amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Thursday, May 30, 2013

Luka Pada Tangan

Dr Mandy: "Love is like luka pada tangan. Luka akan sembuh satu hari nanti. Kepantasan sembuh tu depends pada imunisasi masing-masing."

BM beliau berterabur. Hiuhiu~ Harap-harap imunisasi saya tinggi. :)

Monday, May 27, 2013

Jangan Putus Asa

Seronok tengok kawan-kawan dah selamat berkahwin. Bila la masa saya. Sabar ye Zaidatul. Mungkin akan ada yang menyusul. InsyaAllah.. Siapa tak terkenang. Yakin dan percaya kepada tuhan memberi kekuatan untuk saya terus bergerak. Dan yang penting sekali, menghargai saudara sekeliling. Jangan putus asa, teruskan berdoa dan menabur bakti. :)

Tuesday, May 21, 2013

Masuk Bengkel Kali Ke-3

Dah macam aktiviti mingguan pulak. Ni kali ke-3 BEGEH saya masuk bengkel. Kipas jem lagi sekali. Kali ni nasib baik tak masuk federal highway lagi. Nak keluar traffic light kawasan rumah pun temperature dah naik paling tinggi. Sementara tunggu cool down balik, lepak kat rumah buat bunga kertas banyak-banyak. Hasilnya,


Tadaaa!




Taman bunga di atas katil. Wih~wih~

2 jam kemudian. Call Makwe tanya pendapat, dia kata try isi air. Apoi pun kata try isi air. Takut bocor. Tengah-tengah isi air, datang sorang abang ni dari mane entah. Dia cek-cek kan, katanya mungkin water pump tak berfungsi, sebab air radiator tak kering pun. Dapat la nombor kedai kereta kakak ipar dia di Seksyen 24. Oleh kerana seksyen 24 agak jauh, Emi dan Ada temankan saya hantar kat bengkel yang biasa pergi tu. Sekurang-kurangnya pak cik tu dah tahu kisah kereta saya ni. Tapi esok baru boleh ambil. Cuti 2 hari. Yeay!

UPTA hari ni nasib baik budak present je. Tak yah buat eksperimen. Alhamdulillah. :D

Sunday, May 19, 2013

Terus-terang

Akhirnya, terlaksana appoinment dengan Dr Mariati. Dia kata braces dah tak lame dah. Beberapa bulan lagi akan dibuka. Yeay! Rasa nak bayar lump sum terus baki untuk braces ni. Seperti biasa kawasan Jakel tu sentiasa nak ramai orang. Tambah lagi UiTM tengah konvo sekarang. Kebanyakan Mak Ayah akan singgah ke Jakel yang sentiasa ada tawaran. Tak pernah takde banner tawaran kat bangunan tu.

Sampai rumah Mira dan Aimi ajak keluar. Sekali dengan kawan Aimi masa degree dulu, Ain. Depa sume Kelantan. Blurr jugak saya. Kelantan pekat kot. Ada boleh tangkap, ada yang tak paham sebutir pun. Hehe. Kitorang gi OU. Dan-dan waktu tu kasut saya nak koyak pulak bahagian tumit (seperti biasa). 'Terpaksa' la cari kasut baru. Body shop pula tengah sale, kebetulan saya memang nak cari perfume, perfume dah habis, duk pakai perfume sampel sekarang ni. *sadis. Last-last saya paling banyak shopping. Kasut, t-shirt, perfume, body mist. Aimi banyak beli kat Body Shop sebab dia giler kan Body Shop. Ain tak tercapai objektif sebenar. Dia nak beli baju kemeja, last-last habis kat body shop juga. Hehe. Ada perfume Body Shop for men tu, wangi, tapi tak sale pun, mahal pulak tuh! Tak mampu. Takpela. Untuk hantaran baru beli. Hehe.

