amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Tuesday, June 26, 2012

Bercuti di Pulau Jeju - Hari Pertama

Alhamdulillah kami selamat balik ke negara tercinta setelah 10 hari berjalan-jalan di Korea. Betul sangat lah kata pepatah, hujan batu di negara sendiri, hujan emas di negara orang, lebih baik di negara sendiri daripada negara orang. Sehebat mana pun negara luar, tanah air sendiri tetap di hati. Sekarang I nak berkongsi pengalaman I sepanjang bercuti di Korea. Dari hari pertama hinggalah hari terakhir. Percutian ini melibatkan dua tempat utama Korea iaitu, bandar Seoul dan Pulau Jeju. Tujuan sebenar kami ke sana untuk menghadiri satu konferens Fizik di ICC Jeju. Sementara tu apa lagi, kami pun take advantage bersiar-siar di sini.hehe.

Bercuti di Pulau Jeju - Hari Pertama

Kami naik flight Airasia 15hb malam..perjalanan lebih kurang 6 jam.

Pre-booked meal. Pak Nasir Nasi Lemak. Makan dalam keadaan mengantuk. Makan jugak sebab perut lapaw sangat.hukhuk.

So, kami sampai 16hb pagi. Waktu di sana awal 1 jam dari Malaysia.

As usual..immigration check.

Baggage pick-up.

Sampai je Incheon International Airport, kami beli T-money card di 7 eleven KRW2500. Kami topup KRW50,000, ini pun tak cukup, kami kena topup lagi KRW5000 pada hari ke-6. T-money card ni boleh guna untuk naik bas, subway,  beli groceries kat 7eleven, Family Mart, Lotte Mart dan GS25. Kedai-kedai ni la yang kami selalu singgah untuk beli air, nasi segera dan makanan ringkas lain. Korean sangat suka coffee. Kat mini mart ni ada jual pelbagai jenis air coffee. Coffee diorang pun sedap-sedap belaka.

Sampai-sampai je airport terus call Mak. Lama gak kami nak belajar cara guna public telefon diorang ni.

Tengah-tengah tunggu student Kak Am datang jemput kami, kami isi poskad free ambil kat kaunter customer service, hantar ke rumah kami, tak tahu la dapat sampai ke tak.

Naik bas shuttle untuk ke Gimpo airport. Bas ni ada betul-betul depan pintu kelaur Incheo Airport tadi. Bas ni available setiap 20 minit. Naik bas ni wajib pakai seatbelt (uncle drebar suruh).

Ini la T-money (yang purple tu). Ada kad ni senang sikit nak travel.

Kami je la mendominasi bas ni.

Setengah jam perjalanan ke Gimpo International Airport.

Gimpo International Airport.

Kami naik shuttle bas ke Gimpo Airport. Perjalanan lebih kurang 30 minit. Sampai di Gimpo airport, sementara menunggu flight Eastar Jet untuk ke Pulau Jeju, kami window shopping di Lotte Mall berhadapan dengan airport tersebut. Nak ke sana Lotte Mall kena ikut jalan kaki bawah tanah. Beg-beg luggage gedabak besar kami tinggalkan di tempat simpan beg di airport tu. 6 jam KRW5000. Harga ikut saiz beg.

Di Lotte Mall, kami try makan buah lemon korea. Manis sangat rasa buah ni. Rasa tembikai susu, cuma saiznya kecil dan berwarna kuning. Ahjumma ni tolong kami potong buah tu. Rajin betul dia.

Tu dia. Semua serbu. Kelaparan.

Ais krim arab pun ada. Seperti biasa di mana jua, dia akan buat taktik magik ais krim arab dia tu macam kat Bintang Walk kita.

Pastu perut kami masih lagi lapar, kami makan kebab ayam halal KRW4800 di Pasha cafe.


Kebab sodap nih.

Cencaluk pun ada tau. Bukan kat Melaka je ada.hehe.

Pastu, student Kak Am bawa kami makan di Lotteria, restoran makanan segera kat dalam Gimpo Airport tu. Kami order burger sotong dan burger udang. Order seafood je tau. No daging ey kat sini.

Lotteria

Burger sotong yang pedas.

Kami checkin di Eastar 3 jam sebelum flight. Baggage kena bawah 15kg. Lebih sikit diorang kate takpe. Dalam 20 kg masih boleh diterima.

Flight Eastarjet yang comel.

Corak siling flight i glow in the dark tau. Stars tu bercahaya salam gelap. Comel sungguh flight ni.haha.

