Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Saturday, November 26, 2011

First Trip ke Sabah

InsyaAllah petang ni I akan terbang ke Sabah. First time pergi ke Sabah. Yang menghandle projek besar-besaran ni my domo and Emi's lovey. Diorang la beria nak bercuti kat sana. Sampai sana Abang Lan and his family akan sambut kitorang. I tak kenal pun Abang Lan tu. Member diorang. Excited and wondering ape aktiviti diorang dah plan ngan Abang Lan kat sana. Dah la holiday sampai 6 hari. Entah ape entah nak wat sampai seminggu. Macam banyak je plannye. Entah nak daki gunung ke, redah hutan ke, berenang seberang laut ke, menjala ikan ke. Mana-mana la. 

Yang pastinye mak I dah book mintak belikan beg galas untuk dia letak telekung. Siap demand lagi...nak beg berbatu-batu manik tapi tak berkilat sangat....lebih kurang ar. Ade kot banyak kat sana. Jadi la birthday present tuk dia. (Kecian mak demam kat umah ;( )

My luggage. Kecik tapi berat. I main bubuh je baju selagi muat. Boarding pass pun dah ada...so tak yah check in kat kaunter.

Flight kul 6 petang ni. Kena bertolak before 5. Packing rasanya dah complete. So sekarang just waiting while the clock ticking.

Mak kate jangan ingke (leka) sangat. Seronok-seronok pun jangan lupa solat. ;D

Bercuti Sakan!

Dah sangat lama I tak update. Banyak benda nak cerita sebenarnya. I sekarang tengah menghabiskan plan-plan holiday yang dah dirancang awal tahun dulu. Isnin sampai rabu lepas I gi Langkawi sebab ada conference kat sana. InsyaAllah esok I akan bercuti di Sabah. Kali ni agak lama sebab duduk rumah member...6 hari! hehe. And then, 9 hb Disember pulak I akan bercuti di Singapura...Singapura ni sebab member I yang belajar kat sana dah lama dah ajak.

So jauhlah kaki ni melangkah untuk sebulan ni. Tak sempat beg traveling nak kosong, dah isi baju tuk packing seterusnya. Back to back.

Bajet usah kata la. Nasib baik dah kumpul duit dari awal semester dulu. Dapat la beli souvenir tuk family and friends. Semua lokasi I pergi tu adalah first time bagi I. Sangat adventurous. Tahun ni saja dah bape kali naik flight. Banyak pengalaman dapat ditimba.

However, at the same time. I agak risau dengan research I. :(
Problem? A little bit. Bulan 12 ni I kena pulun habis to make sure that I'll finish my master without extending.

Schedule I tuk this month. Birthday mak 24th Nov. :D

So sekarang honestly I serabut dan risau. Hopefully after I balik dari Sabah nanti, before pergi Singapura, I dapat selesaikan sedikit masalah research I ni. Thanks to my dearest friend, abc yang sentiasa memberi sokongan dan pertolongan bila I dah sesat.


Tanpa dia I kompem panik dan serabut entah ke mana. ;)

Selamat maju jaya semua and selamat bercuti to all budak-budak sekolah di luar sana :D

Saturday, November 19, 2011

Sanggupkah

Sanggupkah


Sanggupkah
Menunggu diri ini.
Yang sering memberi beribu alasan
Bukan diri tak mahu
Tapi..
Terlalu banyak harapan yang dipikul..
Kadang-kala rebah
Dahagakan kata-kata semangat
Agar diri terus bangun
Meneruskannya
Supaya suatu hari nanti
Impian yang dicipta
Dapat dicapai
Harap dia mengerti
Mengapa saya begini
Sabar menjadi pegangan
Sanggupkah awak ;(

Saya sering terlalu memikirkan suatu perkara sampaikan benda yang simple jadi rumit.

Idea

When a girl keeps on coming back to the man she loved even though he treats her bad, not because she's dumb. But because she believes that someday that man would change. 

Macam kenal.

Monday, November 14, 2011

Selamat Berusaha!

Satu Malaysia pasti tahu adik-adik kita sedang menduduki SPM mulai hari ini. Inilah titik penentuan arah kerjaya mereka di masa hadapan. Semoga mereka dapat menjawab soalan dengan baik. Selamat berusaha kepada mereka!

Tu dia. Gambar Aizat I curi kat fb dia.

Adik bongsu saya, Muhammad Aizat Mahmud ambil SPM hari ni. Saya doakan dia mendapat keputusan cemerlang dan dapat mencapai impian beliau. InsyaAllah.

Chaiyok adik!

Sunday, November 13, 2011

Anak Buah Si Fotogenik

Kamera hanset ni dah penuh gambar dia je. Mana tak nyer, beria dia suruh keluarkan hanset ambil gambar dia. Fotogenik rupanya anak buah I ni.

Anak buah I yang sangat fotogenik.

Dari mana dia dapat sifat tu ye.

Friday, November 11, 2011

Puding Tauhu

Raya haji lepas I sempat buat puding tauhu for the first time. Resepi I dapat daripada internet. Nama je puding tauhu, padahal tak gunakan tauhu sikit pun. Agak manis, ikut sukatan gula yang digunakan.

