Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Friday, January 27, 2012

Dengan KebenaranNya

Seriusly kalo wat research ni sehebat mana pun awak, tanpa kebenaranNya kita takkan mencapai kejayaan. Dah berusaha nak sediakan sampel terbaik..sentiasa berdoa agar result yang kita dapat menepati objektif kita. Kalau tak, susah la nanti. So dalam melakukan apa-apa saja pekerjaan, setelah berusaha dengan gigih sentiasalah berdoa kepada tuhan, minta agar diberi jalan yang mudah dan insyaAllah segalanya berjalan dengan lancar.


Tak semua dapat peluang seperti yang kita nikmati sekarang.

Tuesday, January 24, 2012

Cuti Tahun Baru Cina

Cuti Tahun Baru Cina lepas I balik kampung. Semua orang ada kat rumah. Dah lame tak kumpul reramai camni. Tambah lagi Apoi selalu jer tak dapat cuti. Sibuk benor ngan kerja dia. Tu pun dia dapat cuti sehari je. Kecian jugak tengok. Takpela. Susah dahulu senang kemudian..kan.kan.

Balik-balik jer I disambut dengan bunga ros sebiji yang berjaya tumbuh depan rumah (jarang sekali pokok ros ni nak berbunga..tak tahu la kenapa)

Nak petik memang tak dapat la. Mak protect habis-habisan bunga ni.hehe.

My one and only anak buah..Insyirah sambut dengan sengihan menggoda dia. Ni selekeh baru bangun tidur.

Esoknya, hari Sabtu sekolah depan rumah penuh dengan orang ramai untuk mengutip duit dana 1 Malaysia yang RM400 tu.
Macam ni la suasana depan rumah. Kalau-kalau la kitorang bukak gerai jual air grenti laku. Tapi..sori la. Kitorang takde semangat usahawan.hehe.

I tengok macam-macam jenis orang ada. Kesian tengok pak cik mak cik yang dah tua-tua. Jalan kaki tengah-tengah panas nak ambil duit dana tu. Walaubagaimanapun I tengok semuanya balik dengan muka bukan main ceria. Yelah. Poket dah berisi duit kan. hehe. Tu la keje I siang hari tu. Duk tengok orang dari pintu rumah. (Sebab bosan tak tahu nak watpe lepas balik kenduri). Nak kuar jalan kete plak kena blok. Duduk jela cuci mata..ceihh.

Home sweet home~ Ops! de daun kering tak dibakar di situ. Sape wat keje separuh jalan ni. Ish3.

Sekarang I dah kembali ke Shah Alam untuk meneruskan perjuangan menghabiskan pengajian saya ni ha.

Tomorrow mak ngan adik nak datang jalan-jalan kat Selangor. Mana I nak bawak diorang esok ni..hmm..bawak  je la mana-mana. Yang pastinya I bawak kete main redah je jalan. Sesat tu pasti ada. Hidup mesti mencuba right!

Thursday, January 19, 2012

Lebih takpe jangan kurang

Hari ni saye telah melakukan satu perkara yang sangat memalukan!

Me and Ada gi shopping barang kat carrefour. Kakak cashier tu tetibe malam ni ramah plak dia. Kitorang pun layan je la. Bile bayar I dengar macam dia sebut rm46.50. So I pun bagi la rm50.50. Pastu dia mintak lagi rm6. I kate la takde duit kecik 6 ringgit. Tapi dia insist dia mintak lagi 6 ringgit. I pelik sangat siap buat muka lagi. Last-last I belek-belek wallet nasib baik ade singgit-singgit sampai 6 ringgit. I pun bagi. Akak tu kate ok cukup. Pastu baru la I pasan harge dia sebenar rm56.50...bukan rm46.50...wah!!!! Malu giler I waktu tu.
Kakak tu pun ramah sangat sampai pening pale salah dengar harga. I pun layan je la kakak tu sembang...nak cover nyer pasal.kihkih.

Malunyer salah bagi duit! Lebih takpe jangan terkurang.hehehe.
Lagipun gi shopping pun dah malam-malam. Mamai agaknyer kot.hehe. So next time be more focus when paying at the cashier ok.

Siang pergi seminar kat UM for the 2nd day.

Ini la FTIR instrument yang diperkatakan itu.

Kadang-kadang kita tak dapat apa yang kita nak sebab tuhan nak uji kita samada kita bersabar dengan ujian itu ataupun tidak. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnyer...insyaAllah.