Orang-orang di Jeju ni ramah dan suka membantu. Kami tanya diorang macam mana nak ke hotel kami, diorang terus je call hotel kami tu dan tolong kami dapatkan teksi. Sekali lagi, diorang sangat rajin.

Naik teksi ke EJ Goodstay Hotel.

Oleh sebab kami sampai di Jeju pun dah malam, kami stay dulu untuk semalam kat EJ Goodstay Hotel. Hotel ni berdekatan dengan airport. Esok pagi baru kami gerak ke Sogwipo. Kami sampai je Goodstay Hotel, staf hotel dah pun menuggu ketibaan kami, mungkin sebab orang yang tolong kami cari teksi tadi dah bagitahu staf hotel ni kot. Masuk je bilik hotel tu kami terpegun dengan kekemasan dan hiasan yang comel dalam bilik tu. Cuma bilik ni agak kepam..maklum la cuaca di sini kan sejuk. So sapa-sapa yang allergic dengan kelembapan, bawak la Febrezze.

Cantik kan.

LCD Tv sekali dengan PC dia bagi. Peti ais pun ada.

Sofa, boiler, tilam lebih pun dia bagi sebab dia tahu kami lebih sorang dalam bilik ni.

Bilik air bersih.

Simple tapi menarik.

Tengok tu..betapa jakunnyer. Macam rusa masuk ke kampung.


Kami stay di hotel ni semalaman. Esok nyer baru kami bergerak ke Sogwipo. My 2nd day journey will be continued. Adios!


Pengalaman mengajar kita menjadi lebih dewasa. Bersyukurlah dengan nikmat yang dinikmati sekarang.

Thursday, June 14, 2012

Mengurup Wang: Korean Won (KRW)

Kami tukar MYR ke KRW di Plaza Alam Sentral di tingkat bawah bersebelahan dengan The Store. Harga jual mereka 2.8.. Nego-nego dengan alasan kami tukar banyak ringgit, dapat la  2.77. Alhamdulillah..tak perlu la kami pergi Mid Valley (sebab Kak Sherene kata kat Mid Valley tukar duit dia murah - kedai yang bersebelahan 1901 booth).

Money..money..money..habishhh.

Tukar duit ni berubah setiap hari, tapi KRW tak banyak berubah pun..standardnya 2.8. Murah pun 2.7 lebih kurang.

It's all about $$$.

Ucapan Ringkas Bahasa Korea: Bercuti

Belajar la sikit bahasa diorang ni ha. Itu pun kalau I ingat.

Chincha?!

annyeong-haseyo: Selamat pagi
hwai-ting!: Teruskan usaha!
cheong-mal choh-a-yo!: Bagusnya!
sugoha--syoss-seup-nida: Susah payah awak saja

hwa-jang-sil: tandas

ne: ya
an-ni-o: taklah
oue-yo?: kenapa?
Kaja!: Jom!
ppal-li: Cepat.

Kamsahamnida: Terima kasih
Commanneyo: Sama-sama

Lepas beli barang
sugo haseyo: terima kasih dan selamat bekerja dengan baik

Di kedai makan,
masitge deuseyo: selamat menikmati
jal meokegesseumnida: saya akan makan dengan nikmat

mianhamnida: minta maaf (formal)
mianhae: minta maaf (informal)
gwaenchana: tidak apa-apa

Yang I sentiasa ingat dan terbiasa ucap bila dapat makan makanan yang sodap,
Ahhh~Mashta~: Ahhh~Cedapnyer!
(pengaruh cite My Girlfriend is a Gumiho)

Dan kepada semua insan yang tersayang:
Sarang-he/ nan nol sarang-he: I LOVE YOU~ 

annyeonghi kyeseyo! (Selamat tinggal) dan ddo mannayo (jumpa lagi).

Tuesday, June 12, 2012

Sambutan belated birthday

Lusa nak convert Rm2000. Cukup tak nanti. Kawan-kawan yang dah pernah pergi sana kata cukup je. Tu je la I mampu buat masa ini.hehe.

Money..money..money..flow like water.

RM 1 = KRW 320

Fariz nasihatkan cek cuaca kat sana dengan google Weather Forecast. Yelah. Dibuatnyer setiap hari hujan, payung tak bawak, merana la rugi masa tak ke mana.

Nampaknya beberapa hari awal di Jeju cuaca cerah. Hari last-last konferens tu mungkin hujan sedikit. Hopefully tak lebat sangat.

