amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Monday, July 29, 2013

Resepi: Bubur Kacang Hijau

This is one of my favourite dish. The simple bubur kacang hijau. Tak dan nak ambil gambar.

Bahan-bahan:
100 g kacang hijau
2 santan kotak (lagi sedap guna santan original)
2 helai daun pandan
Air (cukup bagi kacang tenggelam)
Seketul gula melaka
Secubit garam

Cara-cara:
  1. Rendam kacang selama 6-7 jam (terus rebus pun boleh)
  2. Rebus dalam periuk berisi air (cukup untuk kacang tenggelam), masukkan daun pandan yang dah diikat. Rebus hingga kacang empuk.
  3. Apabila kacang dah cukup lembut, masukkan santan mengikut kepekatan yang diingini. Kalau terlalu pekat, boleh tambah air.
  4. Masukkan gula melaka (potong kecil-kecil untuk mudah sebati dalam bubur). Masukkan garam.
  5. Masak sampai cukup pekat dan sebati gula dan santannya, boleh tutup api dan sedia dimakan.
Obtained from Mr Google

 Boleh tambah sagu, durian, jagung and so on lah. Nama pun bubur. Campur apa-apa pun jadi.

Tuesday, July 23, 2013

Masa Singkat

Assalamualaikum,
Hujung minggu lalu saya ke Shah Alam. Meneruskan aktiviti bulanan, jumpa doktor gigi saya. Kebetulan family datang Shah Alam juga singgah rumah Ayahchor. Dapat jugak berbuka dengan diorang. Alhamdulillah dapat belanja mak ayah adik berbuka. :D Gaji pertama.hehe. Cuma tak sempat berbuka dengan ex-housemate. Sempat bersahur je dengan diorang. Macam-macam benda nak buat bila balik Shah Alam. Masa tak mengizinkan. Sempat jugak singgah Denai Alam jumpa Kak Yus ambil baju tempah bulan lalu. Boleh lah buat jadi baju raya. Siap ada riben belakang lagi baju tu. Fesyen ape entah. hehe. Menjelang hari Ahad, rasa berat sangat badan nak bertolak ke Jengka balik. Yelah, kerja menunggu kan. Tapi takpe, kerja yang saya suka. ;) Jumpa balik budak-budak ni. Chapter makin susah, budak makin pening, saya pun makin pening. But I'll do my best for you all.

Tak sabar nak balik kampung minggu depan. Hopefully keadaan kereta baik untuk bawa balik nanti.

Friday, July 12, 2013

Part Time Job Offer at i-City

Sesape berminat nak kerja part time. Sila-sila lah cuba. Degree student kan nak cuti dah. Nak kumpul duit lebih boleh saja.

a) We are looking for 30 Industrial Trainees / Semester Break Student for our Recreation Department - Theme Park and Red Carpet (Wax Museum) on end of July 2013.
*RedCarpet feature a total of 100 wax figures of famous people from history and contemporary personalities of today under six themes namely world icons, celebrities, sport stars, world book of records, all stars cafe and interactive.* 

b) We are looking for 100 Part Timers to work for our Theme Parks:-
Terms and conditions :-• RM6 per hour for normal day and weekends.• RM12 per hour for Public Holiday.• Additional RM100 for those works 12 full days from 7 August to 18 August 13.• Total wages for working 12 full days would be RM772.• Shift hours: 9:30 a.m. to 6.00 p.m. ; 4:30 p.m. to 1.00 a.m.

Interested candidates are invited to call:- I-City Ellie: 03-5521 8878 (GL) or email: ailih.lim@i-city.my


Jangan direnung letihnya usaha, tapi renunglah manisnya kejayaan.

Thursday, July 11, 2013

Takleh Tengok Orang Senang

Akhirnya! Rumah dah ada peti ais. Balik terawikh dengan telekung bagai terus pergi rumah En Asri minta peti ais. Rupa-rupanya dia lambat hantar sebab basuh peti ais tu...awat tak habaq awai-awai. So dah boleh dah beli barang mentah untuk berbuka dan bersahur nanti. Yeay! Nasib baik kakak-kakak kat rumah semua rajin memasak. Saya goyang kaki. Haha. Tak lah. Kena la masak gak. Cuma takde la sesedap masakan depa tu. Huhuhuu.

Pasal rumah member yang kena curi masuk tu, semalam datang lagi lelaki yang diorang suspek tu. Dia berlakon konon-konon tengah racun rumput kawasan rumah diorang. Racun pe benda pagi-pagi buta. Obvious sangat mencurigakan. Repot polis pun dah dibuat. Polis datang ambil gambar kawasan rumah. Untuk repot je la kot. Tangkaplah orang tu wahai Incik polis. Tapi kitorang curiga, rasa macam tujuan orang tu bukan sahaja mencuri, tapi nak mensabotaj En Asri. Dia macam nak takut-takutkan kitorang yang menyewa dengan dia. Ish..ish..ish..mungkin orang tu kena rasuah untuk menjatuhkan orang lain. Itu lah yang kami rasa. Manusia ni, susah sangat nak tengok orang senang. Sanggup menjatuhkan orang lain. Itu la yang kami rasa. Betul ke tak wallahualam.

Student-student ni macam-macam ragam. Penat macam mana pun ajar diorang, bersengkang mata  prepare notes, lari sana-sini print assignment, bila je dapat tengok diorang jawab soalan dengan betul, hilang semua kepenatan tu. Miss harap semua berjaya, walaupun miss tak dapat hingat nama sorang-sorang, miss ingat muka korang-korang tu. Tak hantar assignment, siap la kalo jumpe kat mana-mana! Hahaha.

Rumah takde TV. Duduk bawah tempurung larr.

Tuesday, July 9, 2013

Elak Lebih Elok Dari Mengubati

Malang memang tak berbau. Semalam rumah member kena curi masuk. Duit dalam wallet beratus dengan gelang semua lesap. Kebetulan tertinggalkan beg tangan di ruang tamu. Sangat bahaya ok. Tambah lagi kawasan rumah yang majoritinya rumah bujang. Kalau kawasan rumah keluarga tu mungkin la boleh jiran tolong tengok-tengokkan. Dan nak dibuat cerita member saya suspek orang yang saya sendiri suspek. Saya rasa orang yang sama pernah datang rumah saya tempoh hari kononnya nak racun rumput. Patut la suspicious semacam rupa orang tu. Duk ngendap rumah orang. Bahaya sungguh. Kena berjaga-jaga. 

Harapkan kunci gril sahaja tak cukup, sebab kunci gril boleh ada pendua. Paling penting kunci mangga. Abang kedai kunci pun nasihatkan kunci mangga yang paling penting. Tingkap kena sentiasa kunci. Malam pasang lampu depan. Doa minta jauh malapetaka. Ya Allah lindungilah kami daripada kejahatan manusia.

Selamat berterawikh malam ini dan menyambut bulan paling mulia Ramadhan. :)