amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Thursday, March 29, 2012

SEGMEN NASZ : JOM KENAL BLOGGER


First time nak cuba join segmen-segmen ni. Ini salah satu cara nak kenal lebih ramai blogger kan. A.k.a. promote blog la kan.hehe. Nak gak kenal blogger-blogger kat luar sana.

A. Nama Penuh Saya?
Zaidatul Salwa Mahmud
B. Nama Panggilan Saya?
Salwa tapi orang suke sangat nak panggil Zai
C. Sejak Bila Saya Berblogging?
Tahun lepas, tak ingat bulan bape.
D. Url Blog Saya?

Sila-sila la singgah blog en naser ni untuk memperluaskan perkenalan blog anda. :)

Tuesday, March 27, 2012

Khasiat kulit kayu manis

Kulit kayu manis sangat lazim igunakan dalam masakan harian disebabkan oleh aroma wangi yang dapat dihasilkan daripadanya. Ada juga yang menggunakan kulit kayu manis dalam bentuk serbuk. Serbuk rasanya lebih tajam berbanding batang kulit kayu manis.



Kulit kayu manis berkhasiat untuk tubuh badan kita. Ini disebabkan oleh kulit kayu manis dapat mempercepatkan tindakan insulin dalam melancarkan metabolisme glukosa darah sebanyak 9 kali ganda dan peningkatan tindakan insulin amat baik terhadap jantung dan metabolisme. Penghidap diabetes secara amnya mengalami masalah kekurangan penghasilan insulin dalam badan. Oleh itu, khasiat kayu manis yang meningkatkan tindakan insulan memberi faedah kepada penghidap diabetes.

So..setiap hari elok lah makan atau minum kayu manis ni.

Samada buat teh kulit kayu manis:

Rendam 1/4inci kayu manis (0.6cm) yang ditumbuk separuh lumat dalam 1 cawan air panas selama 10 hingga 20 minit. minum 1 cawan teh itu setiap kali sebanyak 3 kali sehari.

Atau...

Makan 1/2 camca serbuk kayu manis bersama air suam setiap kali 3 kali sehari.

Atau...

Ikut petua tradisional, kunyah sedikit kulit kayu manis seperti mengunyah coklat. Hisap dalam mulut, dah lembut baru kunyah. Amalkan dua kali sehari.

InsyaAllah, berusahalah makan makanan sihat. :)

Monday, March 26, 2012

Tips untuk memperbaiki solat kita

Tips untuk memperbaiki solat kita: Ceramah Ustazah Hjh Siti Khadijah Din


Berusahalah memperbaiki solat kita kerana solat tiang agama. Baik solatnya baiklah peribadinya. :)

Sunday, March 25, 2012

Khasiat Asam Jawa

Asam jawa sangat banyak khasiatnya bukan sahaja untuk kecantikan muka, untuk kesihatan tubuh badan juga. Asam jawa bukan sahaja digunakan di negara kita je, negara-negara luar seperti Eropah, India, Jepun dan lain-lain turut memanfaatkan tumbuhan ini. Batang pokoknya, daunnya dan bijinya dapat digunakan untuk tujuan kesihatan. Nak disenaraikan sangat banyak petua-petua yang menggunakan asam jawa.


Selain itu, penggunaan asam jawa dalam makanan kita adalah sangat lazim. Bukannya saja-saja nak letak tau. Khasiatnya mampu memberi kebaikan kepada perut kita. Asam jawa boleh menjadi pelawas dan membantu sistem penghadaman makanan.

Bagi masalah perut buncit, amalkanlah petua mudah ini:

Campurkan sedikit asam jawa dengan air suam. Biarkan semalam. Paginya minumlah air asam jawa itu.

Bagi mengubati sakit tekak dan demam:

Minum air asam jawa. Bancuh saja air dan asam jawa.

Ni petua yang I suka sebab senang diamalkan.hehe. Banyak lagi petua-petua lain. Sila lah google ek.

Bahan dalam masakan tradisional sebenarnya berkhasiat untuk tubuh badan kita. So rajin-rajin la memasak daripada makan makanan segera sahaja.