Wednesday, January 18, 2012

Seminar di UM


Hari ni I gi seminar FTIR kat Universiti Malaya. Seminar ni berlangsung sampai hari Khamis ni. Makan free tuk 3 hari.yeay!

Seminar ni fokus kepada FTIR. Teknik deconvolution of peaks sebenarnya sangat penting. InsyaAllah I akan cuba praktikkan.

Kebanyakan peserta-peserta yang datang hari ni sama je ngan yang datang mase seminar EIS tahun lepas. Kakak yang dari Mimos yang dulu pregnant dah kurus dah sekarang.hehe.

Balik dari UM, my bi gitau yg dye dah kepingin benor nak beli s2. I pun pikir beli je la. InsyaAllah berbaloi untuk kegunaan dan hopefully dia puas hati. Pada I, I sangat puas hati dengan hanset ni. Setakat ni ok la. Tiada masalah. Calar pun tak walaupun dah jatuh banyak kali dah.

I suka guna application calendar, memo, task, and email notification dia. So I tak yah dah nak kena buka laptop just sebab nak cek email. Kot..kot..groupon de diskaun salon rambut dan sebagainya.hehe.

Bestnyer dia dapat beli s2! I hope he is happy. :D

Keep up with your tasks and don't forget to smile. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.3

Sunday, January 15, 2012

Pertunangan Dza

Bertunang sudah kawan masa degree kami ni. Dia pun dah keje. Kami semua sambung belajar. So perangai pun cam budak-budak lagi.

Kami tak sempat nak jumpe tunang dia sebab masa rombongan datang dia mungkin stay dalam kereta. Diorang orang Pahang. Tak sangka kawan kami ni nak kahwin dah. Kami bile lagi? Wallahualam. Belajar pun tak habis lagi.

I bukannya nak tunggu kaya raya baru kahwin. Bukan pasal duit. Rezeki di tangan tuhan. Yang penting persediaan dari segi agama. Perkahwinan bukan sahaja menyatukan dua buah keluarga, perkahwinan juga satu tahap membina sebuah institusi baru iaitu institusi keluarga. Biarlah institusi ini dibina dengan niat demi Allah SWT. Tidaklah mengharapkan kesempurnaan, tapi berusaha untuk menjadi lebih baik. Mampukah saya memikul tanggungjawab yang sangat tidak ternilai ganjarannya itu.

Terjumpa turtle ni kat dalam kereta Salleh. Mata dye bukan men menggoda. Nak!

Berusahalah agar hidup ini sentiasa mendapat keredaanNya.

Pembahagian Tugas Lab

Kitorang menghabiskan masa kat lab hari ni dengan meeting with the juniors. Oleh kerana keadaan lab yang makin hari makin huru-hara. Masing-masing wat hal masing-masing. Kurang perpaduan sangat dah especially between seniors and the newly registered members. Therefore, ex-leader of the lab, Fariz dengan suke cite dye menyerahkan peranan tu kepada Fairuz..he's the only guy among the juniors in the lab. Plus, bulan Mac nanti Dr Zu akan berpindah ke UPNM, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia untuk meneruskan perjuangan beliau meraih gelaran professor insyaAllah.

Logo UPNM. Tak pernah lagi pergi UPNM. Ada rezeki dapat la pergi jenguk Dr Zu kat sana nanti.

So tugasan pun diagih-agih. Rasa macam kembali ke sekolah pun ada. Siap ada AJK keceriaan lagi. I dan Emi jadi usahawan kat lab tu. Kami akan jual air kotak dan several jajan kat dalam lab tu. Untung jualan akan disumbang ke tabung lab untuk kegunaan lab di masa depan.


Kami juga jadi ajk trip. a.k.a meng'organize' trip-trip yang ahli-ahli lab teringin nak pergi. Masa terdekat ni diorang nampaknya kepingin nak gi Kota Kinabalu yang dah di'plan' a long time ago..tapi still tak jadi-jadi because not enough initiative are put for it. InsyaAllah kami akan berusaha menjadikan plan-plan tersebut realiti.

Kerja makin banyak, but I'm glad to finish them up. :)

Saturday, January 14, 2012

Sedapnyer bacaan mereka. :)

Tengah cari-cari lagu nasyid tiba-tiba ketemu lagu-lagu ni. Mula-mula dengar agak pelik. Tapi lama-lama hayati sejuk hati dengar. I tak berapa faham bahasa arab, tapi boleh la tangkap maksud dia sikit-sikit. Kalau fasih berbahasa arab, indahnyer..






