amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Wednesday, March 27, 2013

Jahit Manik Selendang

Lengan baju dah jahit, leher baju pun dah jadi mangsa jahit manik. Kali ni dengan beraninya saya jahit manik pada hujung selendang saya. Selendang pun plain je, hias sikit la kan.

Ini la hasil jahit manik pada selendang untuk hari ini.

Asalnya nak simple sebaris je manik, tetibe gatal tangan terajin nak buat daun dan tambah pulak manik gantung-gantung. Gatal tangan kan. Lepas ni kain apa plak jadi mangsa. Hehehe.

Isikan masa lapang dengan kesibukan.

Tuesday, March 26, 2013

Sup Labu / Pumpkin Soup

Sup labu ni sedap makan dengan cicah roti bakar, atau makan macam tu saja pun boleh. Ada sesetengah resepi tak guna krim putar (whipping cream), tapi banyak pulak bahan lain nak diganti. Saya guna krim putar terus senang..hehe..sebab malas nak letak banyak-banyak benda.

Ada beberapa jenama whipping cream yang terdapat di pasaraya. Harga dalam RM8. Selalu digunakan dalam pembuatan kek, Pavlova, sup berkrim dan sebagainya.


Ni resepi simple untuk sup labu, sukatan agak-agak je lar.
 
Bahan-bahan:

1/2 biji labu (potong kecil-kecil)
30g mentega
1 sudu besar serbuk kari
2 ulas bawang putih (cincang halus)
100 ml krim putar / whipping cream (nak kurangkan pun boleh, ikut rasa tekak nak sup pekat tahap mana)
200 ml air (ikut suka nak pekat tahap mana)
Garam secukup rasa


Cara-cara:

1. Panaskan mentega dalam periuk dan masukkan labu. Goreng sampai labu lembut.
2. Masukkan bawang putih dan serbuk kari. Goreng sekejap saja.
3. Masukkan air dan krim putar. Masak sampai labu lembut.
4. Blendkan sup dalam blender sehingga semua bahan sebati dan halus. Kalau rasa nak sup yang tekstur lembut, boleh la tapis..tapi saya tak buat sebab tak nak rugi labu.

Tada!

Oleh kerana rumah saya takde mentega, saya belasah je marjerin. Sedap cicah dengan roti bakar atau 'garlic bread' yang dibakar.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Monday, March 18, 2013

Contoh Surat Rasmi Kerajaan

Nak buat surat rasmi bukan sebarangan. Terutamanya untuk hantar ke bahagian kerajaan. Main belasah je nanti orang tak layan. Ekspresi pertama orang tengok ialah surat. Berikut contoh-contoh surat rasmi kerajaan.

 

CONTOH SURAT MINTA MAKLUMAT


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
JALAN TUN ABDUL RAZAK,                                                  Telefon : 05-7761184
PETI SURAT 84,                                                                                  05-7766354
33007 KUALA KANGSAR.         (ALAMAT PENGIRIM)           Faks      : 05-7761188

_________________________________________________________________
(PENERIMA)                                               (RUJUKAN)
Semua Guru Besar,                                      Ruj. Tuan  : 
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,              Ruj. Kami :  PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 30 )
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,
Daerah Kuala Kangsar.                               Tarikh       :  13 September 2003

Tuan,

Maklumat GuruSandaran Tidak Terlatih,Guru Kursus Dalam Cuti
dan Guru Kontrak         ( TAJUK SURAT)

Dengan hormatnya  saya merujuk perkara di atas dan  memaklumkan bahawa  pihak Pejabat Pendidikan Daerah sedang mengemaskinikan  maklumat tersebut .    (PENANDA RUJUKAN)

1.                                        Sehubungan dengan ini, tuan diminta menghantar maklumat tersebut
untuk perhatian Penolong Pegawai Pendidikan Daerah  (R ) pada18 September 2003.
                 (PENANDA PERINTAH)
3.                  Bersama-sama ini, disertakan Lampiran A,B,C, dan D untuk tindakan tuan selanjutnya.   (PENANDA PENYERTAAN)

Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.   (PENANDA ANTISIPASI)
                           
Sekian terima kasih.     (PENANDA PENAMAT)


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”    (COGAN KATA)

Saya yang menurut perintah,   (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)





(ABD. RASHID BIN OMAR )
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ( R ),
b. p. Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.
 



