amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Friday, December 28, 2012

Velocity Mall, Viva Mall, TRX IKEIA di Cheras.

Sape orang Cheras? Sape orang Cheras?

Hehe. Kawasan Cheras sekarang mesti tengah banyak pembinaan bangunan. Kawasan ni nanti ada shopping mall yang banyak. Sekarang al-maklum dah ada Viva Mall, Jusco Taman Maluri, Jusco Cheras Selatan. Stesen komuter LRT pun dah ada di Stesen Miharja, Stesen Maluri, Stesen Chan Sow Li. Sekarang manusia masih tak puas hati. Hehe. Diorang nak tambah lagi shopping mall.

Sekarang dah ada Viva Mall. Tak pernah pergi lagi. Orang kata Viva Mall ni jual barangan perabot rumah. Perabot-perabot dia agak mahal jika nak dibandingkan dengan IKEA. Kalau saya nak pergi pun mungkin sebab Viva Mall ada pawagam MBO. Bile nak pergi? Don't know yet. Ada orang bawa saya pergi saja. Hehe.

Ini la Viva Home kome. Ada MBO. ok, ada alasan nak pergi sana. Hehe.

Tak jauh dari Viva Mall, company Sunway nak bina Sunway Velocity di Jalan Cheras. Velocity Mall ini ada rumah apartment link sekali dengan shopping mall dia. Harga usah cakap ar, mesti mahal gilaw. Projek ni RM3.6billion ringgit! Bunyi cam mahal. Don't know la. Saya bukan orang bisnes. Diorang expect nak siap 2013. Eh! tahun depan sudah. Cepat masa berlalu kan.

Ini la ghopenye Sunway Velocity tu nanti. Cantik bebenor la kome buat.

Tak jauh dari Jalan Cheras, Boulevard Holdings Bhd nak bina IKEA kat Jalan Cochrane. Boulevard juga lah yang bina The Curve dan IKEIA kat Damansara nun.

Apa yang diorang interested sangat kat kawasan ni. Sebab makin maju dan maju dan maju. Kerajaan pulak ada projek besar bernama Tun Razak Exchange (TRX) project RM26billion di Jalan Tun Razak berdekatan dengan Jalan Cochrane. TRX ini akan menempatkan pejabat-pejabat syarikat tempatan dan syarikat antarabangsa. Ada link untuk MRT dan highway berdekatan. Projek ni dikatakan akan meningkatkan ekonomi negara. Goodluck with that. Diorang expect nak siap 2016 nanti. 4 tahun lagi na.

Tu dia. Kerajaan kite tengah duk bina ni la.

Sebelah TRX je dah ada KLCC dan sebagainyer lah. Oh not to mention, MRT tu pun dah dibina di Stesen Cochrane dan Stesen Maluri.

Kebabom! Peta kad kahwin.

Big money everywhere. Negara maju, orang kita pun kena maju. Tak boleh ketinggalan ok.

Dunia, dunia gak. Akhirat tu jangan lupa plak. Tetibe. Adios.

Chapter 1 pulak

Chapter 1, Chapter penting dalam sesebuah thesis. Minggu depan nak kena bincang dengan Dr Malik untuk Chapter 1 ni. Mesti banyak kena ubah. Huhu. Tapi Chapter ni ubah pun tak banyak masalah. Tak perlu perah otak over sangat. Hujung minggu ni nak diperhabiskan dengan membetulkan chapter-chapter yang telah dibincangkan dengan Dr minggu lalu. 11 days to go. Cepat sungguh masa berlalu.

Bangun awal pagi murah rezeki.