Malam tadi tidur tak nyenyak, dibawa oleh persoalan yang banyak kemungkinan jawapan. Ditambah cuaca panas. (*_*)

Thursday, May 16, 2013

Pengalaman Stranded

Pagi semalam sangat adventorous. Bertolak pergi kerja macam biasa. Pukul 7 bertolak. Ok. Kereta kancil macam biasa bawa. Tapi kali ni tiba-tiba kipas rosak. Ok. Dengan harapan petang nanti baru pergi hantar bengkel. Degil la saya bawa pergi kerja juga pagi tu. Seperti biasa, lepas tol Subang, jalan jem. Oleh kerana kipas rosak, kalau kereta tak bergerak tapi enjin still on, temperature akan naik dengan mendadak. Then, temperature naik la sampai 'H' kot. Tiba-tiba saya tengok bonet depan dah berasap. Wohhhoo. Terus berhenti kat tepi (nasib baik memang berada di lane tepi). Jadi la saya blok kereta-kereta lain di Federal highway. Jadi la one of reasons jalan bertambah jem di lebuhraya persekutuan untuk pagi itu. Tunggu la sekejap nak bagi temperature turun. Orang kiri belakang duk tengok pehal kereta ni berhenti. Then nak try ON balik kereta tak dapat. Sudah~ Dengan ayunya berbaju jubah keluar kereta bukak bonet tengok what happened to the batery. Ok. Wayar atas bateri tu dah tertanggal. Usik-usik kasi sangkut sikit. Try balik alhamdulillah dapat. Malunyer dengan kereta lalu-lalang (tengah sesak jem). Temperature separuh, try la gerak sikit-sikit. Dah lepas federal, masuk Subang berhenti kat Inti College sebelah bus stop. Berhenti sebab temperature naik dan roundabout kat depan sangat sesak. Takut heat naik tinggi tak sempat nak berhenti. Tunggu lama sikit, ON enjin, tak dapat jugak. Lagi! Keluar dengan konfiden bukak bonet tengok bateri. Wayar atas dan bawah putus. Sudahhhh! Tak tahu mana nak sambung wayar bawah dia tu. Ok. Buntu. Orang-orang kat bus stop duk tengok je. Argh..dah tak kesah dah. Tak tahu nak call sape, last-last call abang. Paksa jugak dia datang walaupun dari Rawang. Rasa nak nangis je duk sorang kat situ. Bukan nak nangis. Dah nangis dah pun. Macam orang putus cinta kat bus stop. Hihi.

Sementara tunggu dia, alhamdulillah ada McD kat tepi, gi la duduk situ. 2 jam duduk situ. Pastu call kacau semua orang, mak, ayah, akak, ada, emi. Tengah-tengah muka stress dengan burger depan mata tak ada selera nak makan, datang pulak mamat 2 orang duk meja sebelah. Pastu laki tu, nama dia Lan, tanya tak makan ke burger tu. Of course la tak makan. Tak nampak ke?? Pastu dengan tak semena-mena saya tanya diorang ada tak bengkel kereta kat area tu. Diorang pun pelik. Nape pula perempuan ni tanya soalan camtu tetibe. Haha. Diorang pun tak tahu sebab diorang bukan duduk area tu. Pastu yang si Lan ni nak bersembang pulak. Tanya kerja mana semua. Saya dah la tengah kebingungan sorang-sorang jawab je la soalan-soalan dia tanpa penapisan. Haiyooo. My bad. Boleh pulak terang tang tang tanya dah nikah ke, ke tengah tunang. Pastu dengan selamba dia bagi kertas resit yang dah berlipat dan sebatang pen, suruh saya tulis nombor tepon, pastu dia lari pergi mana entah. Saya tulis 0 je. Malas nak layan. Dia patah balik terus tanya no, saya pulak dengan kebengongan bagi nombor. Giler betul. Bagi nombor kat orang yang tak kenal. Sangat tak pernah. Bahaya betul. Boleh pulak dengan muka tengah stress selekeh waktu tu kena kacau plak kan. Haiyoo.

