amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Wednesday, October 24, 2012

Balik kampung, yeay!

Assalamualaikum,

Dah lama tak balik kampung. Ingatkan hari tu nak bawa bali BeGeH. Tapi disebabkan kondisi BeGeH yang kurang menyenangkan, I biarkan dia rehat di Shah Alam saja. *For info: BeGeH is my cute kancil car. Pagi semalam Emi teman beli tiket. Nasib baik ada tiket lagi. Dapat la beli balik malam ni. Hopefully ada member boleh hantarkan. Kalau boleh nak ngelak sangat-sangat naik teksi. Takut la sekarang ni. Macam-macam kes kat sini. Dah la I ni kalau naik teksi mesti kena bayaran mahal. Tak tahu la nape. Muka macam orang kaya ke. Hoho.

Housemate semua balik hari ni juga. Tapi diorang cuti lama. I Isnin depan dah kena balik sini balik. Selasa sudah mau kerja ma. Bosan tinggal seorang nanti. (T_T)

Pastu semalam laptop elok pulak lepas cuci-cuci segala jaring yang ada pada laptop tu. Takde dah terpadam ke apa. Menjadi tips dia. Wahhhhh~ Pening kepala memikirkan nak kena beli laptop baru. Waduh!

Aura nak balik kampung dah rasa dah pagi ni. Tengok jalan pun tak banyak kereta. Reporting trafik pulak. Hihi.

Owkey. Start malam ni tak update blog sampai minggu depan sebab kat rumah takde internet melainkan gigih online kat kedai mamak. Hihi. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada para sahabat!

Source: http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/11/selamat-hari-raya-aidiladha-daripada.html

Tuesday, October 23, 2012

Baiki lagi

Baiki draft tesis lagi.

Berlingkur-lingkur. Banyak cadangan yang Dr Malik bagi.


Kasut rumah milik housemate saya yang garang lagi comel.waawaa~~

Sekarang bila petang je mesti hujan. Rahmat. Alhamdulillah. Kat Mekah pun hujan renyai-renyai. Diorang kata jarang berlaku di Mekah. Rahmat.

Hal dunia boleh ditangguh. Hal akhirat jangan sekali.






Monday, October 22, 2012

Sambil kerja sambil dengar ceramah

Ada masa terluang, tak sempat nak pergi ceramah di surau, tengok je tak pun sambil buat kerja, dengar je video-video ceramah yang ada dalam youtube. Jom dengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Kazim Haji Alias.



Timba ilmu setiap hari.

A cat from my supervisor.

My supervisor gave me a cat. Not real cat.hehe.

Masa tu tengah bincang paper dengan Emi dan Dr Malik. Tetibe kitorang nampak keychain tu atas meja dia. I tanye la keychain tu sape bagi. Dia sorok keychain tu pastu suruh teka, binatang apa ada pada keychain tu. Sape teka betul dia dapat. I nampak sekilas je. I teka la kucing. Pastu betul. I pun dapat. End of story.hihi. Siap berebut dengan Emi lagi.

Baik bonar supervisor I ni.


Hormati guru, barulah ilmu diberkati.

Friday, October 19, 2012

Dusty Pink!

Wahh!
I'm so in love with this colour.

Dusty Pink.


But I don't like marshmallow. Too sweet.

 Wowwie~

Sume barang dah banyak warna ni da. Hihihi.

Thursday, October 18, 2012

Monsters in da house.



Memperkenalkan monsters dalam rumah I. Don't worry, monsters ni tak makan orang punya.

 Monster mata duitan. Setiap hari kena bagi makan duit syiling.


 
Froggie besar ngan froggie kecik. If I kiss the big froggie, will it turn into a prince? Hehe. Never mind. I already have a prince in my heart. ;b Diorang saja dah mendominasi katil I.


Ini namanya Kasih. Ni monsters hidup. Garang sangat dia ni. Kompius saye samada dia ni arnab ke harimau. Suka memilih makanan yang mahal. Dedak murah dia tak layan. Demand! Dah ada anak. Anak-anak dia dah giveaway bagi kat kawan-kawan.

 Yang ni pula namanya Kasim. Disiplin bagus. Tak mengada-ngada. Tapi suka buang air kecil yang banyak. Arnab jantan kan. Minum air sangat banyak.


 Takpe. Monsters ni tak perlukan Ultraman untuk dimusnahkan. No need.

