amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Tuesday, April 30, 2013

What I Think, Komen, Pandangan: Jamu Ratu Dara & Ratu Mirifica Plus

Saya bukan la menjual. Just to share what's good.


Jamu? Perlu ke jamu ni?
 Jamu adalah herba. Boleh la dikatakan supplemen, cuma dalam bentuk herba tradisional. Jamu fokus kepada kesihatan dalaman. Kesan positif mungkin la tidak sedrastik supplemen lain di pasaran, tapi kesihatan dan kecantikan terjamin untuk jangka masa panjang dan pada saya lebih selamat. Jamu diamalkan bukan sahaja untuk orang yang dah berkahwin, anak dara pun disarankan mengambil jamu, cuma kuantiti kurang daripada yang dah berkahwin. Umur lebih daripada 20 tahun disarankan mengambil jamu untuk kesihatan dalaman yang berkekalan. Nenek moyang kita mengambil jamu dengan petik akar belakang rumah, rebus dan sebagainya, semua buat sendiri kan. Tapi, kita zaman sekarang ni tak sempat nak buat semua itu, oleh itu jamu sekarang telah disediakan dalam bentuk kapsul. Mudah, cepat dan bersesuaian dengan gaya hidup masa kini.

Banyak sangat jamu. Yang mana satu elok ni?
Beberapa jenama jamu telah saya cuba sebelum ini, akhirnya saya jumpa jamu yang saya sendiri berpuas hati. Jamu Ratu Dara dan Ratu Mrifica Plus keluaran Beauty Garden World Wide.

Apa beza kedua-duanya?
Jamu Ratu Dara fokus kepada kesihatan dalaman dan harganya lebih murah. Manakala, Ratu Mrifiza plus merangkumi kecantikan luaran dan pada masa yang sama kesihatan dalaman. Mana-mana satu pun boleh ambil. Ambil kedua-duanya lebih bagus. Sempurna luar dalam.


Ratu Mirifica Plus

 Harga ~ RM45 (Semenanjung)/ RM 47 (Sabah, Sarawak)
## Sebotol ada 60caps unt kegunaan Sbln

KEISTIMEWAAN & KHASIAT : 

♥ Membesar dan membentuk payudara remaja.

♥ Membentuk dan menganjalkan payu dara wanita berumur.

♥ Meransang pembentukan otot-otot payu dara 

♥ Memantap & memejalkan punggung
♥ Mencerah, menghalus & gebukan kulit.
♥ Optimakan hormon wanita.
♥ Mencantikkan pertumbuhan kuku yang lebih sihat.
♥ Melambatkan rambut beruban.
♥ Merangsang pertumbuhan rambut baru yg sihat.
♥ Menambah tenaga & kecergasan serta mengekalkan kesegaran tubuh
♥ Membantu mengatasi masalah sukar tidur.
♥ Mengetatkan vagina & menambahkan keintiman
♥ Membantu mengatasi masalah kekeringan vagina.
♥ Membantu melambatkan menopous.
♥ Agen anti-penuaan, lebih muda berbanding usia
sebenar.

CARA MAKAN : 
Cadangan dos : 2 biji sehari (sebelum tidur). 
Dos pengambilan : Makan 2 biji pada sebelah malam sebelum tidur.

PERHATIAN!

  • Pastikan minum banyak air.
  • Jarakkan masa pengambilan antara Ratu Mirifica Plus dengan ubatan / suplemen / vitamin lain sekurang-kurangnya 2-4 jam antara satu dengan lain.
  • Jika ingin “maintain” sahaja selepas mendapat apa yang di ingini, anda boleh mengambil dos mengambilan 1 biji sahaja sehari. 
LARANGAN : 
  • Ibu menyusu, ibu mengandung, wanita sedang haid dan wanita yang mempunyai sejarah cyst dan kanser DI LARANG makan Ratu Mirifica Plus. 
  • Wanita yang berumur kurang dari 20 tahun TIDAK DI BENARKAN mengambil Ratu Mirifica Plus kerana hormon belum berkembang sepenuhnya


Jamu Ratu Dara


 Harga ~ RM45 (Semenanjung)/ RM 47 (Sabah, Sarawak)
## Sebotol ada 60caps unt kegunaan Sbln

Tips dan cara pemakanan yang di sarankan untuk makan Jamu Ratu Dara (JRD) adalah seperti berikut :-

UNTUK YANG SUDAH BERKAHWIN :
1. Makan 2 Kapsul Pagi (selepas sarapan) & 2 Kapsul sebelah malam untuk 1 minggu yg pertama.