Sedap sungguh bahasa arab.

Friday, January 13, 2012

Rezeki-rezeki

Minggu ni bertuah sangat. Nak dekat tiap hari I dapat lunch free. Ade member belanjer la, jamuan kat fakulti la. Rezeki-rezeki. Duit biasiswa pun tak masuk lagi, dah lewat 3 minggu kot. Tak tau la ape masalah nyer. Next week baru tau.

Lagipun minggu ni I kejap lunch kejap tak pun. Sibuk nak siapkan paper nak hantar kat supervisor ahad ni.

Frankly, I sengaja nak sibukkan diri. Bila masa lapang diisi dengan kesibukan yang bermanfaat, kuranglah masa untuk kita merasa sunyi serta kuranglah termenung yang membawa kepada kemurungan dan kesedihan.
Itulah salah satu tips yang I baca dari buku 'La Tahzan' yang Kak Am sarankan kami baca. Buku tu husband kesayangan dia hadiahkan kat dia. Sweet sangat!

Minggu ni jugak I ambil voucher RM200 yang tengah hot sekarang ni. I still tak guna voucher tu. Nak kena manfaatkan betul-betul. Kalau tak rugi je. Buku untuk bidang saya ni agak limited, boleh dikatakan unavailable kat bookstores, so I decided to purchase motivational books instead. Kalau nak tunggu beli guna duit sendiri memang tak terbeli la.hehe. Tapi dengar-dengar cite kedai-kedai buku start naikkan harga, yeke! Tak patut...tak patut. So I rase better I tunggu bulan depan, bulan ni mesti kedai sedang hangat dikunjungi students. Harga akan stabil bulan depan mungkin..my theory.


Apabila kita berusaha dengan niat demi Allah SWT, insyaAllah rezeki turun di mana-mana dengan cara yang tidak kita sangka.

First try

My first attempt using blogger for android.

posted from Bloggeroid

Monday, January 9, 2012

Sekali Sekala Garang

I garang ke?
Takde la.
Tapi member-member I kate I sejak kebelakangan ni garang lak. Berani nak tegur orang. He~ yeke?
Hehe.

Bersama menegur.

Bukan pe.
I sebenarnya pemalu dan pendiam. Tapi...when it comes to mempertahankan hak, I always stand for it.

I paaaaaaling pantang bila orang tu berlagak hebat dan memandang rendah orang lain. Time tu jugak la I automatically tegur dia depan-depan. Kalau pendam kang tak puas hati. Daripada cakap belakang buang air liur je, baik tegur depan-depan, lebih bermanfaat. Yela. Sampai bila orang camtu nak biar berlagak tak sedar diri. Kena la tegur gak sekali sekala.

Minta maaf la kalo kegarangan saya menakutkan anda.hehe.

Saturday, January 7, 2012

Rajin?

I bukan nak tunjuk rajin. Tapi memang dah terpaksa kena rajin. Kalau tak, memang tak sudah la duduk macam ni je. Besides, jadi rajin sekali-sekala is not a bad thing aint that right. There's always benefit in it. Usaha tangga kajayaan. Wihhi~


Perkembangan research I: Sambil-sambil buat sample, I sentiasa dinasihatkan keep on writing your thesis. No time to be wasted. I am already in my last semester. Thus, to avoid extending semester, I am putting all my effort to finish my research on time. InsyaAllah.

Manfaat nikmat masa lapang yang ada. ;D

Thursday, January 5, 2012

My bloggie!

La Tahzan

Lab mate I shared her new motivational book.. La Tahzan a.k.a. Jangan Bersedih. I selalu dengar pasal buku ni. Diorang kate ada banyak version. Housemate I pun ada, tapi tak terbace plak. Orang kate best sangat. I try bace semalam. And I pun tertarik dengan kata-kata nasihat dalam buku tu. I sempat bace satu section je. Katanya, isilah masa lapang anda dengan kesibukan.



Sentiasalah sibukkan diri samada dengan menolong diri sendiri ataupun membantu orang lain. So jangan la asyik isi masa lapang tu dengan tidur je. Sifat pemalas sangat merugikan. Buat la apa-apa pun yang berfaedah. Although perkara nampak simple. Kemas rumah ke, cuci tingkap ke and so forth. InsyaAllah kita akan kurang merasa sedih dan sendirian. La Tahzan. ;)

Tak rugi meringankan tulang diri sendiri.