amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Thursday, October 27, 2011

Jangan Berhenti Berdoa

Kak ana, susahnya nak buat keputusan untuk masa depan.

Biasa la tu Zai. Kita tak tahu takdir kita yang telah ditetapkan. Tuhan je yang tahu.

(pandang ke langit)
Ohh Kak Ana, banyaknya permainan hidup ni.

Tu la orang cakap hidup ni macam satu permainan. Macam-macam ujian disediakan untuk kita. Soal hati sangat kuat. Doa kepada tuhan. InsyaAllah Dia akan menunjukkan jalan kepada kita. Bila kita betul2 kebuntuan InsyaAllah tanpa kita sedari Dia tunjuk jalan untuk kita.
(vroommm...vrooommm...)
Ha..dah sampai pun. Bunyi kete kuat tu dia le tu. Takde orang len dah.

To...yo...ta...(terbaca nama brand kete tu)

Perli ey. Jangan naik.hahaha. (sensitip sebab kete lame)

Bukan la Kak Ana. Saya kagum. Dia masih student lagi dah dapat beli kereta semata-mata untuk kesenangan wife dia yang tersayang. Hebat la husband Kak Ana! (sambil tunjuk thumbs up)

Hihihi. (senyum bahagia)

Kak Ana dan Abang Kidr, pasangan suami isteri diijabkabul pada bulan lepas. Masing-masing masih berjuang melanjutkan pelajaran. Saya doakan mereka bahagia dunia akhirat dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Mak pesan jangan berhenti berdoa.

Sunday, October 23, 2011

Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
  1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
  2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
  3. Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
  4. Lelaki yang tenang dan lapang dada
  5. Lelaki yang baik sangka
  6. Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. 
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

  1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
  2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
  3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
  4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Source: Islam- The Way of Life



Mengingatkan kepada diri sendiri. Wah. Wah.

Friday, October 21, 2011

Sama-sama

Kuterima kan dirimu. Kuharap kau pun begitu. 
Sama-sama.


Doakan ketenangan hati.

Thursday, October 20, 2011

Nak!

Ok. Tiba-tiba mengidam phone ni.
Member punye. Kuih keria (kat belakang) labmate belanje.

atau ini mungkin

LG Lollipop

Nak! Nak! La~la~la~
Tapi,


Pikir...



Pikir..


Tak yah ar

Bak kata Una (my sis). "Awa hidup pakai duit rakyat.haha."
SO true. Scholar kan. Kena la sedar diri sikit. (*o*) Kat kubur nanti kena soal der. Takut2..

I tend to judge a book by its cover. Hehe. So unfortunate.

Wednesday, October 19, 2011

Virus Attack Yahoo Messenger.

Hati-hati kawan-kawan. Yahoo Messenger (YM) pun dah ada serangan virus seperti Facebook Chat.

Terkejut I bila masa plak member I pandai bebenor chatting english.haha.

Memang tak caya la I. Tak pernah-pernah member I sorang ni nak chat dalam bahasa omputeh. Kagum sekejap.haha.

Dia akan bagi link. So janganlah rajin sangat klik link tu sebab maybe link tu akan masukkan virus dalam komputer kesayangan anda.

Virus di mana-mana. Jangan badan kita kena virus sudah. Stay healthy everyone! 

Tuesday, October 18, 2011

Fadhilat Surah Al-Mulk

Inginku kongsi bersama.


Daripada : Tn Haji Ismail Bin Haji Ahmad
Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd.


Fadhilat Surah Al-Mulk:

1. Surah Al-Mulk mempunyai kelebihan yang besar bagi orang yang membacanya, Ia di namakan juga surah (yang memelihara) dan juga (yang menyelamatkan), kerana Surah Ini dapat memelihara orang yang membacanya dan mengamalkannya dari seksaan kubur.

Nabi s.a.w bersabda:” Ia(Al-Mulk) adalah surah yang menghalang dan juga surah yang menyelamatkan, iaitu menyelamatkan dari seksa kubu.r (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda, maksudnya : “Ada satu surah dari kitab Allah hanya mengandungi 30 ayat, dapat memberi syafaat kepada orang nanti pada hari kiamat. Dikeluarkannya orang itu dari neraka dan di masukkannya ke dalam syurga. Ketahuilah ia adalah surah Tabarak-al-ladhi (Al-Mulk)

2. Diriwayatkan daripada Ibnu Syihab: Surah ini (Al-Mulk) dinamakan juga al-Mujadilah kerana Dia mendebat dengan Malaikat di dalam kubur bagi pihak yang membacaNYya.

3. Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas`ud, katanya :

“Apabila di letakkan mayat di dalam kuburnya didatangkan kepadanay Malaikat dari arah kedua kakinya. Maka kedua kakinyanya pula berkata kepada Malaikat tersebut, tidak ada jalan bagi kamu menyeksa orang itu kerana dia ada membaca surah Al-Mulk. Seterusnya didatangkan pula Malaikat dari arah kepalanya, maka lidah orang itu bercakap kepada Malaikat, tidak ada jalan bagi kamu untuk menyeksanya kerana dia ada membaca menerusi (lidah) ini akan surah Al-Mulk. (Tafsir Hasyiatul Jamal)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “ Hatiku menghendaki supaya surah(Al-Mulk) ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”

Source:
http://promsj.blogspot.com/2008/10/fadhilat-surah-al-mulk.html

Friday, October 14, 2011

Aura Warna Mengikut Hari

Pagi-pagi bila buka wardrobe je I mesti pening kepala nak pilih baju yang mane nak pakai untuk hari tu. Honestly, I tend to choose black colored clothes as it is the simplest style and can match with any tudung colors... shortcut.hehe. Paling malas I pakai baju hitam tudung putih. Taik cicak! :b


Sape panggil ak!

Tapi kalau dah setiap hari hitam je mestilah bosan. Orang yang memandang pun naik bosan. Macam pergi funeral lak.
Pelangi pun ada tujuh warna.


Banyak lagi warna-warna cantik untuk dipilih. So, jom manfaatkan warna-warna indah ini.

Kalaulah wardrobe I ada beg-beg colourful camni. Wah! Wah! Pilih!

Tahu tak??


Sebenarnya, warna pakaian mempengaruhi mood kita. So for better mood and quality for the day, lets wear clothes with colours according to list below. Tak seluruhnya warna tersebut pun tak pe. Warna tudung je pun boleh la kan.


Isnin
Putih
(Gabungan/ istirehat/ pertahanan)

Selasa
Pink atau Violet
(Kesucian rohani)

Rabu
Biru
(Kasih sayang/ tumpuan)

Khamis
Kuning atau Oren
(Pemikiran/ tenaga)

Jumaat
Hijau
(Keseimbangan/ iman)

Sabtu
Merah
(Keberanian/ tuah/ kemewahan)

Ahad
Hitam
(Keberaninan/ tuah/ kemewahan)


Oooo.... I see.
No need to scratch your head early in the morning thinking which colour to wear for the day.


 I love you because you are colourful. Heee~


So, lets play with colours everyday. ;)


And don't forget. Most importantly, make sure whatever you are wearing, ianya menutup aurat. Ain't that rite.



Ikan Masak Sos

Makan malam semalam I cuba masak ikan masak sos. Pedas-pedas masam rasanya.

Bahan-bahan:

4 ekor ikan kembung

2 ulas bawang putih
3 tbs cili giling
2 tbs sos cili
2 tbs sos tomato
2 tbs sos tiram

1 biji bawang besar (dimayang)
3 biji cili padi (dititik a.k.a ditumbuk sikit a.k.a belah tengah)
1 biji buah tomato (potong 8)
1 helai daun limau purut (untuk bau wangi saja..tak yah pun no problemo)

Garam dan gula
Minyak masak
Air

Cara-cara:

  1. Goreng ikan kembung hingga garing. Asingkan.
  2. Tumis bawang putih.
  3. Masukkan cili giling, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Naik minyak, tambahkan air. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  4. Sudah naik bau, masukkan bawang besar, cili padi, buah tomato dan daun limau purut.
  5. Sudah agak pekat boleh leh diangkat dan tuangkan ke atas ikan goreng tadi.
  6. Siap untuk dihidang.
Selamat maju jaya. ;)

Ikan masak sos. Ikan tak kelihatan pulak. hehe.