CONTOH SURAT PANGGILAN MESYUARAT

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
JALAN TUN ABDUL RAZAK,                                                  Telefon : 05-7761184
PETI SURAT 84,                                                                                  05-7766354
33007 KUALA KANGSAR.                                                    Faks      : 05-7761188

_________________________________________________________________
(PENERIMA)                                             (RUJUKAN)
Semua Guru Besar,                                       Ruj. Tuan  : 
Sekolah Rendah,                                           Ruj. Kami  :  PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 31 )
Daerah Kuala Kangsar.                                 Tarikh       :  15 September 2003


Tuan,

Mesyuarat Pengurusan Sekolah Rendah
Daerah Kuala Kangsar Kali Keenam  Tahun 2003( TAJUK SURAT)

Dengan hormatnya  saya merujuk perkara di atas dan  memaklumkan bahawa  mesyuarat  tersebut akan diadakan seperti yang berikut:
(PENANDA RUJUKAN)
                     Tarikh    :  24 September 2003  ( Rabu  ).
                     Masa     :  9.00  Pagi.
                     Tempat  :  Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tsung Wah,Kuala Kangsar.  

2.                  Sehubungan dengan ini,  tuan dijemput hadir  dalam mesyuarat tersebut.
(PENANDA PERINTAH)
3.                   Bersama-sama ini, disertakan agenda mesyuarat dan minit mesyuarat yang lalu untuk makluman dan tindakan  tuan.
( PENANDA PENYERTAAN)
Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.    (PENANDA ANTISIPASI)
                           

Sekian terima kasih.     (PENANDA PENAMAT)

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”  (COGAN KATA)

Saya yang menurut perintah, (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)



(ABD. RASHID BIN OMAR)
Penolong  Pegawai  Pendidikan Daerah( R ),
b.p.  Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.
 



CONTOH SURAT JEMPUTAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
JALAN TUN ABDUL RAZAK,                                          Telefon : 05-7761184
PETI SURAT 84,                                                                                05-7766354
33007 KUALA KANGSAR.                                                Faks      : 05-7761188

________________________________________________________________________________
(PENERIMA)                                                                    (RUJUKAN)
Yang Berbahagia,                                          Ruj. Tuan  : 
Dato’ Haji Adnan bin Haji Ibrahim,                 Ruj. Kami :  PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 13 )
Pengarah Pendidikan Perak,
Jabatan Pendidikan Perak,
Jalan Tun Abdul Razak,
30640 Ipoh,Perak.                                         Tarikh       :  3 Mac  2003

Yang Berbahagia Dato’,

Jemputan Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahraga Tahunan
Daerah Kuala Kangsar Kali Ke-20 Tahun 2003         ( TAJUK SURAT)

Dengan hormatnya  saya merujuk perkara di atas dan  memaklumkan bahawa Kejohanan Olahraga Tahunan Daerah Kuala Kangsar Kali Ke-20 akan diadakan seperti yang berikut :    (PENANDA RUJUKAN)

                    Tarikh    : 7 - 9 Mac 2003.
                    Masa     : 8.30 Pagi hingga 5.00 Petang.
                    Tempat  : Padang Kolej Melayu, Kuala Kangsar.
                   
2.                  Dengan sukacitanya pihak kami menjemput Yang Berbahagia Dato’ untuk merasmikan majlis pembukaan kejohanan tersebut pada 7 Mac 2003 ,pukul 2.30 petang
di Padang Kolej Melayu,Kuala Kangsar.
                 (PENANDA PERINTAH- PERMINTAAN )

Atas kesudian Yang Berbahagia Dato’ menerima jemputan ini  amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.   (PENANDA ANTISIPASI)
                           
Sekian terima kasih.     (PENANDA PENAMAT)

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”    (COGAN KATA)

Saya yang menurut perintah,   (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)





(HAJAH ZAWIYAH BINTI AHMED, AMN.)
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

 

CONTOH SURAT “LAMPIRAN”

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
JALAN TUN ABDUL RAZAK,                                                  Telefon : 05-7761184
PETI SURAT 84,                                                                                  05-7766354
33007 KUALA KANGSAR.                                                    Faks      : 05-7761188

_________________________________________________________________
(PENERIMA)                                             (RUJUKAN)
Ketua Unit Sekolah Rendah,                         Ruj. Tuan  : 
Jabatan Pendidikan Perak,                           Ruj. Kami  :  PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 25)
Jalan Tun Abdul Razak,                               
30640 Ipoh,Perak.                                         Tarikh       :  2 Ogos  2003

Tuan,

Data Guru ,Murid  dan Kelas Daerah Kuala Kangsar Pada 31 Julai 2003
( TAJUK SURAT)
Dengan hormatnya  saya merujuk perkara di atas dan  bersama-sama ini disertakan  Data Guru,Murid dan Kelas Daerah Kuala Kangsar Pada 31 Julai 2003 untuk tindakan tuan.
(PENANDA RUJUKAN DAN PENANDA PENYERTAAN)
                       
Sekian terima kasih.     (PENANDA PENAMAT)

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”  (COGAN KATA)

Saya yang menurut perintah, (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)





(ABD. RASHID BIN OMAR)
Penolong  Pegawai  Pendidikan Daerah ( R ),
b.p.  Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.

 




Lebih penerangan ada pada sumber ini,

Sumber: PANDUAN PENULISAN SURAT RASMI