Uncle cuci tingkap kat kedai McD tu tengok je saya, dia pun pelik la tengok saya duduk 2 jam kat kedai tu. Dia dengar pasal kereta saya rosak, dia pun bagitau ada kedai kereta yang berdekatan. Uncle tu sangat helpful dan ramah. Saya pun pergi la kedai kereta tu. Bagitau kat Cina tu yang wayar bateri putus. Dia tak caya. Dia cakap bukan sebab tu. Kena tow kereta masuk bengkel tu. Tow rm120. Tak leh blah betul. Mentang-mentang lah saya perempuan, sorang plak tuh, tak nak caya kan. Saya pun patah balik ke McD tunggu je abang saya.

2 jam kemudian abang saya sampai. Betul-betulkan sikit wayar bateri, dapat la On. Bersyukur sangat waktu tu walaupun tengah hari tapi cuaca tak macam hari biasa, hari tu mendung saja. Tuhan sentiasa bersama kita, kita je yang sering lupa.

Then, paksa lagi sekali abang ikut hantar kereta ke bengkel kat Shah Alam. Sampai pun pukul 1.00pm. Sempat pergi UiTM untuk tugasan UPTA. Syukur sangat, setiap kesusahan ada kemudahan. Petang tu dah siap, just kena tukar kipas baru RM80 sekali upah. Sampai bengkel tu pakcik tu pun dah kenal, senyum je dari jauh. Hehe.

Tu la pengalaman saya stranded di tepi jalan. Sentiasa ingat sebelum keluar rumah baca doa, "Bismillahhi tawakkaltu a'lAllah". InsyaAllah sebalik kesusahan Allah sediakan kemudahan.

Sunday, May 12, 2013

Hafiz - Bahagiamu Deritaku


Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu
Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu


Friday, May 10, 2013

Cara Atasi Tantrum Anak

CARA ATASI TANTRUM ANAK

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

Sumber : FB Prof. Dr. Rozieta Shaary

Kenali Apa Itu Tantrum

Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:

1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.

Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:

Dibawah Usia 3 tahun
•Menangis
•Menggigit
•Memukul
•Menendang
•Menjerit
•Memekik-mekik
•Menghempaskan badan ke lantai
•Memukul-mukulkan tangannya
•Menahan nafas
•Menghentakkan kepala
•Melemparkan barang
•Menyangkung
•Memeluk tubuhnya

Usia 3-4 tahun
•Perilaku tersebut diatas
•Menghentakkan kaki
•Berteriak
•Meninju
•Membantingkan pintu
•Mengkritik
•Merengek

Usia 5 tahun keatas
•Perilaku-perilaku tersebut diatas
•Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
•Menyumpah
•Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
•Mengkritik diri sendiri
•Memecahkan barang dengan sengaja
•Mengancam
•Merungut
•Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.

FAKTOR PENYEBAB TANTRUM
Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:

1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang
Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.

2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.

3) Pergerakan yang Terhad
Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya
diperbolehkan.

4)Asuhan Ibubapa
a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.
b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.
c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk si anak.


5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.

6) Anak sedang stress
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).

7) Trauma @ Fobia
Anak disiksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.



Wednesday, May 8, 2013

Embroidery Hoop

Daiso, kalau jalan kat Daiso ni boleh sejam duk dalam tu je. Semua barang 5 hinggit kan. Selepas setengah jam, akhirnya beli jugak embroidery hoop ni. Sonang sikit den nak main jahit manik. Kurang la kot senget-sengetnye nanti.
Siap bagi cara-cara jenis jahitan berlainan.



Semangat ada masa je takde.


Tuesday, May 7, 2013

Doa Menguatkan Ingatan

Ayat menguatkan ingatan.

Surah Al-Israa' - Ayat 70:

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."

Letak tangan di kepala dan amalkan ayat surah di atas. InsyaAllah.

Source: