amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Sunday, November 25, 2012

The Trick Art Museum i-City - singgah sebentar

Semalam kami satu rumah bergembira.hehe. Kami pergi i-City. Satu tempat je kami tuju. The Trick Art Museum. Museum ni ada gambar-gambar yang nampak macam terkeluar dari gambar. Macam 3D la. Apa lagi, sakan bergambar la kami. Mula-mula masuk semua blur tak tahu nak posing macam mana. Lama-lama siap berebut lagi suruh ambilkan gambar. Bayaran masuk RM5 je. Tak mahal pun. Kedudukan museum  ni dekat kawasan Kid'z World di bangunan tempat letak kereta bertingkat i-City.

Hari minggu memang sangat ramai orang, nak masuk kereta oun beratur jam. Jadi, nak elak sesak dan bayaran parking yang sangat mahal tu, kami parking kat luar je. Biasanya kami park kat kedai durian kat pintu belakang i-City. Jalan kaki sikit apa salahnyer kan. Ni beberapa gambar kami. Beberapa ey, sebenarnya kami ambil gambar sangat banyak. Hehehe.

Satu benda je I nak komen pasal i-City ni. Diorang sepatutnya sediakan tempat duduk lebih untuk orang berehat. Yelah. Kebanyakan yang datang berkunjung adalah keluarga dan orang tua. Kesian I tengok pak cik-pak cik dan mak cik - makcik terpaksa duduk tepi jalan sebab berehat penat berjalan. They really should provide more seats for visitors to rest. Youngsters wouldn't mind. But it is not really good to see old folks sitting at the road side. Poor them. Keselesaan customer pun kena jaga juga kan.

Kite tak mampu berperang nyawa untuk Gaza di sana. Tapi kita mampu melakukannya dengan cara berlainan. Boikot produk yang menyumbang kepada saham Israel. We could make a difference. Nampak mudah dan kelakar untuk sesetengah orang. Tabahkan hati. Perjuangkan ia. Banyak alternatif lain. Boikot barangan yang ada share dengan Israel! Boikot demi saudara kita di sana.

Wednesday, November 21, 2012

My beloved family.

Work. Work. Work. Hidup ni untuk kerja je ke. Bukan kan. Kerja ni tanggungjawab yang harus dilaksanakan. Tapi kehidupan pun kena ambil kira juga. Jangan asyik kerja je, keluarga tak diendahkan. No..no..no.. that's not the right thing to do. Kerja sampai bile takkan habis. Asalkan mak ayah kita bahagia. Dan diri sendiri juga bahagia. Jadi part timer ni penat jugak sebenarnya. Tapi saya tak boleh mengeluh. Bersyukur sebab tak semua orang dapat peluang ini. Tapi, saya sempat buat kerja tesis saya waktu malam dan hari minggu. So packed! Tak sabar nak tunggu gaji masuk, balik kampung jumpa mak ayah. Setiap pagi sampai je Subang I mesti nak call mak. Anak mak kah saya. No lah. Kite je yang paling jauh. Adik-beradik lain semua kat Ipoh je. Adik saya, Aizat operate tangan hari tu sebab patah. Tu pun saya tak dapat nak balik tengok dia. Bila tanya dia macam mana, dia tu jenis jawab bersahaja pastu suka tukar topik. Sabar jelah! Insyirah dan Irdina (my nieces) pun dah lama tak jumpa. Rindunyer kat semua orang!


Si bijak bestari, Insyirah (anak kakak).

Apoi (abang saya) yang agak 'workaholic' dan aizat, si kuat makan tapi jiwa bercita-cita tinggi.

Dema...dema..

Tuesday, November 20, 2012

Short motivation: How to sustain personal productivity


Motivasi sikit. Hehe.

How to sustain personal productivity
 

Happy Tuesday and no hangat-hangat taik ayam ye!

Monday, November 19, 2012

Festival Hijab 23-25 Nov 2012

Dari hari Jumaat ni sampai Ahad ada event yang agak menarik di Anggerik Mall, Shah Alam especially for the girls. Ada masa terluang singgah lah ke sana.


Turn ON your productive mode!


Mulakan kerja dengan nama Allah SWT.

Saturday, November 17, 2012

Mera Mannn free burger?

Tengok cite Mann kat TV3 tadi, rasa rumit pulak cite tu. Dulu tengok takde rasa ape2. Versi lain sekarang boleh plak cite tu nak brubah kan.

Berita kata McD nak bagi free burger telur. Wah...dan dan nak bagi free kan lepas orang dah semangat nak boikot. Kesian orang keje McD. Tapi nak buat cane kan. Kena juga boikot. Cuba-cuba.

Kali ni masak samosa yang pelbagai bentuk...sebab lipat ikut suka hati.hehe. Abaikan kehangusan yang agak ketara tu.


Beli la produk lain. Sama je kualiti.

Kena selalu ingatkan diri sendiri. Kadang-kadang tu tak perasan pun masa beli sebab dah biasa dengan produk-produk ni kan. Selagi boleh beralih ke produk lain. Kualiti pun lebih kurang je.


Ni pun satu cara jadi pengguna bijak kan.

Maksud

Maksud: Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua.

Rasulullah saw. bersabda, “Lahaula wala quwta illa billah adalah salah satu khazanah syurga.” (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah saw. bersabda, “Sesiapa yang mengucapkan la hau la wala qu wata illa billah, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit, yang paling ringan adalah kebimbangan”. (HR Tabrani)

Zikir Terapi oleh Hafiz Hamidun

Sambil buat kerja, dengar zikir terapi oleh Hafiz Hamidun. Sedap sangat. Sambil dengar sambil berzikir.

Subhanallah - Hafiz Hamidun


Hujung minggu ni tak ke mana pun. Duduk rumah buat kerja.

Selamat hari minggu. :)

Thursday, November 15, 2012

Sahabat tolong.

Hari ni duduk rumah je. Buat balik graf-graf yang dah tak link dalam microsoft word dengan data. Rasa macam buat kerja 2 kali. Sigh~~ Walaubagaimanapun, alhamdulillah dapat pinjam laptop baru ni rasa ringan sikit. Thanks to my lovely lovely lovely..hehe...rahsia. Akanku jaga harta ni betul-betul dan manfaatkan ia. Jasamu dikenang, 1 Malaysia! Tetibe. Ingat, hormat diri sendiri dan dia. InsyaAllah semua terjaga.

Laptop lama Jamal hantar kedai sebab dia nak cek apa sebenarnya yang rosak. Kalau boleh dia tak nak format laptop tu. Dah hantar kedai rupenye. Ingat nak ambil je laptop tu. Orang nak tolong kan. Takleh kata ape da.

Kak Am pun hari tu bagi pinjam notebook dia siap sekali dengan wireless mouse dia. Dia kecian tengok I macam orang giler kat lab takde laptop nak buat kerja. Tetibe pulak komputer kat lab tu rosak time-time camni. Waktu kita susah ni syukur sangat-sangat ramai orang tolong.

Rehat sebentar masak popiah goreng. Sos dia I masih lagi tak pandai nak buat. I am not a very good cooker. Huhu. I'm learning though.

Semalam beli sayur kat pasar malam. Ada la duit baki sikit. Lepas je bayar, tetibe ade makcik ni minta sedekah, buatkan I terfikir, agaknya rezeki I sempit sejak kebelakangan ni sebab kurang bersedekah kot, terus je I hulur duit tu. Apa la sangat. Kite tak tahu. Sedekah yang kita hulur, barang kali menebus hutang-hutang kecil yang kita sendiri tak sedar yang sebenarnya kita berhutang. Wallahualam. Tu belum dosa-dosa kecil lagi mengumpat dan sebagainya. Astaghfirullahalazim....hambaMu ini sering kali leka dan alpa. Ampunkanlah dosa kami, janganlah Engkau berhenti memberikan nur hidayah kepada kami Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Sekarang dah ramai orang tolong, haaa...kena la put all my effort into finishing my thesis. Chaiyok!

Wednesday, November 14, 2012

Petunjuk itu ada di jalan mereka yang mencarinya.

Hari ni Federal Highway sangat lengang. Sampai tempat kerja pun sekejap je. Kan seronok setiap hari macam ni. Tapi memang tak la kan. Ramai orang balik kampung sempena cuti Awal Muharam. I tak dapat nak balik sebab ini la masanya untuk buat kerja. Petang tadi sempat masak popiah goreng. Tetibe mengidam. Bersungguh balik singgah Giant untuk beli bahan popiah sahaja. Hehe.

Rindu kat keluarga di kampung. Tak dapat nak balik. InsyaAllah hujung bulan ni saya balik ye mak..ayah...huhu...

Sempena tahun baru ni, ada 'a list of' azam I aim untuk kecapi sepanjang tahun baru ni. InsyaAllah dengan kesungguhan dan kegigihan. Tak nak tulis kat sini sebab segan. Hehe. Tahun baru semangat baru. Semoga hidup kita dilindungi dan mendapat rahmat daripada Yang Maha Esa.

Petunjuk itu ada di jalan mereka yang mencarinya.
Source: miazarrannur

Selamat menyambut Maal Hijrah 1434. :D

Doa Akhir dan Awal Tahun Bulan Muharam

Awal Muharam tahun ini (bertarikh 1 Muharam 1434) jatuh pada tarikh 15 November 2012 iaitu pada hari Khamis.

Source: mypmapium

Saya ingin berkongsi amalan doa yang boleh dilakukan menjelang bulan Muharam ini. Bacalah doa awal tahun dan doa akhir tahun. InsyaAllah diri dilindungi daripada hasutan syaitan sepanjang tahun dan pengampunan dosa sepanjang tahun yang lepas.
  • Doa Akhir Tahun
    • Dibaca tiga kali.
    • Dibaca pada sesudah Asar atau sebelum masuk Maghrib di hari terakhir bulan Zulhijjah.
 
Source: shafiqolbu
    • Fadhilat: InsyaAllah, akan mendapat pertolongan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan, dan mendapat setahun keampunan dosa selama setahun terbelakang.  
  • Doa Awal Tahun
    • dibaca tiga kali.
    • dibaca tatkala selepas Maghrib, sesudahnya ataupun pada malam 1 Muharam.