Thursday, December 27, 2012

Mama Saya Datang

Tengah-tengah memasak resepi sendiri tak tahu masakan apa untuk dinikmati sebagai makan malam petang tadi, Ayahanda kesayangan saya call. Dia kata, "Bas mak esok pukul 3.30 dari Ipoh, balik dari Shah Alam hari Ahad kul 10 pagi". Tetibe mama saya nak datang Shah Alam. Amboi..amboi.. tahu je takde orang kat rumah saya ni sebab semua cuto balik kampung, laju je mama nak datang. Yeay! Takde la saya duduk sorang-sorang kat rumah. Mama teman. Abang saya, Apoi pun kata nak datang sebab kebetulan dia cuti hujung minggu ni. Dia baru ingat nak balik Ipoh. Mama saje je nak buat surprise kan, tapi apa kan daya, ayah dah bocorkan rahsia. Haha. Semangat sungguh mama saya. Siap mesej saya dia tengah masak sambal udang petai nak bawa esok. Sedapnyer!

So, pagi esok renew road tax, pergi kerja, balik kerja pergi rumah Kak Am untuk bagi balik notebook yang saya pinjam hari tu, ambil mama kat Seksyen 17, balik rumah makan sambal petai, gosip-gosip dengan mama.

Kita merancang, tuhan menentukan. Ceeewah~

Debaran Renew Road Tax

Hujung tahun ni mesti JPJ diserbu orang nak renew road tax. Saya salah seorang nampaknye. Hehe. Esok kena renew road tax dah. Ni first time nak gi renew sendiri. Orang kata kat pejabat pos boleh renew. Pejabat pos dalam UiTM Shah Alam tak ramai orang. Ingat nak try kat situ je. Lebih senang daripada pergi tempat lain..pada saya la. Sebenarnya, renew secara online lebih lebih lebih mudah. Oleh kerana renew lewat, nak stiker on the spot, kena la bergerak ke pejabat *salah sendiri juga tak sedar road tax dah nak expired. Tahu bawa kereta je..haish.

Benda penting kena ada:

  • Geran original (fotostat copy tidak diterima)
  • Cover car insurance (kalau belum renew insurance lagi)
Hopefully boleh je buat kat pejabat pos.




Nak renew road tax pun berdebar. Apakah~ 1st time kate kan.

A simple step that change everything.

All it need is a simple step to make someone feel special. And that simple step would actually change a lot of things. It's like choosing two different highways. They would lead to two very far different places. South or north. Both would lead to splendid places. However, the journey might be in different scenario. People always say it's not the destination, the journey to get there is what important most.


Oh no!

Huhu. Sakit tekak pulak. Bangun tidur pagi tadi mula rasa sakit tekak. Tak tahu la puncanyer. Pasang kipas kuat sangat mungkin.

Sampai office bukak beg nak mek pendrive, tengok-tengok pensel case kena demam kuning melampau. Highlighter kuning kat dalam case tu terbukak rupenyer. Habis pensel case saya. What a day.


Next

Alhamdulillah. Semalam sempat hantar draf tesis untuk pre-viva. Print, fotostat, bind untuk 2 set, habis RM40. Huhu. Jumpa Kak Am kat lab, dia kata dia print kat Ipsis je, free of charge! Huhu. Takpela. Terpaksa, takut tak sempat. So next time, print kat Ipsis sahaja. Tak yah guna duit sendiri dah. Lagi 2 minggu untuk pre-viva. Banyak lagi kena buat correction nih. Lagi selalu jumpa Dr Malik, lagi banyak correction kena buat. Takpela. As long as dah habis nanti, kita bangga dengan tesis yang dah siap itu nanti. InsyaAllah.

Correction...correction..correction.

Wednesday, December 26, 2012

Tidur Dua Jam Jer.

Semalam bersengkang mata siapkan draf tesis untuk dihantar ke IGS petang ni. Hujung minggu lepas tak buat pun sebab balik kampung. Membetulkan format sahaja mengambil masa satu hari. Oleh kerana ini hanya draft, saya buat mana yang mampu. Rasa tak puas hati pun ada dengan tesis ni. Rasa nak spend time lebih lama melengkapkan tesis ni, baru puas hati. Lagi dua minggu untuk pre-viva. Pulun! Pulun!