 Haiyak! No need.

Hari ni dah Khamis. Bulan Zulhijjah. Mari beramal ye sahabat-sahabat sekalian.

Wednesday, October 17, 2012

Jahit manik lagi

Sejak lepas raya tak menjahit manik pun.
Sempat siap satu lengan je. Sambung lagi tuk lagi sebelah..tak tau bila.hihi.

 
Selagi tak siap jahit, selagi tu tak boleh pakai baju ni. Huhu.

Jangan  sombong. Nanti kita juga yang susah.

Tuesday, October 16, 2012

Proper bekas

Bekas letak manik baru. Tak yah guna bekas contact lens dah.hehe.

Beli kat Bandung tau bekas ni. Hehe. Just sebab nak perhabiskan duit baki. nak convert macam sikit sangat.

Monday, October 15, 2012

Bercuti di Pulau Jeju - Hari Ketiga



Assalamualaikum and good morning




Peace yaw~

Ok. Sambung cerita lama. Nak kongsi pengalaman bercuti di Korea bulan 6 lalu. 
-Hari Ketiga-


Hari ketiga kami menghadiri konferens di ICC Jeju. Seperti biasa, dari hotel kami naik bas600 turun di ICC. Di konferens tu kebetulan ada free percubaan pakai Hanbok.percubaan??hmm..tatabahasa saya....


Inilah pakaian tradisional diorang..'Hanbok'. Kami dapat pakai free masa konferens di ICC Jeju tu.

Semua baju nak try. Hihi. Gaya sama, sorok tangan dalam baju ok.

Selesai berkonferens, kami bercadang nak jalan-jalan belakang ICC sebab dari tingkat atas ICC kami nampak pemandangan laut yang cantik. Padahal kami tak tahu pun sebenarnya ada benda sangat menarik kat belakang ICC tu. Ada salah satu world's heritage. Apa dia?? Satgi cite..


 Tepi sekali tu lah Dr Malik, my beloved supervisor. Dia pun terpengaruh dengan kitorang berposing saja.

Semua pakat posing. Model i-Made lab. Haha.

Kami main jalan je. Jalan punya jalan rupa-rupanya belakang ICC Jeju tu ada taman penuh batu-batu ni dan ada one of world's heritage. Patut la kami nampak ramai tourists kat kawasan tu. Kami berada di tempat yang betul RUPA-RUPANYA. Tu lar...berjalan tanpa tourist guide. Jalan-jalan...terjumpa Jusang Jeollidae Promenade!!..belit-belit lidah baca.

Ulang lagi..Jeusang Jeollidae Promenade!!! Tempat patut pengunjung Pulau Jeju pergi terutamanya orang yang suka giler tanah, batu dan geografi..*subjek I lemah.wuu.

Subhanallah..sangat cantik.

Bibir tak berhenti memuji keindahan Ilahi. Sangat cantik ciptaan Tuhan.

Nak cerita betapa kecilnya dunia ni. Tetibe kami terserempak dengan orang kita. 3 jejaka Kelantan. Diorang pun first time jalan-jalan kat Korea. Lagi nak dijadikan cerita, one of them kawan sekolah Khu-Z, salah seorang ahli rombongan ni. The worls is so small heyy.

Penat berjalan tengah-tengah panas, kami pun pulang ke hotel masing-masing. Tapi, that's not all. hehe. Rehat-rehat..makan serunding daging Emi bawak, dengan nasi impit rebus Shida bawak, kami teruskan pengembaraan kami. Petang tu kami berjalan ke Cheonjiyeon Waterfall yang terletak betul-betul depan hotel kami duduk (Sun Beach Hotel).  

 Belakang tu la Cheonjiyeon Waterfall. Apa istimewa sangat air terjun ni?? Katanya letusan gunung berapi sangat kuat pada berjuta tahun dahulu menyebabkan tanah tu jatuh ke bawah. Erk..cane nak explain. Google la sendiri! I pun tak paham sangat. Hehe. Semuanya ciptaan Tuhan. Kat Pulau Jeju ni ada banyak air terjun. Cheonjeyeon Waterfall, Jeongbang Waterfall..hmm..tu je kot. Pulau Jeju kan dah diiktiraf sebagai 7 Wonders of Nature.

