amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Wednesday, April 30, 2014

Bikin Panas

Geram rasanya hari ini. Tadi, ada orang gila duk tenung kete saya. Cakap dengan kete saye. Menakutkan! Pastu kena pula tipu kaw kaw. Ingatkan parking biasa. Sekali masuk parking bayar, suka-suka letak RM4. Kat mane-mane takde tanda apa-apa. Suka-suka hati letak 4 hinggit. Aishhh. Geramnyer jiwa rage! Hilang mood satu hari. Ya Allah, jauhkanlah aku dari ketemu manusia-manusia macam ni. Menzalimi manusia lain.

Keys to Attract Students


Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Why students skip class? Boring? Not interested? Too many formulas to memorize? They just cannot accept it anymore?

This has been an issue to many institutions out there. From my opinion, the quality of an institution greatly depends on the quality of the academicians themselves. This topic has been questioned in several interviews for academicians positions.

I would love to share my opinions on this topic.

A wise man once said. 
"High achievement always takes place in the framework of high expectations."
These are several keys that I think (from my observations for the past few years) can attract students to keep their attendances filled:

1. Attractive Appearance

Neat, attractive, wear branded bags, branded clothes. These are all jewels to human eyes. People dreams to have these materials.  So they aim for it. Aiming to get those. In their mind, “How can he/ she buy those shoes? I wish I can be like him/her.”

Be an idol to the students.

“Oh, she’s sooo beautiful, I want to see her again.”..”I wonder what she’ll wear today.” 

Curiosity makes people do things they don’t think they would possibly do. Students would be attracted to come to class, one of the reason, well surprisingly true to some cases, to see their lecturer’s latest fashion trend. So, be attractive and unique. I’m not saying dress annoyingly sexy or disturbing, you don’t want to be a bad example to the students. Dress attractively acceptable to the eye of people or the best words are the most attractively acceptable to Allah SWT rules.

2. Good Personality


“The lecturer is so active in class. I’ll get less bored.”…"The lecturer is so funny. I like him/her.”…"He/ She is passionate. I want to be like him/her.” These statements have always been used by students of all era.

So, an educator should always keep active. Then, the students wouldn’t get sleepy in class.

3.      Giving Rewards

“Oh my god! That lecturer knows my name.”…”Hey guys, I got a cute book mark from my lecturer and she wrote, ‘Keep up the good work! I’ll definitely put all my effort on this.” 

Rewards and praises are encouragements to the students. 
This would attract them to attend class to get better results. Everyone needs motivation to keep moving.

4.      Students Involvements

“Now, you! The one wearing red shirt! What’s the relation between linear velocity and rotational velocity?”...”Whoever write the answer on the board will get 1 bonus mark.”…. “Why high heels give deeper holes to the sand ground compared to men’s shoes?”…”How submarine works? What do you think lad?” 

Give the students 5 minutes to discuss with each other for the answer. The students would feel proud of themselves for being able get involved in the class.

5.      Videos and Animations

“Words….too much words!” Students would get stressed out to see so many words and numbers in the slides. They would be too tired to imagine the applications of the formulas in real life. 
 So, lead and guide them by adding videos or animations regarding the topics. 
The videos should involve the examples of real situation, or evidence to convince them that the Physics formulas have been proven to be applicable in real situation. Plus, the animations would keep their attentions in class.


These are several techniques on keeping students attending class. These simple tips I think should not be neglected. Students are human beings too, and plus they are young.


Saturday, April 26, 2014

Resepi: Sambal Tempoyak

Assalamualaikum wbt.

Saya orang baru nak belajar buat sambal tempoyak. 20 tahun yang lalu tak nak ambil port langsung bila Mak buat sambal tempoyak, sebabkan tak berminat.hihi..kerek sungguh! Sekarang terkial-kial tanya Mak macam mana nak buat. Ok. I admit, such a lame...hihihi (^_^)'

Bahan-bahan:
4 tbs tempoyak
1 cili merah
5 cili burung hijau
3 cili burung merah
Secubit belacan
(bilangan cili terpulang kepada kepedasan yang diingini)

Very simple. Tumbuk sampai lumat semua cili bersama belacan. Gaul bersama tempoyak sampai rata. Boleh tambah air asam jawa sikit kalau nak sambal tempoyak rasa lebih masam.

Friday, April 25, 2014

Jatuh Cinta Kali Pertama

Assalamualaikum wbt.,

Kujatuh cinta kali pertama.

Selama ni tidak kusedar kelebihanmu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Over la pulak gambar.


Before that,
I would like to make a little confession here. I don't eat TEMPOYAK. Kalau orang Perak dengar mesti komen, "What?? Orang Perak tak makan tempoyak?? Lugi..lugi..." Ok I admit. Dulu tak berani nak makan sebab tak berkenan bau tempoyak yang agak kuat. Tetapi...

Baru-baru ni saya memberanikan diri calit sikit (sebesar syiling sepuluh sen) sambal tempoyak pada nasi. Dan tetibe...tetibe!!

Tetibe terputik rasa cinta..."Sedap juga sambal tempoyak ni," kata isi hatiku. Balik je ke Jengka tempoh hari, dah start dah...mengidam sambal tempoyak. Nasib baik beberapa buah kedai di Bandar Pusat ada tersedia sambal tempoyak.

Makanya, saya dengan bangganya mengisytiharkan diri sendiri.........

SAYA SUKA SAMBAL TEMPOYAK.

Haha. Haiyooo..such a lame, dah tua camni baru nak makan. Faktor usia kot. Hihi.

Budu pun saya dah suka. Sambal tempoyak pun dah suka. Cincalok jeh belum lagi. Kena pindah ke Melaka kot baru berkenan.

Tuesday, April 15, 2014

Hadiah Hari Jadi :)


Thank you soo much. Kawan saya bagi coklat-coklat ni sebagai hadiah birthday. Alhamdulillah...leh makan sambil-sambil bosan dah tak banyak kerja hujung sem ni.

Student diploma dan degree tengah cuti sem sekarang..sunyi je Bandar Pusat Jengka ni. Kedai makan pun banyak tutup. Tu la kate. Bila ade student, perniagaan pun lebih maju.

Friday, April 11, 2014

Ulam: Pucuk Gajus

Sape tahu ni daun ape?!
Hehe...
Inilah 'pucuk gajus' atau bahasa kelate sebut 'pucuk ketereh'. Ulam ini pada saya sangat sedap. Tapi susah nak didapati. Di pasaraya memang takde la wei. Hanya ada di pasar malam ataupun belakang rumah kalau ade pokoknya.

Senang nak kenal pasti. Bentuk daun semestinyalah, berwarne agak keunguan sikit. Kalau warne hijau, itu bukan pucuk, itu daun..kalau makan, anda dikire kambing..hihihi.gurau aja.

Sedap cicah budu, sambal tempoyak, sambal belacan dan seumpama dengannya...cicah mayoniss.....hmmmm xpenah lagi dibuat orang. Makan dengan nasi..fuh! Segar rasanya.

Kalau saya nampak je kat pasar malam, saye pasti beli sebab jarang-jarang ada. Siapa yang ada pokoknya, ingatlah...you are lucky..makanlah atau jual jeh. Seikat 2 hinggit kot. Huhu. Daun pun mahal.

Thursday, April 10, 2014

Peristiwa Malam Tadi

Malam tadi hujan lebat sungguh. Sekali dengan kilat dan guruh. Dah lama rasanya tak hujan macam tu. Roomate saye cuti, so kebetulan tidur sorang. Takut juga dengan kilat dan guruh kuat. Saya pun tutup muka dengan selimut. Tiba-tiba....
.
.
.
.
Tiba-tiba rasa ada tangan memegang kaki saya. Apa lagi, melompat saya atas tilam. Saya dah fikir dah hantu ke, kucing ke, lipas gergasi ke..
.
.
.
.
.
Rupe-rupenyer, housemate saya. Dia nak tumpang tido sebelah sebab dia pun takut kilat. Huhu. Buat terkejut orang je. Dia pun terkejut sebab saya terkejut. So, masing-masing terkejut.
Dia pun tidur la sebelah. Lelaplah kami. Lega rasa bila ada teman di sisi.hehe.

Menjelang pagi, saya tanyalah housemate saye lagi sorang, dia kate dia pun takut sebenarnya semalam. Dia pun ingat nak tumpang bilik. Rupe-rupenyer dalam rumah tu semuanya takut kilat. Hihi.

Tak sangka dah besar macam ni pun takut kilat lagi. Korang takut ke??? Ngaku je laaa.hihi.


Wednesday, April 9, 2014

Buku Sebaik-baik Teman

"Sebaik-baik teman adalah buku".
Saya ingin kongsikan sedikit hasil dari pembacaan buku La Tahzan tempoh hari.

Peneman yang sejati di kala suka dan duka adalah buku. Bacalah buku pabila ada masa terluang. Setiap pembacaan takkan berakhir sia-sia. Daripada menghabiskan masa terluang dengan aktiviti tidak berfaedah, baik duduk baca buku. Walau satu muka surat, pasti ada ilmu yang boleh kita dapat. Pada masa yang sama memberikan kebahagiaan, menajamkan fikiran dan mengembangkan otak.

Rasa susah hati, duduk baca buku. Tak payah peningkan lagi kepala otak mengumpat sana sini atau termenung memikirkan masalah dihadapi. Duduk, baca buku. Setiap buku ilmiah ada hikmahnya. Kebahagiaan juga boleh diperoleh dengan membaca.

Lawak Saja

Rehat sebentar sebelum punch out.


Software GPS android ape paling elok ye. Hmm..

Hanya Kerana Mata

Suka! Suka! Suka! Kenapa? Sebab deme warna pink. I judged a book by its cover. Btw, memang elok pun produk ni. Spend harge lebih siiikit pun takpe sebabkan bekas cantik.hoho. Pembaziran di situ. Maafkan adinda.

Tuesday, April 8, 2014

Rahsia Air Zam Zam

Assalamualaikum,

Ada satu hari tu, saya lepak-lepak tengok tv. Ada satu rancangan berkenaan kehebatan air zam zam. Saya nak kongsikan sedikit kerana pada saya fakta ini sangat menarik dan perlu kita tahu agar kita lebih memanfaatkan adat berselawat dan berdoa dalam kegiatan harian.

Dokumentari tu memaparkan penerangan saintifik bagaimana air zam zam mampu mengubat segala jenis penyakit seperti yang telah termaktub di dalam kitab suci Al-Quran.

Mengikut kajian para saintis, molekul air berubah mengikut emosi manusia sekelilingnya. Emosi yang baik menghasilkan molekul air berbentuk kemas dan cantik. Manakala emosi yang tidak baik akan menghasilkan molekul air berbentuk berselerak dan buruk.

Para saintis juga telah mengkaji molekul air zam zam, hasilnya molekul air zam zam menunjukkan molekul yang sangat indah yang terpancar aura tenaga yang tinggi.

Air yasin contohnya juga akan memberi kesembuhan kepada si minum. Hal ini kerana air yang telah dibaca dengan ayat suci al quran di mana pembacanya mempunyai emosi positif, molekul air tersebut menghasilkan aura tenaga yang bermanfaat.


Sumber imej: sarazaqia.blogspot.com


Sebab itu jugalah para isteri terutamanya apabila memasak untuk keluarga tercinta, disarankan berselawat. Maka masakan yang dijamu keluarga bukan sahaja sedap, juga menghindarkan sikap negatif.
Mungkin sebab tu jugalah orang tua marah kalau kita gaduh depan makanan.