Wednesday, March 21, 2012

Result SPM Keluar

Hari ini menjadi hari debaran untuk yang berumur 18 tahun, ibu bapa yang anaknya umur 18 tahun, guru-guru yang mengajar pelajarnya dah berumur 18 tahun. Sebab hari ini kan result SPM keluar.

Musykil..musykil...hehe.

Semoga berjaya kepada semua pelajar SPM 2011. Walau apa keputusan yang bakal didapati, jangan berhenti berusaha, peluang sentiasa ada di masa akan datang. Perjalanan baru bakal ditempuhi.

Adik I akan ambil keputusan dia di MRSM Taiping. Moga-moga resultnya baik-baik. InsyaAllah. Kakak yang adiknya umur 18 tahun pun berdebar juga...hehe.

Saturday, March 17, 2012

Hot Air Balloon Festival Putrajaya 2012

Sekarang kan tengah berlangsung festival belon udara panas di Putrajaya. Sape-sape yang belum pergi..don't worry esok masih ada..last day.hehe. Adalah perkara bijak kalau nak pergi ke festival ni, pergilah awal pagi...bagi mengelakkan kulit anda yang cantik-cantik tu burn.


Who's the photographer?? Mr Jamal. Dia la yang sanggup melayan kami bergambar. Tahun lepas pun dia yang temankan kitorang. Kiranya festival ni dah jadi annual event kami.hehe. Tahun depan pula bagaimana ya.

And.. I would like to confess something. Masa tengah-tengah usha gelang dan rantai kat satu booth ni, tetibe I tersangat la tertawan hati dengan satu gelang ni, bentuk bunga, pinkish, goldish colour..sangat menepati citarasa I. Siap puji-puji depan sales girl tu. Tapi, huhu..a very tragci thing happened... I baru je letak sekejap nak usha gelang lain pulak, tetibe Ada laju je tangan dia ambik dan bayar terus gelang tu sebab kebetulan kena dengan taste dye gak..huhu. Of course la I agak terkilan dia wat camtu, I siap tanya "Ada nak beli?? Aku pilih la. Aku nak.." Tapi dia degil gak, nak jugak beli. Sedih, terkilan, marah, sume ada waktu tu. isk...isk...isk... (T-T) How can she take something that I want most. Tetibe I rasa macam budak 6 tahun kena curik ais krim. Nak je nangis ngadu kat mak..tapi takde la wat camtu.hehe. Memang dah lama tak berperasaan camtu. Memang la geram coz she didn't consider my feeling at all, however, lets look at the bright side ok, the good thing is I tak kehilangan RM15 for a bracelet. Lagipun mungkin la itu rezeki dia. So, be cool beb. It's just a bracelet.da~hehe. So moral of the story, when you like something, take that limited opportunity to own that thing, or else, it would be taken by other people.OK! (^^,)

Gambar Mr Jamal ada la sikit saja sebab kitorang sibuk suruh dia yang ambik gambar...cian dye tau.hehe.

Penat sepenat-penatnya (amboih bahasa kau)...we had a great time together. Sampai rumah semua terbungkang tidur.


Balik dari festival ni tetibe sakit perut. Makanan apakah yang meracuni my tummy.huhu. I need pil mujarab Chek Ket Teck Aun...

Tuesday, March 13, 2012

Taqwa

Baca Quran setiap hari tau. Tak lama pun, lima belas minit pun boleh. (^-^)v



Jadikan selawat dan zikir seperti makanan harian. Tanpanya rasa tak nikmat satu hari. Bacalah doa di bawah sekurang-kurangnya 3 kali setiap kali selesai solat fardhu.

3x  
Ya Allah, lindungilah kami dari api neraka.

Dari Anas bin Malik radhiallahu anhu dia berkata: Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda:
مَنْ سَأَلَ اللهَ الْجَنَّةَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ, قالَتِ الْجَنَّةُ: اَللَّهُمَّ أَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ. وَمَنِ اسْتَجارَ مِنَ النَّارِ ثَلاثَ مَرّاتٍ, قالَتِ النّارُ: اللهم أَجِرْهُ مِنَ النّارِ
“Barangsiapa yang meminta kepada Allah sebanyak 3 kali maka surga akan berkata, “Ya Allah masukkan dia ke dalam surga.” Dan barangsiapa yang meminta perlindungan dari neraka sebanyak 3 kali maka neraka akan berkata, “Ya Allah lindungilah dia dari neraka.” 
(HR. At-Tirmizi no. 2572, Ibnu Majah no. 4340, dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Al-Jami’ Ash-Shahih no. 6275)

Rasa cemburu pulak tengok sahabat-sahabat dah berumah tangga.hehe.

Monday, March 12, 2012

Di Saat Keputusan di Tangan Anda

Pilihan..

Ada masa kite kena buat pilihan. Pilihan yang diberi kedua-duanya kita inginkan. Namun sebagai manusia biasa, hanya satu pilihan yang mampu dilaksanakan. Oleh itu, semuanya terletak di tangan anda. Tanggungjawab menjadi titik rujukan. Walaubagaimanapun,sesungguhnya aku ini insan yang lemah. Sukar membuat keputusan. Was-was sering menjadi penyakit diri yang merugikan manusia itu sendiri.

Apa sahaja keputusan yang dibuat, itu adalah pilihan anda. Janganlah terlalu expect diri untuk menjadi terlalu sempurna yang lambat-laun menggelamkan rasa syukur dalam diri. Semoga keputusan yang dibuat bukan sahaja melegakan diri sendiri, juga melegakan dan memberi kebahagiaan kepada insan tersayang. Cubalah yang termampu menggembirakan hati mereka, selebihnya berserah kepada tuhan. Doa, usaha dan tawakal. Setelah meletakkan usaha dalam sesuatu perkara, bertawakallah, percayalah kepada tuhan. Sesungguhnya perkara yang bakal berlaku ada hikmahnya. Tuhan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.

Solat Istikharah menjadi kemudahan kepada kita dalam membuat keputusan. Lihatlah betapa kasihnya tuhan kepada kita. Ia bagaikan borang untuk memohon ilham daripadaNya.

Allah SWT berfirman:
".... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya, dan barangsiapa yang berTAWAKAL kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) Nya, sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki) Nya, sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" (At Thalaq, 65: 2-3 - aka Ayat Seribu Dinnar).

Thursday, March 8, 2012

Kawan kepada Kawan


Alhamdulillah..lega hati bile dah beli tiket tuk balik rumah esok. Kul 1 petang. Kalau amek lewat petang traffic jam plak nanti. Cuti sekolah baru start esok kan. So esok pagi-pagi lagi I kena pergi ke fakulti...naik bas ye..sebab kete dah takde.huhu.

Singgah sebentar di Giant Seksyen 18. Beli berus gigi sebab berus gigi ni kaler kegemaran I.hehe.padahal berus gigi sedia ada masih lagi elok.

Terima kesih sesangat kat kawan Emi..name dia unik, Bulat..kenapa ey name dye gitu..maybe sebab muke dye bulat kot.hehe. Pastu kitorang singgah sekejap rumah kawan diorang, Todd kat Padang Jawa sama ngan blok Ikwan and the geng mase diorang degree dulu. Ikwan and the geng pun dah pindah ke Ken Rimba. Sebab murah lagi kot. Todd ni gaya agak tomboy la. BTW diorang sangat ceria dan kelakar. Patut la emi selalu je lepak ngan diorang.

Tada~inai yang merah hitam semalam dah semakin terang. Lega sikit tengok. Takde la mencapap sangat.hehe.

Tu la orang kate, kawan biar beribu, kasih biar satu. :)

Inai Segera Merah Gelap

Semalam I pakai inai segera beli kat Plaza Alam Sentral costing RM5. Hasilnya sangat la dahsyat!

Ok..akibatnya jari I warne merah hitam yang sangat menakutkan. 

