Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Sunday, June 19, 2016

Pelaburan Emas

Pelaburan?
Selepas saya melakukan sepintas pembacaan dan kajian, saya membuat keputusan untuk melabur dengan cara pelaburan emas. Seciput sahaja ilmu yang saya sempat dan mampu peroleh.

Seperti yang diketahui, pembelian yang sah di sisi agama adalah pembelian yang mana kita dapat barang yang dibeli.

Ada beberapa syarikat lain yang membuat perkhidmatan pelaburan emas ini. Yang saya nampak adalah Public Gold.



Justeru itu, saya memilih Public Gold sebagai pusat pelaburan emas saya. Hal ini kerana, beberapa kelebihan yang saya nampak, seperti:

1. Pembelian yang mudah. Boleh membuat tempahan melalui telefon (terus kepada cawangan atau melalui perunding), bayar melalui ATM dan membuat temu janji bila-bila masa terluang untuk mengambil emas yang dibeli.

2. Emas yang dibeli, kita pegang emas tersebut. Ia bukan sekadar sijil.

1 g adalah sebesar kad sim. Kad ini adalah sijilnya.

3. Bar emas yang dibeli boleh dijual di mana-mana kedai emas, juga diterima untuk dicagar di Ar Rahnu.

4. Public Gold tetap menerima bar emas yang dibeli walaupun bar tersebut mungkin calar atau rosak untuk beberapa lama dalam simpanan.

5. Pelaburan emas lebih selamat insyaAllah. Kerana harga emas akan sentiasa naik, walaupun ada masa turun sedikit (masa sesuai untuk membeli), tapi regression line dia tetap positif.

6. Diiktiraf Bank Negara.

7. Emas hiasan susut hampir 20%. Manakala emas bar susut dlm 5-7%.

8. Keuntungan pelaburan emas hampir 15-20%.

9. Boleh tengok-tengok/ update harga terkini emas. Harga emas sentiasa berubah. Ada masa jatuh sedikit, boleh ikuti sekali-sekala pada laman web rasmi Public Gold. Setakat ini, melalui pemerhatian cetek saya, setelah sebulan, saya dapati harga emas naik lebih kurang RM10 per gram.

Senang rujuk sahaja line purple. Berubah-ubah nilainya mengikut pasaran dunia.

Tips dan nasihat pelaburan yang saya dapati antaranya, duit yang dilaburkan adalah bukan untuk kegunaan dalam masa terdekat. Tempoh matang/ tempoh minimun untuk merasa keuntungan adalah 3 tahun ke atas. Maka, jumlah duit yang dilabur seelok-eloknya bukan untuk dipakai dalam tempoh 3 tahun itu. Saya labur jumlah yang sedikit sahaja dahulu. Tambahan pula, di kala umur 30 an mungkin ada perkara-perkara yang memerlukan wang seperti kahwin (andai ada jodoh :)), masuk rumah baru (beli sofa, tv, mesin basuh dan lain-lain), kenderaan untuk pergi balik kerja dan sebagainya. Maklumlah kerja pun baru stabil, ambil masa untuk menstabilkan semula ekonomi. Konsep saya suka-suki sahaja. Simpanan untuk 10 tahun mungkin.

Kerjalah seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Beramal seperti akan mati esok hari.

Oh ya. Zakat haruslah bayar. Membersihkan rezeki, dan bersedekah secara tidak langsung.

Sunday, June 12, 2016

Tips Masakan: Kerang Rebus Enak dan Tidak Melekat

Kukus kerang bersama hirisan bawang merah selama 8 minit. Hasilnya, isi kerang akan menjadi segar dan mudah dikeluarkan dari kulitnya.