Ilham daripada internet pun.

Thursday, October 13, 2011

Sweet~

Avoid too much of this



And this



But,
DO have this



Ain't love so sweet!

Wednesday, October 12, 2011

Bersangka baik dengan Allah


Islam ertinya berserah diri. Serahkan segala-galanya pada Dia. Dialah sebaik-baik perancang. Apa yang penting kita tahu apa yang kita nak, kita usaha dan usaha dengan sabar. Danbersangka baik dengan Allah.
Ini tidak semudah kata-kata yang sedang ditulis. Ketika menjalaninya terasa sangat lemah dan tidak berdaya. Kerana itu ia dipanggil ujian. Apabila kecewa kita akan bersedih. Adakah aku sedang berputus asa? Segeralah katakan TIDAK. Kerana rahmat Allah itu luas. Sedangkan kita belum cukup berdoa dan menangis meminta. Pinta dan terus pinta.
Bersabarlah dengan kelemahan itu. Yakinlah dengan apa yang dipinta. Selagi itu sesuatu yang baik. Cubalah untuk yakin Allah sedang mendengarnya dan sedang menguruskannya. Meskipun kita sudah tidak melihat harapannya lagi. Teruslah berharap pada Allah. Cukuplah Allah untukku. Sebaik-baik pembantu dan penolong urusanku.
Source: 

Tuesday, October 11, 2011

Good Life by One Republic

Tiba-tiba suka dengar lagu ni. Good Life by One Republic.




Woke up in London yesterday
Found myself in the city near Piccadilly
Don't really know how I got here
I got some pictures on my phone

New names and numbers that I don't know
Address to places like Abbey Road
Day turns to night, night turns to whatever we want
We're young enough to say

Oh, this has gotta be the good life
This has gotta be the good life
This could really be a good life, good life

I say, "Oh, got this feeling that you can't fight"
Like this city is on fire tonight
This could really be a good life, a good, good life

To my friends in New York, I say hello
My friends in L.A. they don't know
Where I've been for the past few years or so
Paris to China to Colorado

Sometimes there's airplanes I can' t jump out
Sometimes there's bullshit that don't work now
We are God of stories, but please tell me
What there is to complain about?

When you're happy like a fool, let it take you over
When everything is out you gotta take it in

Hopelessly
I feel like there might be something that I'll miss
Hopelessly
I feel like the window closes oh so quick

Hopelessly
I'm taking a mental picture of you now
'Cause hopelessly
The hope is we have so much to feel good about



Monday, October 10, 2011

Majlis Perkahwinan Abang Mokhtar

Sabtu dan Ahad lepas me and my family sibuk menghadirkan diri ke kenduri kahwin sepupu I, Abang Mokhtar. Akad nikah pada hari Sabtu. Alhamdulillah sekali lafaz je. I pergi dengan abang, Ayahchor,, Makchor dan Azfareena (my cousin). Mak, Ayah dan Una tak sempat hadir ke majlis akad nikah tu sebab de masalah dengan kereta, tertangguh pulak perjalanan diorang. So, kami pun bercadang jumpa saja di Bangi. Kemudian, kami pun bertolak ke Bangi, rumah anak Makchor, Abang Lutfi di Seksyen 14. Sampai pun pukul 3, sempat pulak kitorang pergi ke open house dekat rumah Abang Lutfi tu. Dapat la makan spagetti.

Then, kitorang bertolak ke Senawang, Negeri Sembilan. Ni kenduri anak saudara Makchor. Malam plak tu kenduri dye.

Ayah sign dengan penuh bergaya.

 Grand.. siap fireworks bagai. Tema pink and white English style...like Cinderella wedding. Oleh kerana kitorang penat berdiri takde tempat duduk (diconquere oleh orang lebih tua), kitorang pun melepaskan gian berkaraoke bukan satu tapi dua lagu.haha.


Balik ke Puncak Alam, semua sangat la penat. Pastu sempat pulak Makchor duk bagi selendang-selendang cantik yang dia dah tak pakai, sebab dah bersara. Ok..I bertuah dapat several new selendang import lagi tu. Bergaya lah I pergi fakulti lepas ni.hehe.