Tak minat la inai warna gelap camni.huhu. First-first lepas basuh tangan agak terkejut. Lagipun bau inai tu tak macam inai langsung. Bau kaler Buncho kot. Kecewa...member-member cakap 2, 3 hari kaler dia akan turun. Huh. Itu bukan inai namanya. So next time pakai je la inai daun. Tak nak percaya dah inai segera especially yang bekas macam colgate tu. Kalau nak buat corak-corak kat kulit tu takpe la gak. Tapi kalau nak letak kat hujung jari atau kuku better guna inai yang berupa inai bukan kaler Buncho. Mood. Kecewa!
As a resut, tak nak gi lab hari ni. Kalau gi kompem kena komen macam-macam.

Esok petang dah nak gerak balik Ipoh. Nak beli tiket bas petang ni. Wihhi~ travelling lagi.

Wednesday, March 7, 2012

Tanya Pendapat Sebelum Beli Barang Mahal

Wah...wah..rupa-rupanya hari ini banyak gak barang jadi milik I. I ni selalu la kalau beli barang tu mesti sekali gus beli pada hari yang sama. Kalau tak beli tu memang takde mood langsung nak beli. Pastu rasa nak membeli I ni akan bertambah-tambah kuat bila I takde duit. Yelah..bersungguh-sungguh sangat set minda jangan beli ape-ape sampai la ekonomi diri sendiri dah stabil.

Inai I letak masa kat kampung. Oleh kerana I tak tumbuk lumat-selumat-lumatnya daun inai tu, tak rata la hasilnyer.hehe. Bertompok-tompok tak sanggup I nak biarkan tangan bercorak gitu. So I pun beli inai India,

Sempat beli inai. Tujuan, nak baiki inai yang dah letak kat tangan minggu lepas.hehe.

Singgah sekejap beli kerongsang besar dan kecil. Ganti kerongsang-kerongsang yang dah hancuss.

Yang ni, free ye. Dapat lepas 'like' facebook Lux kat booth diorang kat fakulti I siang tadi. Esok nak try lagi la, mane tau leh dapat lagi. 100 ml ni harga lebih kurang RM3 kot kat kedai. Free item laju jeh.

Ni pun free. Emi dapat masa dia gi kenduri kawan dia kat Pahang tempoh hari. Tapi kan..siap-siap kitorang makan yang warne pink ngan purple tu, leh plak nampak ade kulat seketul tersangat la kecik kat ladybird warne kuning. Wahhh! Redha je la.

Dan.. lagi satu. Pagi-pagi lagi tadi I beli sabun ngan toner Tab Ex. Tak ramai orang tahu produk ni, pentegar facebook tahu la kot. I dah servey betul-betul barang ni. Ada ngan Mira pun dah pakai nak dekat 3 bulan dah.. I tengok kesan dia pun ok. Kulit Mira pun dah licin, bekas jerawat kurang. (dah macam testimoni produk lak..haha). Agak mahal la tapi, total RM150. Huhu. InsyaAllah sesuai dengan kulit..well, hopefully.

Tab ex soap , HD dan toner. I beli soap ngan toner je. HD tak perlu pun takpe.

Sebenarnya kan, I tak pakai pun cream siang ke UV cream ke, sebab kulit I sensitif pakai benda macam-macam, foundation muka pun tak selalu I guna. So kos muka I ni takde la semahal orang lain sebenarnyer... 
( '_' )

Ada sesetengah orang sanggup habis beratus-ratus tuk kulit putih gebu bak sutera dari kayang-kayangan. Memang la tu impian setiap gadis. Tapi, kena la mengikut kemampuan diri. Jangan la lepas beli produk, menyesal tak sudah (which I selalu buat...huhu). Looks like Bi macam agak worried bila I beli barang mahal. So next time Zaidatul Salwa Mahmud, make sure you ask for Bi's opinion before buying anything that is expensive. Mula-mula I though barang ni takde la perlu bagitau dia nak beratkan kepala dia plak nak pikir, tapi, by hook or by crook adalah lebih baik I tell him first before make the purchase. (Dah banyak kali dah dia nasihat..ape la degil I ni!)

Hati-hati ye Zaidatul...

