amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Wednesday, August 14, 2013

Renungan

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Thursday, August 1, 2013

Resepi: Kek Batik


Kek batik antara kek yang simple dimple tak perlu bakar atau kukus. Tapi kalau dah malas, maggie pun tak termasak *cakap pasal diri sendiri ey.huhu. Kempunan punya pasal bulan-bulan puasa ni yang memberikan semangat untuk gagahkan diri ke dapur. Hehehe.

Sumber: Homekreation
Resepi Kek Batik

Bahan-bahan:
50 g serbuk koko
100 g Milo
100 g gula
200 ml air
100 g mentega
2 biji telur
400 g biskut Marie

Gambar google.


Cara-cara:

  1. Campur serbuk koko, milo, gula dan air. Masaksambil kacau  atas api sederhana hingga sebati.
  2. Masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair.
  3. Perlahankan api dan masukkan telur dan teruskan kacau hingga pekat dalam 30 saat dan matikan api.
  4. Masukkan biskut yang dah dipatah-patah (patah 4), kacau hingga sebati.
  5. Tuang dalam bekas dan mampatkan.
  6. Simpan dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan.
Resepi ni dari kakak Homecreation, tak guna susu pekat, tapi guna telur dan serbuk koko. Setakat ni alhamdulillah sedap. :)

Tips sembuhkan luka gigitan lipan

Anak saudara kena gigit lipan pulak malam tadi. Menangis dia sampai la ni. Jari bengkak. Orang kata sakit 2 hari jugak baru surut. Serangga perosak banyak keluar sebab musim panas. Yeke... 

Tips mudah sembuhkan luka gigitan lipan: 
Tumbuk biji asam jawa, titiskan air sedikit (macam nak pakai bedak sejuk), sapu pada luka gigitan. 
ATAU campur cuka dan garam, kaca sebati, sapu/ rendam luka gigitan, 
ATAU campur air minum dan garam kasar, bacakan surah Al-Fatihah 41 kali, bagi si pesakit minum air garam tersebut.

Pastikan kawasan rumah takde semak samun. Hhuhu.