Selesai bermodeling bergambar semua, hari pun dah senja *kat sana siang nyer pendek. Cepat je dah malam. So sebelum menjelang malam dengan kami perempuan je semua, kami pun balik ke hotel and be a good girl duk diam dalam hotel. 

Mesti korang pelik kan tak lapo ke depa ni berjalan je tak makan-makan. Secara jujurnya memang kami tak makan sangat di sini. Diet?? No lah. Kami makan biskut dan coklat kami beli di Malaysia bawa ke sini. Tapi lunch kami makan di konferens tu..vegeterian kami kat sana. Tiap hari lunch sayur..taugeh..kimchi...saya yang tak makan sayur jadi selera makan sebabkan lapar teramat. Memang kena bawa makanan dalam beg. Kalau tak pengsan la.

Lagi makan apa kat sana? Maggie cup. Ow! Kami beli instant rice kat 7 eleven dekat dengan hotel kami tu. Cuma panaskan dalam microwave (ada kat dalam 7eleven tu) dan kami makan dengan serunding daging Emi bawak dan sambal ikan bilis Ada bawak. Tu lah menu kami. Jangan main-main. Masa kat sana makanan-makanan simple ni jadi tersangat sedap. Makanan Melayu juga lidah ni nak. Selain tuna, I bawa sardin Ayam Brand yang ready-to-eat punye (yang ni sedap sebab ada kuah sekali). Kari ayam dan rendang dalam tin pun kami bawa. Kami panaskan dengan masukkan tin tu dalam boiler kepunyaan hotel. Ganas tak. Haha. Takpe tak rosakkan boiler tu pun.hehe. Telur rebus, roti gardenia, lada sulah, kicap, instant sup cendawan, sup ayam, milo, nesvita...apa lagi ya...dan lain-lain lagi la yang instant. Dah macam dapur dah beg kami. Hehe.

Owkey. Cerita hari keempat will be continued. Adios amigoss~


Tak sabar nak siapkan thesis. InsyaAllah...

Sunday, October 14, 2012

Masa itu emas platinum diamond

Buat masa ini, sambil-sambil habiskan writing thesis I kerja di Sunway. Part time only. I just grab the chance I get. Sementara pun tak ape. Time management?? Of course sangat penting. Sekarang I tak boleh buat cuti sendiri dah.

Staf sini sangat ramah. Tak kenal pun tapi diorang takkan tak senyum. Diorang sangat friendly. Tapi diorang memang sooo English. I kerja bahagian International School. Part time lecturers dalam bilik yang I duduk mengajar English. So nak bersembang dengan diorang kena speaking. I main cakap je. Entah betul tak.haha. Practice makes perfect. Balik kerja terus pergi lab. Kerja pun master kena gerak. Masa itu emas platinum diamond. Hasstle.

Rindu sudah pada Dr Malik. Bile boleh jumpa dia..*bila dah siap draf tesis. Whooo.....

Kontrak 2 bulan. Ada rezeki boleh sambung lagi. InsyaAllah.

Banyak duit tak semestinya membawa kebahagiaan. Ia terpulang kepada kita menghargai setiap detik bersama yang tersayang.

Wednesday, October 10, 2012

Bercuti di Pulau Jeju - Hari Kedua

Assalamualaikum.

Sambung cerita lama pergi Korea hari tu. Ada pulak masa nak cerita panjang lebar. Hehe. Kerja dah siap tadi, release stress sikit update blog la. Ikut mood. Hehe. Ok. Bukak album gambar bulan Jun lalu. Hari ni nak cerita hari kedua di Pulau Jeju.

Hari pertama kami bermalam di EJ Goodstay Hotel berdekatan airport. Hari seterusnya kami duduk di Sun Beach Hotel, sebab hotel tersebut berdekatan dengan dewan ICC (tempat konferens kami). Lagipun, hotel ni not bad, agak murah dan kedudukannya berdekatan dengan tempat menarik Pulau Jeju. Ada lagi satu hotel yang kawan I duduk agak berdekatan dengan hotel kami ni, iaitu Felix Hotel. Rate bilik pun not bad. Hotel, of course, kami book kat Agoda guna kad kredit. Komen-komen negatif pada Agoda tu tak leh percaya sangat, hyperbola. Kawan I kata sangat OK bilik tu. OK dengan harga. Dari Goodstay Hotel, kami menaiki bas ke ICC. I tak ingat bas no berapa. Lupa nak take note.