Tips Ringkas Kereta

Untuk orang yang tak tahu pasal kereta macam saya ni la. Tahu bawak je. Dalaman kereta tak tahu la apa jadi. Hehe. Beberapa tips saya korek daripada orang yang lebih arif:

  • Ada orang kate isi minyak kereta jangan banyak-banyak, kereta berat, nanti guna banyak minyak. Yeke. Tips jimat petrol.
Suka isi minyak penuh sebab sangat malas pergi stesen petrol selalu. Lagipun kereta saya kecil je. Hehe. Alasan.
  • Untuk kereta lama terutamanya, kalau nak tinggalkan kereta untuk tempoh yang agak lama, 'disconnect' wayar bateri kereta. Supaya bateri tak discharge semasa ditinggalkan dan mengelakkan susah nak 'start' kereta nanti.
Ooooo....
  • Kalau nak 'jump' kereta, (kereta tak boleh start), pastikan connect jumper (pada kereta lain) dengan betul: negative dengan negative dan positif dengan positif (merah-merah, hitam-hitam). Terbalik connection akan merosakkan kereta.
Pengalaman kena 'jump' kereta sebab pergi shopping terlupa nak tutup lampu kereta. Hehe.
  • Nak bersihkan tayar kereta cara jimat, cuci dengan air Coke. Wah! Air Coke jadi pencuci tayar kereta.
Tips daripada MakChor saya. Ni betul-betul kedekut ni.

 
"Pengurusan menggambarkan identiti kita", kata Mak Chor la.

Saturday, December 22, 2012

Jom Balik Kampung Esok

Reading is a great way to spark your creativity. Walk the walk as well as talk the talk.


Tak sabar nak balik esok. Perjalanan jauh. Begeh tu tak boleh bawa laju-laju. Kena sangat berhemah. Yolah. Biar lambat asal selamat kan. Harap-harap tak jam esok. Sebenarnya tak berapa selamat kalau drive kat highway sorang-sorang terutamanya untuk pemandu perempuan. Tapi, terpaksa gak. Huhu. Sebab tu nak bertolak esok je. Ingat nak balik kerja tadi terus balik Ipoh, tapi fikirkan bawa sorang-sorang tambah kemungkinan besar jam malam ni, bertolak esok pagi je la.

Sekarang boleh nampak perbezaan orang yang enjoy life dunia dan orang yang anggap life di dunia hanya sementara. Enjoy tu enjoy juga, tapi jangan lupa, dunia hanya sementara. Jangan leka dan ingka. Mak saya sentiasa pesan, jangan ingka sangat. Yes mama. Apa-apa pun, pulang ke kampung halaman is the best thing ever. :D InsyaAllah.

Mulakan hari di awal pagi, murah rezeki.

Friday, December 21, 2012

Nak balik kampung

Semalam bincang draf tesis say bersama Dr Malik. Nampak la banyak sungguh pembetulan yang saya kena buat sebelum hantar untuk pre-viva minggu depan. Balik kampung bawa kerja la saya macam ni. Ingatkan nak balik hari Ahad ni, tapi fikir-fikir balik, balik je la Sabtu ni. Boleh jumpa semua orang. Ahad semua dah kelam-kabut nak balik dah. Tak mahu buang masa juga kan. Lagipun balik nak singgah Seri Iskandar dulu untuk ambil Una. Lama pula nanti Una kena tunggu sampai Ahad baru balik. Tak nak kecewakan Mak juga. Dah beritahu hari Sabtu balik kan. Promise is a promise. Nak balik kampung pun berkira sekarang ni.

Wednesday, December 19, 2012

Penduduk Malaysia 28.3 juta

PUTRAJAYA: Malaysia kini mempunyai 28.3 juta penduduk dengan bilangan lelaki melebihi wanita, demikian menurut laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Penduduk lelaki kini adalah 14.56 juta orang dan wanita 13.77 juta orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu, yang turut dihadiri Ketua Perangkawan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.
Nor Mohamed berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan pula ialah sebanyak 2 peratus untuk tempoh 2000 hingga 2010, menurun berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991 hingga 2000. 
Source: Bharian

Bilangan lelaki melebihi wanita. So takde alasan lelaki dah limited ye. Hihi. Cuma yang elok-elok saja limited.