2. Minggu ke-2 dan seterusnya, makan 2 kapsul sekali mkn setiap hari sehingga datang bulan.

3. Datang bulan (Haid) perlu hentikan pengambilan Jamu Ratu Dara (JRD).

4. Selepas habis Haid, ulangi langkah - langkah diatas kembali.

*Pada bila-bila masa sahaja, anda boleh menambah dos kepada maksima 4 kapsul sehari sekiranya anda perlukan ekstra tenaga, ekstra rapat, alami keputihan yg ekstra & perlukan ekstra khasiat-khasiat lain di dalam JRD. Badan anda, hanya anda yg tahu.

UNTUK YANG BELUM BERKAHWIN (ANAK DARA/GADIS) :-

1. Makan 1 Kapsul Pagi (selepas sarapan) & 1 Kapsul Sebelah Malam untuk 1 minggu yg pertama.

2. Minggu ke-2 dan seterusnya, makan 1 kapsul sekali mkn setiap hari sehingga datang bulan.

3. Datang bulan (Haid) perlu hentikan pengambilan Jamu Ratu Dara (JRD).

4. Selepas habis Haid, ulangi langkah2 diatas kembali.

*Pada bila-bila masa sahaja, anda boleh menambah dos kepada maksima 4 kapsul sehari sekiranya anda perlukan ekstra tenaga, ekstra rapat, alami keputihan yg ekstra & perlukan ekstra khasiat-khasiat lain di dalam JRD. Badan anda, hanya anda yg tahu.


Ceewah~ Bertestimoni plak. Ok. That's it. Live well everyone.

Monday, April 29, 2013

Resepi: Ayam Masak Kicap Berempah


Bahan-bahan:

5 ketul ayam

Bahan A:
1 bawang besar (dihiris)
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Daun kari
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang

Bahan B:
1 tbs rempah kari ayam
1/2 tbs rempah kurma
1/2 serbuk cili
Kicap pekat
Sos tiram
Sos cili
Cuka secukupnya

Air
Garam

Cara masak:
  1. Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garan. Goreng ayam dan angkat.
  2. Tumis semua bahan A sampai naik bau.
  3. Masukkan Bahan B, masak sampai naik minyak. 
  4. Masukkan ayam,air dan garam. 
  5. Masak hingga agak kering. Siap!

 


Pesan Cinta oleh Afghan

 Pesan Cinta by Afghan.

Merah pipi ini saat ku lihat dirimu
Apakah ini yang dinamakan cinta
Malu hati ini saat ku tatap wajahnya
Mungkinkah ini yang dinamakan cinta

Tapi ku malu tuk mengatakan pada dirinya
Oh Tuhan, tolong aku sampaikan pesan ini padanya
Agar dia tahu bahwa kini aku jatuh cinta
Oh Tuhan, bantu aku temukan cara tuk mendapatkan dia

Karena kini ku tlah jatuh cinta
(Rasa cinta, saat ini ku hanya)
(Tapi ku malu pada dirinya)
Tolong aku sampaikan pesan ini padanya
Agar dia tahu bahwa kini aku jatuh cinta
Oh Tuhan bantu aku temukan cara tuk mendapatkan dia
Karena kini ku telah jatuh cinta
Ku telah jatuh cinta (ku jatuh cinta pada dirinya)



Wednesday, April 24, 2013

Aku Yang Tersakiti Versi Baru

 Sape suke lagu Aku Yang Tersakiti. Sape? Sape? Same la kite. Suka sangat lagu ni. Ada versi baru, Judika berduet dengan Kotak. First time saya dengar di radio Era, saya ingatkan Judika nyanyi dengan lelaki. Suara Kotak agak besar, macam lelaki pulak suara dia. Hehe.



Tapi saya tak jumpa lagi recording punya.