First stop at ICC Jeju. Dengan luggage-luggage sekali bawak.

Dah selesai registration kat ICC, kami bertolak ke Sun Beach Hotel yang terletak di daerah Seogwipo. Kami naik bas 600 ke Seogwipo. Perjalanan ambil masa lebih kurang 30 minit dengan harga KRW1500. Setiap kali naik bas kena touch T-money.

Kami berhenti di hentian New Kyungnim Tourist Hotel..betul-betul depan Sun Beach Hotel. Bas diorang hanya akan berhenti kat bus stop dia..dan setiap stop dia akan umumkan. So, no worries la kena tekan loceng bile..lagipun bas diorang takde loceng pun.

Hotel ni not bad. Boiler, sume ade. Tapi wifi available di lobi sahaja. Kami dapat bilik seaside. Cantik sangat pemandangan dia. Betul-betul nampak jambatan Saeyeon. Ni gambar-gambar bilik kami di Sun Beach Hotel.

Katil OK.


Toilet OK. Tapi takde bathtub.

Pemandangan dati tingkap bilik kami. Cantik kan. Sejuk sangat angin di sini.

Di sini ada 7eleven. Kami dah jadi peminat tegar 7eleven. Kami selalu singgah 7eleven kat situ beli coffee segera dalam KRW1500. Coffee dia sangat sedap dan berjenis-jenis. Kalau tengok iklan tv diorang pun, diorang gemar coffee. You should try the coffee. Mengidam dah..huhu.

Tepi jalan kat sini diorang tanam banyak pokok bunga nasional diorang, Mugunghwa. Warna-warni oren,ungu,pink. Petang kite boleh nampak bunga tu sedang mengembang..more like morning glory.

Oleh kerana tertarik dengan pemandangan depan hotel. Petang tu kami turun jalan kaki menuju ke jambatan tu.

Patung penjaga pulau (kepercayaan penduduk Jeju).


Ahjussi mengait jala. Penduduk di sini kebanyakannya akan pandang kitorang sebab kitorang pakai tudung kot. Diorang tanya kitorang ni orang Arab ke. Haha. Boleh pulak.

Malam tu kami merehatkan diri. Kami makan maggie bersama serunding daging yang Emi bawa dari Kelantan. Roti pun kami makan dengan tuna. Bila kami keluarkan dan kumpulkan makanan kami atas meja barulah nampak betapa banyaknyer makanan kami bawak dari Malaysia. Yelah..mana tak nyer. Separuh beg luggage kami didominasi oleh bekalan makanan.hehe. Memang patut pun sebab di Jeju boleh dikatakan takde restoran halal melainkan restoran seafood. Biasanya restoran seafood diorang tak campur daging atau pun ayam. Tapi kena jaga-jaga jugak, untuk kepastian kena la tanya sendiri orang kedai tu.

Menu petang kami oleh chef Shida.

Habis semua body language kami guna bila nak berkomunikasi dengan diorang sebabnya diorang memang tak paham bahasa inggeris. Boleh plak diorang cakap berderet bahasa diorang. Memang terngangau la kami.hehe.

Pendek plak cerita kali ni. Cerita hari ketiga to be continued. Goodnight!

Bercuti di Pulau Jeju - Hari Ketiga
Bercuti di Pulau Jeju - Hari Pertama
Tempat Menarik: Jeju-do

Menabung

Dah dua tahun tabung duit baru takat separuh ekor. Erkk. I tak amalkan menabung rupanya. Biasa I akan guna je syiling dalam wallet.

 
  Bile la duit nak capai kepala dinasour ni.

Rajinlah tangan bersedekah.

Tuesday, October 9, 2012

Tempat Menarik: Jeju-do

Nak senang travel di Pulau Jeju. Book Yeha Tour ni.
Yeha Tour menyediakan 2 jenis courses: West and East Course. Pilihlah yang mana satu. Dua-dua pun boleh.

Peta Pulau Jeju.

http://www.yehatour.com/

Pengalaman saya di sana saya kongsikan di sini:

Fo the time being


Minggu lepas dah start kerja sebagai Research Assistant di Sunway University. First day that is Isnin lalu, dah diberi task yang saya sendiri tak paham apa yang saya buat. Yelah... I belajar Sains, sekarang kena take part research on Social Science..psychology. Out of bidang. Hehe.Tapi alhamdulillah Dr Mandy terima kerja saya. Hari ni hari ketiga, I dapat a bundle of journals to read. Memang la tak kan baca sume. Take point sudah. Tapi kontrak 2 bulan je. Hopefully leh sambung lagi. Hehe.