Bercuti di Singapura - 2nd Day

Sambung lagi pengalaman I bercuti di Singapura untuk hari yang ke-2.

.......................~(^_^)~.....................

Dan semestinya, sesi bergambar walaupun kat luar muzeum sahaja.

Tu dia..ceri kering kat luar muzeum.

Sup tulang Singapura yang sangat la sedap! Sampai sekarang mengidam. Nak makan kena la gi sane lagi.hehe.


Nak jalan lagi. So kena la kumpul duit lagi.hehe.

Monday, March 5, 2012

Jarak Itu Menjaga Aku dan Dia

Jarak Itu Menjaga Aku dan Dia | iluvislam.com discover the beauty of islam


Betapa kasihnya tuhan kepada kita. :)

Hargai Hati Ini

Bukanlah mahu segunung emas dan pertama
Memadai untuk masa hadapan institusi yang bakal dibina
Demi kesenangan anak-anak seandainya rezeki itu ada

Namun ku sering leka dan lupa akan kesederhanaan
Dengan godaan dan mimpi fana yang dunia tawarkan
Ampunkanlah diri ini Ya Tuhan

Ya Rabbi
Satu yang kuingini
Biarlah hati ini
Tidak dipermainkan lagi
Biarlah hati ini
Dihargai...



Biar kita tidak dihargai tapi masih ada harga diri daripada hilang harga diri demi untuk dihargai.

Karenah Anak Saudara

Menjaga anak saudara adalah sangat penat seriously. Dah la manja..yelah. Dia yang paling sulung kan. Bila dah ada adik baby baru, lagi menjadi perangai dia. Suka nak amek perhatian sume orang. Well,kids..nak marah xsampai ati,sayang kan. Nak marah je dia suke nak buat muka comel dia tu.

Urgh..such a photogenic niece.haha.

Well Insyirah, sekarang Insyirah dah ada adik. Nampaknya dia sangat gembira bila adik dia dibawa balik rumah dari hospital. Terus je dia ajak adik dia main. Insyirah..insyirah..baby tu mata pun sikit-sikit je buka. Tak sabor-sabor.

Sekarang kena jaga kakak dalam pantang. Ade sangat la banyak pantang larang orang tua untuk ibu dalam pantang. Terpulang kepada kegigihan diri sendiri nak ikut ke tak.

Yang duduk kat bandar for sure sangat limited nak dapatkan daun-daun herba bagai. So sekarang ni I tengok banyak spa yang menjual herba-herba daun siap dalam peket. Untuk mandi terus je rebus air dengan paket tu. More like uncang teh. Express. Busy macam mana kite ni pun, kesihatan kena la jage. Although buat mane yang termampu lah. Kecantikan bukan sahaja dari segi luaran, dalaman lebih penting. Cantikkan diri dengan amal ibadah dan zikir. Kecantikan itulah yang paling menjanjikan kebahagiaan.kan?kan?kan?hehe.


Alright. Time to continue my research. Seminggu I cuti kat rumah. Macam I pulak dalam pantang.haha.

Mengiringi Pelajar UiTM Kuala Pilah

Cane entah tetibe jadi AJK tolong-tolong la sikit untuk Syarahan Perdana Tun Mahathir kat UiTM Shah Alam ni.

Semua orang mengurumuni Tun.

Inilah distance I paling dekat dengan Tun.hehe.

Dah lama tak pegang tugas ajk sejak sambung belajar ni. Cane entah tetibe terlibat urusan sempena Syarahan Perdana Tun Dr Mahathir tu. Kitorang just escort student dr Kuala Pilah tuk hadir syarahan tersebut. 20 buah bas dari sane ok. Nearly 800 students. Hoo..kitorang tak sangka ramai camni.

"Penyelidik perlu ada pemikiran terbuka".
Itu salah satu ayat Tun yang sempat I petik. Sangat lama dia berpidato atas pentas tu. Tua-tua dia pun dia nampak sangat cergas. Kalau kita mahu pengsan atas stage tu.

Saya sudah dapat anak saudara ke-2. Tahniah akak!