Tahniah Dr Malik, anak bongsu lelaki beliau selamat dilahirkan minggu lepas. 5 puteri, seorang putera. :)

Friday, April 19, 2013

Resepi Ayam Masak Ros

Dah lama tak masuk dapur. Sempena Saturday night hehe rajin la sikit nak masak. Esok kan cuti.sape kate! Esok kena gi fakulti ade event wajib pergi.huhu.ruin d weekend. Kalau ade makan free dimaafkan..hoyeah. Ni resepi ayam masak ros..ros la kot..saya google-google dan ikut bahan apa yang ada kat dapur.
Bahan-bahan:
5 ketul ayam (perap bersama serbuk kunyit dan garam)
1 biji bawang besar (hiris)
5 tbs cili giling
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 bunga lawang
1 kulit kayu manis
2 biji tomato
2 btg serai (dititik/diketuk)
1/2 cawan santan
3 tba mentega

Cara memasak:
  1. Tumis bawang besar hingga lembut. Angkat.
  2. Dengan minyak tumis bawang tadi, tumis cili giling sampai naik minyak.
  3. Panaskan butter, masukkan bawang putih, bunga lawang dan kulit kayu manis sampai naik bau.
  4. Masukkan ayam, tomato, santan dan serai. Kacau sekejap.
  5. Masukkan cili giling dan bawang yang dah dimasak tadi.
  6. Tambah air jika mahu banyak kuah. Masak sampai ayam masak.
Sekian.

Ada orang letak daun pandan bagi wangi. Ada juga resepi lain untuk ayam masak ros seperti letak susu cair, kacang peas and so on so on lah. Pelbagai cara.

Ok dah lapar. Happy Dinner!

Wanita dan Handbag Tidak Dapat Dipisahkan. Yeke?

Tak paham betul la. Kompius. Takleh bla. Saya tak paham betul dengan diri sendiri dan handbag. Suka nak tinggal handbag merata. Malam semalam pergi lab, dah ngantuk sangat balik lab boleh pulak tertinggal handbag kat lab tu. Sekali dengan kunci kereta dalam handbag tu. Sebab malam tu naik kereta Ada, tak perasan la tertinggal kunci kereta juga. Dah nak sampai rumah baru perasan. Nak masuk balik susah pula nanti kena tahan dek Pak Guard sebab dah pukul 12 malam lebih, restricted time. Lenggang-lenggang kangkung balik tak bawak identiti kad (jadi pendatang asing sekejap), handphone (lebih kepada fungsi alarm)! Tido malam letak jam tangan kat sebelah dengan harapan alarm di kepala yang akan kejut pagi. Nasib baik terjaga tepat pada waktu.
Kebetulan tadi Emi nak masuk UiTM nak hantar Mira, saya pun take the chance. Masuk lab grab the 'precious' handbag, patah balik rumah, naik kereta pergi kerja. Luckily tak jem sebab semua orang dah dalam office kot, saya je terkontang-kanting kejar ke office. Berbekalkan selawat dan doa agar tak jem, saya sampai office dengan selamat. Wii~

Kenapa dengan hubungan saya dan handbag. Tidak serasi kah?? Bagaimana dengan pepatah wanita dan handbag tidak dapat dipisahkan. Erk. Tak termasuk saya ke. Hehe. Adakah petanda kena beli handbag baru, Ceewah~~ *alasan tak leh diterima.

Dah. Nak sambung buat kerja sambil makan roti yang banyak.


Thursday, April 18, 2013

You Remain My Most Favourite Thing

Ini lagu Favourite Thing oleh Yuna. I love most of her songs. Well, semua kot. Hihi.


Lirik dia,
 
It's in the way you drink your coffee
And how you have faith in me
And you love your cameras and you tell me that I'm good enough
Boy, you bobber up my heart.

And all the things that I used to be afraid of
Suddenly it all disappear

And you remain my most favourite thing
and everywhere I go you're here with me
and you remain my most favourite thing
and all the time I keep you near me

The way you look out of the window
And you stay because you know
It wasn't your intention but you can't help but to crash in
Like the way I've been waiting for.

When I feel like the world has turned its back on me
when I feel all alone and I'm left with nobody
Oh, when people wanted me to be somebody else
But you love me completely.



To the one I love.

Situasi Lab Imade

Lab Imade sekarang dah makin aktif. Semua dah diberi tugas masing-masing. Semenjak semua dapat geran RAGS, terasa tanggungjawab yang dipikul. Duit dah dapat, so kena kerja la kan. Tugas dah diberi. Setiap 2 minggu ada meeting, setiap orang tak terkecuali present progress research masing-masing. Siap Kak Mazni, research officer pun kena present.