Nasib baik bidang ni menarik. So, I'm willingly learning them.


Paper oh paper.

Be grateful with what you get. Tak semua diberi peluang yang kita dapat.

Saturday, October 6, 2012

Yalor~yalor~360.

Kewujudan application 360 dalam Android merajinkan gadis-gadis termasuklah I ambil gambar muka sendiri pada jarak dekat. Kulit jadi sangat smooth. Tipu bonar eyh. Nak kulit macam kulit 360 kena la makan buah dan sayur banyak-banyak ye *nasihat tuk diri sendiri.

Banyaknyer kena makan.waaa....

Ow! Not to forget. Nak wajah berseri. Jaga wuduk, basahkan bibir dengan selawat dan zikir, jaga pandangan. Berseri luar dan dalam.

Telekung buat mama & Bandung

Tak sabar pula nak menanti hari esok. Esok mak dan ayah nak datang sini. Sepupu I konvo esok di PICC Putrajaya. Sebelum esok ni macam-macam la mak I pesan. "Awa bawa tau kain-kain hari tu, mak saje nak tengok". Pastu dia call lagi, "Telekung mak tu awa basuh dengan air lalu, basuh sikit je, pastu bia je dia kering, kalau berkedut tu gosok-gosok sikit, mak tak sabar nak pakai ni, masukkan dalam plastik dia balik". Masuk dalam plastik balik tu yang tak tahan tu. Katanya nak nampak betul-betul baru dari kedai. Telekung tu I beli tuk mak masa kat Bandung hari tu. "Awa bawa la selipar sekali. Senang mak nak naik turun tangga rumah Mak Tam nanti". Selipar pun nak?? Macam-macam la my mama. Tak sabar nak berjalan la tu.


Telekung buat mak khas dari Bandung. Mak saya ni tak suma pakaian warna menyerlah sangat. She likes simple.

Carefully packed. Dah wangi-sewangi-wanginyer I letak Downy baaanyak. Motif gosok tadi??? Entah la.


Ha..pasal berjalan di Bandung minggu lalu. Tak cerita lagi kat blog. Hehe. Last week, me and my labmates menghadiri konferens di Hyatt Regency Hotel, Bandung. Tapi kitorang tak duduk hotel tu. Sebab agak mahal. 5 star hotel kan.. So kami duduk di Hotel Anggrek Gandasari. Staf hotel semuanya ramah. Setiap kali keluar masuk hotel mesti diorang tegur sampai kenal ami ni asyik balik tangan penuh barang shopping.

Barang I perlu ada dalam sling bag bila travelling.

2 hours of flying. Bau wangi nasi lemak Pak Nasir dalam flight Air Asia sentiasa ada setiap kali naik flight. Memang menguji nafsu makan I.

Sampai-sampai je lepas hadir konferens, kami terus ke Pasar Baru. Apa lagi. Shopping sakan la semua. Oleh kerana bajet I kali ni tak begitu tinggi, cukup la beli untuk family, saudara dan kawan-kawan souvenirs kecil-kecil je. Lain kali nak datang Bandung memang tujuan untuk shopping sesaja.

Hari kedua kami singgah di Tangkuban Perahu. Di sini ada gunung berapi yang masih aktif. Sampai-sampai je dah terbau sulfur yang sangat kuat. Pening kepala.

Gunung Tangkuban Parahu. Tiru gaya posing Danish. Yaw!


Walaupun udara berbau sulfur yang tengit, muka sentiasa kena senyum. :)

 So, lepas habis tangkap gambar, kami teruskan perjalanan ke Kampung Daun. Di sini ada restoran makan yang sangat best. Terserlah ke'Bandung'an dia.

Welcome to Kampung Daun.

 Nasi ayam penyet. Air kepala yang betul-betul dia letak santan kelapa. Sambal dia giler pedas. Mengangis teresak-esak kami. Kalau yang tak suka pedas, order la makanan lain. Menu di sini pun menarik. Sedap!

Lepas tu kami singgah di Kavling Strawberry. Merasa la petik sendiri strawberry. Masa kat Cameron Highland takde pula rasa nak petik kan. Hehe.