Pastu, tadi sempat sambut belated birthday Mira ngan Ada. Nama I pun diorang letak atas kek tu..padahal birthday I dah berzaman kot. Kami pun menjamu selera di tengah padang dataran Shah Alam ditemani kucing-kucing comel berekor panjang dan pendek sibuk meminta KFC kami. Tetibe Shahril dan Sally muncul bersama menghabiskan KFC dan kek tersebut.

Kek coklat yang sedap. Tapi kami serang KFC dulu.hehe.


Ada, Emi dan Sharil.

Upload-upload gambar kat facebook, tetibe ade member kitorang sorang ni, Meyti, merajuk pulak sebab tak ajak dia. Teruk jugak kitorang sebab tak ajak dia. tak tahu macam mana boleh tak teringat nak ajak. Ish...ish...ish... Dah la birthday dia kelmarin. I siap wish kat facebook lagi.hehe. Silly me. So kalau berkesempatan, esok luse kami nak sambut birthday dia pulak. Ngade-ngade kan. Haha. Biarlah. Asalkan hati semua gembira.

Esok nak gi lab awal. Setiap hari cakap camni, last-lastnyer sama je.hehe.

Sunday, June 10, 2012

Feel like a school boy on Sunday

"Why is it I feel like a school boy on Sunday. It's nearly tomorrow and I don't wanna go." - Letters to Juliet.

Hari Ahad...hari Ahad..setiap kali hari Ahad,perasaan tak berapa best mesti ada. Walaupun dah bersedia, tapi perasaan tu tak boleh juga takde. Hari Ahad la hari Bi balik..tinggal la saya di sini meneruskan perjuangan saya di Shah Alam ini. Banyak betul nasihat dan teguran dia bagi. I ni dah la degil, pantang ditegur je hati nak memberontak..hehe. I kena ikut nasihat dia,semuanya untuk menjadikan diri insan yang lebih baik..bukanlah sempurna..tapi lebih baik dari semalam. Hwai-ting!


Tak sabar nak tunggu esok.

Friday, June 8, 2012

Lagi Seminggu nak ke Korea

Tup..tap..tup..tap. Rupa-rupanya lagi seminggu kami nak berangkat ke Korea. Cepat sungguh masa berlalu. So sekarang I kena prepare mentally and physically. Perkara penting yang perlu dilaksanakan:

  1. Belajar bahasa komunikasi mereka yang utama.
  2. Beli makanan yang mencukupi.
  3. Beli barang keperluan yang penting.
  4. Tukar MYR ke KRW (I bajet RM2000 je..cukup kot)
  5. Print poster.
  6. Beli travel insurance (Etiqa Maybank RM60)
  7. Servey tempat-tempat menarik di sana.
  8. Servey transportation di sana.
Tu je kot. Tapi I ni last-lastnyer just follow the crowd je. Makanan yang nak dibawa:
  • Mee segera (tak berapa minat..tapi boley la for urgent)
  • Roti putih yang panjang (boleh tahan 5 hari)
  • Tuna spread.
  • Biskut oat (bagi tenaga dalam perjalanan)
  • Campbell soup instant (makanan instant yang I sangat suka)
  • Serunding daging.
  • Milo 3 in 1 (my favourite drink yang mengenyangkan)
Setakat ni tu je makanan nak dibawa. Barang penting nak dibawa:
  • Luggage bag 20 kg (nak pinjam kat Mira je la sebab yang I ada sekarang sangat kecik, nanti balik beli barang tak muat plak.hehe)
  • Sling bag (senang nak jalan-jalan nanti)
  • Passport, flight tickets dan lain-lain dokumen penting.
  • Poster konferens.
  • Shampoo, shower gel, baby wipes (very important sebab kat sana toilet takde air ok), losyen badan, lipbalm, colgate, toothbrush dan lain-lain skincare (share ngan member gak)
  • Slipper.
  • Barang elektrik (share ngan member): seterika, boiler.
Dan lain-lain barang. Ok..tu je kot. Banyak sangat ke?? Mungkin tidak.hehe.
Mak Ayah kat rumah dah beria bagitahu saudara-mara. Pagi tadi ayah call suruh beli fridge magnet tuk Mak Cik mane entah (yang I sendiri tak kenal). Diorang pulak excited.hehe. Yang pasti, nanti I nak beli banyak key chain dan fridge magnet (I sendiri sangat suka kumpul fridge magnet :D). T-shirt pun nak beli untuk famili, saudara-mara dan orang tersayang. Yelah, bukan selalu dapat pergi kan. Semalam dah beli kasut yang sangat selesa (Bi belikan, pandai dia pilih kaler.hehe).

Ada rezeki nak pergi sini. Teddy bear museum. :D


InsyaAllah semua berjalan lancar. :)