Bahan-bahan:

1/2 peket agar-agar strip (rendam dan toskan)
1 1/2 liter air
1 cwn santan
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tbs gula
2 helai daun pandan (simpulkan)

Bahan untuk kuah:

1 tin laici (guna air laici sekali, buah laici disiat-siat kecil)
2 tin air (guna tin laici sebagai penyukat tin)
8 tbs gula (terpulang mengikut manis yang diinginkan..lagi kurang lagi bagus. Jaga kesihatan ek ;) )

Cara-cara memasak:
  • Buat kuah terlebih dahulu. Masakkan dalam periuk hingga mendidih semua bahan membuat kuah. Rasa manisnya mengikut citarasa. Kemudian tutup api dan biarkan ia sejuk. Simpan kuah dalam peti ais.
Itu laici ok. Bukan udang.
  • Buat tauhu pula, masak agar-agar hingga mendidih dan larut. Masukkan gula dan daun pandan.
  • Satukan santan, susu cair dan susu pekat ke dalam sebuah mangkuk dan kacau hingga sebati.
Kacau slow-slow je. Tak yah bersungguh sampai kembang pulak.
  • Masukkan adunan susu tadi ke dalam periuk berisi agar-agar tadi. Masak hingga mendidih sambil dikacau. Apabila sudah mendidih, cepat-cepat tutup api bagi mengelakkan santan pecah minyak.
Hmm..muat-muat je periuk.
  • Biarkan sampai suam-suam kuku (untuk mendapatkan permukaan puding yang cantik) dan tuangkan ke dalam loyang (jangan lupa tapis).
Sementara tunggu sejuk boleh la buat kerja lain sikit. Baca quran ke, solat sunat ke. Hihi.
  • Biarkan sejuk. Masukkan ke dalam peti ais.
  • Hidangkan tauhu dengan kuah laici dituang ke atasnya.
Puding tauhu sedia untuk dihidang.

Ngap! Habis dimakan oleh Insyirah yang baru bangun tidur sampai tompah-tompah. Ish3...



Boleh tuang terus dalam bekas-bekas kecil. Bagi bekal kat orang..Aizat satu..Akak satu..eh. Akak dua la sebab ade Insyirah yang gila benda manis.

Puding tinggal separuh kena curik oleh orang-orang yang bukak peti ais.


I wat kuah laici tu agak tawar (kurang gula)...sebab mak yang suruh. Demi kesihatan dia kan. Nasib baik I pun tak suka manis-manis sangat. But, I sangat suka benda berlemak. Uish3~

Mak Chor selalu advice sambil masak rajin-rajin bibir berselawat. Kita kan masak untuk orang tersayang.

Friday, November 4, 2011

Cream Baby Yang Comel

Sedang kami serumah jalan-jalan kat dalam Carrefour. Tetibe jumpa satu barang menarik.


Betul-betul menggunakan bahasa kita.hihi.

Kelakar dan comel pulak krim baby nih.

Petang ni nak balik kampung dah. Naik bas saja. Lame la tak online nanti. Selamat Hari Raya Haji semua!

Thursday, November 3, 2011

Patut Beli Apa di Langkawi?

I nak plan shopping ni.
Apa yang patut dibeli di Langkawi. Well, either than chocolate DAIM.
My mom siap order set pinggan mangkuk. Huh. Macam mana nak bawa naik flight pun tak tahu. Rancang je pun.hehe.

Kurang dari sebulan lagi untuk conference SKAM di Langkawi. I akan membentangkan paper I. Tu adalah conference pertama I. Berdebar and excited pun ade.

Kena waktu petang pulak. Mesti ngantuk sume orang time ni. Entah diorang dengar ke tak I present nanti.

Nasib baik giliran I kena kat first day. So second and third day I boleh ronggeng-ronggeng around Langkawi. Yeah! 
I present after supervisor I present. Err..gerun jugak dapat room sekali dengan dia. Harap-harap I dapat present dengan lancar. InsyaAllah.

Barang ape ek yang murah dan berbaloi beli kat Langkawi?

Wednesday, November 2, 2011

Need to Buy Groceries yang Gah

Bukan main lagi list of groceries to buy yang housemates I ni senaraikan.

Dah lama kitorang tak shopping barang dapur.

'Camera DSLR' pun termasuk dalam barang dapur pulak.haha.
Dah lama gak kitorang mengidam Magnum Classic. Takde can nak gi kedai beli sekarang ni.

Pembelian ditangguh lepas raya haji. Semua orang balik kampung la.

Tuesday, November 1, 2011

Girls Day Out Noodle Station

'Girls Out'.


Da~ so gediks.

Sabtu lepas kitorang perabiskan duit makan tengah hari kat Noodle Station. Saja nak try adventure sikit (main cause: sebab malas nak masak kat umah).

I bukan peminat noodles sangat. So I layan je la.

Usually kalau kedai-kedai makanan emas (a.k.a. mahal) ni I akan pilih menu yang de 'thumbs up' or recommended menu la. Takut pilih sendiri kang tak sedap..pastu sepanjang makan mula la kate tak berbaloi la...rugi duit la...baik makan kat kedai bese la..dan lain-lain lagi la mulut berbicara.

Fried noodle and roasted chicken.
Not bad menu yang I order ni. Although mee dia I rase masak maggie kat rumah pun boleh jadi. Ayam roasted tu I suke.

Ni air Emi order. Sodap gak!

Tada~ Milk strawberry. Ni air yang I order. Rasa cam minum ais krim.

Harga air lebih mahal dari makanan owkey. Nasib baik sedap. Sangat kaww!

Moral of the day: Makan kat restoran mahal ni kena bersedialah, sama ada anda akan sangat kecewa atau sangat puas hati.

Terliur tak tengok air-air tu.hihi.