Untuk pengetahuan, Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kita ni asal je makanan tak sedap, komen bukan main lagi macam diri sendiri hebat sangat masak. Sebab itu jugalah kena baca doa sebelum makan ataupun minum. Sebab itu jugalah bila baca yasin, kita letak botol air kat depan dan buka penutupnya.

Kerana air dipengaruhi oleh emosi manusia sekeliling. Air zam zam ialah air yang paling indah molekulnya dan paling tinggi tenaga bermanfaat. Subhanallah..





Produk Pelangsing Badan "Figure-Up" Beracun

Nak kongsi sebagai peringatan bersama. Saya selalu nampak produk-produk ini di Facebook. Ada laporan kata beracun. So, berhati-hatilah kite...


Sumber: Berita Harian
3 produk pelangsing badan beracun
3 produk pelangsing badan beracunTiga jenis produk pelangsing yang dijual menerusi internet disahkan oleh Kementerian Kesihatan mengandungi bahan beracun.Putrajaya: Orang ramai dinasihat menghentikan segera pengambilan produk pelangsing badan ‘Collagen Slim’, ‘Beautiful Body Slim’ dan ‘Figure Up’ kerana didapati mengandungi bahan racun berjadual sibutramine. 
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah Abdul Rahman, berkata badan peraturan ‘Australia, Therapeutic Goods Administration’ (TGA) mendapati ‘Collagen Slim’, ‘Beautiful Body Slim’ dipromosi dan dipasarkan melalui internet untuk kecantikan serta penurunan berat badan.
Katanya, berhubung ‘Figure Up’ pula, Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan menerima laporan dua pengguna berusia 14 dan 38 tahun yang mengalami sawan selain pendarahan ulser duodenal. 

“Sibutramine adalah ubat terkawal yang digunakan untuk rawatan obesiti tetapi pendaftaran ubat mengandungi bahan terbabit ditarik balik di Malaysia pada 23 Disember 2012 kerana peningkatan risiko kesan advers kardiovaskular. 

Monday, April 7, 2014

Lai lai lai Minum Petang

Perut tak lapar. Tapi bila dihidang dengan biskut kering bersama Milo panas. Slurrpp. Habis jugak sebotol biskut. Thanks to my officemate yang sangat lah rajin buat air Milo.


 Tak pun roti kering ni. Lagi sedap. 

Rebutan ramai. Dah nak habis dah tuh. Roti kering. Keras tapi best. Menguji ketahanan braces saye.huhu.

Nasi Dagang di Pagi Hari

Cantiknyer orang di depan itu. Apakan daya dia dah berpunya. (Dia sendiri suruh tulis) Haha.

Friday, April 4, 2014

Resepi: Solok lada

Assalamualaikum wbt, hari ni nak kongsi resepi masakan timur. Biasa saya beli kat pasar malam. Mula2 beli dah fall in love gituh. So teringin la nak belajar buat sendiri. Dengan bimbingan housemate saye yang majoritinya mek Kelantan sendiri, terhasillah homemade solok lada saya. Solok lada paling padan makan dengan nasi kerabu. Takde nasi kerabu, nasi putih pun takde masalah. Biasa guna cili hidup hijau yang warnanye hijau muda, bukan yang hijau tua biasa tu. Cili hijau ni susah sikit nak didapati, ikut musim jugak. Kalau guna cili hijau biasa pun boleh jugak cuma lagi sedap kalau cili hijau muda ni.

Bahan-bahan:
2 ekor ikan selayang
4 cili hijau (cili hidup hijau yang warnenye hijau muda, biasa untuk solok lada, kalau cili hijau biasa pun ok. Lagi sedap kalau cili hijau muda ni)
2 biji bawang merah
1 1/2 cawan kelapa parut muda (kalau tua pun boleh cuma lembik sikit isi nanti)
1/4 cawan santan
Sedikit lada hitam (letak kalau nak pedas, tak yah pun takpe)
Secubit garam dan gula