Dalam satu organisasi, visi dan misi sangat penting. Kalau takde, melilau-lilau semua buat kerja masing-masing tanpa arah tuju. 'Deadline' juga sangat important sebab deadlinelah orang akan push diri sendiri untuk siapkan satu tugasan. Nonetheless, hati masing-masing kena jaga. Jangan mengarah sangat, tengok tempat juga. Rewards and appreciation adalah satu cara untuk menaikkan semangat pekerja untuk terus melaksanakan kerja dengan ikhlas. Kurang la rasa berkira-kira tu sangat. Rahsia a good leader: menghargai orang bawahannya bagaikan rakan kongsinya sendiri. Earn the respect. Lead by example. Walk the walk as well as talk the talk. Tu diahh.

Fariz dah pun siap draft thesis pertama dia. Tahniah Fariz. Sampai ke Cameron kau nak siapkan thesis. Saya dan Hamizah sedang bertungkus-lumus membaiki tesis ni. Dr Malik sangat membantu, walaupun banyak juga komen beliau, maksudnya banyak la kesalahan yang kami buat. Belajar dari kesalahan. 3 student baru dah masuk lab. Lab makin ramai. Kami bila nak habis ni. Soalan yang saya sendiri tertanya-tanya. Ada seorang student baru Dr Zu, Puan Aniza, beliau asal seorang cikgu di sekolah kat Putrajaya. Tujuan beliau sambung belajar adalah untuk mengembalikan semula ilmu Fizik yang beliau belajar dulu. Bagus sungguh dia. Dah kerja pun nak sambung lagi. Dr Malik ada sebut, "Kita tak boleh melawan alam, kalau melawan kita sendiri susah". Apa maksud dia ni? Apa kena mengena dengan research? Entah. Mungkin maksud dia, kita belajar dengan alam, Tuhan dah tunjuk teknologi-teknologi sedia ada pada alam, kita belajar daripadanya. I think that's the point. Hehe.

Masa berlalu dengan pantas. Seriusly pantas. Semua benda nak buat dalam satu masa. Kalau tangan ada lapan, belum tentu siap semua kan. Yalor yalor..

Otak skema giler ni. Rehat sekejap sebab kena key in data Dr Mandy yang ke 250. Otak beku. Ok Bye.

6 PESANAN BUAT ISTERI

6 PESANAN BUAT ISTERI

1.Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tid...ak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.

Monday, April 8, 2013

Ayat Ruqyah

Ayat Ruqyah terdiri daripada ayat suci al-Quran. Ayat ini boleh dibaca bukan sahaja untuk menghalau jin & syaitan, ayat ini juga mampu memberikan ketenangan kepada diri. Keresahan, ragu-ragu, sifat malas diri punca daripada hasutan syaitan, dengan membaca ayat ini, insyaAllah hati lebih tenang. Baca sendiri dan fahami makna adalah lebih afdal.

Andai rumah diganggu jin, anak kecil sering menangis di waktu malam, pasangkan ayat Ruqyah ini di dalam rumah, dengan izinNya gangguan-gangguan tersebut akan hilang.

Ayat Ruqyah merangkumi surah-surah tersebut:
  1.  Surah Al-Fatihah
  2. Surah Al-Baqarah (Ayat 1 - 5)
  3. Surah Al-Baqarah (Ayat 102)
  4. Surah Al-Baqarah (Ayat 163 - 164)
  5. Surah Al-Baqarah (Ayat 255)
  6. Surah Al-Baqarah (Ayat 256 - 257)
  7. Surah Al-Baqarah (Ayat 285 - 286)
  8. Surah Al-Imran (Ayat 18 - 19)
  9. Surah Al-A'raf (Ayat 54 - 56)
  10. Surah Al-A'raf (Ayat 117 - 122)
  11. Surah Yunus (Ayat 81 - 82)
  12. Surah Taha (Ayat 69)
  13. Surah Al-Mukminum (Ayat 115 - 118)
  14. Surah Al-Soffat (Ayat 1 - 10)
  15. Surah Al-Ahqaf (Ayat 28 - 32)
  16. Surah Al-Rahman (Ayat 33 - 36)
  17. Surah Al-Hisyr (Ayat 21 - 24)
  18. Surah Al-Jin (Ayat 1 - 10)
  19. Surah Al-Ikhlas
  20. Surah Al-Falaq
  21. Surah Al-Nas
Sumber: Ayat Ruqyah Syariah
 Ayat Ruqyah dalam bentuk PDF

Bacaan ayat Ruqyah


Dengarkan semasa di pejabat pun boleh.