amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Tuesday, May 13, 2014

Sambal Tumis Petai Udang

Dah berhari kepingin petai. Alhamdulillah dapat juga. Hehe. Dinner pun makan sambal udang petai..ish ish ish. Get ready la toilet dengan pewangi banyak mana yang patut. Petai kite balun.

Thursday, May 8, 2014

Perfume Munif Hijjaz Tahan Lama

Saya nak kongsikan di sini, berkenaan perfume Munif Hijjaz.

Saya sudah jatuh cinta dengan perfume ni. Boleh dikatakan peminat setia. Dah setahun lebih saya gunakan perfume ini untuk diletakkan di rumah dan di dalam kereta. Baunya pun segar.

Sesuai diletakkan di dalam kereta, rumah ataupun pejabat. Penutup botol ini diperbuat daripada kayu yang akan menyerap cecair pewangi dan wangilah sekelilingnya. Saya letak dalam kereta saya, satu botol bertahan hampir 4 bulan. Harga pun tak begitu mahal, RM 15 sebotol. Tahan lebih lama berbanding pewangi lain.

Saya paling suka pewangi ini berbanding pewangi kereta yang lain.

Terdapat pelbagai jenis bau. Antara yang paling popular: strawberry, peach flower, vanilla. Banyak lagi bau-bau harum lain.

Novel review: Pabila Cinta Memanggilku

Tengah-tengah mengemas rumah, terjumpa satu novel ni. Adik saya punya la kot. Saya tak terbeli novel, biasa baca kalau orang rekemen je. Best betul novel ni rupenyer. 'Pabila cinta memanggilku', nukilan Syamnuriezmil. Ayat dia pun bersahaja. Ada unsur lawak, serius, suspen, semua ada lah. Yang best lagi, bertemakan kawasan-kawasan Ipoh. Huhi. Tak boleh nak berhenti bila mula baca. Banyak kali juga tersenyum sorang-sorang masa baca novel ni. Hihi. Kalau baca kat luar, boleh jadi orang ingat saya gila.

Tuesday, May 6, 2014

Minyak Penawar Serbaguna: Mubasyir Herbs Gopeng

Assalamualaikum wbt,

Sini nak cerita sikit pasal minyak angin. Biasa kalau loya atau pening dan sebagainya, mesti cari minyak cap k**** dan seumpamanya.

Apa kata sekarang beralih kepada minyak yang fungsinya sama, tapi dilebihkan lagi dengan bacaan al quran. Minyak penawar serbaguna ini telah diadun dengan bacaan Al-quran dan doa-doa mustajab.

Mengapa air yang dibaca dengan ayat suci al-Quran elok? Pernah saya huraikan di sini:

Minyak penawar ini dihasilkan oleh Mubasyir Herb Enterprise yang bertempat di Medan Gopeng. Haaa....orang Perak tau le kat mane.


Roll-on Minyak Penawar.


Boleh hubungi:
Ustaz Redzuan: 019 5632669

Alamatnyer:
75A Lot 59022, Medan Gopeng 5, Medan Gopeng, 31350 Ipoh, Perak.


Yang duduk jauh, takpe, jangan sedih. Dema ade pengedar berdaftar:
Ustaz Mohamad: 019 2303720
Pn. Noor: 019 2303724

Alamatnye:
No 11, Jalan Damai Budi 2, Alam Damai, 56000 Cheras, Kuala Lumpur 

Harga hanya rm8 sebotol.

Pada pandangan saya, minyak ini sangat bagus. Juga boleh digunakan untuk selesema, pening, sakit sendi, keletihan ataupun gangguan sihir dan jin.


No worries. Ada tanda halal Jakim.

Saya bukan berniaga. Cuma berkongsi apa yang saya rasa bagus untuk semua.

Monday, May 5, 2014

Belajar Lagi

Dah lama tak belajar macam ni. Sejak kerja di Pahang, tak sentuh dah tesis. Berhabuk tesis. Hari ini buka balik. Buang habuk. Kena bersedia untuk viva bila-bila masa. Kawan dah lepas dah. Saya bila la agaknyer. Adeehhh.

Majlis Aqiqah Huwaidah Asyiqin

Tahniah buat Mak Cik Nor dapat menimang cucu kedua bernama Huwaidah Asyiqin bt Shahrul Awzan.

Aqiqah paling afdhal dibuat pada hari ke-7 kelahiran anak tersebut.

Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
 كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .
Maksudnya: "Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."(Riwayat Abu Daud)

Thursday, May 1, 2014

Musim Panas, Bunga, Musim Buah Pula!

First thing first.... Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja-pekerja di luar sana. Yang bekerja teruskan bekerja dengan penuh dedikasi. Yang sedang bercuti, selamat bercuti, inilah masanya meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Hari tu musim panas. Lepas tu musim bunga. Sekarang musim buah pula. 

Pokok rambutan kat belakang rumah yang baru remaja pun dah tak sabar nak berbuah.

Kecik lagi pokoknyer nak juga berbuah.

 Banyak pulak tu. Tak sabar nak tunggu buah membesar.


Sampai ke tanah kau.


Pokok-pokok mempelam tepi jalan pun berbuah dah sekarang. Rasa nak pi petik je, tapi orang punya, nanti kena tangkap mencuri pulak den.

Ok. Sekarang nak pi Jusco jalan-jalan. Urgh...mama saya yang nak pergi. Nak meluangkan masa bersama anak-anak katanya. Mesti sesak penuh kereta. Huh. Adiosss~