Cara-cara:
  1. Rebus ikan bersama air dan secubit garam (boleh letak asam gelugur kalau nak hilangkan lagi bau ikan, tak letak pun takpe) sampai agak-agak masak. Toskan. Buang tulang ikan.
  2. Tumbuk ikan tadi bersama bawang merah, kelapa parut dan lada hitam. Tumbuk sampai lumat. Masukkan garam dan gula secukupnya.
  3. Belah cili hijau dan buang empulur dan bijinya.
  4. Sumbatkan bahan tumbuk tadi ke dalam cili hijau.
  5. Panaskan santan dalam periuk, masukkan cili sumbat, masak dengan api perlahan. Biar sampai santan kering.
  6. Sedia untik dihidang bersama nasi.

Ada banyak cara, ada orang tak rebus pun ikan tu. Kalau santan pekat sangat, boleh tambah sikit air. Kita nak pastikan santan meresap le dalam solok lada kita. Goodluck!

Gambar dari google aja
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Thursday, April 3, 2014

Resepi: Mee Udang

Sempena saya bercuti di kampung, dan sebelum saye pulang ke Jengka, kami buat la makan-makan sikit. First time buat mee udang ni. Resepi ni adalah resepi ilham mak mertua kakak saya. Resepi ni agak simple dan bahan-bahannya mudah didapati. Cara masak pun sangat la senang. Just campur dan biar didih.

Saiz hidangan: 10 orang makan

1 kg udang (direbus dan simpan air rebusan udang)
2 botol sos cili
2 tin tomato soup campbell/kimball
4 biji telur (pecah dan kacau)
3 kg mee kuning/kuey teow (celur dan tos)
Minyak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:
5 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
Segenggam cili kering

Hiasan:
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng
Sayur sawi (celur dan tos)
Fish kit (celur dan tos)

Cara masak:
Tumis bahan kisar hingga naik minyak.
Tuang sos cili dan sos tomato soup. Tambah dalam 3 cawan air.
Masak hingga naik minyak.
Masukkan air rebusan udang. Masak hingga menggelegak.
Tuang perlahan telur sambil kacau (sentiasa kacau nak bagi elak telur berketul)
Terus masukkan udang.
Tambah garam dan gula secukupnya. Perasakan garam gula.
Dah menggelegak, boleh tutup api. Makenyer, kuah mee udang sudah pun siap.
Boleh dihidang dengan mee/kueyteow bersama bahan hiasan.

Selamat menjamu selera.

Gambar diambil dari google saja.

Wednesday, April 2, 2014

Resepi: Pengat Pisang

Petang-petang hujung minggu bosan tak tahu nak buat ape, gagahkan diri ke dapur. Buat pengat pisang. Biasa tengok je mak buat. Dah tua bangke kena buat sendiri la wei.huhu. Dengan bantuan buku resepi terhasillah pengat pisang saya. Pengat pisang, a traditional sweet dessert.

Saiz hidangan: 2 orang makan

Bahan-bahan:
4 biji pisang abu (atau ape-ape pisang asalkan muda, kulit agak hijau lagi)
1 cawan santan (kalau pekat sangat boleh tambah air
4 tbs gula
2 tbs biji sagu (nak banyak pun boleh, tapi jangan banyak sangat nanti sagu mendominasi kuah)
2 helai daun pandan (ikat simpul dan koyak sikit)
Garam secukup rasa

Cara-cara:
Basuh biji sagu dan toskan.
Potong kecil pisang.
Panaskan santan sambil kacau (api perlahan), masuk sagu.
Bila sagu dah agak kembang, masuk gula, garam dan daun pandan. Kacau sampai semuanya sebati.
Masukkan pisang.
Perasakan gula garam cukup ke tak. Puas hati boleh tutup api dan sedia dihidang.

Nak tambah gula pun boleh, pada saya dah cukup manis. Ini pun saya rasa manis sangat, tapi housemate saya kate ok je. Terpulang kepada lidah masing-masing. Kalau santan pekat sangat, boleh tambah air.

Create a system or be enslaved by another man's.