari ni, tak sangka ada kedai hardware kat dalam pyramid. Kedai hardware pun ada dalam shopping mall. Ish..ish..ish..singgah sekejap, bukan beli besi atau pili ye. Cuma nak beli timah pateri atau dalam bahasa inggeris nyer solder. Terpaksa beli sebab semalam pergi lab nak buat elektrod, nak start pateri tengok solder tu dah habis. Kecewa. Sape entah rajin sangat guna benda tu sampai habis. Terkejut mula-mula tengok harga RM30! Sebab satu roll sangat panjang. Tengok kat sebelah ada something roll kecik RM 2.50 je. Alhamdulillah ada. Mampu la saya untuk membeli. Huhu. Siap tanya abang kedai tu untuk kepastian. Takut terbeli benda lain.

Balik kerja terus pergi UiTM nak kejar Dr Malik takut dia balik nak ambik anak. Alhamdulilah dia ada. Discuss la sikit. Dia kata semua ok dah tu. Tapi....benda yang dia suggest buat tu agak berat. Ada rezeki dapat la result tu Dr. Emi ajak stay up kat lab malam ni buat fabrication. Tapi takleh  sebab esok kena bangun awal. Huu. Tak dapat join diorang. Ramai stay up kat lab malam ni. Kak Sherene, Shida, Diana. 

Mak mesej tanya dah beli tiket bas belum. Tak sempat nak beli tadi. Hopefully esok ada tiket lagi. Balik cadangnyer nak naik bas. Takmo bawa kereta. Kos dua kali ganda. Sekarang pikir nak jiiiiiimat je. Jimat ye bukan kedekut. Hehe.

Haihhhh....ok! Dengan berpakaian kerja lagi, makan jajan yang dijual di lab....sambung buat kerja! Electrode fabrication. Tolong la jadi kali ni.

Saturday, January 19, 2013

Kemahuan dan Kejayaan

Kena ada kemahuan untuk berubah. Barulah berjaya.


Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Thursday, January 17, 2013

Cepat masa berlalu

Dapat email dari Kak Ju IGS,

Salam dan Selamat Sejahtera semua pelajar pascasiswazah FSG


1)    Untuk makluman semua,  Pendaftaran pelajar lama program Penyelidikan adalah pada:

        27 Feb hingga 18 Mac 2013
  

27 Feb! Ohh. Cepat sungguh  masa berlalu. Kena hantar intention thesis sebelum 27 Febuari. Kalau tak, tak pasal-pasal kena bayar 800 hinggit register sem baru. No way man.

Saturday, January 5, 2013

Tukar lagi.

Hari ni tukar lagi braces. Kali ni Dr Mariati bubuh dawai besi kat gigi depan nak tutup ruang yang ada. Letak-letak je dah rasa betapa kotatnyer la dawai tu.

Setelah setahun berlalu.

So sekarang rasa macam gigi arnab. Dr Mariati cakap, "Gigi awak dah tak perlu pakai lama sangat dah... Dalam 6 bulan lagi ye." What! Ingatkan lagi 3 bulan ke ape. Tapi takpe lagi lama lagi bagus. Takde la kelam-kabut saya nak bayar habis. Hehehe.

Slide belum siap. Pre viva dah nak dekat. Takut!

Friday, January 4, 2013

Mengejar Gunung

Guess what what what. Sambung lagi kerja di sini nampaknya. Saya tanya pendapat Dr Malik semalam, dia pun kata tak payah berhenti, teruskan kerja di sini. Sebabkan nanti tidak ada income. Dia pun kata tesis pun ok. Saya bukan apa, rasa risau saja kalau tak dapat bagi masa secukupnya untuk tesis saya. Tapi kalau dah Dr Malik sendiri nasihatkan untuk sambung, dan dia cakap tesis ok, kurang la risau saya ni. Lagipun betul cakap Dr Mandy, "Nanti you takde benda nak buat."

Februari and March. 6 bulan saya di sini. Cepat sungguh masa berlalu. Dr Malik cadangkan saya minta gaji naik. Woo. Boleh ke. Jual mahal pulak kan. Dah la research ni bukan bidang saya. Terasa nak cakap tapi berat kot mulut ni. Huaa. Dr Malik cakap UiTM Tapah nanti nak tambah tenaga pengajar. Nak bagi resume kat Dr Malik, ada rezeki dapat la. Takde tu, usaha lagi.



Laju sungguh masa berlalu. Berubah-ubah perjalanan.

Wednesday, January 2, 2013

Carta Perancanaan Anak Soleh

Masa berlalu pantas. Pejam celik anak-anak sudah besar (erk..macam saya ada anak plak. Tengok anak saudara pun cepat je diorang membesar). Anak harus dididik sejak sebelum lahir lagi. Oleh itu, adalah perlu untuk mengambil masa yang singkat tersebut untuk terus mendidik anak-anak agar mereka kenal dan hidup sebagai anak yang soleh dan solehah. Sounds so simple. Bukan senang nak jaga bebudak. Tapi dengan niat baik, InsyaAllah dipermudahkan.


Owkey. Back to work.

Utus Surat Old Skool

Sekali-sekala tulis surat pos ke rumah best tak. Orang kat rumah mesti syok. Kalau saya tersenyum dah bila dapat surat..selain dari surat rasmi kena bayar bil bagai la kan. Old skool sekali sekala apa salahnya kan.


Post a letter to your home.

Fashion Crime

Saya sangat sangat sangat ada masalah tiap kali nak beli baju. Bajet kurang, at the same time nak baju yang perfect sangat la kan. Tambah lagi student macam saya ni. Kepingin baju kerja mahal-mahal. Aduh. Member pun dah tegur asyik pakai baju sama je. Oh no! Mayday~mayday~

Secara jujurnya, saya TAK reti bergaya. Kalau saya bergaya akan jadi Fashion Crime. I love pastel colours; soft dusty pink, sof green and so forth. So baju-baju last year semuanya warna pastel. Pudar-pudar. So, tahun ni warna striking plak. Haha.

Tadi lunch hour saya jalan-jalan kat Sunway Piramid duk mencari baju yang menepati citarasa at the same time bawah bajet. Semua kedai dah takde sale, Jusco pun dah takde sale. Orang lain beli bulan lepas, saya dah masuk new year baru nak beli, memang tak dapat la sale kan. Huhu.

So I skip naik tingkat atas ke Asian Avenue. Hopefully dapat jumpa yang menarik hati jiwa raga. Terserempak baju yang boleh tahan lar....tak pernah pakai sebelum ni. Saya hanya tertarik bila promoter tu cakap beli 2, 50 hinggit. Baloi-baloi. Beli 2 baju RM50. Murah tak murah tak. Hehe. Yang penting baju tu senang tak perlu nak pakai berlapis-lapis. Boleh pakai jalan dan pakai gi kerja. Yap saya sangat berkira bila beli barang. Hehe. Warna hitam legam dan merah menyala. Hehe. Selendang?? Kena beli la pulak. Haigo~~~

Rasa sayang pulak nak berhenti kerja. tapi kena gak demi siapkan tesis secepat mungkin.