Ni lah mak I yang tersayang. Nampaknye my dad kat belakang tu tak puas hati tengok kitorang bergambar.hehe. (Ignore van jenazah kat belakang tu ye.hehe.sebab kitorang tunggu pengantin kat depan masjid)

Ahad pagi kitorang bertolak ke Klang, kenduri belah perempuan Abang Mokhtar. Tema merah maroon dan hitam. Kenduri ni pun agak grand. Siap ada band performing. Sangat sedap suara penyanyi dia...nasyid gitu.

Abang Mokhtar (my cousin) dan isteri.

Ayahchor dan Makchor hantar Azfareena ke SBP Kuala Selangor. Mak, Ayah dan Una pun balik ke Ipoh. Apoi pulak balik ke Rawang. And I back to Shah Alam.

Penat-penat pun I, malam tu member I ajak tengok wayang. Jumpa sembang-sembang dengan classmate mase degree dulu, Kucai dan Kong. Dah keje dah diorang sekarang. Kitorang tengok Johnny English. I dah tengok dah ritu dengan Syg..tp still best tengok eventhough second time. Part turun naik kerusi mase meeting tu yang tak leh bla, pecah perut gelak part tu. Haha.

Esok sudah mau beli tiket flight tuk pergi conference di Langkawi bulan depan. Money run like water.

Thursday, October 6, 2011

Karena Ku Sayang Kamu - Dygta



seandainya kau ada disini dengankumungkin ’ku tak sendiri
bayanganmu yg selalu menemaniku
hiasi malam sepiku
kuingin bersama dirimu
reff: kutak akan pernah berpaling darimu
walau kini kau jauh dariku
‘kan slalu kunanti
karena kusayang kamu
hati ini selalu memanggil namamu
dengarlah melatiku
kuberjanji hanyalah untukmu cintaku
takkan pernah ada yg lain
adakah rindu di hatimu
seperti rindu yg kurasa
sanggupkah kuterus terlena
tanpamu di sisiku
kukan selalu menantimu


I love this song :)

Wednesday, October 5, 2011

Tiba-tiba Terfikir.

Setiap hari terasa pelbagai perubahan yang berlaku sampai rasa diri ni tak sempat nak mencapai semua yang dikehendaki. Sepuluh perkara yang dirancang, hanya tiga yang terlaksana. Ditambah dengan sikap ragu-ragu dan malas menjadikan diri lebih rugi dan ketinggalan.

Masa berlalu lebih pantas. Atau saya yang  bergerak terlalu lambat?



Selamat berusaha semua!

Wordless Wednesday


Campur tiga benda ni meletup tak.haha.

Tuesday, October 4, 2011

Goodluck to PMR students ;D

Selamat berusaha dan goodluck kepada adik-adik yang sedang menghadapi PMR sekarang.
Tak silap saudara I terdekat takde yang ambil PMR tahun ni. Adik I, Aizat akan menduduki SPM hujung tahun ni.

Just nak share. Jadual PMR 2011.



4/10/2011 :
  • Bahasa Melayu Kertas 1 (8.10 – 9.10am),
  • Bahasa Melayu Kertas 2 (9.50 – 11.50am)
  • Pendidikan Islam Kertas 1 (2.30 – 4.30pm)
5/10/2011 :
  • Bahasa Inggeris Kertas 1 (8.10 – 9.10am),
  • Bahasa Inggeris Kertas 2 (9.50 – 11.20am)
  • Geografi Kertas 1 (2.30 – 3.45pm)
6/10/2011 :
  • Science Kertas 1 (8.10 – 9.10),
  • Science Kertas 2 (10.30 – 12.00pm)
  • Sejarah Kertas 1 (2.30 – 3.45pm)
10/10/2011 :
  • Mathematics Kertas 1 (8.10 – 9.45am),
  • Mathematics Kertas 2 (10.40 – 12.25pm)
  • Kemahiran Hidup Bersepadu (2.20 – 3.50pm)
11/10/2011 :
  • Bahasa Arab Kertas 1 (8.10 – 10.40am),
  • Bahasa Cina Kertas 2 / Bahasa Tamil Kertas 2
  • Bahasa Punjabi (8.10 – 10.10am), Bahasa Iban Kertas 2 / Bahasa Kadazandusun Kertas 2 (8.10 – 9.25am), Bahasa Cina Kertas 1 / Bahasa Tamil Kertas 1 / Bahasa Iban Kertas 1 / Bahasa Kadazandusun Kertas 1 (11.10 – 12.10pm)
Teringat masa ambil exam dulu. Berdebar sepanjang hari. Redha semua ada. Habis minggu exam, bebas jiwa raga. Merdeka! hehe. Moga-moga adik-adik kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan mendapat keputusan yang cemerlang. InsyaAllah.