Main petik je. I takde la suka strawberry pun. Sebabkan strawberry ni cute, I pun nak join petik.

Ok cukup! Penuh kang tak makan membazir. Alasan..padahal dah malas nak petik.


Danish with his full basket of strawberries.

Kak Am and family. Kak Ita pun ada bersama anak dia.

Hari ketiga kami dah takde tempat nak pergi. Lepas konferens, kami pergi Tako Tiga. Di sini jual seluar Levis sangat murah. Baju branded-branded lain pun murah. Petang tu pula kami berjalan-jalan di Jalan Dago. Dari hotel kami, kami naik je Angkot, sejenis bas kecik. Kami tak tahu pun nak berhenti mana. Nampak je kedai yang nak pergi, kami suruh pakcik tu berhenti. Jerit "Berhenti pak!", dia tak paham, kena cakap, "Kiri Pak!", baru dia berhenti. Sepanjang jalan tu Jalan Dago. Sepanjang Jalan Dago ni ada banyak kedai Factory Outlet yang menjual barangan berjenama dengan harga murah. Kedai Blackberry Lounge pun terletak di Jalan Dago. Orang kata Blackberry di sini murah belaka. Tapi kami tak singgah pun sebab takde bajet untuk Blackberry. Kami jalan kaki je sepanjang Jalan Dago. Kedai Kartika Sari dan Amanda pun terletak di Jalan Dago ini. Kedai tersebut menjual brownies yang terkenal tu.

Tak sangka muat juga kami naik Angkut ni. Tapi boleh lenguh kaki kalau naik lama-lama.

Hari keempat giliran I pula present paper I. Alhamdulillah semua berjalan lancar.


Debaran sebelum pembentangan. Senyum menggeletar.

Selesai konferens, petang tu lagi sekali kami pergi ke Pasar Baru. Kali ni kami lebih bijak memilih barang. Hehe. Belajar dari pengalaman hari pertama di sini. Souvenirs adalah lebih baik jangan beli dari budak-budak atau pakcik-pakcik yang datang dekat kita. Harga diorang letak sangat mahal. Nak murah beli souvenirs kat tingkat bawah Pasar Baru tu. Situ baru harga betul. Berpengalaman kan.

Malam tu I ngan Emi makan di restoran Warung Misbar di Jalan Riau, bersebelahan Jalan Dago. Restoran ni berkonsepkan panggung wayang. Mati-mati kami ingatkan cinema. Rupa-rupanya kedai makan. Siap diorang tayangkan filem lama diorang. Tapi tak tengok pun sebab lapar sangat. Tengok makanan je. Hehe.


Hari kelima, duit pun dah habis. Tinggal sikit untuk tambang teksi balik. Habiskan masa mengemas beg yang bertambah, daripada datang sini 1 beg, balik jadi 3 beg. Haha.

Itulah pengalaman di Bandung. Tempat puas hati shopping kain, baju, seluar dan barang-barang untuk perkahwinan. Sape nak kahwin beli la kain kat sini, memang sangat murah. Orang kata Jakel borong kain di sini. I can see why.

Ni kira konferens last I untuk pengajian Master ni. InsyaAllah lain kali ada rezeki berjalan lagi. Kurang dari setahun I sempat pergi banyak tempat dan belajar pelbagai budaya yang sangat berbeza. Langkawi, Sabah, Singapura, Korea dan lastly Bandung. Impian I nak berjalan bawa family sekali. InsyaAllah.

Continue finishing writing thesis.

Thursday, October 4, 2012

Dapat result. Yeay!

Hari ni hari ketiga I berada di Sunway University. Parking still lagi jauh. Tak tahu nak parking mana sebab semua kedai kereta. Parking kang kena jadi apa-apa pula kereta I tu. Stiker tak dapat lagi. Lambat pula diorang proses. Jumaat ni kena kerja juga sebab nak ganti cuti hujung bulan ni. Sekarang dah tak bebas dah nak buat cuti sendiri. Dulu tak kisah je.

Semalam sempat ambil result transference number. Alhamdulillah dapat result yang boleh dianalisis. Tak sabar nak analisis petang ni. Rasa nak balik kerja terus gi fakulti je. Malam macam tak sempat.

Sekarang rasa semangat je nak habiskan research ni. InsyaAllah.