Kes saman AES ditangguh. Mesti ramai dah kena. Terbiasa..kan orang Malaysia bawak laju. Saya pun kekadang 'ter'bawa laju tanpa disedari. My bad.
 

Mencari Rumah Sewa Jengka, Pahang

Tetibe buat advertisement kat sini.

Tolong! Tolong! Sesiapa para sahabat sekalian yang kenal atau ada contact no untuk rumah sewa di kawasan Jengka, Pahang. Rumah sewa sangat diperlukan.

Ada sahabat saya ni sedang mencari rumah sewa. Dia sudah masuk diarahkan masuk kerja. Dah ala arahan last minute, terus kena masuk kerja. Rumah sewa sangat limited di sana.  Sesiapa yang ada contact no, sangat diperlukan.

Harga tak kisah. Dak maklum dah, sewa di kawasan Jengka memang tinggi disebabkan permintaan tinggi dari pelajar UiTM Jengka.

Monday, December 17, 2012

E-shopping

Korang selalu tak beli barang kat internet. Saya pernah juga beli. Tapi tak banyak. Kalau pakaian saya elbih suka beli di kedai, sebab takut kualiti tak seperti dalam gambar. Kajian membeli-belah sekarang saya tengok lebih kepada kajian mengenai e-shopping atau membeli-belah di internet. Contohnya Zalora. Kebaikannya, masa untuk membeli lebih singkat, kita tak perlu ke kedai untuk membeli. Keburukannya pula, kepuasan membeli tu kurang dan kemungkinan untuk barangan yang diterima tidak seperti yang dijangkakan mungkin ada. E-shopping ni yang menggunakan konsep beli dan terus dihantar barangan ke rumah. Namun, pembeli lebih mudah untuk mendapatkan barangan dengan harga murah jika beli secara online. Tambah lagi penggunaan laman sosial untuk perniagaan. Sangat mudah, tidak perlu menyewa kedai dan sebagainya. Pembeli pun senang mendapatkan barangan tertentu walaupun tinggal di tempat yang jauh daripada stokis barangan yang dikehendaki. Bahaya juga beli online ni, tanpa sedar, pembeli akan membeli barangan yang banyak, berlalu pula pembaziran di situ. Kepuasan membeli-belah bersama rakan-rakan pun kurang. Tapi jimat masa. Jadi, penting sangatkah e-shopping di negara kita? Ya. Untuk sesetengah barangan.



Ni monolog sendiri sebab tengah buat kajian pasal membeli-belah. Huu...

Sunday, December 16, 2012

Terlebih explain

Chapter 3 saya sangat panjang. 35 pages. Orang lain buat 15 pages je. Terlebih explanation plak. Sebab tu la saya ada blog. Sebab suka menaip. Haha. Terpaksa la buang sampai separuh. Huhu.

Dah siap rupanya.

OK. Rupanya saya dah buat discussion dalam results. Syukur-syukur...

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." 
(Surah al-Insyirah ayat 5)

Apa yang best iPhone 5?

Smart plak tengok iPhone 5 ni.


iPhone 5

The biggest thing to happen to iPhone since iPhone.
4-inch Retina display
Ultrafast wireless
A6 chip
8-megapixel iSight camera with panorama
1080p HD video recording
FaceTime video calling¹
All-new Apple EarPods
Over 700,000 apps on the App Store²
iOS 6 – The world's most advanced mobile OS
iCloud – Your content on all your devices




Harga iphone 5 kat Malaysia around RM2200. Lebih kurang je macam harga Samsung Galaxy S3. Celcom, Digi, Maxis offer plan untuk iPhone5. 

Maxis Offer iPhone 5



Maxis tawarkan RM1399 with RM100 monthyly fees, kontrak 24 bulan.

Celcom plak RM1658 for RM98 per month.
link: celcom iPhone5 offer

Digi offer RM2012 for RM161 per month.
link: Digi iPhone 5 offer

Beria saya survey. Bukan nak beli pun. Suke plak dengan iPhone sebab accessories dia senang dijumpai kat malls. Hehe.