Selamat berusaha!
Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.

Monday, October 3, 2011

Kenduri Kak Ana

Tahniah kepada Kak Ana dan Abang Kidir. Dah kahwin Kak Ana.. Moga berkekalan bahagia dunia akhirat..InsyaAllah.

Kampung Kak Ana terletak di Felda Triang 3, Temerloh, Pahang. 3 jam jugak perjalanan kami.

Tema pulak warna hijau. Memang kenalah. Kebetulan kitorang pakai baju ala-ala hijau. Except En Nazib..pakai serba pink lagi.

Dah puas bergambar. Kitorang pun terpaksa berangkat pulang. Kalau la dapat stay kat umah Kak Ana mesti best sebab family dia sangat peramah, ayah dia soo happy go lucky. Kitorang pun tak leh stay lame-lame sebab taknak la balik lewat.

Singgah sebentar di tasik Bera.

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Ade ke buaya?Mesti la ada kan.

Walaupun perut masih penuh dengan nasi kenduri, kami singgah sekejap kat gerai yang bertuah tepi sungai tu.

Mula-mula takde orang pun kat kedai tu. Time kitorang sampai, tetiba ramai plak customer datang. 2, 3 buah kereta parking depan kedai. Hihi. Tu la I cakap, kedai tu bertuah pada hari itu.

Mee campur bihun kari. En Nazib punya style.

Lain kali kalau ada rezeki nak pergi lagi ke Temerloh. I tak minat tempoyak, tapi nak jugak merasa tempoyak ikan patin yang semua orang duk kate sedap tu. Hari tu tak sempat nak rasa lauk tu. Masa tidak mengizinkan.

Jauh perjalanan luas pemandangan.

Saturday, October 1, 2011

Bertarung di Padini Warehouse Clearance

Pehhh
Hari ni hari shopping yang paling penat dalam sejarah hidup I. Telah sedia maklum (tak sangke ramai yang tahu), hari ni Padini de clearance sale, all items RM5 only beb. Dari minggu lepas I dah rancang nak gi. Takde kete pun I sanggup plan nak pinjam moto Kak Pija (semangat melampau). I gi ngan Emi dan Sharil (Emi's boyfren).

Kami pergi pun takde la lewat sangat. Kul 9 jugak, tu pun dah ramai giler orang. Sampai-sampai kena parking sangat lah jauh. Rasa macam merentas desa lak. Nasib bek I pakai selipar tandas je. Yang pakai heels tu mesti dugaan lebih.

Sampai je kitorang kena tunggu depan gate. Dah macam nak merusuh je sume orang.

Panas plak tu. Macam pesalah lak tutup muke. 

Semua kena tunggu depan gate.

Dah berjaya bolos diri masuk, memang patut beli baju, tak kesah lah baju ape pun.  Kitorang men amek je.
Dapat gak beli beg lebih, leh bagi kat adik. Tapi tak dapat nak beli kemeja lebih. Sempat beli satu je tuk syg. Tak jumpe saiz. Nasib baik dapat. Tu pun tak tau la cantik ke tak. hehe. Tak reti pilih baju kemeja lagi la. Ingat nak beli warne gelap sikit, tapi pe kan daye, takde plak.

 Ni 'beratur' ke cashier.

Bukan main lagi 'beratur' nak bayar cashier. I ni low blood pressure. Takleh diri lama tengah-tengah panas. Masa beratur I siap duduk lagi sebab rasa macam nak pitam dah waktu tu.
Penat tapi worhtful la gak. Dapat beli blouse, kemeja, beg. RM55 for 11 items. Berbaloi-baloi bertarung.

Murah-murah pun kena la beli ikut bajet. Terlebih kang naye diri sendiri nanti.